The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Hadis 2 Hindari Sifat Negatif Tingkatan 3 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yie_upsi, 2021-07-07 23:09:50

HINDARI SIFAT NEGATIF

Hadis 2 Hindari Sifat Negatif Tingkatan 3 KSSM

HADIS: HINDARI SIFAT
NEGATIF

Daripada Anas Bin Malik r.a berkata, Rasulullah SAW Bersabda:

‫ﺠُ ْﺒوِأﻦَ ُﻋﻮذُ ﺑ َﻚ‬،‫ﻤﻤوﺎاﻟ ِت‬،َ ‫ﺬﻧاوﻲِأَبأ ُﻋاُﻋﻟﻮﻮ َذُﻘذُْﺒﺑﺮِﺑ َﻚَﻚ ِﻣ ِﻣﻦ َﻦ ِﻓاﻟْﺘﻨََﻌ ِﺔ ْﺠاﺰِﻟ َﻤوا ْﺤﻟﻴﻜَﺎ َوﺴاﻟِﻞ‬،ِ‫اواِﻣﻟ ُﻬﻦَﻬ َﺮﻢ َﻋإم‬.

Maksud Hadis:

‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إﻧﱢﻲ أ ُﻋﻮ ُذ ﺑ َﻚ‬

Ya Allah, aku memohon perlindunganmu.

‫ِﻣ َﻦ اﻟ َﻌ ْﺠﺰِ واﻟ َﻜ َﺴ ِﻞ‬

Daripada sifat lemah dan malas

‫واﻟﺠُ ْﺒ ِﻦ واﻟ َﻬ َﺮ ِم‬

Dan sifat pengecut dan nyanyuk

‫وأَ ُﻋﻮ ُذ ﺑ َﻚ‬

Dan aku memohon perlindunganMu

‫ِﻣﻦ ِﻓ ْﺘ َﻨ ِﺔ اﻟ َﻤ ْﺤﻴﺎ واﻟ َﻤﻤﺎ ِت‬

Daripada fitnah kehidupan dan kematian

ِ‫وأَ ُﻋﻮ ُذ ﺑ َﻚ ِﻣﻦ َﻋﺬا ِب اﻟ َﻘ ْﺒﺮ‬.

Dan aku memohon perlindungan daripada azab kubur

SIFAT YANG TIDAK DISUKAI

Lemah (Lawannya Kuat)

Lemah bermaksud meninggalkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan, Orang
yang lemah mungkin ada keinginan untuk melakukan sesuatu kebaikan, namun
dia tidak mampu melakukannya
Contohnya: Murid yang tidak mampu membantu guru mengangkat barang-
barang kerana sakit atau murid tingkatan 3 tidak mampu memahami isi
pelajaran peringkat universiti

Malas ( Lawannya Rajin )

Malas bermaksud meninggalkan sesuatu yang mampu dilakukan. Orang yang
malas hanya mempunyai sedikit keinginan atau tidak ada keinginan langsung
untuk melakukan kebaikan.
Contohnya: Malas solat, malas puasa dan malas menyertai aktiviti
kemasyarakatan

Pengecut ( Lawannya Berani)

Pengecut bermaksud orang yang tidak berani melakukan atau
menghalang sesuatu situasi.
Contohnya: tidak menolong orang yang dizalimi dan tidak mencegah
kemungkaran

Nyanyuk

Nyayuk ialah penyakit yang menganggu kewarasan fikiran seseorang
yang menyebabkannya berkelakuan seperti kanak-kanak.

PENGAJARAN HADIS

Kita hendaklah sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada sigat-sifat
yang tidak disukai kerana Rasulullah SAW sendiri turut memohon
perlindungan daripada sifat-sifat tersebut walaupun baginda seorang

nabi

Kita hendaklah berusaha untuk menjadi orang yang kuat kerana
seorang mukmin yang kuat lebih dicintai oleh Allah SWT

Kita hendaklah rajin berusaha meningkatkan kebaikan untuk berubah
daripada kemunduran kepada kemajuan

Kita hendaklah berani dalam segala perkara kebaikan kerana sifat ini
sifat para wali Allah SWT

Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dan memperbanyakkan
amal ibadah agar dapat mengelakkan diri daripada sifat nyanyuk

Ustaz Mohd Shukri Adinan

LATIHAN PENGUKUHAN

01 Padankan kalimah dibawah dengan maksudnya

‫اﻟ َﻌ ْﺠ ِﺰ‬ Azab
Kubur

‫اﻟﻜَ َﺴ ِﻞ‬ Fitnah
Kehidupan

‫اﻟﺠُ ْﺒ ِﻦ‬ Nyanyuk

‫اﻟ َﻬ َﺮ ِم‬ Pengecut

‫ِﻓ ْﺘ َﻨ ِﺔ اﻟ َﻤ ْﺤﻴﺎ‬ Malas

‫َﻋﺬا ِب اﻟ َﻘ ْﺒ ِﺮ‬ Lemah

02 Nyatakan maksud sifat yang tidak disukai seperti berikut:

i- Lemah

ii- Malas

iii- Pengecut

iv- Nyanyuk

Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada

03 Allah untuk berlindung daripada sifat
lemah dan malas

Anda sebagai pelajar, bagaimana cara anda untuk
memastikan sifat-sifat yang tidak disukai Allah
dapat dielakkan.

Ustaz Mohd Shukri Adinan


Click to View FlipBook Version