The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Feqah 1 Solat Sunat Istikharah Tingkatan 5 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yie_upsi, 2021-03-08 23:27:15

Feqah 1 Solat Sunat Istikharah

Feqah 1 Solat Sunat Istikharah Tingkatan 5 KSSM

FEQAH 1 : SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

1- Maksud Solat Sunat Istikharah
 Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan
pilihan bagi sesuatu perkara.

2- Hukum Solat Sunat Istikharah
 Sunat

3- Dalil Naqli Solat Sunat Istikharah

a. Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
pernah mengajarkan kami tentang istikharah. Baginda bersabda:

‫ٕاذا ﱒ ٔ ﺪﰼ ٔﻣﺮ ﻓﻠﲑ ﻊ ر ﻌﺘﲔ ﻣﻦ ﲑ اﻟﻔﺮﯾﻀﺔ‬

Maksud: Jika salah seorang daripada kalian gusar tentang sesuatu perkara
maka dirikanlah solat sunat dua rakaat selain daripada yang difardhukan.

4- Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Istikharah

Niat Lafaz Niat :

‫أﺻل ﺳﻧﺔ اﻹﺳﺗﺧﺎرة رﻛﻌﺗﯾن ﺗﻌﺎﻟﻰ‬

(Usolli Sunnatal Istikharati Rak'ataini Lillahi Ta'ala)

Maksud: Sahaja Aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana

Allah Taala.

Bilangan Rakaat 2 Rakaat
Cara Pelaksanaan
Bersendirian
Bacaan Dalam Solat
Rakaat Pertama Rakaat Kedua

Membaca al-Fatihah

Surah al-Kafirun atau Surah Surah al-Ikhlas atau surah lain

Lain

Menyempurnakan rukun-rukun yang lain sehingga memberi

salam

Berdoa dengan doa-doa yang sesuai

5- Hikmah Menunaikan Solat Sunat Istikharah

 Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT kerana menjadikan Allah SWT
sebagai tempat pergantungan

 Mendidik umat Islam agar sentiasa memohon kepada Allah SWT terutama
dalam membuat keputusan.

 Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dengan memohon bantuan selain
Allah SWT seperti meminta bantuan daripada bomoh.


Click to View FlipBook Version