The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by efankimishaz, 2023-09-22 10:08:51

Nota Lencana Keahlian

Nota Lencana Keahlian

BUKU PANDUAN MENULIS BUKU LOG LENCANA PENGAKAP MUDA LENCANA KEAHLIAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH TITIWANGSA FADZIL RAZAK Edisi Pertama 2020


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH TITIWANGSA Panduan Menulis Buku Log PENGAKAP MUDA LENCANA KEAHLIAN Disediakan oleh Pengakap Daerah Titiwangsa


Cetakan pertama : Mei 2020 © HAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk atau apa jua cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, imbasan, mekanikal, rakaman atau lain-lain cara sebelum mendapat izin secara bertulis daripada penulis. HAD LIABILITI. Modul ini ditulis dan diterbitkan dengan niat untuk membantu para Pemimpin dan Penolong Pemimpin Unit Pengakap Muda serta semua ahli Pengakap Muda di semua sekolah menengah di Malaysia. Susunan item bagi setiap modul adalah selaras dengan ketetapan skim latihan dan dirujuk sepenuhnya kepada Buku Skim Latihan Pengakap Muda yang telah diterbitkan oleh Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia. Penulis dan penyusun serta pereka bentuk grafik : Muhammad Fadzil bin Abdul Razak Dicetak dan diedarkan oleh : Muhammad Fadzil bin Abdul Razak [email protected] 012-3767367


Contoh 1: MUKA SURAT KEDUA SEBELAH KANAN BUKU LOG PERIBADI & LENCANA REKOD PERIBADI NAMA : TARIKH LAHIR : NO. K/P : NO. KEAHLIAN PENGAKAP : T1 : T2 : T3 : T4 : T5 NO. KUMPULAN : DAERAH : NEGERI : ALAMAT KUMPULAN : TELEFON PERIBADI : PANGKAT : GAMBAR BERUNIFORM


Contoh 3: MUKA SURAT KEEMPAT SEBELAH KANAN BUKU LOG REKOD KEMAJUAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN BIL PERKARA TARIKH TANDATANGA PENGUJI 1 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP 2 PRINSIP RUKUN NEGARA 3 LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA & DUNIA 4 PERSETIAAN PENGAKAP & UNDANGUNDANG PENGAKAP 5 HORMAT PENGAKAP & COGANKATA PENGAKAP MUDA 6 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA & SEJARAH B-P 7 SIMPULAN & IKATAN - Buku Sila (Reef Knot) - Bunga Geti (Sheet Bend) - Simpul Manuk (Clove Hitch) - Tindih Kasih (Bowline) - Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches) - Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) Adalah dengan ini diperakui dan disahkan bahawa Pengakap Muda ini telah menjalankan ujian-ujian seperti mana yang disyaratkan dan LULUS ujian tersebut. Tarikh: ………………………………… Diluluskan oleh: …………………………………………. (nama & jawatan)


NOTA LENCANA KEAHLIAN DITULIS DI DALAM 1 BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN


PERATURAN PEMAKAIAN SERAGAM PENGAKAP AHLI PENGAKAP MUDA LELAKI 4 1 10 8 9 2 5 6 7 3 11 12 1. FORAGE CAP 2. LAMBANG WOSM 3. WOGEL 4. BAJU LENGAN PENDEK: Warna Kelabu / Kod warna: TL8888 / T308 5. TANDA NAMA: latar belakang hitam / tulisan putih 6. BENDERA MALAYSIA 7. LENCANA KEAHLIAN 8. SKAF KEBANGSAAN 9. TALI PINGGANG: Kepala Gangsa 10. SELUAR PANJANG: Warna Biru Gelap / Kod Warna: TH3243 / 305 11. STOKIN HITAM 12. KASUT HITAM


AHLI PENGAKAP MUDA PEREMPUAN 1 2 9 4 5 6 7 8 10 11 12 1. FORAGE CAP 2. TUDUNG: Warna Kelabu sama seperti warna baju 3. WOGEL 4. BAJU LENGAN PANJANG: Warna Kelabu / Kod warna: TL8888 / T308 5. LAMBANG WOSM 6. TANDA NAMA: latar belakang hitam / tulisan putih 7. BENDERA MALAYSIA 8. LENCANA KEAHLIAN 9. SKAF KEBANGSAAN 10. SELUAR PANJANG: Warna Biru Gelap / Kod Warna: TH3243 / 305 11. STOKIN HITAM 12. KASUT HITAM 3


LENCANA BAHU 1cm 1cm 1cm 1cm 4 1 2 3 5 1cm 6 6 7 7 7 8 8 8 LENGAN KANAN LENGAN KIRI 1. LENCANA NEGERI 2. LENCANA DAERAH 3. NOMBOR KUMPULAN 4. LENCANA KEMAJUAN Usaha / Maju / Jaya (pakai yang tertinggi sahaja) 5. LENCANA PATROL Helang / Pekaka / Tiong / Enggang / Rajawali / Kenyalang 6. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI KEGEMARAN (2) 7. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PENGETAHUAN (3) 8. LENCANA KEPANDAIAN KATEGORI PERKHIDMATAN (3)


PENGAKAP UDARA DAN PENGAKAP LAUT Pengakap Udara Pengakap Laut Waktu pemakaian: 1. Istiadat pengakap / perjumpaan pengakap 2. Perhimpunan Bulanan Kokurikulum 3. Setiap hari Rabu Pemakaian Unifrom Pengakap adalah WAJIB bagi setiap ahli pengakap yang berdaftar. Lencana skim hanya boleh ditampal pada uniform sahaja. Sumber: Katalog Rasmi Pakaian Seragam & Aksesori Unit Pembangunan Perniagaan, Persekutuan Pengakap Malaysia 2019


PRINSIP RUKUN NEGARA Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang diPertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:- Bahagian Pertama Bahagian Kedua Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:- 1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, 2. Memelihara satu cara hidup demokratik, 3. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, 4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan 5. Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:- • Kepercayaan Kepada Tuhan • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara • Keluhuran Perlembagaan • Kedaulatan Undang-undang • Kesopanan dan Kesusilaan Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7957-rukun-negara.html


LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA & LAMBANG PENGAKAP DUNIA Lambang Pengakap Malaysia SILA LUKIS & WARNAKAN MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap” Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia” Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”. Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap: Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”, Hijau – “Pengakap Muda”, Merah – “Pengakap Remaja” Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Lambang Pengakap Dunia SILA LUKIS & WARNAKAN MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP DUNIA Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. Warna putih-kesucian dan kebersihan. Sumber: http://49kj.blogspot.com/2011/01/pelajaran-keahlian-1-lambang-pengakap.html


PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan: - Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong Orang pada setiap masa Menurut Undang-Undang Pengakap Undang-undang pengakap Hafal Penerangan 1. Dipercayai 2. Taat 3. Berguna 4. Bersaudara 5. Berbudi 6. Kasihkan binatang 7. Menurut perintah 8. Tabah hati 9. Berjimat 10.Suci fikiran, suci perbuatan, suci perkataan 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. 2. Pengakap adalah seorang yang Taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrol atau pemimpin-pemimpin pengakap tanpa apa-apa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan. 9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Sumber: https://sites.google.com/site/theperakkingsscoutbrotherhood/persetiaan-dan-undang-undang-pengakap


HORMAT PENGAKAP DAN COGANKATA PENGAKAP Hormat Pengakap SILA LUKIS & WARNAKAN Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut: Pengakap Kanak-kanak – Buat Sehabis Baik Pengakap Muda – Selalu Sedia Pengakap Remaja – Pandangan Luas Pengakap Kelana – Berkhidmat Menolong orang lain Mematuhi undangundang pengakap Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Diri sendiri Undang-undang pengakap Persaudaraan pengakap


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN SEJARAH PENGASAS PENGAKAP Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Boden Powell yang lebih dikenali sebagai “BP”. Beliau seorang askar yang terkenal dengan keberanian & aktif dalam berpengakap. Leftenan Jeneral BP telah ditugaskan di beberapa buah Negara di Benua Afrika dan India. Berpandukan pengalaman semasa di Afrika dan India BP telah menulis sebuah buku berjudul “Scouting for Boys” Ramai belia telah membaca buku ini dan tertarik hati dengan pengalaman yang ditulisnya. Pada tahun 1907 beliau telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Brounsea, England. Seramai 12 orang Pengakap telah menyertainya. Inilah perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Selepas perkhemahan tersebut, semakin ramai belia menyertai Pergerakan Pengakap. Beberapa buah Negara di luar England telah menubuhkan Persatuan Pengakap. Pada tahun 1916, unit Pengakap kanak-kanak ditubuhkan kerana sebelum ini hanya belia yang berumur sebelas tahun sahaja dibenarkan menyertainya. Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Malaysia oleh E.C Saros di Singapura pada tahun 1910. Seramai 20 orang Pengakap menyertai kumpulan pertama ini. Dari tahun ke setahun pergerakan Pengakap telah berkembang ke negeri-negerai lain di Malaysia. Pahang telah menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1912, diikuti oleh Pulau Pinang dan Sarawak pada tahun 1915. Sabah pula pada tahun 1916 diikuti oleh Perak pada tahun 1920. Kedah dan Perlis pada tahun 1920, Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925. Manakala Selangor dan Terengganu turut menubuhkan pada tahun 1925. Di samping Kelantan pada tahun 1927 dan Johor pada tahun 1928. Sebelum merdeka, pergerakan Pengakap merupakan satu cawangan daripada Persekutuan Pengakap Kanak-Kanak Great Britain yang dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya termasuk Singapura. Selepas Perang Dunia Kedua, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi dua cawangan yang berasingan. Pertubuhan ini kemudiannya dikenali sebagai Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi satu badan kelas berasingan serta menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia adalah termaktub dibawah Akta Perlimen No 38 Tahun 1968 dengan pindaan undang-undang Malaysia Akta 143 – Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974.


SIMPULAN DAN IKATAN Simpulan Kegunaan Buku Sila (Reef Knot) menyambungkan dua tali yang sama besar. mengikat bungkusan, mengikat atau mematikan anduh. Bunga Geti (Sheet Bend) menyambung dua tali yang tidak sama besar. menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali. Simpul Manuk (Clove Hitch) menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang. mengikat atau menarik kayu. Tindih Kasih (Bowline) mengikat tali pada batang kayu mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh mengikat khemah pada tiang kayu memulakan ikatan pada kayu.


Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitches) mengikat tali pada pancang khemah Lilit Pemati Biasa (Common Whipping) Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang Sumber: http://pengakapsehebat.blogspot.com/p/lencana-keahlian.html


Click to View FlipBook Version