The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adiba7374, 2022-01-01 04:01:42

Penyalahgunaan Bahan-

Penyalahgunaan Bahan-

Penyalahgunaan Bahan

Jerat Dadah

Ahli Kumpulan :
Mariya Bt Kais Amir Kadhim
Sabda Farah Wahyu Bt Zabidin
Norsyahira Bt Ridhuan
Siti Norhidayah Bt Nor Ikram

Kandungan

❖ Maksud jerat dadah
❖ Situasi berisiko yang membawa kepada jerat dadah
❖ Implikasi jerat dadah kepada diri, keluarga dan

masyarakat
❖ Cara mengelak jerat dadah

Maksud Jerat
Dadah

Jerat dadah ialah keadaan individu yang
dipengaruhi atau diperdaya oleh individu lain
bagi menagih dadah atau dijadikan sebagai
keldai dadah. Keldai dadah bermaksud mereka
yang ditipu, dipaksa atau diperdaya bagi tujuan
menjual dadah di dalam atau di luar negara
tanpa mengetahui bahawa mereka membawa
dadah atau menjadi ejen pengedaran dadah.

Situasi Berisiko Yang Membawa Kepada Jerat Dadah

Situasi 1 : Individu yang mencurigakan meminta bantuan untuk menjaga beg atau memegang
barangan miliknya.

Individu mencurigakan : Maaf, cik. Saya mahu ke tandas sebentar. Boleh cik tolong
pegangkan beg saya? Sekejap sahaja. Selepas selesai,
saya akan ambil semula.

Sasaran sebagai mangsa : Minta maaf, encik. Tidak boleh. Saya ada hal yang perlu
disegerakan.

Individu mencurigakan : Saya akan bagi bayaran kepada cik. Tanda ucapan terima
kasih kerana sudi untuk bantu saya.

Sasaran sebagai mangsa : Terima kasih atas niat baik encik. Saya cadangkan encik
letak sahaja di tempat penyimpanan beg. Lebih selamat di
situ.

Situasi 2 : Proses temu duga menerusi panggilan telefon

Penemu duga : Selamat pagi. Boleh saya bercakap Sasaran sebagai Terima kasih atas tawaran tersebut
dengan Encik Daniel?
mangsa : tetapi saya tidak berminat.

Sasaran sebagai Selamat pagi. Saya yang bercakap. Penemu duga : Tapi encik, kami akan menawarkan
mangsa : gaji yang lumayan. Kita boleh
bincangkan nilainya.

Penemu duga : Encik ada mohon pekerjaan dengan Sasaran sebagai Terima kasih kerana menghubungi
Syarikat ABC Sdn. Bhd., kan?

mangsa : saya. Maaf, saya tidak berminat

Sasaran sebagai Ya, betul. Saya telah menghantar kerana kemusykilan tentang tawaran

mangsa : resume melalui e-mel. ini.

Penemu duga : Kami berminat untuk menawarkan Panggilan segera diputuskan.
pekerjaan kepada encik. Tugasnya
mudah sahaja. Encik Cuma perlu
membawa bungkusan ke luar negara.
Destinasinya kami akan tetapkan. Di
sana, ada wakil yang akan menunggu
encik untuk mengambil bungkusan
tersebut.

Implikasi Jerat Dadah Kepada Diri,
Keluarga Dan Masyarakat

Kesan Kepada Diri Kesan Kepada Keluarga

➢ Kesihatan terjejas ➢ Menjejaskan keharmonian keluarga
➢ Mental, status kewangan, prestasi kerjaya ➢ Tanggungjawab terhadap keluarga terabai
➢ Ahli keluarga hidup dalam ketakutan
dan pelajaran merosot ➢ Mendatangkan stres kepada ahli keluarga
➢ Hidup dalam khayalan ➢ Mencemarkan nama baik keluarga di
➢ Melakukan jenayah
mata masyarakat

Kesan Kepada Masyarakat Dan Negara

➢ Kehilangan tenaga kerja yang afektif dan bermotivasi
➢ Masyarakat akan bimbang berlakunya jenayah
➢ Bilangan pesakit mental bertambah
➢ Penularan penyakit HIV dan AIDS
➢ Ekonomi negara terjejas

Cara Mengelak Jerat Dadah

01 02

Berhati-hati dengan tawaran Jangan membawa barang
kerja bergaji di luar negara. yang dikirim oleh orang lain.

Siasat atau buat kajian terlebih dahulu tentang Kebanyakan mangsa jerat dadah membawa
kerja yang dipohon atau ditawarkan. Sekiranya barangan seperti beg yang dikirim oleh orang
terdapat kemusykilan, elakkan daripada lain. Mereka diminta untuk menyerahkan barang
menerima pekerjaan tersebut lebih-lebih lagi tersebut kepada pihak lain yang akan menunggu
yang ditawarkan secara atas talian atau menerusi di lapangan terbang.
panggilan telefon tanpa berjumpa tanpa majikan.

03

Elakkan daripada makan atau
minum dengan orang yang baru kenal.

Berhati-hati dengan makanan dan minuman yang
diberi oleh orang lain sama ada dikenali atau
sebaliknya. Hal ini agar diri terselamat daripada
unsur khianat.

04 05

Selidik latar belakang rakan yang baru Tinggal bersama keluarga atau
dikenali. sentiasa menziarahi keluarga.

Pastikan kita mengenali latar belakang Tinggal bersama ahli keluarga akan

individu yang menjadi rakan kita. Elakkan mengawal pergerakan kita agar tidak

daripada berkawan dengan individu yang terlalu bebas atau membuat keputusan

mencurigakan. terburu-buru. Sekiranya berjauhan dengan

ahli keluarga, ziarahilah mereka apabila

berkelapangan atau hubungi mereka

06 dengan kerap untuk bertanyakan khabar.
Percaya pada diri sendiri bahawa anda
boleh buat.

Individu yang percaya kepada diri tidak
akan mengambil jalan mudah untuk hidup
senang-lenang. Mereka akan berfikir
panjang jika ditawarkan dengan sesuatu
yang lumayan.

Sekian
Daripada Kami


Click to View FlipBook Version