The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-64321027, 2021-09-29 03:35:11

Karangan

Karangan

Aku seekor ikan

Aku seekor ikan. Aku __________________ di sungai. Aku tinggal
___________________ ramai kawan. Badan aku ___________________.
Sisik aku sangat tebal. Aku suka makan ___________________. Aku juga
makan cacing.

Pada suatu hari, datang ___________________________ budak ke
___________________. Mereka bercadang untuk memancing. Aku
mula berasa ____________________ dan kecewa. Seorang budak
_____________________ Arun memancing aku.

Arun _____________________ aku ke rumah. Aku berasa amat
takut. Arun melepaskan aku ke dalam sebuah
________________________ di biliknya. Aku berasa gembira.

Dia memberi aku ___________________ dua kali setiap hari. Aku
______________________ dengan gembira bersama tuan aku.

makanan lumut
sekumpulan akuarium
takut hidup
tinggal membawa
bersisik bersama
sungai bernama

Aku sebatang pen

Aku sebatang pen. Nama aku ialah Faber – Castel. Aku ____________
di sebuah kilang membuat pen.

Badan aku diperbuat daripada __________________. Perut aku
diisi dengan dakwat. Dakwat aku __________________ biru. Bentuk aku
__________________.

Setelah siap, aku dihantar ke sebuah _______________ buku. Aku
disimpan di dalam sebuah __________________ bersama-sama kawan
aku. Pemilik kedai telah membersihkan saya. Beliau meletakkan
tanda harga pada __________________ aku. Beliau menyimpan aku di
dalam sebuah _________________ kaca.

Pada suatu hari, datang seorang _______________. Nama gadis
itu ialah Aina. Aina melihat aku selama sejam. Dia _______________
hati pada diri aku. Dia terus membeli aku pada harga RM 3.50.

Aina menjaga aku dengan baik. Dia menggunakan aku untuk
menulis. Aina bangga dengan kebolehan aku. Aina _______________
aku ke sekolah tiap-tiap hari. Aku berasa gembira dan bangga
mendapat ________________ sepertinya.

badan gadis almari tuan
membawa berwarna tertarik kotak
panjang kedai plastik dilahirkan

Aktiviti gotong - royong

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi,ibu bapa, guru-guru dan
murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan.

Guru besar mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan murid-murid. Selepas
itu, kami diagihkan kepada empat kumpulan untuk menjalankan aktiviti gotong-
royong. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyapu sampah, membersihkan
longkang dan menebas lalang. Ada juga yang mengecat bangunan, melukis
mural dan menanam pokok bunga.

Tujuan aktiviti gotong – royong diadakan adalah untuk memupuk
perpaduan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain itu, aktiviti
ini dapat menceriakan lagi kawasan sekolah.

Aktiviti gotong-royong selesai pada pukul 1.00 petang. Sebelum pulang,
kami telah menjamu hidangan yang disediakan. Sepanjang aktiviti ini, kami
berasa gembira dan seronok.

Lawatan ke Cameron Highlands

Kami bertolak ke Cameron Highlands pada pukul 9.00 pagi. Pada pukul 11.15
pagi, kami singgah di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil lalu bersarapan roti
canai dan minuman panas.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan dan pada pukul 2.00 petang,
kami singgah di Hentian Rehat dan Rawang Tapah untuk makan, bersolat dan
berehat. Setelah kira-kira dua jam di Tanah Rata, kami pun mendaftar masuk
hotel di Brinchang.

Kami sekeluarga berkunjung ke Stesen Penyelidikan Pertanian (MARDI) di
Tanah Rata. Di sini, kami kagum apabila melihat pihak MARDI memajukan
penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan beriklim sejuk. Antara sayur-
sayuran di situ ialah kubis dan tomato yang ditanam di bawah bumbung
plastik. Kemudian, kami berkunjung ke tempat penanaman strawberi dan
bunga mawar di sekitar Brinchang.

Kami mendaftar keluar dari hotel pada pukul 12.30 tengah hari. Dalam
perjalanan pulang, kami singgah di lading the. Ibu dan ayah membeli sayur-
sayuran, manakala kakak membeli beberapa kuntum teluki. Melalui jalan-jalan
yang berliku memang meletihkan tetapi pengalaman itu tetap menarik.

Akhirnya, kami singgah berehat di Hentian Rehat dan Rawat
Tapah sebelum meneruskan perjalanan pulang. Kami tiba di rumah pada pukul
8.20 malam.

Laporan

Isnin, 26 Mei 2012

Bertolak ke Cameron Highlands pada pukul 9.00 pagi. Pukul 11.15 pagi singgah
di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil. Bersarapan roti canai dan minuman panas
sebelum meneruskan perjalanan. Singgah di Hentian Rehat dan Rawat Tapah
pada pukul 2.00 petang. Makan tengah hari, bersolat dan berehat. Setelah kira-
kira dua jam berada di Tanah Rata, daftar masuk hotel di Brinchang.

Selasa, 27 Mei 2012

Berkunjung ke Stesen Penyelidikan Pertanian (MARDI) di Tanah Rata. Hebatnya
Malaysia, turut memajukan penanaman sayuran-sayuran dan bunga-bungaan
beriklim sejuk. Sayur-sayuran seperti kubis dan tomato ditanam di bawah
bumbung plastik. Turut melawat ke tempat tanaman strawberi dan tempat
bunga mawar di sekitar Brinchang.

Rabu, 28 Mei 2012

Daftar keluar hotel pada pukul 12.30 tengah hari. Dalam perjalanan pulang,
singgah di ladang teh. Semasa di Ringlet, ibu dan ayah membeli sayur-sayuran,
manakala kakak membeli beberapa kuntum bunga teuki. Perjalanan melalui
jalan yang berliku memang meletihkan tetapi pengalaman itu tetap menarik.
Singgah berehat di Hentian Rehat dan Rawat Tapah. Meneruskan perjalanan
pulang. Tiba di rumah pada pukul 8.20 malam.


Click to View FlipBook Version