The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adiba7374, 2023-06-12 17:07:58

Sejarah Awal Kuala Lumpur dan Kelantan

Tugasan Amni dan Hani

Keywords: Sejarah

1 SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH SERI ISKANDAR SEJARAH TAHUN 6 SEJARAH AWAL KUALA LUMPUR & KELANTAN 6 MUS’AB/2023 BIMBINGAN MUALIMAH MARDHIAH AMNI BINTI ADIB NUR HANI IMAN BINTI HAZLI RIDZAM


2 ISI KANDUNGAN SEJARAH AWAL KUALA LUMPUR 3 Gambar 1 – Pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak yang disebut sebagai Kuala Lumpur 5 Gambar 2 – Sutan Puasa 6 Gambar 3 – Kapitan Cina Ke-3 , Yap Ah Loi 6 Gambar 4 – Pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak kini 7 Gambar 5- Bendera Kuala Lumpur 7 ASAL USUL NEGERI KELANTAN 8 SEJARAH AWAL KELANTAN 9 Gambar 6 – Pintu gerbang Kelantan 9 TOKOH PERJUANGAN DI KELANTAN 10 Gambar 7 – Tok Kenali 10 KEBOLEHAN LUAR BIASA TOK KENALI 11 Gambar 8 – Mercu tanda Kelantan 11 Gambar 9 – Batik Lukis Kelantan 12 Gambar 10 – Bendera Kelantan 12


3 SEJARAH AWAL KUALA LUMPUR "Raja Abdullah merupakan tokoh yang bertanggungjawab terhadap pembukaan dan kemajuan Kuala Lumpur pada hari ini. Jika tidak kerana penerokaan bijih timah yang dilakukannya mungkin Kuala Lumpur tidak wujud sama sekali," kata Profesor Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Raja Abdullah datang ke Lukut pada tahun 1834 bersama abangnya, Raja Jumaat untuk mengusahakan perlombongan bijih timah di situ. Di bawah pentadbiran Raja Jumaat, Lukut telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang terkenal sekitar tahun 1830-an. Sekitar tahun 1849 dan 1850, Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor ketiga telah menyerahkan watikah pelantikan pentadbiran Klang dan daerah sekitarnya kepada Raja Abdullah menggantikan pemerintah sebelumnya, Raja Sulaiman yang mangkat. Watikah baharu turut diberikan oleh Sultan Selangor keempat, Sultan Abdul Samad pada 1864. Kekuasaan Raja Abdullah sebagai pemerintah Klang juga dibuktikan melalui surat perjanjian yang dimeterai bersama dua orang saudagar dari Negeri-Negeri Selat, William H. Read dan Tan Kim Cheng pada tahun 1866. Selepas tujuh tahun mentadbir Klang, pada 1857, Raja Abdullah bersama-sama 87 orang buruh Cina telah meneroka lokasi bijih timah di sekitar Sungai Klang sebelum mendarat di Ampang. Bagaimanapun, sebahagian besar buruh yang dibawa meninggal dunia akibat demam malaria. Ekoran itu, Raja Abdullah terpaksa meminta bantuan abangnya di Lukut yang kemudiannya menghantar lebih 150 buruh tambahan ke Ampang. Pada tahun 1859, bijih timah berjaya dikeluarkan buat julungjulung kalinya di situ. Kuala sungai yang menjadi pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak telah dijadikan pangkalan untuk mengangkut bijih timah sebelum dieksport ke Barat melalui pelabuhan Singapura dan Melaka. Dikatakan pangkalan di bahagian kuala


4 sungai yang agak berlumpur itulah membawa kepada kewujudan nama Kuala Lumpur. Kerancakan aktiviti perlombongan telah mengubah landskap Kuala Lumpur menjadi sebuah pekan perlombongan yang padat dengan pelbagai aktiviti dan perniagaan. Keadaan itu turut menarik masyarakat luar untuk berniaga dan memulakan kehidupan baharu di situ. Antaranya ialah Sutan Puasa yang tiba di Kuala Lumpur pada tahun 1859 lalu menjalankan perniagaan sehingga menjadi seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan disegani. Beliau yang berasal dari Tobang, Hulu Mandailing, Sumatera berjaya menarik ramai orang Cina ke situ termasuk Kapitan Cina Pertama di Kuala Lumpur, Hiu Siew dan Ah Sze. Pada 1862, Yap Ah Loy yang sebelum itu bekerja di lombong bijih timah di Lukut turut berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Kapitan Cina Ketiga bermula dari 1868 hingga 1885. Raja Abdullah, Sutan Puasa dan Yap Ah Loi telah memainkan peranan penting terhadap perkembangan dan sejarah awal Kuala Lumpur. Walaupun kajian akademik mengesahkan Raja Abdullah sebagai pengasas Kuala Lumpur, namun ada juga hujah dan pendapat yang menyatakan ia adalah Sutan Puasa dan Yap Ah Loy. Misalnya, Abddur-Razzaq Lubis & Khoo Salma Nasustion dalam karyanya Raja Bilah and The Maindailing in Perak: 1875-1911 mengangkat Sutan Puasa sebagai pengasas Kuala Lumpur. Di samping itu, terdapat juga kenyataan menyatakan Yap Ah Loy sebagai bapa Kuala Lumpur moden dan turut diangkat sebagai pengasas Kuala Lumpur. Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi ke-28 anjuran Arkib Negara Malaysia pada 13 Disember 2012 yang dihadiri para sejarawan, ahli akademik dan pelbagai organisasi berkaitan membuat kesimpulan


5 bahawa Raja Abdullah merupakan individu pertama yang meneroka Kuala Lumpur iaitu sebelum kedatangan Sutan Puasa dan Yap Ah Loy. Ia sekali gus mengesahkan fakta yang tertulis dalam buku Sejarah Selangor oleh Buyong Adil pada tahun 1971 dan Glimpse of Selangor 1860-1898 oleh J.M Gullick bahawa beliau merupakan pengasas Kuala Lumpur. Pembangunan Kuala Lumpur menjadi semakin terancang apabila pada 1 Januari 1974. Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan yang pertama Gambar 1 – Pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak yang disebut sebagai Kuala Lumpur


6 Gambar 2 – Sutan Puasa Gambar 3 – Kapitan Cina Ke-3 , Yap Ah Loi


7 Gambar 4 – Pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak kini Gambar 5- Bendera Kuala Lumpur


8 ASAL USUL NEGERI KELANTAN Terdapat beberapa teori asal usul nama Kelantan. Satu teori mengatakan bahawa perkataan "Kelantan" berasal daripada perkataan gelam hutam yang diubah suai, iaitu perkataan Melayu untuk pokok Gelam (Melaleucaleucadendron). Teori lain mendakwa bahawa nama Kelantan itu berasal daripada perkataan Melayu iaitu "kilatan". Ada juga mengatakan berasal daripada perkataan "kolam tanah". Perkataan "kolam tanah" dipercayai berasal daripada perkataan India iaitu Kolaan Thana atau Kolaam Thana yang bermaksud "Tanah Kolaan" atau "Tanah Kolaam", istilah kolaan atau kolaam merujuk kepada lukisan lantai atau gambar rajah dalam banyak kuil Hindu yang menghiasi tanah pada zaman dahulu. Teori ini mengatakan bahawa Kolaan Thana atau Kolaam Thana secara beransur-ansur menjadi Kelantan sesuai dengan pertuturan penduduk tempatan. Gelaran Darul Naim yang diberikan kepada Negeri Kelantan bermaksud "Negeri/Kediaman yang menyenangkan". Perkataan "Darul" berasal daripada perkataan Arab iaitu "دار "yang bermaksud rumah atau kediaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "Naim" jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu ianya bermakna menyenangkan. Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama panggilan Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.


9 SEJARAH AWAL KELANTAN Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan arkeologi menunjukkan bukti Kelantan sebagai petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya, Majapahit dan Siam. Kira-kira 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Baginda Sultan Iskandar, Kelantan mengasaskan Empayar Majapahit II yang berpusat di Kota Mahligai. Nama sebenar baginda ialah Kemas Jiwa. Baginda pernah berkahwin dengan Ratu Suhita, pemerintah Majapahit (1427-1447) dan baginda dianugerahkan seorang puteri. Di Majapahit. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15. Gambar 6 – Pintu gerbang Kelantan


10 TOKOH PERJUANGAN DI KELANTAN Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung , guru agama Islam yang agung, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya, di awal abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni. Gambar 7 – Tok Kenali


11 KEBOLEHAN LUAR BIASA TOK KENALI Kecenderungan Tuk Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-quran dan dapat menulis dengan baik. Kerana itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa menguruskan hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara tujuh ke lapan daerahnya untuk menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan tahun. Gambar 8 – Mercu tanda Kelantan


12 Gambar 9 – Batik Lukis Kelantan Gambar10 – Bendera Kelantan


Click to View FlipBook Version