AKIDAH 1 : ALLAH SWT MAHA PEMBALAS AL-MUNTAQIM ()اﻟﻣﻧﺗﻘم
1- Maksud Al-Muntaqim ()اﻟﻣﻧﺗﻘم
Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Pembalas dengan
menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.
2- Dalil Naqli Nama Allah SWT Al-Muntaqim ()اﻟﻣﻧﺗﻘم
a. Allah SWT berfirman:
َﻓﺈِ ﱠﻣﺎ َﻧ ۡذ َھ َﺑ ﱠن ِﺑ َك َﻓﺈِ ﱠﻧﺎ ِﻣۡﻧ ُﮩم ﱡﻣﻧ َﺗ ِﻘ ُﻣو َن
Maksud:…. Maka kalaulah kami wafatkan engkau, sesungguhnya kami tetap
akan menyeksa mereka.
(Surah al-Zukhruf:41)
3- Kefahaman Mengenai Nama Allah SWT Al-Muntaqim ()اﻟﻣﻧﺗﻘم
a- Allah SWT memberikan pembalasan dengan seksaan neraka terhadap orang
yang menolak peringatan al-Quran.
i. Firman Allah SWT
َو َﻣ ۡن أَ ۡظﻠَ ُم ِﻣ ﱠﻣن ُذ ﱢﻛ َر ِﺑـَٔﺎ َﯾ ٰـ ِت َر ﱢﺑ ِﮫۦ ُﺛ ﱠم أَ ۡﻋ َر َض َﻋۡﻧ َﮭ ۚﺎٓ إِ ﱠﻧﺎ ِﻣ َن ٱۡﻟ ُﻣ ۡﺟ ِر ِﻣﯾ َن
ُﻣﻧ َﺗ ِﻘ ُﻣو َن
Maksud:.... Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang
diberi ingatan dengan ayat tuhannya kemudian dia berpaling
daripadannya. Sesungguhnya kami tetap membalas orang yang
berdosa ....
(Surah Sajadah: 22)
b- Allah SWT menimpakan azab dalam peristiwa al-Dukhan, iaitu kaum Quraisy
ditimpakan dengan kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutupi
mereka kerana mereka menolak dakwah Rasulullah SAW.
i. Firman Allah SWT
َﯾ ۡو َم َﻧۡﺑ ِط ُش ٱۡﻟ َﺑ ۡط َﺷ َﺔ ٱۡﻟ ُﻛۡﺑ َر ٰ ٓى إِ ﱠﻧﺎ ُﻣﻧ َﺗ ِﻘ ُﻣو َن
Maksud:.... Dan ingatlah pada hari kami timpakan kamu dengan paluan
( pukulan ) yang besar. Sesungguhnya kami tetap akan menyeksa
dengan azab yang seberat-beratnya.
(Surah al-Dukhan:16)
c- Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang
agamanya setelah diutuskan rasul dan diberi keterangan yang jelas.
i. Firman Allah SWT
َو َﻟ َﻘ ۡد أَ ۡر َﺳۡﻠ َﻧﺎ ِﻣن َﻗۡﺑﻠِ َك ُر ُﺳﻼً إِﻟَ ٰﻰ َﻗۡو ِﻣ ِﮭ ۡم َﻓ َﺟﺎٓ ُءو ُھم ِﺑﭑۡﻟ َﺑ ﱢﯾ َﻧ ٰـ ِت
َﻓﭑﻧ َﺗ َﻘ ۡﻣ َﻧﺎ ِﻣ َن ٱﻟﱠ ِذﯾ َن أَ ۡﺟ َر ُﻣو ْاۖ َو َﻛﺎ َن َﺣ ًّﻘﺎ َﻋﻠَۡﯾ َﻧﺎ َﻧ ۡﺻ ُر ٱۡﻟ ُﻣۡؤ ِﻣ ِﻧﯾ َن
Maksud:....Sesungguhnya kami telah mengutus sebelum-mu (Wahai
Muhammad ) para rasul kepada kaum masing-masing lalu mereka
membawa kepada kaumnya bukti yang nyata, kemudian kami
menyeksa orang yang melakukan kesalahan (mengingkarinya) dan
sememangnya menjadi tanggungjawab kami menolong orang yang
beriman.
(Surah al-Rum:47)
AKIDAH 2 : ALLAH SWT MAHA PERKASA AL- JABBAR ()اﻟﺟ َﺑﺎر
1- Maksud Al-Jabbar ()اﻟﺟ َﺑﺎر
Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa secara
mutlak untuk melakukan segala kehidupan.
2- Dalil Naqli Nama Allah SWT Al-Jabbar ()اﻟﺟ َﺑﺎر
b. Allah SWT berfirman:
ُھ َو ٱ ﱠ ُ ٱﻟﱠ ِذى َ ٓﻻ إِﻟَ ٰـ َﮫ إِ ﱠﻻ ُھ َو ٱۡﻟ َﻣﻠِ ُك ٱۡﻟﻘُ ﱡدو ُس ٱﻟ ﱠﺳﻠَ ٰـ ُم ٱۡﻟ ُﻣۡؤ ِﻣ ُن ٱۡﻟ ُﻣ َﮭۡﯾ ِﻣ ُن
ٱۡﻟ َﻌ ِزﯾ ُز ٱۡﻟ َﺟ ﱠﺑﺎ ُر ٱۡﻟ ُﻣ َﺗ َ ﱢﺑ ُرۚ ُﺳۡﺑ َﺣ ٰـ َن ٱ ﱠ ِ َﻋ ﱠﻣﺎ ُﯾ ۡﺷ ِر ُو َن
Maksud:…. Dialah yang tiada tuhan kecuali dia, yang menguasai (seluruh
alam), yang Maha suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Maha Melimpahkan
Keamanan , Yang Maha Memelihara Keselamatan, Yang Maha Perkasa,
Yang Maha Berkuasa, yang memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah
daripada apa yang mereka persekutukan.
(Surah al-Hasyr:23)
3- Kefahaman Mengenai Nama Allah SWT Al-Jabbar ()اﻟﺟ َﺑﺎر
d- Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam. Semua makhluk berada
dalam pemerintahan Allah SWT.
i. Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
menjelaskan bahawa pada hari kiamat Allah SWT memegang tujuh
petala langit dan bumi dengan kekuasaannya, kemudian Allah SWT
berfirman dalam hadis Qudsi:
اﻧﺎ اﻟﺟﺑﺎر! أﯾن اﻟﺟﺑﺎرون؟ أﯾن اﻟﻣﺗﻛﺑرون؟
Maksud:.... Akulah yang Maha Perkasa! Dimanakah orang-orang yang
berkuasa? Dimanakah orang-orang yang sombong (didunia dahulu)?....
e- Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatannya. Setiap perbuatan Allah
SWT mengandungi hikmah yang tersembunyi.
i. Firman Allah SWT
َﻻ ُﯾ ۡﺳـَٔ ُل َﻋ ﱠﻣﺎ َﯾ ۡﻔ َﻌ ُل َو ُھ ۡم ُﯾ ۡﺳـَٔﻠُو َن
Maksud:Dia tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang
merekalah yang akan ditanya kelak.
(Surah al-Anbiya:23)
f- Manusia wajib bersifat merendah diri kerana Allah SWt akan mencampakkan
makhluknya yang bersikap takbur dan bongkak kedalam neraka Jahannam.