AKIDAH
BERIMAN KEPADA
ALLAH
Disediakan oleh Ustaz Mohd Shukri Adinan
MAKSUD IMAN
Bahasa : Membenarkan
Istilah : Membenarkan dengan hati , mengaku
dengan lisan dan beramal dengan anggota
badan.
MAKSUD BERIMAN KEPADA ALLAH
Membenarkan dengan hati bahawa Allah SWT
Maha Pencipta, Pemilik, dan Pentadbir Alam
ini dan Hanya Allah yang berhak disembah.
Keyakinan ini dikuatkan dengan pengakuan
lisan dan disempurnakan dengan kepatuhan
kepada suruhan dan larangan Allah. .
HADIS NABI
SURAH AL-BAQARAH: 152
أَ ْن ﺗُ ْﺆ ِﻣ َﻦ ﺑﺎﻟﻠ ِﻪ َو َﻣ َﻼﺋِﻜَ ِﺘ ِﻪ َوﻛُ ُﺘ ِﺒ ِﻪ َو ُر ُﺳ ِﻠ ِﻪ واﻟ َﻴ ْﻮ ِم اﻵ ِﺧ ِﺮ َوﺗُ ْﺆ ِﻣ َﻦ
ﺑﺎﻟ َﻘ َﺪ ِر َﺧ ْﻴ ِﺮ ِه َو َﺷ ﱢﺮ ِه
Bahawa kamu beriman kepada Allah SWT, Malaikat, Kitab-
kitab, Rasul-Rasulnya dan Hari Akhirat serta kamu beriman
kepada ketentuan qadar yang baik dan buruk.
RUKUN IMAN
1 Beriman Kepada Allah
2 Beriman Kepada Malaikat
3 Beriman Kepada Kitab
4 BerimBaenrsKanegpaabdaaikRdaesnuglan Allah SWT
5 Beriman Kepada Hari Kiamat
6 Beriman Kepada Qada' dan Qadar
BERIMAN KEPADA ALLAH SWT
Allah SWT mengajar manusia melihat dan berfikir tentang
ciptaan Allah SWT
Dengan ini mereka dapat menambah keyakinan terhadap
kekuasaannya
Allah SWT mencipta dan memiliki alam ini sepenuhnya dan
hanya Dia yang berkuasa mentadbirnya.
Seluruh alam ini berada dalam KEKUASAANNYA.
CIRI-CIRI
ORANG BERIMAN
1 Mengesakan Allah SWT dalam semua jenis ibadat
2 Takut kepada Allah SWT
3 Mengesakan Allah SWT dengan berdoa, bertawakal dan berharap
4 Kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT
KESAN-KESAN
BERIMAN KEPADA ALLAH
1 Mengesakan Allah SWT dalam semua jenis ibadat
- Mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT
- Ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT
2 Takut kepada Allah SWT
- Menjauhkan perkara mungkar
- Bertaubat kepada Allah SWT atas dosa yang dilakukan
3 Mengesakan Allah SWT dengan berdoa, bertawakal dan berharap
- Yakin kepada Kekuasaan Allah SWT
- Berikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT
4 Kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT
- Taat dan patuh segala perintah Allah SWT
- Berkorban demi ketinggian agama Allah SWT
LATIHAN PENGUKUHAN
1 Apakah maksud Iman dari segi istilah
2 Jelaskan enam rukun iman
3 Nyatakan maksud beriman kepada Allah
4 Jelaskan dua ciri dan kesan beriman kepada Allah