MPU2132
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI
MALAYSIA
4 FOR 4
Harris Hazwan Bin Mohd Shazrin
(18DDV21F1025)
Muhammad Khairul Iskandar Bin
Mohd Jamil
(18DDV21F1033)
Nisa Zulaikha Binti Zairulnizar
(18DDV21F1007)
Stella Brenda Johnny
(18DDV21F1029)
PENSYARAH :
MOHAMMAD ZAMRI BIN JUSOH
PENULIS DAN EDITOR
Harris Hazwan bin Mohd Shazin
Ketua
Nisa Zulaikha binti Zairulnizar
Penolong
Stella Brenda Johnny
Setiausaha
Muhammad Khairul Iskandar bin Mohd
Jamil
Penolong Setiausaha
ISI KANDUNGAN
PEMBINAAN MASYRAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
PENGENALAN 1
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA 3
BANGSA 4
PENGENALAN 5
PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU 7
PERADABAN ASIA (INDIA,CINA,TIMUR TENGAH) 8
PERADABAN BARAT 9
KONSEP TAMADUN BARAT 10
GLOBALISASI 12
KEBAIKAN GLOBALISASI 13
KEBURUKAN GLOBALISASI 14
PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA 15
KONSEP NEGARA BANGSA 16
KONSEP NEGARA 17
KONSEP BANGSA 18
KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA 22
USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA 23
JAYAKAN KONSEP MALAYSIA PRIHATIN – SINAR HARIAN 24
PENUTUP 25
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGENALAN
Peradaban majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban besar
dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu . Pembinaan
peradaban didahului oleh peradaban Pribumi Alam Melayu , diikuti Peradaban Asia (India ,
Cina , Timur Tengah) dan seterusnya peradaban Peradaban Barat . Peradaban ini akhirnya
disambut oleh ‘peradaban globalisasi ‘ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban
tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.
Pembinaan peradaban yang berindentitikan Malaysia bermula dengan Kemerdekaan
1957 melalui usaha mewujudkan Negara – bangsa yang didahului oleh pembinaan Negara
bercirikan satu wilayah , satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan . Negara
mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi negara , Pelan Pembangunan
Lima Tahun dan sebagainya . Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa .
Oleh itu , Pembinaan bangsa menyusul melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan
raya .
SEJARAH SOSIAL PENGARUH DAN
PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA .
I.PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU.
Secara zahir, Alam Melayu adalah gugusan pulau-pulau serta Semenanjung Tanah Melayu
yang didiami oleh Rumpun Bangsa Melayu semenjak zaman berzaman. Kepulauan ini serta
lautan dan selat antaranya juga dikenali sebagai NUSANTARA iaitu 'Nusa-antara-lautan'.
Inilah juga tanah air bagi Rumpun Bangsa Melayu yang berkongsi satu baka keturunan (DNA),
persamaan adat resam, satu bahasa yang sama dan budaya yang dipegang bersama.
Peradaban yang tua inilah yang menjadi teras dan tunggak kepada negara-negara moden di
Alam Melayu yang ada sekarang.
Peta Alam Melayu
(sempadan Alam Melayu kini)
Alam Melayu adalah tanah ibunda bangsa Melayu, di mana tamadun dan peradaban Melayu
berasal dan menghuni sebagai pribumi. Asalnya, Alam Melayu juga meliputi pulau-pulau
Taiwan dan Hainan, dan wilayah-wilayah di tengah dan selatan Vietnam sekarang dan juga
Kemboja.1
1 https://www.lembagaperadabanmelayu.org/
II.PERADABAN ASIA (INDIA,CINA,TIMUR
TENGAH)
Sejarah Asia dapat dilihat sebagai kolektif dari tiga kawasan pesisir
benua Asia iaitu Asia Timur (Cina) , Asia Selatan (India) dan Timur
Tengah yang dihibungkan oleh bentangan stepa yang luas di
pendalaman Eurasia. Kawasan-kawasan pesisiran adalah tempat
lahirnya peradaban di dunia .
Di setiap kawasan pesisiran , peradaban umat manusia tumbuh dan
berkembang di sekitar lembah – lembah sungai yang subur . Tanah di
lembah – lembah sungai yang sungai yang subur ini kaya dengan unsur
harta (sumber nutrisi ) sehingga dapat ditanami dengan pelbagai jenis
umbi – umbian .
Tembok Besar Cina
Peradaban – peradaban yang tumbuh di Mesopotamia ,
Lembah Sungai Indus dan Tiongkok memiliki banyak
persamaan dan agaknya saling bertukar teknologindan
gagasan , misaknya matematik dan roda . Hasil budaya lain
seperti tulisan berkembang secara tersendiri di Kawasan
masing – masing . Kota – kota ,negara – negara dan empayar
– empayar berkembang di lembah – lembah sungai yang subur
di kawasan persisiran tanah ini .2
PUSAT
PERADABAN
INDIA
PETA ASIA
2 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Asia
4 PENEMUAN TERBESAR DI TIONGKOK
Kawasan pedalaman dan kawasan persisiran dipisahkan oleh gunung-gunung dan gurun-
gurun. Pergunungan Kaukasus, Pergunungan Himalaya, Gurun Karakum dan Gurun Gobi
merupakan rintangan alam yang hanya dapat dilanggar oleh para pengembara dari stepa
dengan bersusah-payah. Walaupun sudah jauh lebih maju di bidang teknologi dan budaya,
penduduk bandar tidak mampu berbuat banyak utuk mempertahankan diri terhadap serangan
gerombolan berkuda dari stepa. Tetapi, kawasan persisiran tidak memiliki bentangan rumput
yang cukup luas untuk menampung pasukan berkuda dalam jumlah yang besar. Setelah
menakluki negeri-negeri di Timur Tengah, para pengembara berkuda terpaksa menyesuaikan
diri dengan cara hidup masyarakat setempat.3
Penemuan serbuk mesiu (serbuk letupan) di Tiongkok pada Abad Pertengahan menjadi
perintis kemajuan dalam cara cara berperang melalui penggunaan senjata api.
3 https://www.tionghoa.info/empat-penemuan-terbesar-tiongkok/
III. PERADABAN BARAT .
Kebudayaan Barat kadang – kadang
disamakan dengan tamadun Barat atau
Tamadun Eropah uang bermaksud
kebudayaan yang berasal dari Eropah . Istilah
budaya dalam budaya Barat digunakan
secara umumnya untuk memaksudkan
warisan norma sosial , nilai – nilai etika , adat
resam , kepercayaan agama , sistem politik ,
dan artifak – artifak dan teknologi – teknologi
tertentu .
Konsep kebudayaan Barat adalah lebih
menonjolkan aspek pencapaian kebendaan
sebagai ukuran bagi menentukan sesebuah
masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya .
Sebelum sistem perpaipan rumah diguna
pakai secara meluas , orang dulu – dulu
jadikan amalan membuang najis ke
luar tingkap sebagai perkara biasa .
Istilah “budaya Barat” juga
berkenaan dengan negara
– negara yang kuat
dipengaruhi oleh
penghijrahan dan
pendudukan kaum – kaum
Eropah dalam sejarah ,
iaitu benua Amerika dan
Australasia .4
4 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Barat
KONSEP TAMADUN BARAT .
➢ Melihatkan perkara – perkara keduniaan hanya untuk kehidupan dunia semata – mata
.
➢ Kemajuan berdasarkan keuntungan dan mengamalkan konsep matlamat
menghalalkan cara .
➢ Agama adalah sebahagian daripada kebudayaan . Agama dicorak oleh perubahan
budaya .
➢ Segala urusan tidak ada kaitan dengan agama .
Kebudayaan Eropah berkembang dengan beraneka ragam falsafah , skolastisime dan
kebatinan zaman pertengahan , dan humanism Kristian mahupun secular . Pemikiran rasional
berkembang sepanjang satu zaman perubahan dan pembentukan yang lama dengan
eksperimen – eksperimen kesedaran , naturalisme , romantisme , sains , demokrasi dan
sosialisme . Kebudayaan Eropah berkembang maju dengan dorongan yang menyeluruh untuk
menerima ,menyesuaikan , dan yang paling penting sekali ialah mempengaruhi arah aliran
budaya lain . Perkembangan ini didorong oleh perhubungan globalnya .
Kecenderungan yang telah menakrifkan masyarakat Barat moden ialah kewujudan
kemajmukan politik , budaya saingan yang menonjol seperti gerakan Zaman Baru ,
peningkatan sinkrestisme budaya yang timbul daripada globalisasi dan penghijrahan insan .5
5 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Barat
GLOBALISASI
Apakah itu Globalisasi?1
Globalisasi merupakan satu proses sejarah
penyatuan dunia dalam aspek ekonomi, politik,
teknologi, sosial dan budaya. Proses ini adalah
proses yang telah menjadikan dunia tempat yang semakin
saling berkait. Ia juga dikatakan dalam perkataan lain
bahawa dunia kita telah dijadikan sebagai kampung
global. Tambahan lagi, globalisasi juga disebut ramai sebagai ‘dunia tanpa sempadan’ yang
meletakkan dunia di bawah satu unit sama tanpa sebarang garis sempadan.
Bukan itu sahaja, perkembangan globalisasi juga boleh mewujudkan satu hubungan
antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Perhubungan yang melibatkan sesama
manusia dapat dijadikan dalam tempoh yang singkat sahaja.
Dewasa ini, globalisasi semakin berkembang luas bukanlah di negara kita sahaja
namun juga di peringkat antarabangsa. Hal ini menyebabkan gelombang globalisasi ini
sukar untuk disekat. Berikut adalah beberapa kebaikan globalisasi ini.
1 https://ms.livingeconomyadvisors.com/381-what-is-globalization
Budaya baru dan menarik dapat dipelajari dan
dikongsi2
Globalisasi yang semakin berkembang telah
mewujudkan kerjasama dan persefahaman
sejagat. Semua pihak dapat berkongsi informasi
dan berinteraksi dalam pada masa yang sama dapat
mewujudkan hubungan diplomatik yang baik. Hal ini sekali
gus dapat meningkatkan kerjasama sosial atau ekonomi.
Negara juga dapat mengesan masalah negara serantau
secara pantas dan bantuan dapat dihulurkan dengan
segera.
Sebagai contoh:
a) Kejadian bencana alam
seperti banjir dan gempa
bumi dapat diketahui
dengan segera oleh seluruh
pelosok dunia. Secara tidak
langsung bantuan
kecemasan juga dapat
diberikan dengan pantas
iaitu sama ada bantuan
dalam bentuk kepakaran,
makanan atau perubatan.
Kebolehfahaman dan kerjasama sejagat boleh diwujudkan
apabila berlakunya perkembangan globalisasi yang positif.
2 https://ms.encyclopedia-titanica.com/significado-de-
globalizaci-n
https://www.slideshare.net/hajarraudhah/kesan-globalisasi-
65007393
Kesan positif globalisasi terhadap politik3
➢ Hubungan erat dapat dilahirkan antara
Malaysia dengan negara-negara melalui
bidang politik yang akan memberi kesan yang
positif kepada bidang lain seperti bidang
ekonomi dan sosial.
➢ Isu seperti perdagangan, hak asasi
dan alam sekitar dapat ditangani dengan
penggubalan peraturan global dan institusi oleh kebanyakan kerajaan.
Kesan positif globalisasi terhadap ekonomi4
➢ Perdagangan bebas, penggalakan
saingan, pengaliran modal secara
bebas, peluasan pasaran, kualiti produk
meningkat dengan berlakunya aliran
buruh mahir dan separa mahir telah
wujud. Perkara-perkara ini merupakan
pemangkin kemajuan negara.
➢ Pelaburan syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah ditingkatkan ke seluruh
dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Maybank dan juga Petronas yang
mempunyai taraf yang sama dengan syarikat gergasi negara luar.
Kesan positif globalisasi terhadap sosial5
➢ Dengan adanya kemudahan Internet
yang diperkenalkan secara global, sistem
pendidikan akan terus berkembang maju.
Pendidikan jarak jauh dapat dilakukan sama
ada dalam negeri atau di luar negeri. Hal ini
dapat dikaitkan dengan situasi dunia kita yang
dilanda dengan pandemik. Di samping itu,
pada era globalisasi ini, pendidikan bertaraf
antarabangsa dapat dimulakan di Malaysia.
➢ Ia juga akan memberi pelbagai pendedahan kepada rakyat dalam bidang seperti
perubatan, makanan berkhasiat dan senaman yang betul.
3-5 https://stpmesei.blogspot.com/2015/12/kesan-baik-dan-kesan-buruk-globalisasi.html
Keburukan Globalisasi6
Walaupun globalisasi mempunyai banyak manfaat namun, ia juga mempunyai beberapa
kekurangan atau keburukan yang telah dianalisis oleh para pengkritik dan penganalisis
selama bertahun-tahun lamanya. Antaranya:
Kesan negatif globalisasi terhadap politik
➢ Bantuan yang diperoleh kepada kumpulan-
kumpulan tertentu untuk menjatuhkan
kerajaan sedia ada seperti negara
Afghanistan, Libya, Iraq, Sudan, dan Mesir.
Hal ini diberi alasan dengan mereka ingin
memberi latihan kepada kumpulan pengganas
atau membangunkan senjata nuklear.
➢ Pengintipan bagi mendapatkan maklumat
daripada negara-negara maju terhadap musuh mereka wujud.
➢ Terdapat penggodaman ke dalam sistem pertahanan yang mencari kekuatan dan
kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara
Kesan negatif globalisasi terhadap ekonomi
➢ Dasar perlindungan produk tempatan
terhakis di mana produk tempatan sukar untuk
dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar
negara. Di samping tu, terdapat juga ancaman
terhadap perkhidmatan tempatan dan kesukaran
dalam mengawal aliran modal asing serta kedaulatan
ekonomi negara terhakis.
➢ Selain itu , negara kita juga telah mengalami
serangan mata wang di mana mata wang negara jatuh dan kemelesetan ekonomi
pun berlaku. Terdapat juga manipulasi dengan pasaran saham menyebabkan saham
tempatan jatuh. Hal ini juga akan membuatkan ekonomi Malaysia runtuh kerana para
pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap ekonomi .
https://stpmesei.blogspot.com/2015/12/kesan-baik-dan-kesan-buruk-globalisasi.html
PERADABAN BERIDENTITIKAN
MALAYSIA
Pada 31 Ogos 1957 bersamaan kalangan bangsa yang pelbagai serta
dengan Hari Kemerdekaan bersatu padu.
Malaysia telah menjadi akar
tunjang kepada kemunculan peradaban Sebagai individu, kita haruslah
bangsa. Walau bagaimanapun, negara menghargai dan memelihara budaya kita
kita Malaysia masih dianggap sebagai yang tersendiri dan jangan sesekali
negara yang gagal dalam pembentukan pernah mengabaikannya lalu mengambil
penjajahan. pengaruh buruk dari luar negara.
Salah satu aspek dalam membina Sebagai pihak sekolah atau
peradaban beridentitikan Malaysia ialah institusi pula, haruslah memperbanyakkan
sudah semestinya peradaban yang lagi aktiviti yang menarik melibatkan
mempunyai identiti kukuh tersendiri budaya dan adat turun-temurun
sebagai seorang rakyat Malaysia. Antara masyarakat Malaysia. Dengan adanya
ciri seorang masyarakat Malaysia yang aktiviti seperti ini, maka adab kita akan
mempunyai identiti kukuh ialah yang masih terjaga.
berasakan budaya, bahasa dan agama
sebagai panduan utama dalam menjalani Sebagai pihak kerajaan yang berperanan
kehidupan.
tinggi haruslah mengetatkan undang-
Pada tahun 2021, kita telah
meraikan kemerdekaan negara Malaysia undang dan keselamatan negara. Hal ini
yang ke-64. Begitu lamanya kita sudah
bebas daripada penjajahan namun kita dapat mengelakkan daripada adanya
masih tidak terlepas daripada dipengaruhi
oleh negara luar. Oleh itu, budaya pihak yang gemar memecahbelahkan
masyarakat kita haruslah dikekalkan agar
peradaban kita masih terjaga walaupun keamanan negara bangsa. 7
sudah berada dalam dunia yang serba
moden ini. 7
Selain itu, kita juga perlu https://online.anyflip.com/jmufj/aveb/mobile/ind
meneruskan perjuangan para tokoh yang ex.html
telah bertarung dengan pihak penjajah https://www.scribd.com/presentation/51082133
agar dapat menjadikan Malaysia 5/Pembinaan-Peradaban-Majmuk-Di-Malaysia
memperoleh kemerdekaan. Antara salah
satu langkah ialah dengan mewujudkan
suasana yang aman dan damai dalam
KONSEP NEGARA BANGSA
Negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan
politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi sesuatu bangsa, sebagai sebuah (unit)
wilayah yang berdaulat. NEGARA ialah entiti politik dan
geopolitik, manakala BANGSA ialah entiti budaya atau
etnik. Istilah NEGARA BANGSA menandakan bahawa
kedua-duanya sebagai sama, dan ini membezakannya
dengan bentuk kenegaraan yang lain, yang telah wujud
sebelumnya. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan
bahawa rakyat berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai yang bukan
merupakan ciri-ciri negara yang telah wujud sebelumnya.1
Konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara
melalui konsep satu bangsa, satu identiti. Secara ilmiahnya konsep ini menjurus kepada
sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu
padu tanpa dipisahkan oleh sentiment perkauman, keturunan,
agama, Bahasa, budaya, wilayah, warna kulit dan sebagainya
yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan.
3 syarat utama negara bangsa:
1) Masyarakat dalam sesebuah negara hidup dalam
keadaan yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang
diskriminasi dan perpecahan.
2) Rakyat negara mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi yang sama.
3) Penduduk haruslah percaya dan yakin terhadap system pemerintahan dan undang-
undang negara.
Pembinaan negara bangsa di Malaysia dibina berdasarkan Rukun Negara melalui strategi
penyusunan semula masyarakat dibawah program Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970. 2
1 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa
2 https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa
KONSEP NEGARA
Perkataan negara dalam maksud terkini biasanya merujuk kepada
konsep yang lahir hasil Perdamaian Westfalen pada tahun 1648
yang memperkenalkan konsep moden NEGARA BANGSA
berbanding NEGARA
EMPAYAR. Negara
daripada aspek politik
biasanya digunakan
dalam bidang sains
politik. Negara ialah
satu komuniti politik
tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan
mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap
penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar. 3
Negara merujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia dan merupakan suatu unit
politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal
pentadbiran sendiri. Negara juga sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah
yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar.
Sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa haruslah mempunyai elemen-
elemen berikut:
1) Penduduk ( rakyat atau populasi )
2) Wilayah ( sempadan )
3) Kerajaan
4) Kedaulatan4
3 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Negara_(politik)
4 https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa
KONSEP BANGSA
Bangsa merupakan kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah negara. Ia juga
mempunyai kumpulan besar yang ahlinya mempunyai
kepercayaan terikat atas asa perkongsian identiti sebagai
Bangsa mempunyai beberapa suatu kumpulan manusia atau masyarakat yang terikat
maksud utama: dengan persamaan hubungan sejarah, kebudayaan dan
nenek moyang yang sama. 5
1)Sekumpulan manusia yang Konsep Bangsa Malaysia diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysia keempat, Dr Mahathir Mohamad,
mempunyai persamaan seperti perdebatan dan perbincangan mengenainya tidak pernah
terhenti.Konsep Bangsa Malaysia berterusan dalam era
keturunan, segi bahasa, adat Malaysia Baharu di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh. “Bangsa” dalam
resam, kesenian dan versi ini biasanya diterjemahkan sebagai “race” dalam
Bahasa Inggeris. Satu lagi maksud “bangsa” yang sering
pengalaman sejarah digunakan pula merujuk kepada, memetik ayat dari Kamus
Dewan, “kumpulan manusia dalam satu ikatan
2)Jenis manusia daripada satu ketatanegaraan”. Contoh seperti Bangsa Malaysia dan
Bangsa Indonesia. Dalam Bahasa Inggeris, perkataan yang
asal keturunan, contohnya lazimnya membawa maksud yang serupa adalah “nation”,
seperti yang dapat dilihat dalam perkataan
bangsa [ melayu, india, cina
dan lain ]
3)Kumpulan manusia dalam
satu ikatan tatanegaraan,
contohnya bangsa Malaysia.
Rencana ini menggunakan
maksud yang kedua.
“national”(kebangsaan), “international”(antarabangsa), dan
“United Nations”(Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu).
Perubahan Jelas Polisi Kebudayaan:
Bangsa atau “nation” adalah suatu komponen penting dalam struktur ketatanegaraan moden
yang dibina atas konsep negara bangsa atau “nation state”. Dalam bahasa mudah, negara
(state) adalah “hardware” atau entiti yang menjalankan kuasa pentadbiran terhadap kawasan
tertentu dan dan mempunyai kuasa kedaulatan ke atas kawasan tersebut dan penduduk
dalam kawasan terbabit. Bangsa (nation) pula, seperti yang didefinisikan di perenggan
sebelumnya, lebih menyerupai “software” yang penting untuk memastikan sebuah negara
dapat berfungsi secara optimal. Konsep “Bangsa Malaysia” mula dibincangkan secara meluas
apabila Mahathir mengetengahkan istilah tersebut sebagai sebahagian dari usaha Wawasan
2020 untuk mewujudkan identiti kebangsaan yang inklusif bagi semua penduduk Malaysia.6
5 https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa
6 https://www.malaysiakini.com/news/484613
PENUTUP
Kumpulan kami telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini dalam
masa yang ditetapkan. Walaupun kami menghadapi masalah rangkaian
internet namun kami mengambil inisiatif untuk ke perpustakaan bagi
mendapatkan rangkaian internet yang laju dan lebih mudah untuk
mencari maklumat. Kerjasama kumpulan amat penting dalam misi
menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya amat bersyukur kerana setiap
ahli kumpulan memainkan peranan masing – masing dan sentiasa aktif
dengan berkongsi pendapat dan maklumat yang telah dicari. Tidak lupa
juga pensyarah kami yang sering memberi bimbingan dalam
melaksanakan tugasan ini.
KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA
Negara Malaysia mula wujud pada 16
September 1963, ditubuhkan dengan
menyatukan Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka pada masa itu dengan
Singapura, Sabah dan Sarawak. Di Malaysia,
perpaduan merupakan elemen yang amat
penting dalam menzahirkan landskap kestabilan
politik dan seterusnya menjadi prasyarat utama
dalam mewujudkan kesejahteraan hubungan
yang harmonis dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum.
Sejarah Malaysia telah mencatatkan
peristiwa seperti permuafakatan politik di
dalam barisan pemimpin yang terdiri
daripada pelbagai bangsa telah membawa
kepada kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
dimana negara kita bebas daripada
penjajahan British. Sejak daripada itu,
usaha murni telah dilaksanakan oleh pihak
kerajaan dalam menyatupadukan
keharmonian yang kelestarian dalam
kalangan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Ia amat penting kepada
negara kerana ia menjadi pemacu kepada
perkembangan ekonomi, rancangan
pembangunan serta kestabilan politik di
dalam negara.1
1
https://news.uthm.edu.my/ms/2018/02/pembinaan
-acuan-negara-bangsa/
USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
Pendidikan Membuat Sekolah Wawasan yang
berkonsepkan belajar bersama sama dalam
Kerajaan telah melaksanakan beberapa satu kawasan yang sama tanpa mengira
langkah dalam memastikan rakyat Malaysia kaum dan agama. Matlamat penubuhan
sentiasa memupuk semangat perpaduan di sekolah ini adalah untuk mewujudkan
dalam diri setiap orang dengan perpaduan dan integrasi diantara murid
menyediakan pendidikan rendah mengikut yang berlainan etnik dan agama. Ia juga
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melahirkan sifat toleransi dan
pada tahun 1983 yang menjurus kepada persefahaman yang tinggi dan
kurikulum bersepadu Sekolah Menengah menggalakkan interaksi yang maksimum
(KBSM) pada tahun 1989 dengan matlamat antara semua pelajar melalui perkongsian
melahirkan individu yang seimbang dari kemudahan sekolah dan pelaksanaan
segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang aktiviti. 3
sesuai serta mempunyai moral dan nilai
etika yang kukuh.
Seterusnya, kerajaan telah mewujudkan
sistem peperiksaan yang sama bagi semua
jenis sekolah. 2
2 3 https://adam-jebat.blogspot.com/2011/05/dasar-
dasar-dan-pelan-tindakan-kerajaan.html
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/
09DASAR_PENDIDIKAN_KEBANGSAAN.pdf
Rakyat
Sebagai rakyat Malaysia, kita
haruslah menjalin perpaduan
yang erat antara satu sama
lain. Sepanjang negara kita telah
merdeka, negara kita banyak
mengalami cabaran dalam
pembangunan negara termasuklah
isu perpaduan.4
Di samping itu, sebagai rakyat
Malaysia juga kita perlu taat setia
kepada raja dan negara. Hal ini
kerana sejarah membuktikan
bahawa rakyat yang tidak setia akan
mengakibatkan kedaulatan negara
akan tergadai.5
Selain itu, kita perlulah sentiasa 5
patriotik dan mensyukuri nikmat
kemerdekaan dan kesejahteraan https://suriapelangi.wordpress.com/2017/10/18/per
yang dimiliki sekarang. Kita perlulah anan-setiap-rakyat-malaysia-dalam-menjamin-
berbangga dengan kejayaan yang kesejahteraan-negara/
telah dicapai oleh negara dalam
setiap bidang. Misalnya,
pengeluaran kereta nasional,
pembinaan Menara Bekembar
Petronas, pencapaian Datuk Lee
Chong Wei dan Datuk Nicol David
dalam arena sukan antarabangsa.
4 https://www.usahapadu.com/peranan-setiap-
rakyat-malaysia-dalam-menjamin-kesejahteraan-
negara/
Kerajaan
Pihak kerajaan telah
mewujudkan Program
Khidmat Negara (PLKN)
yang bertujuan untuk meningkatkan
semangat patriotisme dalam
kalangan generasi muda disamping
memupuk perpaduan antara kaum
serta integrasi nasional. Melalui
program ini, ia melahirkan generasi
muda yang lebih cergas, cerdas dan
penuh keyakinan diri.6
Selain itu, kerajaan juga telah pekerjaan kepada semua rakyat
melancarkan Dasar Ekonomi Baru Malaysia tanpa mengira kaum.
(DEB) yang bertujuan untuk Selain itu, Langkah yang seterusnya
membentuk perpaduan negara. ialah dengan mempercepatkan
Antara langkah yang diambil ialah proses penyusunan semua
dengan mengurangkan dan masyarakat Malaysia bagi membaiki
membasmi kemiskinan dengan dan memulihkan keadaan ekonomi
menambah pendapatan dan yang tidak seimbang supaya dapat
memperbanyakkan peluang menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi – fungsi ekonomi.
6 https://semenda08.blogspot.com/2009/03/apa-
itu-program-latihan-khidmat-negara.html
Rukun Negara 2) Prinsip
- Kepercayaan kepada Tuhan
Rukun Negara dibentuk pada
31 Ogos 1970 oleh Majlis - Kesetiaan kepada Raja dan
Gerakan Malaysia iaitu Negara
setahun selepas berlakunya tragedi
31 Mei 1969 yang menghancurkan - Keluhuran Perlembagaan
perpaduan dan ketenteraman
negara.7 Rukun negara juga - Kedaulatan Undang –
dibentuk dengan tujuan yang utama Undang
iaitu membentuk perpaduan yang
kukuh. Prinsip – prinsip yang - Kesopanan dan Kesusilaan.
terdapat di dalam Rukun Negara
jelas merupakan kunci kepada
keharmonian dan perpaduan demi
kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Rukun Negara terbahagi kepada
dua bahagian iaitu ;
1) Objektif
- Membentuk satu sikap yang
liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan
berbagai corak.
- Mencipta satu masyarakat
yang adil dimana
kemakmuran negara dapat
dinikmati Bersama secara
adil dan saksama.
- Mencapai perpaduan yang
lebih erat dalam kalangan
masyarakat.
- Memelihara satu cara hidup
demokratik.
- Membina sebuah
masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains
dan teknologi moden.
7 https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
Jayakan Konsep Malaysia Prihatin – Sinar Harian
KU HASNAN KU HALIM | 17 Ogos 2020
Perpaduan merupakan asas kepada pembinaan negara bangsa dan harus dipupuk
amalannya dalam kalangan masyarakat berbilang etnik di Malaysia. Sekiranya
kepelbagaian etnik menjadi punca percanggahan, suasana damai yang diimpikan dilihat
sukar untuk dikekalkan andainya setiap etnik bersifat etnosentrik dan primodial.8
8 https://www.sinarharian.com.my/article/96952/KHAS/Pendapat/Jayakan-konsep-Malaysia-Prihatin
RUJUKAN
https://www.lembagaperadabanmelayu.org/
by En. Amran Mohammad , Cetakan Pertama 2016
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Asia
by Polar , 2019
https://www.tionghoa.info/empat-penemuan-terbesar-tiongkok/
by Herman Tan , 1 November 2015
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Barat
by Internet Archieve Bot
https://online.anyflip.com/jmufj/aveb/mobile/index.html
by anyflip , Disember 2020
https://www.scribd.com/presentation/510821335/Pembinaan-Peradaban-Majmuk-Di-Malaysia
by scribd
https://www.slideshare.net/safeqa/konsep-negara-bangsa
by Safeqa , 21 Januari 2018
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Negara_bangsa
by Cyber Troopers , 2018
http://cgpengajianam.blogspot.com/2013/05/konsep-negara-ciri-ciri-negara-berdaulat.html?m=1
by Cikgu Jamil
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Negara_(politik)
by Internet Archive Bot
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bangsa
by 118.101.135.64 , 2019
https://www.malaysiakini.com/news/484613
by Rayner Sylvester , 19 Julai 2019
https://news.uthm.edu.my/ms/2018/02/pembinaan-acuan-negara-bangsa/
by Admin UTHM
https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/
by Website Kerajaan
https://adam-jebat.blogspot.com/2011/05/dasar-dasar-dan-pelan-tindakan-kerajaan.html
by Adam Jebat , 20 November 2016
https://www.usahapadu.com/peranan-setiap-rakyat-malaysia-dalam-menjamin-kesejahteraan-
negara/
by Usaha Padu
https://suriapelangi.wordpress.com/2017/10/18/peranan-penting-belia-dalam-membangunkan-dan-
memajukan-negara/
by Admin , 18 Oktober 2017
https://semenda08.blogspot.com/2009/03/apa-itu-program-latihan-khidmat-negara.html?m=1
by Mohd Helmi Mohd Kamil , 2008
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
by Ibnvk
https://www.sinarharian.com.my/article/96952/KHAS/Pendapat/Jayakan-konsep-Malaysia-Prihatin
by Ku Hasnan Ku Halim , 17 Ogos 2020
Rekod Perjumpaan Kumpulan 4For4
Tarikh Masa Tempat Kehadiran Catatan
20/11/2021 10am – 1pm Cafe (4/4)
(Sabtu) - Membuat pembahagian tajuk
kepada setiap ahli. Tajuk yang dipilih
21/11/2021 ialah PEMBINAAN MASYARAKAT
(Ahad) MAJMUK DI MALAYSIA.
25/11/2021 - Mula membuat cover page bagi e-
(Khamis) folio.
- Perbincangan untuk menggunakan
26/11/2021 background, font dan size font.
(Jumaat)
- Sesi tanya (jikalau ada bahagian
29/11/2021 yang tidak jelas)
(Isnin)
10am – 1pm Online (4/4) - Semak semua progress ahli
(Whatsapp) kumpulan.
- Sesi tanya (jikalau ada bahagian
yang tidak jelas)
- Mula untuk membuat pengenalan.
3pm – 4.45pm Perpustakaan (4/4) - Menyemak progress sambil
menyiapkan bahagian yang belum
siap
3pm – 4.45pm Perpustakaan (4/4) -Berbincang fasal Pengenalan &
Penutup
- Menyemak progress ahli kumpulan
- Menyiapkan tugasan bahagian
masing – masing
2pm – 4.45pm Perpustakaan (4/4) - Menyiapkan pengenalan dan
penutup.
- Menyatukan semua bahagian
menjadi e-folio.
- Presentation
DI SEDIAKAN OLEH DI SAHKAN OLEH
(MOHAMMAD ZAMRI BIN JUSOH)
(NISA(SZtUeLlAlaIKHBAreBInNdTaI ZAJIoRhUnLNnIyZA)R)
PENSYARAH MPU21032
SETIAUSAHA 4 FOR 4 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN