The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isyaa54, 2021-09-27 10:55:50

PENGENALAN BOLA BALING

PENGENALAN BOLA BALING

PENGENALAN BOLA
BALING

NAMA : NUR AISYAH BINTI OMAR
KELAS : 6UPM(B)

Sejarah bola baling

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah
suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan

Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan
yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu. Semasa perang
Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan
dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan
ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia

diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai
handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah

dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.

PERKEMBANGAN BOLA BALING

Peringkat Kebangsaan (Malaysia)

Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim
Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di
Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit
Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola
baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-guru telah dijalankan untuk mempopularkan
permainan ini di kalangan pelajar sekolah.Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan
menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke seluruh
negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada
tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM
untuk peringkat kebangsaan.Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling
antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England,
India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam
Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

Peringkat Sekolah dan Maktab

Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru-guru dari semua negeri di
Malaysia dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada
tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil permainan. Pada tahun 1986, satu lagi
kursus untuk melatih guru-guru yang ingin menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor
di Kuala Lumpur. Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula aktif dan dipertandingkan dalam
Pestarama Maktab pada tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu
kursus pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di kalangan penuntut
maktab.

GELANGGANG BOLA BALING DAN
UKURAN PADANG

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan
gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam
dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di
garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua

bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu
garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma

adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti
ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula
ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat
dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah

4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran
selebar 5 cm.

BOLA

A) Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan
bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan
antara 58 cm hingga 60 cm.

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16
tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola
saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

B) Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola
yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat
antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam

sesuatu pertandingan.

TIANG GOL

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol
terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan
tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang
palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat

daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan
warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol

dan palang ialah 8 cm.

PEMAIN DAN PAKAIAN

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek
atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang
hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna

pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan
lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah
tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain,

iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain
dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16
dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk

pemain-pemain gelanggang.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA
BALING

1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BAHU

HANTARAN BOLA Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh
pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara
Dalam permainan Bola Baling
terdapat beberapa cara penghantaran ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh.
bola yang sama dengan cara-cara yang Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini
digunakan dalam permainan bola boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan
keranjang dan bola jaring. Jenis bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring,
hantaran yang biasa digunakan adalah
seperti berikut : menukar hala hantaran atau memusingkan
badannya.
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat

e) Hantaran sisi

HANTARAN LANTUN HANTARAN ARAS DADA

Dilakukan apabila membuat Berasal daripada kemahiran yang
hantaran secara mengejut. sama dalam permainan bola
Kelemahannya adalah bola itu dapat keranjang. Sesuai untuk hantaran
disekat oleh pihak lawan yang jarak dekat di aras dada. Pergerakan
bertindak balas pantas. Hantaran ini bola itu adalah hasil tolakan dari jari-
biasanya dilakukan dengan sebelah jari tangan. Tangan hendaklah ikut
tangan. lajak di akhir tolakan.

HANTARAN LOMPAT HANTARAN SISI

Ini adalah satu lagi gerak keliru yang Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat
berasal dari permainan bola keranjang. hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak
Biasanya apabila seorang penyerang perlu memusingkan badannya untuk menghadap
melompat untuk menjaring tidak ke arah penerima hantarannya apabila hantaran
berpeluang membuat demikian, ia akan sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak
membuat hantaran terus kepada kawannya melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan
supaya bola tidak terlepas kepada pihak memang sesuai bagi pemain yang mempunyai
lawan. tapak tangan yang besar.

PRINSIP ASAS HANTARAN

BOLA

Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain
bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi
prinsip-prinsip asas yang berikut:

a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?

c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan
menjadi positif?

d) Kekuatan – sekuat manakah boal patut dibaling dalam
situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan
jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

PRINSIP SAINS DALAM

HANTARAN

Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang
teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain

(Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan
terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait

rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.

b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan
jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas
1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.

2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri.
3. Paksi/fulkrum – sendi

4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP
BOLA

1. Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus
mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan
dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang
dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau
sempurna.

2. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan
perhatian pada faktor-faktor berikut:

3. 1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
4. 2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
5. 3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola.
6. 4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.
7. 5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang.
8. 6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang.
9. 7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu

jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya
pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.
Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam
kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA

1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras
muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah

tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap

bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu
merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju
kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan - Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila
penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat.
Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas,
keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

4. Menangkap bola tinggi - Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran
tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang
tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola
hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP

BOLA

1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak
tangan.
2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula
berada terlalu jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

MEMEGANG BOLA

Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada
rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu
memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas
daripada pegangannya. Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan mengarah ke
depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain melakukan gerakan yang seterusnya.
Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan berkedudukan pada aras dada.
Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan
kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

SAINS DALAM MENANGKAP BOLA

Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum pertama Newton iaitu Hukum Inersia.
Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar.
Jika bergerak, ia akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu
oleh daya luar.
Konsep – konsep Penting dalam Inersia
1. Otot – otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot – otot kecil.
2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak.
3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum)

Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan tangan ditarik ke dada bagi
menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut. Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi
kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan
berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA

● Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain
dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan,
terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol
yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka,
bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun
kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain
kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain
barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala
pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan
taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang
yang akan menjaringkan bola.

● Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang
perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan
mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan
pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan
tidak mudah berputus asa.

PRINSIP – PRINSIP UTAMA JENIS JARINGAN

Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah
kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah
baling. Antaranya ialah: pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling
disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan
pemain. kedudukan bergerak atau berlari.

2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
dalam tempoh permainan.
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada 2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki
gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak. kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran
tertentu. dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan
penjaga gol. memegang bola diluruskan ke atas kepala dan
membalingnya kuat ke arah sasaran.

5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak
selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada
pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan

rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti
berikut:

1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras
bahu.

2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat
ke sasaran.

3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat
ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi
pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan

perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada
lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti

cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti

berikut:

1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan
penjaga gol.
2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai
kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha

Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang
menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan.
Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh
penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an
membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat
jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring
juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura
membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya,
menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan
memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah

lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik,
hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah
kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki
penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3
saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol
untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.

2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.

4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3
situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli

Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING

Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains
yang kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat
lajak dan melompat ketika hendak membuat jaringan bola. Ketika membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi

tuas dan daya adalah untuk menambah kelajuan sesuatu beban atau halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:

1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga
diaplikasikan di mana bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas bola. Lengan memberikan daya

yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan tepat ke sasaran.
2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan

ke atas kaki dan memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan tepat. Ikut lajak penting dalam
kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa

daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan
pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada

objek adalah kurang.

10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang sebagai pemain
simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk membuat
permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.
4. Seorang pemain dibenarkan: · Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa
cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum
membuat balingan atau hantaran. · Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam
kawasan permainan yang ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.
7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan yang
tidak mengeluarkan bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang
– kurangnya 3 meter dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada
penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.
10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.

SEKIAN TERIMA
KASIH..


Click to View FlipBook Version