TAJUK 8: SABAR MENGHADAPI DUGAAN KEHIDUPAN
SURAH AL-BAQARAH : AYAT 155 – 156
DALAM BUKU LATIHAN
(KOSONGKAN RUANG INI SEBANYAK 6 BARIS )
Ustaz akan bagi potongan ayat nanti.
1.0 Terjemahan Ayat
Ayat 1: Alif Lam Mim
Ayat 2: Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya ( Datangnya daripada Allah SWT
dan tentang kesempurnaannya), menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa
Ayat 3: Iaitu orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta
membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka
Ayat 4 : Dan juga orang yang beriman kepada ( Kitab Al-Quran ) yang diturunkan kepada-mu
( Muhammad SAW ), dan kitab yang diturunkan sebelum daripada-mu, serta mereka yakin
( dengan sepenuhnya) akan ( adanya ) hari akhirat
Ayat 5: Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada tuhan mereka, dan merekalah
orang yang berjaya
2.0 Antara ciri orang yang bertakwa
Beriman kepada perkara ghaib
Mendirikan solat
Menginfakkan Harta
Beriman kepada kitab
Beriman kepada hari akhirat
3.0 Contoh perkara ghaib
Syurga dan Neraka
Malaikat dan Jin
Hari kiamat
Angin, udara dan oksigen
4.0 Contoh Mendirikan solat
Menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam
o Subuh
o Zuhur
o Asar
o Maghrib
o Isyak
Menunaikan solat sunat
o Solat sunat hajat
o Solat sunat Dhuha
o Solat sunat istikharaj
5.0 Contoh Menginfakkan Harta
Menyumbangkan wang untuk pembangunan Rumah Anak Yatim
Membina sekolah untuk kegunaan umat Islam
Membeli Bas sekolah untuk kemudahan pelajar untuk menuntut ilmu
6.0 Contoh Beriman kepada Kitab
Kitab ( Buku )
Nabi Daud a.s : Kitab Zabur
Nabi Musa a.s: Kitab Taurat
Nabi Isa a.s: Kitab Injil
Nabi Muhammad SAW : Kitab Al-Quran
Suhuf ( Lembaran)
Nabi Adam a.s : 10 Suhuf
Nabi Syith a.s : 50 Suhuf
Nabi Idris a.s: 30 Suhuf
Nabi Ibrahim : 10 Suhuf
Nabi Musa : 10 Suhuf
7.0 Contoh Beriman Kepada Hari Akhirat
Meyakini adanya Alam Barzakh ( Alam Kubur )
Meyakini adanya Kehancuran Alam Semesta
Meyakini adanya Hari kebangkitan
Meyakini adanya Padang Mahsyar ( Tempat Berhimpun )
Meyakini adanya syafaat Nabi Muhammad SAW
Meyakini adanya hari Hisab
Meyakini adanya hari penyerahan Catatan Amal
Meyakini adanya Timbangan Mizan
Meyakini adanya Telaga Kauthar
Meyakini adanya Titian Sirat
Meyakini adanya Syurga dan Neraka