Mesyuarat AGUNG 04 JULAI 2023 / SELASA 2.00 PETANG DEWAN SRI SELATAN FELDA LOK HENG SELATAN, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR Disempurnakan Oleh : YB CIK NORLIZAH BINTI NOH PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN DAN KOMUNIKASI NEGERI JOHOR SK FELDA LOK HENG SELATAN PIBG KALI KE - 33
ATURCARA MAJLIS 1:30 petang - Ketibaan para jemputan / ibu bapa dan pendaftaran 2.00 petang - Ketibaan perasmi 2.10 petang - Bacaan Doa 2.15 petang - Persembahan murid 2:30 petang - Ucapan Yang Dipertua PIBG 2.40 petang – Ucapan Tuan Guru Besar 2:45 petang - Ucapan Perasmian Mesyuarat PIBG Kali Ke-33 oleh: YB Cik Norlizah bt Noh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Penerangan Dan Komunikasi Negeri Johor 3:00 petang - Penyampaian Sijil Penghargaan 3.15 petang - Penyampaian Sijil Robotik 3:30 petang - Jamuan VIP 3:40 petang - Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 4:30 petang - Ucapan penangguhan 5:00 petang - Bersurai 2
NAMA PENCADANG : Puan Norhayatilaza bt. Ramli CADANGAN : Mohon guard menjaga lalu lintas semasa waktu kemuncak.terutama di bahagian pondok menunggu. KEPUTUSAN : .................................................................................................. .................................................................................................. NAMA PENCADANG : Puan Samsiah binti Gimin CADANGAN : 1. Saya nk cadang kn untuk kurangkn pembelian buku tulis..sgt2 mmbazir..sb dh ada buku aktiviti..terutama buku tulis yg beso saiz A4..bru pki 2 3 lai dh abis skola..tahun bru kne beli lg...buku tlis kecil pon sama..beli 1 perkara 1 buku pon bole..abis buku bru beli lg...kesian pd ibu bapa yg susah..brg skrg mhl ..mknn kt kntin pon mhl...3 rgt bru dpt mkn nasi. KEPUTUSAN : ................................................................................................. ................................................................................................ 2. Sy nk cadangkn hapus kn aktiviti sambut ari jadi. xsemua dr kita adalah org2 yg sng...lau xbw kn kek..kesian plk tp lau ikot kn mg xbpe mmpu tp sb kwn bw..terpksa mk bpk bw kn ank2...kek pon bpe hrga..bukn murah2 pon...cukup sambutan dlm bilik drjh bg kuarga yg berhajat ... KEPUTUSAN : .................................................................................................. .................................................................................................. NAMA PENCADANG : En Asrul Hisham b. Jasiman CADANGAN : 1. Pihak sekolah mencadangkan menceriakan kawsan sekolah dengan pokok-pokok sumbangan dari ibu bapa. Bawa 1 anak pokok setiap keluarga. KEPUTUSAN : .................................................................................................. ................................................................................................... USUL 1 USUL 2 USUL 3 Pembentangan Usul 3
NAMA PENCADANG : Puan Asmah Binti Ngariman CADANGAN :1. Kurangkan beban berat beg murid dengan meletakkan buku2 disekolah cthnya didalam box. Sya berbesar hati memberi sumbangan jika pihak guru kelas ingin membuat kutipan bgi membeli box berkenaan utk kemudahan anak sya dn rakan2 kelasnya KEPUTUSAN : .................................................................................................. .................................................................................................. 2. Lazimkan bacaan Surah AlKahfi bg setiap murid pd Hari Perhimpunan dan juga Hari Khamis, supaya murid2 menjadi kebiasaan membacanya dgn lancar. KEPUTUSAN : ......................................................................................................... ........................................................................................................ NAMA PENCADANG : Puan Nor Fasiha CADANGAN : 1. Memberi kebebasan kepada ibu bapa dalam membeli kuantiti buku tulis walaupon telah di cadangkan di dalam senarai bagi mengelakkan pembaziran di rumah. KEPUTUSAN : ................................................................................................. ................................................................................................ 2. Lupuskan pemakaian jaket pengawas kecuali yg berjawatan ketua dan penolong kerana tiada keperluan penting.. warna baju sudah dapat membezakan jenis pengawas yg ada KEPUTUSAN : .................................................................................................. .................................................................................................. USUL 4 USUL 5 Pembentangan Usul 4
BIL NAMA PROGRAM 1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 2 Mesyuarat AJK PIBG 3 Program Orientasi dan Transisi Murid Tahun 1 4 Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan 5 Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Murid 6 Majlis Sambutan Hari Guru 7 Program Ziarah Cakna 8 Sumbangan Anak-anak Yatim 9 Program PINTAR ( AADK Kota Tinggi) 10 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 11 Program Ihya’ Ramadhan 12 Perkhemahan Unit Beruniform 13 Program Antidadah Peringkat Sekolah 14 Sambutan Maulidur Rasul 15 Jualan buku sempena pembukaan sekolah 16 Gotong royong membersihkan ladang sawit PIBG 17 Ubahsuai kawasan Surau sekolah 18 Ubahsuai dan cat kedai buku PIBG 19 Sumbangan sempena majlis persaraan Cikgu Isa bin Ismail 20 Pembelian bangku murid untuk perhimpunan 21 Ubahsuai stor sukan 22 Kejohanan Merentas Desa 23 Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah 24 Aktiviti Keceriaan Kelas Aktiviti & Program 5
JAWATANKUASA PIBG SK FELDA LOK HENG SELATAN TAHUN 2022 – 2023 Ex-Officio En Ramli bin Osman Yang Dipertua Tn Haji Mohamad bin Bakar Naib Yang Dipertua Tn Haji Saadon bin Ab. Rahman Setiausaha Pn Norazah binti Aziz Bendahari En. Muhamad Hamka bin Selamat AJK PIBG En. Mohd Affiq Haiqal bin Naim En. Kamalrudin bin Miswan En. Ardi bin Hussin Pn. Shairul Hidayu binti Hamidon Pn. Hasmalinda binti Ismail Pn. Rosminah binti Selamat Pn. Maizurah binti Mohd Yussof En. Mohd Nasir bin Mahari Pn. Siti Nurisah binti Md Sahlan Pn. Nuliyana binti Zainal Abidin Pemeriksa Kira-kira Pn. Nurhasyimah binti Zailani Pn. Ruslina binti Minan Jawatankuasa PIBG 6
❑ UCAPAN PENANGGUHAN ❑ HAL-HAL LAIN AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG AGENDA 2 : Menbentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu AGENDA 3 : Pembentangan laporan aktiviti utama tahunan PIBG 2022/2023 AGENDA 4 : Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 AGENDA 5 : Perbahasan dan penerimaan usul-usul AGENDA 6 : Pembubaran AJK 2022/23 dan memilih jawatankuasa 2023/2024 AGENDA 7 : Ucapan Penangguhan Agenda Mesyuarat 7
Minit Mesyuarat MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 TAHUN 2022 SEKOLAH KEBANGSAAN (F) LOK HENG SELATAN 81900 KOTA TINGGI, JOHOR SESI 2022/2023 Tarikh : 26 Jun 2022 (Ahad) Masa : 2.30 Petang Tempat : Dewan Bestari SK F Lok Heng Selatan AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG/ Pengerusi Mesyuarat 1. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi Mesyuarat. Beliau mengucapkan syukur kepada Allah dan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama selepas PKP. 2. Pengerusi mengatakan ini merupakan mesyuarat PIBG kali pertama untuk mesyuarat PIBG 2 tahun negara selepas pandemik. 3. Berharap ini adalah permulaan ke arah yang lebih baik selepas pandemik. 4. Dua perkara yang akan dibentangkan minit mesyuarat dan penyata kewangan 2021. AGENDA 2 : Ucapan Perasmi – En Ahmad Shahril bin Yusuf 2.1 Pemangkin penggerak kepada aktiviti bersemuka selepas PKP. 2.2 Peranan PIBG adalah sebagai penghubung kepada ibu bapa dan meneruskan agenda seterusnya. AGENDA 3 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2021 3.1 Pengerusi mempersilakan Setiausaha PIBG untuk membentangkan minit mesyuarat yang lalu. 3.2 Setiausaha merujuk kepada minit menyuarat di rujuk agenda mukasurat 7-11. 3.3 Pn. Shahirul Idayu bt Hamidun mencadangkan minit disahkan, sokongan oleh Pn. Jamiah bt. Jamian. 8
AGENDA 4 : Membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2021. 4.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG bagi sesi 2021 dengan merujuk pada muka surat 12 buku program yang telah disediakan. 4.2 Setiausaha Ucapan terima kasih kepada pihak ibu bapa atas sokongan kepada PIBG serta PIBK dalam program atau aktiviti sekolah sesi 2021/2022 seperti: a) Membantu dalam sesi pendaftaran murid tahun 1sesi 2022. b) Membantu dalam Pengoperasian Pembukaan Sekolah Pasca Covid pada bulan Mac 2022. c) Membantu program keceriaan kelas. d) Mengendali dan menguruskan ladang sawit. e) Membantu pihak sekolah untuk program Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. f) Bekerjasama dalam menjayakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. g) Penglibatan bersama dengan pihak sekolah dalam Program Ziarah Cakna . h) Pengubahsuaian dan pembinaan astaka sekolah. i) Pembinaan laluan berbumbung di tempat murid datang dan pulang dari sekolah. j) Pembelian 40 set kerusi dan meja kayu untuk menggantikan kerusi dan meja yang uzur dan rosak. AGENDA 5 : Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan PIBG 2021 5.1 Bendahari meminta semua ahli mesyuarat merujuk buku program muka surat 12-13 yang mengandungi laporan keseluruhan penyata kewangan tahunan PIBG. 5.2 Pembentangan untuk penyata kewangan bermula 1 Januari 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021. 5.3 Cadangan pengesahan penyata kewangan oleh En Ardi bin Hj Hussein dan disokong oleh Pn. Asmah Bt Ngariman. Minit Mesyuarat 9
AGENDA 6 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2021 6.1 Pengerusi mempersilakan Setiausaha PIBG untuk membentangkan minit mesyuarat yang lalu. 6.2 Setiausaha merujuk kepada minit menyuarat di rujuk agenda mukasurat 7-11. 6.3 Pn.Jamiah bt. Jamian mencadangkan minit disahkan, sokongan oleh En. Mohd. Lazim bin M. Lazim 6.4 Setiausaha Ucapan terima kasih kepada pihak ibu bapa atas sokongan kepada PIBG serta PIBK dalam program atau aktiviti sekolah sesi 2020/2021 seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. AGENDA 7 : Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan PIBG 2021. 7.1 Bendahari En Muhamad Hamka bin Selamat meminta semua ahli mesyuarat merujuk buku program muka surat 12 dan 14 yang mengandungi laporan keseluruhan penyata kewangan tahunan PIBG. 7.2 Pembentangan untuk penyata kewangan bermula 1 Januari 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021. 7.3 Cadangan pengesahan penyata kewangan oleh En. Ardi bin Hussien dan disokong oleh Pn. Asmah binti Ngariman. AGENDA 8 : Perletakan Jawatan AJK Sesi 2021 dan Pelantikan AJK sesi 2022 8.1 Pengerusi mesyuarat selaku YDP PIBG memohon maaf bagi semua AJK jika sepanjang bertugas sebagai AJK PIBG ada melakukan sebarang kesilapan. Beliau mengumumkan tiada sesi perletakan jawatan AJK PIBG untuk tahun ini. 8.2 Atas persetujuan semua yang hadir agar pemilihan AJK PIBG sesi 2022/23 yang akan datang. Minit Mesyuarat 10
AGENDA 9 : Membentangkan Usul 9.1 Setiausaha membacakan usul-usul yang diterima: 9.1 .1 1. Pn. Norazura bt. Zainal - memohon agar menambaikan keadaan tandas dan keceriaan kelas serta mempelbagaikan jenis makanan di kantin. Diterima oleh pihak Tuan Guru Besar dan meminta ibu bapa bersabar untuk meneruskan usaha untuk mengatasi masalah tersebut selepas Pandemik Covid19. 2. Pn Jamilah bt. Md Jamil - memohon agar melarang penjualan sosej dan nugget di kantin serta mementingkan kebersihan. Selain daripada beliau mencadangkan persekolahan satu sesi buku teks diletakkan di sekolah serta sediakan loker dalam setiap kelas bagi mengurangkan beban murid bertubuh kecil. Ini katanya bagi mengurangkan risiko kehilangan buku teks dan hanya kerja sekolah yang dibawa balik. Diharapkan aktiviti murid dapat dipelbagaikan serta softskill dapat dilakukan. Diterima oleh pihak Tuan Guru Besar dan ambil maklum. Tuan Guru Besar memaklumkan pihak sekolah masih belum dapat melaksanakan loker untuk semua kelas dan perlaksanaan jadual anjal diharapkan dapat mengurangkan beban beg berat murid-murid. Aktiviti murid telah pun dipelbagaikan dan guruguru menyesuaikan dengan aras murid-murid tersebut. 3. Puan Sari Dayati bt. Jumari – kualiti dan kuantiti makanan di kantin dipertingkatkan serta penjualan sosej dihentikan. Diterima oleh pihak Tuan Guru Besar dan ambil maklum. Siasatan telah dilakukan dan kes tersebut adalah kes terpencil. Pihak kantin juga telah ambil maklum tentang perkara tersebut dan penjualan sosej telah pun dihentikan. 4. Pn. Zuraidah bt. Abd Aziz- Memohon agar tindakan dikenakan terhadap pihak kantin berikutan keracunan makanan yang berlaku kepada anak beliau serta menjalankan siasatan terperinci. Diterima oleh pihak Tuan Guru Besar. Siasatan telah dijalankan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Kota Tinggi dan mereka yang berhak membuat keputusan sama ada kantin ditutup atau beroperasi seperti biasa. Setakat ini pihak kantin memberikan kerjasama sewaktu siasatan tersebut dijalankan barubaru ini. 5. Pn Asmah bt. Ngariman – memohon agar AJK PIBG biarlah dari kalangan merekayang mempunyai anak-anak yang bersekolah di sini. Idea baru, kelayakan serta tenaga dapat disumbangkan dan info cepat dapat disampaikan kepada ibu bapa di luar sana. Diterima oleh pihak Tuan Guru Besar dan itu terpulang kepada permuafakatan ibu bapa. Guru-guru adalah dilantik di bawah persetujuan Tuan Guru Besar. Minit Mesyuarat 11
10 9.1.6 Pn. Norhani – mencadangkan penubuhan foodbank agar ibu bapa yang memerlukan bantuan boleh ambil pada bila-bila masa. Diterima oleh pihak Tuan Guru Besar dan beliau menyatakan telah ada pihakpihak Felda serta NGO lain telah melaksanakan Foodbank. Pihak sekolah tidak dapat menunaikan cadangan tersebut kerana banyak faktor yang perlu difikirkan seperti tarikh luput makanan tersebut serta tiada yang boleh menguruskan perkara ini. 9.1.7 GPK HEM- mencadangkan pembelian bangku kecil untuk memudahkan murid duduk sewaktu Perhimpunan Rasmi sekolah. Diterima oleh Pihak Tuan Guru Besar dan perbincangan akan dilakukan selepas ini. 9.1.8 GPK HEM – mencadangkan ibu bapa pantau anak masing kerana mereka terdedah kepada video yang tidak sesuai dengan mereka. Diterima oleh pihak Tuan Guru Besar dan serta merta mengingatkan ibu bapa sila pantau anak masing-masing. AGENDA 10 : Hal-hal lain 10.1 Pengerusi mencadangkan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM 20.00 perkeluarga dinaikkan ke RM25 dan ada cadangan dari En Ardi bin Hussien ke RM 30.00. 10.2 Undian telah dijalankan dan keputusannya adalah seramai 50 orang wakil ibu bapa bersetuju dengan jumlah RM 25.00 satu keluarga dan seramai 49 orang wakil ibu bapa dengan jumlah RM 30.00. 10.3 Dengan ini dipersetujui oleh semua yang hadir Yuran PIBG satu keluarga diputuskan sebanyak RM 25.00 mulai tahun 2023 akan datang. 10.4 Pelancaran Dana Wakaf Smartboard untuk kegunaan murid-murid. Pihak ibu bapa diminta cakna tentang perkara ini demi keberlangsungan pembelajaran anak-anak seiring dengan perkembangan teknologi terkini. 10.5 En Ardi bin Hussein mencadangkan supaya penandatangan akaun PIBG ditukar kepada AJK yang baru dilantik untuk melancarkan urusan kewangan PIBG. Minit Mesyuarat 12
10 AGENDA 11 : Ucapan Penangguhan 11.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG kali ini. Seterusnya ucapan daripada jawatankuasa mengharapkan sokongan ibu bapa untuk sama-sama membantu menjayakan program sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang. Disediakan oleh: Disahkan oleh: URUSETIA ................................................. PENCATAT MINIT MESYUARAT TN. HJ MOHAMMAD B BAKAR YDP PIBG SKLHS Minit Mesyuarat 13
Laporan Kewangan PIBG 2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK FELDA LOK HENG SELATAN 81900 KOTA TINGGI, JOHOR Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 Laporan Kewangan 14
Laporan Kewangan 15
Ex-Officio : En Ramli bin Osman (Guru Besar SK Felda Lok Heng Selatan) Pengerusi : Tn Haji Mohamad bin Bakar (Yang diPertua PIBG SK Felda Lok Heng Selatan) Timbalan Pengerusi : Tn Haji Saadon bin Ab. Rahman (Naib Yang diPertua SK Felda Lok Heng Selatan) Naib Pengerusi 1 : En Abd Rahman bin Mohamed (GPK Kurikulum SK Felda Lok Heng Selatan) Naib Pengerusi 2 : Pn Hayati binti Ibrahim (GPK HEM SK Felda Lok Heng Selatan) Naib Pengerusi 3 : En Asrul Hisham bin Jasiman (GPK Ko-kurikulum SK Felda Lok Heng Selatan) Setiausaha : Pn Norazah binti Aziz (Setiausaha PIBG SK Felda Lok Heng Selatan) Bendahari : En. Muhamad Hamka bin Selamat (Bendahari PIBG SK Felda Lok Heng Selatan) JAWATANKUASA PELAKSANA Jawatankuasa Kerja JAWATANKUASA INDUK BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. Sambutan VIP/VVIP 1. En Ramli bin Osman 2. Tn Haji Mohamad bin Bakar 3. Tn Haji Saadon bin Ab. Rahman 4. En. Ardi b. Hussin 5. En Abd Rahman bin Mohamed 6. Pn Hayati binti Ibrahim 7. En Asrul Hisham bin Jasiman • Menyambut kedatangan VIP/VVIP 2. Pendaftaran 1.Siti Kalsum binti Selamat 2. Pn. Mardian Nor bt. Musron 3. Cik Ummu Nawalah bt. Mohamed Sukim 3. Pn. Siti Nurizan bt. Sahlan (AJK PIBG) • Menyediakan borang kedatangan ibubapa/ penjaga. • Menyediakan buku pelawat untuk ditandatangani. • Mengedarkan nombor cabutan bertuah 3. Pengacara majlis 1. En. Abd Rahman bin Rahim 2. Cik Nurul Aqilah binti Musari • Menyediakan teks pengacaraan. • Mengacarakan majlis dari awal hingga berakhir. 16
Jawatankuasa Kerja BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 4. Pencatat Minit 1. Pn. Nur Hikmah bt. Salamat 2. Cik Thadshayini A/P S Velavan • Mencatat minit mesyuarat agung. • Menyerahkan laporan minit mesyuarat agung kepada setiausaha 5. Seranta 1.En Kamalrudin bin Miswan 2. Mohd. Yus b. Taserip • Menempah kain rentang. • Menggantung kain rentang seminggu sebelum majlis berlangsung dan digantung di tempat strategik. • Menurunkan kain rentang selepas program. 6. Persiapan Backdrop & Hiasan Pentas 1. Cik Zahidah binti Abd. Aziz 2. Pn Hajah Rohana bt. Johari 3. Ustaz Muhammad Farhan b. Mustaffa • Memastikan pentas bersih sebelum dan selepas digunakan. • Menempah dan memasang backdrop sebelum majlis bermula. 7. Persiapan Tempat/ Kebersihan 1.En. Mohd. Yus b. Taserip 2. En. Muhammad Farhan b. Mustafa 3. En. Kamalrudin b. Miswan 4. En Huzaimi b. Hj Shaari 5. Pekerja Sekolah 6. Pihak Dewan Sri Selatan/ JKKR Selatan Guru-guru siapkan tempat sebelum majlis dan pihak JKKR Selatan selepas majlis) • Memastikan dewan bersih sebelum dan selepas digunakan. • Memastikan kerusi mencukupi untuk VIP dan ibubapa/ penjaga. • Menyediakan tempat untuk pencatat, pengacara majlis, hadiah dan mesyuarat agung. • Menghias pentas dengan hiasan yang bersesuaian. 17
Jawatankuasa Kerja BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 8 . Buku Program 1. En Mohd. Affiq Haiqal b. Naim 2. En. Syukri b. Bahari • Mendapatkan maklumat isi Buku Program daripada Setiausaha PIBG • Menyiapkan buku Program 2 hari sebelum majlis berlangsung. • Memperbanyakkan buku program. • Menyerahkan buku program kepada JK Pendaftaran dan JK Protokol. 9 . Protokol dan Gimik Pelancaran 1. Pn. Nur Shuhada Farhan bt. Che Anwar 2. En. Huszarudin bin Hussin 3. Ahmad Hilmi b. Abdullah • Menyediakan pasukan kompang untuk sambutan VIP • Memilih dan melatih untuk memasang roset, menyerah buku program, membawa buku lawatan dan menghidang air untuk VIP. 10. Bacaan Doa 1. En Huszarudin bin Hussin • Menyediakan teks bacaan doa. • Mengetuai bacaan doa semasa majlis. 11. Sijil dan Hadiah 1. Pn. Mazuraidah bt. Azillah 2. Cik Ummu Nawalah bt. Mohamed Sukim 3. Cik Nurul Aqilah bt. Musari 4. Pn. Nur Shuhada Farhan bt. Che Anwar 5. Pn. Shairul Hidayu bt. Hamidon ( AJK PIBG ) 6. Pn. Maizura bt. Mohd. Yusof ( AJK PIBG ) • Menyediakan sijil bagi Jawatankuasa PIBG 2020 • Mengendalikan hadiah dan cabutan bertuah semasa majlis. • Menyediakan hadiah bagi VIP • Mencari penyumbang bagi hadiah cabutan bertuah 18
Jawatankuasa Kerja BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 12. PA System / LCD Projector 1.En Raze b. Mostam 2.En. Huszarudin b. Hussin 3. Pihak Dewan Sri Selatan • Menyediakan dan memastikan PA System berfungsi dengan baik. • Mengawal selia peralatan sepanjang majlis berjalan. • Tayangan Slide pencapaian sekolah 13. Jemputan 1. En. Muhammad Hamka b. Selamat 2. Pn. Norazah bt. Aziz 3. Cik NurShamira bt. Mohamad Shakri • Membuat surat jemputan kepada perasmi dan ibubapa. • Mengedarkan borang usul kepada Ibu bapa dan guru 14. Jamuan Ibu Bapa / Murid/Guru 1. Pn.Hadisah bt. Mohd. Ali 2. Pn. Siti Sarah bt. Abu 3. Pn. Latifah Rabaniah bt. Selamat 4. Cik Dzulia bt. Zaidi 5. Cik NurShamira bt. Shakri 6. Pengusaha Kantin 7. Pn Nurliyana bt. Zainal Abidin (AJK PIBG) 8. Pihak JKKR Felda Lok Heng Selatan • Membuat tempahan makanan mengikut bilangan ibubapa yang hadir. • Mengedarkan makanan kepada ibu bapa • Menyediakan air minuman di pentas bagi VIP • Membuat tempahan makanan. • Melayan tetamu semasa jamuan. • Mengemas peralatan selepas jamuan. • Menyediakan tempat VVIP 19
Jawatankuasa Kerja BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 15. Pengelolaan dan Persembahan Murid 1. En Ahmad Hilmi bin Abdullah 2. Pn. Mardian Nor bt. Musron 3. Pn. Nur Hikmah bt. Salamat • Melatih murid untuk membuat persembahan. • Bertanggungjawab menyediakan persembahan 16. Dokumentasi 1. Cik Thadshayini A/P S Velavan 2.En. Muhamad Hamka b. Selamat • Membuat laporan dan dokumentasi program 17. Fotografi 1. En. Huszarudin bin Hussin 2. Mohd Affiq Haiqal b. Naim • Mengambil gambar sepanjang majlis • Masukkan gambar ke dalam Album Sekolah 20
Cucur badak di kedai nenek, Murahnya harga dapat berjimat; Ajar budak akhlak yang baik, Dunia dibangga, akhirat selamat Pulang pemburu dengan riangnya, Dapat menghambat si anak rusa; Berjuang guru dengan ilmunya, Menobat martabat si anak bangsa. Ayu semarak di sisi bonda, Kekal berseri jambangan gelora; Guru pencorak generasi muda, Bakal mengisi kepimpinan negara.