The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hadis 1 Sedekah Kunci Kebaikan 1 Tingkatan 3 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yie_upsi, 2021-02-28 20:55:52

SEDEKAH KUNCI KEBAIKAN

Hadis 1 Sedekah Kunci Kebaikan 1 Tingkatan 3 KSSM

HADIS 1 : SEDEKAH KUNCI KEBAIKAN

MAKSUD POTONGAN HADIS

‫ﻛل ُﺳ َﻼ َﻣﻰ ﻣن اﻟﻧﺎس ﻋﻠﯾﮫ ﺻدﻗ ٌﺔ‬ 1
2
Setiap sendi di tubuh badan manusia ialah sedekah baginya 3
4
‫ﻛل ﯾو ٍم ﺗطﻠﻊ ﻓﯾﮫ اﻟﺷﻣس‬ 5
6
Setiap hari yang terbit padanya matahari 7
8
‫ﺗﻌدل ﺑﯾن اﻹﺛﻧﯾن ﺻدﻗ ٌﺔ‬

Kamu berlaku adil terhadap dua orang ( yang bertelingkah) ialah sedekah

‫وﺗﻌﯾن اﻟرﺟل ﻓﻲ داﺑﺗﮫ ﻓﺗﺣﻣﻠﮫ ﻋﻠﯾﮭﺎ‬

Dan kamu membantu seseorang menaiki tunggangan

‫أو ﺗرﻓﻊ ﻟﮫ ﻋﻠﯾﮭﺎ ﻣﺗﺎﻋﮫ ﺻدﻗ ٌﺔ‬

Atau kamu mengangkat barang-barang ke atas tunggangan ialah sedekah

‫واﻟﻛﻠﻣﺔ اﻟطﯾﺑﺔ ﺻدﻗ ٌﺔ‬

Dan perkataan yang baik ialah sedekah

‫وﻛل ﺧطو ٍة ﺗﻣﺷﯾﮭﺎ إﻟﻰ اﻟﺻﻼة ﺻدﻗﺔ‬

Dan setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat ialah sedekah

‫وﺗﻣﯾط اﻷذى ﻋن اﻟطرﯾق ﺻدﻗ ٌﺔ‬

Dan kamu mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan ialah sedekah

1- Maksud Sedekah
 Bahasa: Pemberian
 Istilah : Suatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT

Semua perbuatan yang baik adalah sedekah

2- Amalan sedekah yang dikatakan dalam Hadis
 Berlaku adil dalam tindakan
 Mendamaikan orang yang bertelingkah
 Membantu orang menaiki kenderaan
 Membantu orang mengangkat barang dalam kenderaan
 Mengucapkan perkataan baik
 Berjalan untuk menunaikan solat
 Mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan

3- Kelebihan Berlaku adil terhadap orang bertelingkah

 Menghalang kedua-dua pihak daripada melanggar perintah Rasulullah
SAW agar tidak berterusan bertelingkah selama tiga hari

 Mententeramkan hati kedua-dua belah pihak

4- Kelebihan membantu orang menaiki kenderaan dan mengangkat barang
dalam kenderaan
 Memberi keselesaan kepada orang yang memerlukan bantuan seperti
warga emas, pesakit, ibu bapa, perempuan mengandung dan orang
kurang upaya.
 Meringankan beban orang lain

5- Kelebihan Mengucapkan Perkataan Yang Baik
 Menenangkan hati pendengar
 Mengelakkan berlaku pertelingkahan
 Menyuburkan budaya komunikasi berkesan
 Menampilkan imej dan peribadi yang disenangi

6- Kelebihan Berjalan Untuk Menunaikan Solat
 Ditingkatkan darjat dan dihapuskan dosa jika menuju ke masjid dalam
keadaan berwuduk
 Berpeluang melaksanakan sedekah yang lain seperti menghilangkan
sesuatu yang berbahay di jalan
 Diberi cahaya yang sempurna dalam kegelapan akhirat kerana berjalan
dalam kegelapan subuh
 Dapat mengamalkan gaya hidup sihat

7- Kelebihan Mengalihkan Sesuatu yang Berbahaya di Jalan
 Menunjukkan keimanan kepada Allah
 Memberikan keselesaan kepada pengguna lain
 Mengurangkan risiko kemalangan

8- Lima Tingkat sedekah

1- Bersedekah dengan duit

JIKA TIDAK MAMPU

2- Hendaklah bekerja sehingga mampu bersedekah

JIKA TIDAK MAMPU

3- Hendaklah dia membantu orang dalam kesusahan

JIKA TIDAK MAMPU

4- Hendaklah dia menyuruh ke arah kebaikan

JIKA TIDAK MAMPU

5- Hendaklah dia menahan dirinya daripada melakukan keburukan

9- Pengajaran Hadis
 Kita Hendaklah sentiasa bersedekah supaya hidup diberkati oleh
Allah SWT
 Kita hendaklah sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid
kerana amalan ini besar kelebihannya
 Kita hendaklah berusaha untuk mengalihkan sesuatu yang
berbahaya di jalan agar tidak memudaratkan orang lain.


Click to View FlipBook Version