Nama sebenar imam syafie adalah Muhammad Bin Idris Bin Al-Abbas Bin
Uthman Bin Syafi’ Bin Assaib Bin Ubaid Bin Abd Yazid Bin Hasyim
Bin Abdul Muttalib Bin Abd Manaf. Beliau dilahirkan di wilayah gaza ,
Palestin , pada zaman pemerintahan Abu Jaafar al mansur menjadi khalifah di
Baghdad dan menjadi menjadi khalifah abbasiyyah yang kedua . Beliau
dilahirkan di bulan rejab pada tahun 150 hijrah bersamaan dengan 767 Masihi .
Beliau merupakan keturunan quraisy serta kebanyakkan sejarahwan
mengatakan beliau merupakan keturunan daripada Rasulullah S.A.W . Ibu bapa
beliau berasal daripada makkah Almukarramah. Ibunya benama Fatimah Binti
Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Abi Talib. Menurut riwayat, bapa beliau
telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi iaitu ketika beliau berumur
2 tahun. Tetapi ada segelintir sejarahwan mengatakan bapa beliau meninggal
ketika Imam Syafie masih lagi di perut ibunya .
Imam syafie hidup dalam keserdahanaan . Beliau sudah mempelajari alquran
serta menghafalnya ketika berumur 9tahun. Apabila menganjak ke usia 10 tahun
beliau telah mulai menghafal alquran dan memahami kitab al-muwattak yang
ditulis oleh imam malik. Beliau juga dikurniai dengan suara yang merdu, boleh
bersair dan bersajak . Ketika beliau berusia 15 tahun , beliau mulai mengajar dan
memberi fatwah kepada orang ramai di masjidn al-haram . Kerana kebolehan
dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau disegani ramai orang . Imam
syafie sangat menentang amalan bidaah . Beliau juga melarang taklid , baik
taklid kepada dirinya sendiri atau kepada sesiapa sahaja.
Beliau diberikan beberapa gelaran iaitu As-Syafii bersempenakan nama datuk
beliau iaitu syafie bin assaib. Beliau juga menerima beberapa gelaran . Iaitu Al
imam Nasirus, bermaksud Imam pembela sunnah. Selain itu, Al-Imam Zayn
Al-Fuqaha yang bermaksud imam hiasan fuqaha. Beliau juga di beri gelaran
lain iaitu Sayyid al-Fuqaha yang bermaksud penghulu fuqaha . beliau juga
menerima dua gelaran lainnya iaitu Taj Al-Fuqaha Dan Anak Bapa Saudara
Nabi . Pada tahun 204 Hijrah bersamaan Dengan 820 masihi beliau meninggal
dunia ketika berusia 54 tahun . Beliau meninggal dunia di mesir dan
dimakamkan di sebuah masjid yang terletak di arafah, mesir.
BIL PERKARA NO MUKA SURAT
TOKOH IMAM SYAFIE
1 RIWAYAT HIDUP
2 SIFAT PERIBADI
3 PENDIDIKAN
4 KETOKOHAN DALAM BIDANG YANG DIPOLOPORI
6 SUMBANGAN TOKOH
7 Senaraikan TIGA (3) cara untuk mencontohi tokoh
tersebut dalam kehidupan kita
Imam Syafie dikurniakan dengan kecerdasan yang tinggi serta ketajaman akal .
Ini membuktikan bahawa beliau telah menjadi ulama yang berwibawa ,
mempunyai tahap pemikiran yang luas , beliau juga mudah memahami dan
mengingati setiap ilmu yang dipelajari sehingga dengan mudah sahaja beliau
boleh menguasai semua bidang ilmu termasuk ilmu alat yang membolehkan
beliau termasuk ke dalam senarai para ulama yang mempunyai kedalaman
fahaman, keluasan ilmu serta ketinggian pemikiran sehingga mampu membina
mazhab sendiri. Sifat ini boleh dibuktikan dengan keadaan apabila beliau diusia
1o tahun , beliau sudah mulai menghafal seluruh isi kitab Muwattak iaitu kitab
hadith karangan Imam Malik.
Beliau juga seorang yang berani mengatakan kebenaran tanpa teragak agak .
Beliau telah mendirikan mazhab sendiri yang dikenali Mazhab Syafie(yang
qadim) . Sebaik sahaja pembukaan mazhab ini , Imam Syafie menyanggah
pendapat-pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik serta pendapat
daripada para sahabat kedua-dua imam tersebut. Namun, beliau mendapat
bantahan daripada kedua dua pihak . Imam Syafie tidak menghiraukan itu
semua, beliau dengan berani menyatakan pendiriannya yang diyakini benar dan
mengatakan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam kedua-dua mazhab besar
itu .
Imam Syafie juga adalah seorang yang amat menjaga maruah dirinya. Beliau
sekali-kali tidak rela maruah beliau tercemar samada oleh perbuatan sendiri
atau oleh perlakuan orang lain. Hal ini boleh dibuktikan Ketika Imam Syafie
bersumpah dengan nama Allah S.W.T untuk perkara yang benar , apatah lagi
dengan perkara yang tidak benar . Imam Syafie juga mempunyai keperibadian
yang tegas dengan pendiriannya ,apabila beliau menolak jawatan kadi di
Nyaman semasa zaman Khalifah Harun yang tidak menjalankan pemerintahan
berlandaskan islam.
PENDIDIKAN IMAM SYAFIE
RIWAYAT HIDUP IMAM SYAFIE
SIFAT PERIBADI IMAM SYAFIE
KETOKOHAN DALAM BIDANG YANG DIPOLOPORI
SUMBANGAN TOKOH
TIGA CARA MENCONTOHI TOKOH TERSEBUT
Pendidikan Imam Syafie bermula apabila beliau masih diumur 5 tahun . Beliau
dihantar ibunya , Fatimah untuk mempelajari al quran dengan Imam Abu Ali
Ismail bin Qastatin. Ketika berusia 7 tahun , beliau sudah mulai boleh
menghafal seluruh al quran 30 juzuk . Apabila menganjak ke usia 10 tahun
beliau telah mulai menghafal alquran dan memahami kitab al-muwattak yang
ditulis oleh imam malik walaupun beliau beklum berguru dengan imam malik .
Ketika beliau berusia 15 tahun , beliau telah memulakan langkah permulaan
untuk belajar ilmu fekah dengan menghadiri majli ilmu yang diadakan oleh
Mufti Kota Makkah pada masa itu iaitu Imam Muslim bin Khalid al-Zinji.
Imam Syafie mempunyai ketekunan yang tinggi sehingga beliau mahir dan ahli
dalam ilmu fekah . Beliau juga diberikan keizinan oleh gurunya itu untuk
memberi fatwa kepada orang ramai.
Kemudian, setelah tamat belajar kepada mufti Makkah di dalam ilmu fekah,
Imam Syafie berpindah pula untuk mempelajari lain-lain ilmu terutama ilmu
tafsir al Quran dan ilmu hadith kepada seorang ulama hadith yang paling ahli
di Kota Makkah pada masa itu bernama Imam Sufyan bin Uyainah. Namun
mazhab ini tidak dapat bertahan lama setelah munculnya mazhab-mazhab lain
kemudiannya terutama mazhab yang empat dan masyhur itu. Ilmu membaca al
Quran atau ilmu tajwid pula Imam Syafie belajar kepada seorang ulama besar di
dalam ilmu tajwid bernama Imam Abu Ali Ismail bin Qastatin, seorang ahli
qiraat yang terkemuka di Kota Makkah .
Setelah hamper 10 tahun di Makkah diakui alim oleh para ulama Makkah
terutama oleh guru-guru beliau dan sudah mampu mengeluarkan fatwa, beliau
mengambil Langkah untuk menambahkan ilmu di luar Makkah. Beliau tertarik
ingin ke madina apabila beliau mendengar terdapat seorang ulama yang sangat
ahli dalam bidang hadith dan fekah . Lalu beliau pun berguru dengan Imam
besar yang ada di Madinah Ketika itu . Hal ini terjadi apabila beliau masih lagi
berumur 20 tahun .