The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chungpkb2011, 2023-03-07 03:46:53

eBOOK Microsoft Teams

eBOOK Microsoft Teams

MICROSOFT TEAMS DALAM ePEMBELAJARAN MOHD DAHLAN ANU BIN MD YUSOF IZAIMAN BIN IBRAHIM MOHD AZWAN BIN MAHMOOD eLEARNING@PKB POLITEKNIK KOTA BHARU


ii eLearning@PKB, Politeknik Kota Bharu, KM. 24, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan. MICROSOFT TEAMS DALAM ePEMBELAJARAN Cetakan Pertama 2023 © 2023 Mohd Dahlan Anu bin Md Yusof/Izaiman bin Ibrahim/Mohd Azwan bin Mahmood Hak cipta terpelihara. Tidak ada bahagian dalam penerbitan ini yang dapat diterbitkan semula, disimpan dalam bentuk apa pun atau dengan apa cara pun, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa izin bertulis terlebih dahulu dari pemegang hak cipta. MICROSOFT TEAMS DALAM ePEMBELAJARAN/Mohd Dahlan Anu bin Md Yusof/ Izaiman bin Ibrahim/Mohd Azwan bin Mahmood


iii PENGHARGAAN الحمد هلل رب العالم ين والصالة والسالم على رسول هلل وعلى آله وصحبه اجمعين Syukur kehadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya dan inayahNya, risalah ini dikeluarkan. Tiadalah satu penghargaan yang sepatutnya diucapkan melainkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, Baginda telah berpesan, “ ْو آَية غُوا َع نِّى َولَ ِّ “ َب ل “ Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat ” (Riwayat Bukhari : 3461) Antara pesanan penting yang telah disampaikan oleh Baginda adalah berkenaan petanda Qiamat yang paling besar iaitu naiknya matahari dari sebelah barat. Dari Abu Dzar, “pada satu hari, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda, ‘Tahukah kamu kemanakah perginya matahari?’ Para sahabat menjawab, ‘Hanya Allah dan Rasulnya yang mengetahui.’ Nabi bersabda ‘Sesungguhnya matahari bergerak sehingga ia sampai ke tempat menetapnya iaitu di bawah Arasy dan kemudiannya ia bersujud kepada Allah. Matahari akan kekal bersujud sehinggalah ianya diberi firman “Kembalilah ke tempat kamu datang”. Maka kembalilah matahari ke tempat asalnya dan naiklah ia pada pagi berikutnya seperti biasa iaitu dari Timur. Kemudian ia terus bergerak sehingga sampai ke tempat menetapnya iaitu di bawah Arasy dan kemudiannya ia bersujud. Matahari akan kekal bersujud sehinggalah ianya diberi firman “Kembalilah ke tempat kamu datang”. Maka kembalilah matahari ke tempat asalnya dan naiklah ia pada pagi berikutnya seperti biasa iaitu dari Timur. Kemudian ia terus bergerak sedemikian tanpa dihiraukan oleh sekalian manusia. Sehinggalah pada suatu hari, ketika matahari sampai ke tempat menetapnya iaitu di bawah Arasy maka ianya diberi firman “Naiklah daripada tempat kamu terbenam”. Maka matahari akan naik pada pagi tersebut daripada Barat.’ Maka Rasul SAW telah menyambung, ‘Tahukah kamu bila ia akan


iv berlaku? Ianya akan berlaku ketika tidak lagi bermanfaat iman seseorang yang belum percaya berkenaan perkara tersebut (pergerakan matahari) atau mendapat kebaikan daripada imannya.’ (Riwayat Muslim : 159) Marilah bersama-sama kita membetulkan aqidah yang selari dengan junjungan besar kita SAW. Tiadalah kejayaan yang paling bermakna dalam hidup di dunia melainkan kekal abadi di Syurga. Mohd Dahlan Anu bin Md Yusof/Izaiman bin Ibrahim/Mohd Azwan bin Mahmood eLearning@PKB Politeknik Kota Bharu KM 24 Kok Lanas 16450 Ketereh, Kelantan


v SINOPSIS BUKU ini merujuk kepada penggunaan perisian Microsoft Teams di dalam pembelajaran secara maya. Penggunaan tersebut ditulis secara langkah demi langkah supaya ianya boleh difahami walaupun ringkas. Selain daripada perisian utama, buku ini juga menyentuh beberapa perisian Microsoft lain yang dikira penting dalam menyokong penggunaannya. Antaranya Microsoft Forms, OneNote, Whiteboard dan beberapa lagi perisian sokongan. Penulisan ini adalah hasil daripada penggunaan team eLearning di Politeknik Kota Bharu semasa pandemik Covid-19 melanda Malaysia dahulu.


vi BIODATA PENULIS MOHD DAHLAN ANU BIN MD YUSOF dilahirkan pada tahun 1977 di Melor, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Abdullah, Melor dan melanjutkan pengajian ke Sekolah Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa. Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan di Universiti Sains Malaysia, Tronoh. Memulakan perkhidmatan pada tahun 2001 di Politeknik Kota Bharu sehingga kini. IZAIMAN BIN IBRAHIM dilahirkan pada tahun 1977 di Tumpat, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Demit, Kota Bharu dan melanjutkan pengajian menengah di Ma’ahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Seterusnya menyambung pengajian menengah di MRSM Beseri, Perlis. Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Memulakan perkhidmatan pada tahun 2001 di Politeknik Kota Bharu sehingga kini. MOHD AZWAN BIN MAHMOOD dilahirkan pada 1981 di Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Mulong, Kota Bharu dan melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Sains Machang. Beliau mendapat Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Pendidikan di Kolej Universiti Tun Hussein Onn, Johor. Memulakan perkhidmatan pada tahun 2013 di Politeknik Kota Bharu sehingga kini.


vii ISI KANDUNGAN 1 KAEDAH PENGGUNAAN MICROSOFT TEAMS 1.1 Ruang Teams 1 1.2 Penetapan Kelas Atas Talian 3 1.3 Memulakan Kelas 4 2 KAEDAH PENGGUNAAN MICROSOFT STREAM 2.1 Memulakan Stream 6 2.2 Memuat Naik Video 7 2.3 Menyebarkan Video 8 2.4 Video Interaktif 10 3 KAEDAH PENGGUNAAN MICROSOFT FORMS 3.1 Penyediaan Penilaian 11 3.2 Pelaksanaan 12 4 KAEDAH PENGGUNAAN ONEDRIVE 4.1 Memulakan OneDrive 15 4.2 Menggunakan OneDrive 16 3.3 Pemarkahan Forms 18 3.4 Penilaian Bertempoh 22 5 KAEDAH PENGGUNAAN ONENOTE 5.1 Memulakan OneNote 23 5.2 Penggunaan Class Notebook 24 6 KAEDAH PENGGUNAAN MICROSOFT LENS 6.1 Penggunaan Lens 26 6.2 Penyelesaian Aktiviti 27 7 KAEDAH PENGGUNAAN MICROSOFT WHITEBOARD 7.1 Penggunaan Whiteboard 28


LANGKAH PENGGUNAAN TEAMS DIPECAHKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN : 2.1) MEMULAKAN 2.2) PENETAPAN KELAS ONLINE 2.3) KELAS LIVE


THE BEGINNING 1 Microsoft Teams sesuai digunakan untuk PdP secara online. Semua apps yang disediakan akan banyak membantu PdP tersebut. 1. Paparan di bawah merupakan paparan permulaan untuk Teams. Klik Join or create team. 2. Klik Create team untuk menghasilkan kumpulan yang baru. Pilihan Join a team with a code boleh digunakan untuk menyertai kumpulan yang sedia ada. Setiap kumpulan yang akan dihasilkan nanti akan menjadi Public sekiranya keahlian dibuka kepada akaun luar pkb.edu.my. 3. Pilih Class pada bahagian jenis kumpulan untuk menghasilkan kumpulan untuk kelas PdP. 4. Tulis nama kelas pada ruangan Name. Disarankan menggunakan kod kursus dan nama kelas sahaja. Isi nama kursus pada bahagian Description. Kemudian, klik Next. 5. Seterusnya pilihan untuk memasukkan pelajar atau pensyarah kedua. Pelajar boleh dimasukkan dengan menaip no. pendaftaran sahaja. Sila berhubung dengan USTM sekiranya no. pendaftaran tersebut tidak boleh dikesan oleh Teams. Klik Skip, sekiranya ingin memasukkan senarai pelajar kemudian. 6. Di bawah merupakan paparan permulaan untuk kelas yang baru dibuat. Sekiranya pelajar belum dimasukkan sebelum ini, Klik ellipsis (3 dot menu) dan pilih Add member. Senarai semua pelajar boleh dilihat pada pilihan Manage team. Seterusnya, klik Add channel untuk menghasilkan channel lain seperti Kuliah, Quiz atau sebagainya. Channel yang khusus hanya akan membantu pengurusan Teamssahaja. Avatar kelas juga boleh ditukar, klik pada singkatan kelas (DD) dan tukarkan ke gambar yang dikehendaki.


THE BEGINNING 2 7. Sekiranya menghasilkan channel baru, pastikan tick pada bahagian Automatically show this channel in everyone’s channel list. 8. Had penglibatan pelajar di dalam setiap channel boleh ditetapkan seperti channel untuk Quiz atau Test. Klik ellipsis dan pilih Manage channel pada mana-mana channel. 9. Pada Permissions dalam Channel settings, terdapat pilihan channel moderation. Sekiranya ditetapkan pada On, hanya pensyarah yang boleh memulakan post di channel tersebut. 10.Tetapan Permissions dalam General sedikit berbeza. Ianya boleh menjadi channel hebahan sahaja sekiranya ditetapkan pada pilihan Only owners can post messages. 11.Terdapat beberapa pilihan lagi di bahagian atas Channels. Home page merupakan pusat rujukan kepada semua pelajar. Tetapan berkenaan pelajaran akan dipaparkan di sini. Class Notebook merujuk kepada penggunaan nota yang dibuat menggunakan Microsoft OneNote. Assignments adalah ruangan tetapan untuk tugasan. Grades pula adalah ruangan untuk markah tugasan. Pelajar juga disediakan satu ruangan untuk meluahkan refleksi di Reflect. Manakala Insights akan memaparkan gambaran keseluruhan aktiviti pelajar.


ONLINE CLASS 3 LANGKAH 2: KELAS ATAS TALIAN Kelas secara LIVE boleh ditetapkan secara terus (on the spot) atau secara berjadual. Ianya boleh dirujuk pada mana-mana channel di platform. 1. Di penjuru kanan atas, terdapat pilihan Meet untuk memulakan live class. Meet now merujuk kepada on the spot class. Manakala Schedule a meeting boleh digunakan untuk menetapkan kelas mengikut jadual waktu. Ianya akan mewujudkan post khusus berkenaan kelas yang ditetapkan tersebut di dalam channel yang dipilih. 2. Paparan di bawah merupakan tetapan untuk Schedule a meeting. Tulis nama berkaitan kuliah pada ruangan Title, di mana ianya akan menjadi tajuk kepada post nanti. Tetapkan tarikh dan masa kelas pada ruangan schedule di baris ketiga. Manakala, baris keenam merujuk kepada kedudukan post di channel. Kemudian, klik Send. 3. Setelah itu, post akan dihasilkan di dalam channel yang telah dipilih. Tetapan kelas tersebut boleh diubah dengan memilih View meeting details pada menu ellipsis ataupun terus menekan banner post. 4. Dalam meeting details ini, terdapat pilihan untuk membatalkan tetapan tersebut iaitu Cancel meeting. Selain itu, terdapat Meeting options yang merujuk kepada tetapan semasa berlangsung sesi kelas live. Sebaiknya tetapan kelas live ini dibuat perubahan. 5. Dalam meeting options, terdapat pilihan Who can present yang sesuai ditetapkan kepada Only me sahaja. Sekiranya dikekalkan kepada Everyone, kawalan kelas akan menjadi sama rata iaitu pelajar boleh mengeluarkan (remove) pelajar lain semasa kelas live nanti. Selain itu, ianya juga mempunyai tetapan Record automatically. 6. Pelajar boleh melihat tetapan kelas tersebut pada ruangan Calendar di dalam Teams Mobile, selain di dalam channel yang telah ditetapkan.


LIVE CLASS 4 LANGKAH 3: MEMULAKAN KELAS Kelas secara live yang telah ditetapkan boleh dimulakan dari post tadi. 1. Klik banner post untuk masuk ke meeting details. 2. Kemudian, klik Join di hujung kanan atas untuk memulakan kelas. 3. Sebelum memulakan kelas, pastikan banner atas menunjukkan nama tetapan kelas live. Pastikan juga tetapan video dan audio berada dalam keadaan sedia. Kemudian, klik Join now. 4. Pelajar boleh menyertai kelas tersebut melalui Teams Mobile mereka. 5. Paparan di bawah adalah paparan utama kelas live. Di penjuru kiri atas menunjukkan timer kelas. Manakala banyak lagi tetapan lain di sebelah kanan. 6. Icon Show Participants merujuk kepada senarai pelajar yang mengikuti kelas. Sekiranya menggunakan tetapan Only Me pada presenter tadi, Attendees akan merujuk kepada bilangan pelajar yang mengikuti kelas live tersebut. 7. Icon Show Conversation adalah ruangan chating yang disediakan semasa kelas. Pelajar boleh menggunakan ruang ini untuk berinteraksi sekiranya internet mereka tidak stabil.


LIVE CLASS 5 8. Icon ketiga merujuk kepada reaksi pelajar seperti Raise Your Hand dan sebagainya. Icon Breakout Rooms merupakan ruang pembahagian kerja berkumpulan pelajar. Pada ellipsis, terdapat banyak lagi pilihan tetapan. Antara tetapan yang penting adalah Start recording dan Meeting options. Selain itu, terdapat beberapa pilihan view yang boleh diubah mengikut kesesuaian seperti Large gallery atau Together mode. Di bawahnya, juga terdapat pilihan Gallery at top dan Focus. 9. Icon seterusnya adalah untuk kawalan video dan audio. Manakala icon terakhir sebelum pilihan Leave adalah Share content iaitu tetapan presentation. Gunakan Include computer sound sekiranya ada menggunakan persembahan video dalam PdP. Klik Screen untuk memaparkan apa sahaja yang dilihat pada paparan monitor ketika PdP. Selain itu, terdapat pilihan Microsoft Whiteboard yang boleh digunakan secara freehand. 10.Paparan di bawah merupakan paparan di handphone pelajar dalam pandangan Landscape. Sekiranya menggunakan PowerPoint, disarankan menggunakan huruf yang agak besar seperti pandangan bawah yang menggunakan huruf saiz 20 untuk ayat di baris atas. 11.Sekiranya PdP tersebut dirakam, ianya akan tersedia di dalam post setelah rakaman tersebut dihentikan. Selain dari rakaman, kehadiran juga boleh diperolehi dalam post tersebut. 12.Rakaman tersebut dicapai melalui Microsoft Stream. Ianya boleh dimuat turun sekiranya dikehendaki. Rakaman tersebut akan disimpan dalam tempoh masa tertentu sebelum dipadamkan secara automatik oleh sistem.


LANGKAH PENGGUNAAN STREAM DIPECAHKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN : 2.1) MEMULAKAN 2.2) MEMUAT NAIK VIDEO 2.3) MENYEBARKAN VIDEO 2.4) VIDEO INTERAKTIF


STREAM 6 Penggunaan MICROSOFT STREAM dalam eLearning akan membantu pelajar ketika mengulangkaji pelajaran secara online. Capaiannya berada pada address ini (Microsoft Stream). 1. Login menggunakan akaun office pkb ([email protected]). 2. Paparan di bawah menunjukkan Homepage bagi setiap user. Di sebelah nama Stream pada bahagian atas kiri, terdapat App Launcher (nine dot menu) yang boleh digunakan untuk menggunakan app lain di Office.com. 3. Pada bar menu, ada beberapa pull down menu yang boleh dipilih. Discover merujuk kepada video-video sedia ada di Stream dan ianya termasuklah video-video yang telah di share oleh user lain. My content adalah ruangan video yang dimuat naik sendiri manakala Create adalah ruangan untuk hasilkan dan memuat naik video di Stream. Search pula merujuk kepada ruangan carian di Stream. 4. Paparan di bawah menunjukkan setiap pull down menu tersebut. Channels merujuk kepada kumpulan siaran yang dihasilkan oleh mana-mana user. People pula adalah user di dalam pkb.edu dan Groups adalah kumpulan user yang dibuat. Selain merujuk kepada kelas di Teams, Groups khusus juga boleh dihasilkan di Stream dengan memilih Create>Group. 5. Tetapkan Name dan Description untuk rujukan user lain. Abaikan ruangan email address yang akan dipenuhkan secara automatik oleh Stream. 6. Syarat utama untuk menghasilkan Channel ialah rujukan kepada Groups. Ianya termasuk kepada kelas di Teams. Walaubagaimanapun, syarat ini terbatal sekiranya menggunakan pilihan Companywide Channel iaitu semua user pkb.edu boleh mengakses channel tersebut.


THE UPLOADING 7 LANGKAH 2: MEMUAT NAIK Video boleh dimuat naik pada 2 ruangan sama ada di My Content>Videos ataupun pada Upload Video. 1. Di ruangan Upload Video, Tarik video dari komputer atau browse untuk memilih video dari komputer. 2. Semasa memuat naik, beberapa perkara perlu ditetapkan. Selain Name dan Description, Thumbnail tersendiri juga boleh ditetapkan di Custom Image Upload. Bahasa juga boleh ditetapkan sekiranya ingin menghasilkan Caption nanti. 3. Di bawah Permissions, pastikan UNTICK pada bahagian Allow everyone to view (kecuali video untuk sebaran am). 4. Di bawah Options, disarankan menetapkan OFF pada pilihan Comments. Selain itu, ada beberapa tetapan lagi yang disediakan. Klik Publish setelah video siap dimuat naik. 5. Video yang siap dimuat naik tersebut boleh dilihat pada ruangan My Content. Sekiranya tetapan Visible to Organization terlupa di UNTICK, klik icon PEN yang merujuk kepada Update Video Details. 6. Setelah tetapan diubah, klik Apply pada banner di atas.


THE SHARING 8 LANGKAH 3: SEBARAN Video yang dimuat naik tersebut boleh disebarkan di Teams atau terus menggunakan app Stream di handphone. 1. Klik Add to Group/Channel untuk tetapkan kelas, group atau channel. 2. Ada 3 pilihan pada ruangan Share With iaitu People, Channels dan My Groups. Setelah ditetapkan pilihan, taip nama pada ruangan search di sebelah kanan. Stream akan mengeluarkan pilihan daripada data yang sedia ada. Setelah dipilih, satu tetapan Viewers akan dihasilkan untuk group tersebut dan pastikan bertanda pada Display. 3. Kemudian di dalam Teams, Klik Add a tab dan pilih Stream. 4. Ada 2 pilihan untuk digunakan dalam Teams, sama ada Channel atau Video. Channel boleh digunakan untuk membuat sekali penetapan sahaja. Manakala untuk Video, tetapan Add a tab perlu dibuat setiap kali hendak disebarkan video. 5. Sebelum itu, dapatkan link untuk video tersebut di Stream. Klik ellipsis dan pilih Share. Klik Copy untuk mendapatkan Direct Link bagi video tersebut. 6. Paste Direct Link tersebut di tetapan Stream dalam Teams tadi. 7. Satu TAB baru akan dihasilkan yang merujuk kepada video tersebut. Sila semak pada tetapan Viewers sekiranya pelajar tidak boleh melihat video tersebut.


THE SHARING 9 8. Pelajar juga boleh melihat video tersebut melalui app Stream di telefon pintar. Searchmenggunakan nama Microsoft Stream di AppStore ataupun GooglePlay. 9. Oleh itu, pelajar boleh terus melihat video yang telah ditetapkan pada VIEWERS tadi.


INTERACTIVE 10 BONUS: VIDEO INTERAKTIF Salah satu kelebihan video di Microsoft Stream dibandingkan video dari Youtube ialah ianya boleh dijadikan video interaktif. Soalan-soalan dari Microsoft Forms boleh diaktifkan ke dalam video tersebut. 1. Di setiap video yang dimuat naik, terdapat ruangan Interactivity pada sebelah kanan video. Klik Add Form. 2. Isikan nama dan URL untuk form tersebut. Masa untuk form tersebut muncul di skrin juga boleh ditetapkan. Sekiranya masih belum dihasilkan soalan di Microsoft Forms, klik icon_popout di sebelah kanan Form URL untuk menghasilkan soalan. 3. Setelah soalan dihasilkan, copy URL pada bahagian Share untuk mendapatkan address. 4. Setelah siap, nama untuk form tersebut akan dipaparkan. Tiada had untuk bilangan form bagi setiap video yang dimuat naik. 5. Bila pelajar melihat video tersebut melalui app Stream, satu notification akan muncul ketika permulaan video tersebut. Pelajar perlu klik Open on Web. Setelah berada di kedudukan masa yang telah ditetapkan, video akan berhenti dan pelajar perlu klik Fill out the form untuk menjawab form tersebut. 6. Tetapi sekiranya menggunakan app Teams, pelajar mungkin terlepas untuk menjawab form tersebut kerana tiada notification yang keluar apabila memulakan video. Oleh itu, pensyarah perlu mengingatkan pelajar untuk memilih Open in browser pada menu ellipsis.


LANGKAH PENGGUNAAN MICROSOFT FORMS DIPECAHKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN : 3.1) PENYEDIAAN PENILAIAN 3.2) PELAKSANAAN 3.3) PEMARKAHAN 3.4) PENILAIAN BERTEMPOH


MICROSOFT FORMS 11 Microsoft FORMS boleh digunakan untuk melaksanakan penilaian sama ada Tugasan, Kuiz ataupun Ujian. Capaiannya berada pada address ini (https://forms.office.com/). 1. Pada Homepage FORMS, terdapat pilihan New Quiz untuk menghasilkan soalan Kuiz atau Ujian. Ada pilihan kedua iaitu New Form yang boleh digunakan untuk menghasilkan Tugasan. 2. Paparan di bawah adalah paparan permulaan untuk New Quiz. Pada bahagian atas kanan, terdapat beberapa pilihan tetapan iaitu Preview yang merujuk kepada gambaran sebenar soalan ini dalam pandangan komputer atau smartphone; Theme adalah jenis pandangan latar belakang dan Share merujuk kepada perkongsian. Pada ellipsis, ada pilihan Settings yang merujuk kepada tetapan penilaian dan Print Form sekiranya ingin mencetak penilaian ini. Nama untuk penilaian ini boleh ditetapkan di bawah Questions, iaitu di ruangan Untitled quiz. Di sebelah Questions, terdapat pilihan Responses yang merujuk kepada ruangan jawapan daripada pelajar. Selepas menetapkan nama penilaian ini, klik Add new untuk memilih bentuk item soalan. 3. Bentuk item soalan yang disediakan ialah Choice (aneka pilihan), Text (subjektif), Rating (penarafan), Date (tarikh), Ranking (penyusunan), Likert (skala likert), File upload (lampiran fail luar) dan Section (halaman berikut). Jenis File upload adalah pilihan yang sesuai digunakan untuk jenis soalan yang memerlukan pengiraan berstruktur dan soalan bergambarajah. 4. Soalan boleh ditaip pada ruangan Input your question title here. Setakat ini, Microsoft hanya menyediakan simple text. Oleh itu sekiranya soalan mempunyai simbol, kuasa atau gambarajah; ianya perlu dimasukkan dalam bentuk gambar menggunakan Insert media pada hujung kanan ruangan Input your question. Ruangan Points merujuk kepada markah setiap soalan. Pada ellipsis, terdapat pilihan File type untuk memilih jenis fail yang dihantar. Kebiasaannya, jawapan dihantar dalam jenis fail pdf. 5. Setelah siap semua soalan, klik Preview dahulu dan pilih Mobile untuk melihat dalam pandangan smartphone.


THE EXECUTION 12 LANGKAH 2: PELAKSANAAN Penilaian melalui Forms boleh dijalankan di dalam Teams ataupun tidak. Sekiranya penilaian TIDAK dilakukan di dalam Teams, penetapan akan terus dibuat di webpage Forms. 1. Klik Settings pada ellipsis. Dalam kotak Option for quiz, terdapat tetapan untuk pelajar mendapat jawapan terus selepas menjawab soalan objektif. Sekiranya soalan berjawapan pdf, pelajar hanya boleh melihat markah setelah di isi oleh pensyarah. Dalam kotak kedua iaitu Who can fill out this form, ada tetapan untuk pelajar menghantar satu jawapan sahaja. Manakala dalam kotak Options for responses pula terdapat penetapan tempoh masa penilaian. Tandakan Start date dan End date untuk tempoh penilaian tersebut dibuka. Tempoh masa menjawab ditetapkan pada Set time duration. Pelajar akan mendapati satu notis seperti di bawah sekiranya mengakses penilaian sebelum atau selepas tempoh penilaian ditetapkan. 2. Di dalam Teams, penilaian disarankan ditetapkan menggunakan Tab Assignments dalam channel General. Dengan sedemikian, semua penilaian yang telah dijalankan boleh dipaparkan di bawah Tab Grades. Di bawah Assignments, akan dipaparkan senarai Drafts (penilaian yang dirancang), Assigned (penilaian yang dilaksanakan) dan Returned (penilaian yang telah disemak). Pada butang Create terdapat pilihan untuk menetapkan Assignment dan Quiz. Pilihan From existing pula merujuk kepada penilaian di dalam Team Group yang lain. 3. Sekiranya memilih Quiz dalam Assignments, satu senarai penilaian yang terdapat di dalam Forms akan dipaparkan. Boleh memilih New Quiz untuk menghasilkan soalan baru. Sekiranya memilih soalan dari senarai, Teams akan menyalin soalan tersebut untuk digunakan dalam Team Group. Penilaian yang dihasilkan oleh pensyarah lain juga boleh digunakan. Ianya perlu dikongsi dan disimpan dahulu ke dalam Forms, sebelum boleh digunakan di dalam Teams. Kemudian, klik Next.


THE EXECUTION 13 4. Nama soalan kuiz yang telah disalin Teams itu dibezakan dengan tambahan nama di dalam kurungan. Tajuk asal daripada Forms boleh diubah sekiranya perlu. Ruangan Instructions merujuk kepada arahan kepada penilaian tersebut. Setiap penilaian yang dihasilkan tidak wajib dipaparkan di channel General, ianya boleh menggunakan channel lain. Masa untuk siaran penilaian tidak menggunakan tempoh di webpage Forms, ianya perlu ditetapkan pada Date due. Klik Edit pada bahagian bawah Date due. 5. Masa paparan penilaian bermula dengan siaran post di dalam Channel. Bermula dari Post date sehingga Due date. Sebelum Post date, Pensyarah perlu memaklumkan secara manual berkenaan penilaian tersebut. Pelajar boleh menghantar jawapan dengan sedikit masa tambahan sekiranya Close date ditetapkan kepada masa yang berbeza. 6. Setelah diklik Assign, penilaian tersebut akan dipaparkan pada ruangan Assigned. 7. Paparan di dalam channel akan boleh dilihat selepas Post Date tersebut. 8. Selain menetapkan melalui Tab Assignments, penilaian juga boleh ditetapkan terus di manamana channel lain. Gradestidak boleh memproses maklumat melalui kaedah ini. Maklumat pemarkahan hanya akan dipaparkan di channel tersebut sahaja. Klik tandaan tambah dan pilih Add a tab. 9. Satu senarai tab akan dipaparkan yang mewakili app yang biasa digunakan di dalam Teams. Pilih Forms untuk menetapkan penilaian.


THE EXECUTION 14 10.Pilih penilaian yang ingin ditetapkan dalam senarai Forms. Penilaian ini akan menggunakan tempoh masa yang ditetapkan di webpage Forms. Tandaan Post to the channel about this tab seharusnya digunakan untuk menjadi rujukan pelajar. 11.Satu tab baru akan dihasilkan oleh Teams dalam channel tersebut. Seperti webpage Forms, notis not accepting responses akan dipaparkan sekiranya bukan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 12.Satu post akan dihasilkan oleh Teams di dalam channel sekiranya ditetapkan. Oleh itu, pensyarah boleh membuat pengumuman tambahan di post tersebut. 13.Channel khusus yang ditetapkan untuk penilaian boleh dikawal oleh pensyarah. Pilih Manage channel pada ellipsis. 14.Tetapan Default untuk channel tambahan adalah seperti di bawah. 15.Ubah channel moderation kepada On. Kemudian buang tandaan pada permissions to Team member. Oleh itu, setiap post pada channel penilaian ini akan dikawal oleh pensyarah.


LANGKAH PENGGUNAAN ONEDRIVE DIPECAHKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN : 4.1) MEMULAKAN 4.2) MENGGUNAKAN


ONEDRIVE 15 Penggunaan ONEDRIVE akan membantu dalam pengurusan fail secara online. Kapasiti yang disediakan untuk setiap akaun education adalah 1 TB (Terabyte). Capaiannya berada pada address ini (https://onedrive.live.com/). 1. Login menggunakan akaun office pkb ([email protected]). 2. Selain menggunakan addresstersebut, capaiannya juga boleh dimulakan daripada (https://office.com/) dan memilih daripada pilihan app launcher. 3. Paparan di bawah menunjukkan Homepage bagi setiap user. Klik pada singkatan nama pada penjuru kanan atas dan pilih Sign Out sekiranya ingin menamatkan penggunaan Onedrive ini. 4. Setiap fail boleh disusun ke dalam folder tertentu. Klik New untuk menghasilkan folder baru. Selain daripada folder, fail-fail lain juga boleh dihasilkan di sini. 5. Fail boleh dimasukkan ke dalam setiap folder tersebut menggunakan pilihan Upload atau terus ditarik masuk daripada My Computer. Ianya akan dipaparkan di bawah My Files > Nama Folder. Selain daripada maklumat fail, terdapat bahagian Sharing yang merujuk kepada pilihan perkongsian untuk fail tersebut.


THE APPLICATION 16 LANGKAH 2: PENGGUNAAN Perisian Office asas boleh digunakan secara online di web browser dan akan terus menggunakan autosave di Onedrive. Selain itu, ianya juga boleh ditetapkan di perisian Desktop. 1. Klik New di Homepage Onedrive dan pilih jenis fail yang ingin dihasilkan (contoh document). Hampir semua arahan asas boleh didapati pada office online ini. 2. Selain menggunakan addresstersebut, capaiannya juga boleh dimulakan daripada (https://office.com/) dan memilih daripada pilihan app launcher. 3. Pada perisian Desktop, klik menu Tab File untuk menetapkan akaun Onedrive. Pilih Open dan kemudian pilih Onedrive. Klik Sign In dan isi maklumat akaun di sini. 4. Office akan menghasilkan ruangan baru untuk Onedrive tersebut dan fail boleh terus diakses di sini. Sekiranya pengguna ada menggunakan fail dalam Teams, Office akan menyediakan ruangan fail tersebut di bahagian Sites - pkb.edu.my. 5. Keistimewaan penggunaan Onedrive ialah Autosave. Setiap fail yang dihasilkan akan sentiasa di simpan terus ke cloud Onedrive. Walaubagaimanapun, ianya perlu diperhatikan sama ada statusnya masih lagi Saving atau sudah Saved.


THE APPLICATION 17 6. Sekiranya perisian Office yang digunakan tidak mempunyai pilihan Onedrive, disarankan untuk memuat turun perisian Office 365 daripada website Office.com. Klik Install Office pada penjuru kanan homepage. 7. Download Office 365 apps adalah pilihan untuk terus memuat turun perisian. Klik Other install options untuk melihat pilihan lain. 8. Setiap akaun boleh mendaftarkan sehingga 5 unit komputer pada satu-satu masa. Klik View apps & devices. 9. Senarai di bawah adalah komputer yang telah didaftarkan di bawah akaun tersebut. Boleh memilih Sign out untuk komputer yang tidak digunakan lagi. Klik Install Office untuk memuat turun fail Setup.


THE MARKING 18 LANGKAH 3: PEMARKAHAN MICROSOFT FORM Menanda jawapan dan menulis markah adalah dua langkah dalam proses pemarkahan secara manual. Selain Teams dan Forms, pensyarah juga boleh menggunakan Onedrive untuk menanda jawapan pdf pelajar. 1. Sign in akaun pkb.edu di Onedrive Connector pada Taskbar. Selepas itu, klik Open folder. 2. Sekiranya menggunakan kaedah Add a tab di Teams, pilih folder Apps dalam Onedrive. Selepas itu, pilih folder Microsoft Forms. Di dalamnya terdapat folder yang merujuk kepada nama penilaian. Setiap jawapan pelajar terdapat di dalamnya. 3. Paparan di sebelah menunjukkan fail pelajar yang dibuka menggunakan Microsoft Edge. Klik Draw (icon pen) dan pilih warna merah untuk menanda jawapan. Setelah siap tandaan, klik Save (icon disket). Teruskan dengan menanda jawapan pelajar lain. 4. Proses tandaan markah juga boleh dibuat di Onedrive di smartphone atau tablet. 5. Klik icon pen di bahagian atas untuk menanda. Selepas siap ditanda, klik Done. Ianya akan disimpan secara automatik di Onedrive.


THE MARKING 19 6. Ada sedikit perubahan pada langkah 2 sekiranya penilaian dijalankan dengan menggunakan Tab Assignment di Teams. Teams akan menyimpan fail tersebut di SharePoint untuk setiap Teams Group. Di browser Office.com, pilih app SharePoint. 7. SharePoint akan memaparkan semua Teams yang diikuti oleh pensyarah. Klik pada mana-mana Teams Group yang ingin ditanda. 8. Seterusnya, klik Site contents. Kemudian, klik Student Work. 9. Dalam folder Student Work, ada 2 folder iaitu Submitted files dan Working files. Pilih Add shortcut to OneDrive pada folder Submitted files sahaja. 10.Oleh itu, satu shortcut untuk folder tersebut akan dimasukkan ke dalam Onedrive. 11.Setiap penilaian yang dihantar, akan disimpan di dalam nama setiap pelajar. 12.Langkah 1 hingga 12 ini khusus untuk pensyarah menyimpan proses penandaan markah di jawapan pelajar dalam cloud microsoft. Ianya tidak wajib dilakukan dan boleh melangkau ke langkah berikut.


THE MARKING 20 13.Sekiranya menetapkan penilaian di Tab Assignments, klik nama penilaian untuk memulakan pemarkahan. Tetapi jika penilaian ditetapkan di dalam channel khusus tanpa menggunakan Tab Assignments ini, pemarkahan perlu dibuat di Microsoft Forms. 14.Ada 2 Tab di dalam penilaian, iaitu To return merujuk kepada nama semua pelajar dan Returned ialah markah yang telah diberikan. Status merujuk kepada jawapan pelajar; Turned in (jawapan dihantar), Viewed (jawapan tidak dihantar) dan Not turned in (Tidak melihat penilaian). Klik nama pelajar untuk melihat jawapan pelajar. 15.Sekiranya jawapan sudah ditanda, Teams akan memaparkannya di sini. Sekiranya belum, klik pada nama fail di sebelah kanan untuk menanda dan menyimpan fail bertanda tersebut di storan komputer. Teams tidak menyediakan tetapan untuk menyimpan di Onedrive. Ruangan Feedback boleh digunakan untuk memberi komen kepada jawapan. Markah jawapan diisi pada ruangan Points. Pastikan jumlah markah adalah tepat sebelum memberi markah kepada pelajar. Klik Return setelah berpuas hati dengan penandaan markah tersebut. Boleh klik pada Next Student untuk menyambung pemarkahan. 16.Pemarkahan tersebut boleh disemak pada Tab Returned. Teams akan menghantar notifikasi kepada pelajar, berkenaan pemarkahan ini. 17.Semua markah penilaian yang ditetapkan melalui Tab Assignments, boleh dipaparkan pada Tab Grades. Klik Export to Excel untuk memuat turun salinan keseluruhan markah penilaian.


THE MARKING 21 18.Pemarkahan di Microsoft Forms, dimulakan dengan klik Tab Responses. Bilangan Responses merujuk kepada bilangan jawapan pelajar yang dihantar. Klik Review answers untuk memberi markah. 19.Markah diberikan pada ruangan Points. Klik pada fail pelajar yang dihantar untuk melihat markah yang ditanda sebelum ini. 20.Setelah siap semua pemarkahan, klik Post scores pada tab Responses tadi. Pilih tandaan pada semua jawapan pelajar dan klik Post scores untuk makluman markah kepada pelajar. 21.Klik Open in Excel untuk memuat turun markah pelajar tersebut. 22.Contoh Excel di bawah menunjukkan data pemarkahan yang dimuat turun.


TIMER FORMS 22 PENILAIAN BERTEMPOH Microsoft Forms telah menyediakan tempoh untuk setiap penilaian yang akan dijalankan. 1. Tetapan tempoh berada di dalam Settings, di bawah Options for responses. Contoh di bawah menunjukkan masa 15 minit telah ditetapkan. 2. Apabila pelajar memulakan penilaian, tempoh masa menjawab semua soalan akan dipaparkan pada permulaan penilaian. 3. Tempoh masa akan dipaparkan pada bahagian atas soalan penilaian tersebut. 4. Selepas soalan terakhir, terdapat butang Submit sekiranya pelajar siap menjawab semua soalan. 5. Banner tempoh masa akan bertukar warna apabila masa menjawab kurang dari 30 saat. Jawapan sedia ada akan diambilkira walaupun tanpa menekan Submit. 6. Setelah selesai menjawab, pelajar boleh terus mendapatkan markah sekiranya penilaian tersebut adalah jenis Objektif.


LANGKAH PENGGUNAAN ONENOTE DIPECAHKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN : 5.1) MEMULAKAN 5.2) PENGGUNAAN CLASS NOTEBOOK


ONENOTE 23 MICROSOFT ONENOTE adalah satu perisian yang dihasilkan khusus untuk kegunaan ringan di Tablet dan Smartphone. Ianya boleh digunakan sebagai nota perhubungan antara pensyarah dan pelajar. 1. Perisian OneNote di komputer boleh dimulakan dengan memilih New. Tetapkan di OneDrive supaya ianya mudah dibuka di pelbagai peranti. 2. Selepas menamakan Note tersebut, pilihan Invite People akan diberikan sekiranya ingin terus disunting bersama pengguna lain. Klik Not now sekiranya tidak. 3. Paparan menunjukkan pandangan pertama di dalam OneNote. Di bawah baris Menu , terdapat pilihan untuk menukar kepada Note yang lain di dalam OneDrive yang sama (MyNote adalah nama Note sekarang). New Section merupakan bahagian dalam Note tersebut. Ianya boleh ditambah dan ditukarkan kepada nama lain. Di hujung kanan, terdapat Add Page untuk menambah mukasurat di dalam setiap bahagian tadi. Nama untuk mukasurat itu juga boleh diubah. Di dalam setiap mukasurat terdapat tarikh dan masa ianya disunting. Tajuk untuk tulisan tersebut juga boleh ditulis di atasnya. 4. Paparan berikut adalah contoh Note yang sudah siap dihasilkan. Kaedah penghasilannya sedikit berbeza dengan Microsoft Word, iaitu setiap ruangan tulisan akan merujuk kepada ruangan tetingkap yang dihasilkan. Arahan Table juga agak ringkas jika dibandingkan dengan Word. 5. Note yang siap boleh dikongsi kepada pengguna lain untuk disunting atau hanya untuk dilihat pada pilihan Share. 6. Sekiranya Note tersebut ingin dikongsi sebagai entiti berbeza bagi setiap pengguna, pilih Export dengan menggunakan format OneNote Package.


CLASS NOTEBOOK 24 LANGKAH 2: BUKU NOTA UNTUK KELAS Penggunaan Class Notebook merupakan ciri baru untuk OneNote di Teams. Walaubagaimanapun, pilihan asal Add a Tab masih boleh digunakan untuk menetapkan OneNote di Teams ini. 1. Perkara yang penting untuk memulakan OneNote di Teams ialah memastikan semua senarai pelajar sudah dimasukkan ke dalam daftar member. Sekiranya ada pelajar tertinggal ianya akan menjadi masalah ketika menetapkan tugasan khusus kepada pelajar tersebut. 2. Pada Class Notebook, klik Set up a OneNote Class Notebook. Pilihan Blank Notebook adalah untuk memulakan OneNote yang baru. Pilihan From existing notebook content boleh digunakan untuk menggunakan maklumat dari OneNote sedia ada. 3. Seterusnya terdapat penerangan berkenaan 4 ruang yang berbeza di dalam Class Notebook nanti. Ruang ini penting untuk digunakan pada kaedah yang betul supaya tidak berlaku kesilapan perkongsian nanti. 4. Sekiranya menggunakan pilihan From existing notebook content, dua pilihan tetapan perlu dilakukan dahulu. Content Library merupakan ruangan rujukan untuk pelajar melihat sahaja seperti ruangan Nota. Manakala Teacher-Only Section untuk ruangan peribadi pensyarah. 5. Klik Add Content pada setiap pilihan untuk merujukkan pada Sections di OneNote sedia ada. 6. Seterusnya pilihan Sections pada setiap pelajar. Section baru boleh ditambah pada Add section. Manakala Sections sedia ada pun boleh dibuang sekiranya tidak dikehendaki. Kemudian klik Create untuk menghasilkan Class Notebook untuk kelas ini.


CLASS NOTEBOOK 25 7. Paparan di bawah menunjukkan Class Notebook yang sudah siap ditetapkan. Klik Show Navigation di sebelah kiri untuk melihat setiap Section dan Page. Section adalah setiap bahagian dalam Note. Manakala, Page merupakan sub (pecahan) kepada Section. Ada pilihan Open in Desktop App di bawah Open in Browser sekiranya ingin menyunting Note ini dalam perisian OneNote. 8. Pada menu Tab Class Notebook, terdapat pilihan pengurusan Note ini. Di dalam Distribute Page (agihan Page), terdapat Cross Notebook Distribution yang boleh digunakan untuk menyalin Page ke Class Notebook di Teams lain. 9. Tab Class Notebook ini merupakan ciri baru kepada OneNote. Oleh itu, Class Notebook add-in diperlukan untuk menggunakan Tab ini dalam OneNote versi lama. 10.Pelajar boleh mengakses Class Notebook ini menggunakan Teams Mobile di dalam channel General. Ianya berada di bawah Tab More. 11.Walaubagaimanapun, pelajar perlu melakukan instalasi app Microsoft OneNote terlebih dahulu. Klik More Notebooks untuk mendapatkan Class Notebook yang telah ditetapkan oleh pensyarah. 12.Pelajar hanya akan dapat melihat Section untuk nama mereka sahaja dan tidak akan dapat melihat Section pelajar lain. Oleh itu, setiap aktiviti melalui OneNote ini boleh diikuti terus dari smartphone mereka.


MICROSOFT LENS boleh digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan aktiviti penilaian yang menggunakan fail jenis pdf dalam TEAMS. Kaedahnya seperti berikut : 6.1) PENGGUNAAN 6.2) PENYELESAIAN AKTIVITI


LENS 26 Microsoft LENS boleh digunakan untuk menyelesaikan penilaian di Teams, sama ada Tugasan, Kuiz ataupun Ujian. Ianya boleh di install melalui Appstore ataupun Playstore. Sebelum menggunakan Lens, install dahulu Microsoft OneDrive untuk memudahkan penyelesaian penilaian di Teams nanti. 1. Install app OneDrive di smartphone. 2. Sign In menggunakan akaun pkb.edu.my. Sekiranya bermasalah dengan akaun, boleh berhubung dengan PA. Di dalam OneDrive, fail dari Lens akan disimpan dalam folder Office Lens. 3. Seterusnya, install app Lens di smartphone. 4. Klik OK pada bahagian privacy option. Tetapkan kamera pada kertas jawapan. Pastikan cahaya luar tidak memberi gangguan kepada gambar yang akan disimpan. Tetapkan kepada Document pada pilihan di bawah. Kemudian klik Capture a document. 5. Sebelum menyimpan, klik Filters untuk membuat perubahan. Tukarkan daripada None kepada Document supaya fail yang disimpan nanti tidak mempunyai gangguan bayang kertas. Kemudian, klik Done. 6. Seterusnya tetapkan akaun pkb.edu.my dan namakan tajuk untuk fail tersebut. Kemudian, pilih PDF untuk disimpan. Simpan fail ini di Onedrive. Fail akan disimpan di bawah My Files iaitu folder Office Lens di OneDrive.


THE SUBMISSION 27 LANGKAH 2: PENYELESAIAN Fail yang disimpan di OneDrive tadi boleh terus digunakan untuk menyelesaikan aktiviti penilaian berbentuk pdf tersebut. 1. Pada aktiviti penilaian di Teams, klik Upload file. Untuk penggunaan kali pertama, klik Browse dan pilih OneDrive pkb.edu.my. 2. Pilih folder Files. Kemudian, pilih folder Office Lens. 3. Seterusnya, pilih fail untuk aktiviti penilaian tersebut. Pastikan nama fail adalah tepat. Sekiranya tersilap, klik semula nama fail tadi dan tukarkan kepada fail sebenar. 4. Selepas semua aktiviti diikuti, klik Submit. Satu notifikasi akan dipaparkan oleh Teams. View results hanya terpakai sekiranya aktiviti tersebut berbentuk objektif. 5. Tidak semua markah penilaian yang dijalankan akan dipaparkan di Teams. Ianya bergantung kepada tetapan yang telah dipilih oleh pensyarah. Markah seperti di bawah akan dapat dilihat oleh pelajar selepas pensyarah selesai menanda aktiviti tersebut.


WHITEBOARD 28 MICROSOFT WHITEBOARD adalah app tambahan yang boleh menyokong PdP secara online. Ia akan membantu dalam memberikan penerangan terutamanya ketika melukis gambarajah atau membincangkan pengiraan 1. Bantuan utama ketika menggunakan Whiteboard ialah Drawing Tablet. Ianya akan melancarkan lagi penulisan. 2. Perisian Microsoft Whiteboard boleh dimuat turun dalam Microsoft Store. 3. Paparan di bawah menunjukkan perisian Whiteboard. 4. Penggunaan Whiteboard adalah sama dengan mana-mana perisian lukisan lain iaitu boleh melukis secara freehand menggunakan pen ataupun menggunakan tambahan lain yang terdapat pada bahagian Create. Ianya juga menyediakan pembaris bersudut untuk digunakan. Sudut pada pembaris boleh diubah dengan memutarkan scroll wheel pada mouse yang diletakkan di atas pembaris tersebut. 5. Pada bahagian Settings menu terdapat pilihan untuk berkongsi hasil tulisan sama ada dalam bentuk gambar atau pdf. 6. Penggunaan Whiteboard disediakan pada bahagian Share content di dalam Teams Meeting. Teams akan menggunakan Whiteboard secara online sekiranya belum dilakukan proses install.


POLITEKNIK KOTA BHARU KM 24, KOK LANAS 16450 KETEREH KELANTAN TEL: 09-7889126 / 344 /641 FAX: 09-7888739


Click to View FlipBook Version