The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adampro4562, 2021-08-21 03:06:45

ASSESSMENT SASTERA E TESIS

ASSESSMENT SASTERA E TESIS

NAMA:MUHAMMAD ADAM HARITH BIN RAMLI
KELAS:4 JAZARI

NO.MAKTAB:PB180290
HOMEROOM:CIKGU NORAKMA

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK
PENGHARGAAN
1. BAB 1: PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN -LATAR BELAKANG (APA MAKSUD NOVEL)
1.2. APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3. PENYATAAN MASALAH (BAGAIMANA UTK MENARIK PELAJAR MINAT MEMBACA
NOVEL)
1.4. OBJEKTIF KAJIAN
1.5. SKOP PENYELIDIKAN (8 NOVEL)
1.6. HIPOTESIS AWAL (PANDANGAN AWAL BERKAITAN 8 NOVEL)
1.7. KEPENTINGAN KAJIAN
2. BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1. BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2. SINOPSIS 8 NOVEL
2.3. TARIKAN SETIAP NOVEL (APA YANG MENJADI TARIKAN DALAM SETIAP NOVEL-
CERITA DALAM PERENGGAN BAGI SETIAP NOVEL)
3. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1. JENIS NOVEL (FIKSYEN/BUKAN FIKSYEN) PRPM
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA (RUJUKAN 8 NOVEL DARI MANA)
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6. KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7. BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA (PENGALAMAN)
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN (NILAI, PENGAJARAN DALAM MASYARAKAT REALITI)

1

3.9. KEDUDUKAN NOVEL ( PILIH NOVEL YANG PALING DIGEMARI)3.10. KESIMPULAN
(BERKAITAN 8 NOVEL)
4. BAB 4 : PENUTUP
4.1. RUMUSAN KAJIAN (BAGAIMANA CARA TARIK MINAT MEMBACA)
4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN (TUJUAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL)
4.3. HIPOTESIS AKHIR
4.4. PENUTUP
4.5 RUJUKAN

2

Abstrak:

Tajuk kajian ialah E-Mini Tesis novel tingkatan empat dan lima seluruh Malaysia. E mini
tesis ini merangkumi 4 buah novel bagi tingkatan 4 serta 4 buah novel dari tingkatan 5 yang
digunakan oleh seluruh sistem pendidikan Malaysia. Setiap zon menggunakan novel yang
berbeza-beza seperti Jendela Menghadap Jalan di zon utara manakala di zon selatan pula
memilih Leftenan Adnan. Bagi novel tingkatan empat, termasuklah Di Sebalik Dinara,
Jendela Menghadap Jalan, Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Pantai Kasih. Bagi novel
tingkatan lima pula, termasuklah Songket Berbenang Emas, Tirani, Silir Daksina dan
Bimasakti Menari.

Kajian ini dijalankan bagi memudahkan pelajar dan orang lain yang berminat dengan
kelapan-lapan novel ini. Pelajar dan orang lain dapat tahu Bibliografi penulis-penulis novel,
sinopsis novel dan juga keistimewaan bagi setiap novel.

Para pembaca boleh memahami novel-novel ini dengan mudah dan lebih
terperinci.Disebabkan faktor pandemic Covid-19 terjadi,sumber pendapatan maklumat
terbatas.Jadi, satu-satunya kaedah yang digunakan ialah carian internet.Kaedah ini lebih
mudah untuk mencapai maklumat yang ingin dicari. Sumber e-mini tesis ini didapati melalui
laman web yang memuat naik maklumat novel-novel ini seperti biodata pengarang, sinopsis
ringkas, dan novel digital.

Novel-novel tersebut dikarang dan dihasilkan dengan baik dan menarik.Akan tetapi, remaja
zaman kini tidak berminat untuk membaca bahan bacaan seperti novel kerana kebanyakkan
novel yang dihasilkan tidak mempunyai plot jalan cerita yang menarik yang tidak dapat
menarik perhatian mereka.Oleh sebab itu,remaja zaman kini kurang membaca novel. Secara
kesimpulanya, pengarang zaman kini haruslah mengambil tips-tips daripada pengarang novel
yang terkenal atau yang mempunyai perbagai pengalaman untuk menarik lebih ramai anak
muda untuk menanam semangat membaca.Hal ini agar,sifat membaca novel tidak ditelan
zaman.

3

Penghargaan:
Pertama kali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapakan assesment E-Mini Tesis ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu
Rosliza Binti Jaafar selaku guru bimbingan sepanjang tugasan ini.Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru bahasa melayu yang telah memberikan
tunjuk ajar tentang cara menyiapkan tugasan ini serta panduan untuk membuat tugasan
ini.Seterusnya,kepada sahabat kelas yang telah membimbing saya semasa kekeliruan dan
sudah tentu juga kepada ibu bapa saya yang membantu dalam aspek capaian internet dan
kemudahan menggunakan gajet.
Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranyan terdapat kesilapan dan kekurangan dalam
tugasan saya, segala kekurangan harap dimaafkan.

4

BAB 1 >PENGENALAN

1.1 Pendahuluan-Latar Belakang
- Novel adalah karya fiksyen atau bukan fiksyen yang ditulis sendiri oleh
seseorang pengarang novel

1.2 Novel Fiksyen dan Bukan Fiksyen
- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,fiksyen membawa maksud karya sastera

yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek,cereka atau cerita yang
diada-adakan.Manakala bukan fiksyen pula bermaksud karya sastera yang dicipta
daripada kisah benar.
1.3 Penyataan masalah

- Menyediakan sebahagian ruang di dalam kelas sebagai sudut bacaan sastera.
- Menjemput penceramah luar
- Melancarkan kempen membaca di sekolah

1.4 Objektif kajian

- Objektif kajian bagi kerja ini adalah mengenal pasti keunikan setiap novel agar
dapat menggalakan pelajar membaca novel.

1.5 Skop penyelidikan
Lapan novel tingkatan empat dan lima iaitu:
1) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
2) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
3) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Bin Talib
4) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
5) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
6) Tiraini karya Beb Sabariah
7) Silir Daksina karya Nizar Paman
8) Bimaksati Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

1.6 Hipotesis awal
- Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri.Oleh itu,saya berpendapat
bahawa minat seseorang kepada sesebuah novel terletak kepada judul dan jalan
ceritanya sendiri mahupun fiksyen atau bukan fiksyen.

1.7 Kepentingan Kajian

Untuk memastikan pelajar lebih meminati untuk memahami kelapan-lapan novel ini.

5

BAB 2>TINJAUAN BACAAN

2.1 Biografi setiap penulis

TINGKATAN 4

1) Tingkatan 4 : Novel Di Sebalik Dinara
Nama Kormesil : Dayang Noor
Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan :
Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru(Aliran Sains)

2) Tingkatan 4 : Jendela menghadap Jalan
Nama Sebenar: ROHAINI MATDARIN
Tarikh lahir: 16 Mac 1981
Tempat Lahir: Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah.
Kerjaya: Berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan
Sejarah: Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam
Peraduan mengarang cerpen peringkat kebangsaan sempena
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada tahun 2008 beliau memenangi Hadiah Sastera
Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi

3) Tingkatan 4 : Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Nama: Abdul Latip Talib
Tarikh Lahir: 2 Jun 1954
Tempat Lahir: Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Kerjaya: Penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana,
drama televisyen dan novel.
Sejarah: Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara
Cerpen Berunsur Islam, Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera

Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Sembilan, Sayembara 6
Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel sejarah
Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta
Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri
Sembilan pada tahun 2007.

4) Tingkatan 4 : Novel Pantai Kasih
Nama: Azmah Nordin
Tarikh Lahir: 10 Januari 1958.
Tempat Lahir: Kulim, Kedah
Akedemik: Pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan
Inggeris
Sejarah: Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980-
an, iaitu dalam penulisan rencana. Malah, Kecenderungannya menulis dalam
bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati
penulisan sajak, cerpen dan novel

TINGKATAN 5

1) Tingkatan 5 : Novel songket Berbenang Emas
Nama: Khairuddin Ayip
Tarikh lahir: 25 Februari 1962
Tempat lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: Bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Selangor.
Sejarah: Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja,
Cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif.
Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga
Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku
Ibuku Jua), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP
1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-
Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis
Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas).

2) Tingkatan 5 : Novel Tirani 7
Nama: Beb Sabariah
Tempat lahir: Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
Sejarah: Aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
Dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap
Di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis
Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

3) Tingkatan 5 : Novel Silir Daksina
Nama: Nizar Parman
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: Guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan
pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan
Bahasa Melayu sekolah rendah.
Sejarah: Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat
bertuah apabila terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon
Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.

4) Tingkatan 5 : Novel Bimaksati Menari
Nama: Sri Rahayu Mohd Yusop
Kerjaya: guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang
Sejarah: Bima Sakti Menari adalah sebuah karya novel yang unik serta
menarik kerana temanya yang berbeza dari topik kebiasaan di mana ia
mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya untuk
menangani pencemaran cahaya.

2.2 Sinopsis Setiap Novel

TINGKATAN 4

1) Di Sebalik Dinara

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan

Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek
mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan
arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang
meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan
Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari,
Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba
dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle
Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua
orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian,
Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa
Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga
Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah
sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan.
Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida
yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda
Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang

disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.

2) Jendela menghadap jalan

Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.

Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya
lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih
kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka
yang masih muda.

Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung
menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan
pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.

Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak 10
Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri
dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia
telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan
telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.

Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang
berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolonganHamimah yang kebetulan datang untuk berubat
dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.

3) Leftenan Adnan Wira Bangsa

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
dengan keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak
lelaki. - Adnan, Ahmad dan Amarullah .Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai
Ramal, Kajang, Selangor .Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah
membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.Namun begitu Pak Saidi tidak suka
menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen siapa yang menentang dianggap penderhaka

Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-kawannya. Dia sangat
menggemari kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur emaknya akan bercerita
mengenai kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa Adnan ke
tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar anaknya itu mengenai betapa susahnya
untuk mencari rezeki. Pak Saidi memiliki satu hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah
tinggalan orang tuanya yang menjadi sumber pendapatan Penduduk kampung Sungai Ramal
bergantung hidup kepada aktiviti pertanian . Namun, terdapat segelintir penduduk kampung
yang lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang di warung kopi milik Pak Samad

4) Pantai kasih

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan
dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.
Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata

kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu 11
yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.

Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri
ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
TINGKATAN 5

1) Songket Berbenang Emas

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah
tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar.
Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-
adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari

dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk 12

menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal

menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah

atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat

melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

2) Tirani

Tirani mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan
berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga inginmencapai kemajuan
atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa
Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Lagi menjadi cantik
Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi
atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya
mancung dan cantik.

Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid,
anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya
yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak
menjadikenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya
melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.

Dalam novel Tirani cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit
jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang
tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.
Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron highland. Kemajuan chalet yangdiusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah
satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani

3) Silir Daksina

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalamnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Dia teruja dengan kandungan nmanuskrip itu,
Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah

kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat
tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah.
Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin
Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan
terhadap anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun
uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup
seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk
kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk
kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat

disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya
melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai
tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah
perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia ,
Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

4) Bimaksati Menari

Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap
Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi
tersebut akhirnya telah mengambil g bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.

Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak
terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan
Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah
Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan

untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad 14
Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan
Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan
itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen
minyak Petronas.

Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat
aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini
menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.

Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke
pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan
kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar
rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

2.3 Tarikan Setiap Novel
TINGKATAN 4:

1) Di Sebalik Dinara
- Novel ini menumpukan kepada karya fiksyen .Sungguh menarik dan amat
digalakkan kepada pembaca yang meminati sains fiksyen.

2) Jendela Menghadap Jalan
- Novel ini mempunyai plot cerita yang menarik. Menceritakan tentang perasaan
ingin tahu seorang budak.

3) Leftenan Adnan Wira Bangsa

- Novel ini menceritakan tentang seorang kanak-kanak bernama Adnan. Amat
Disarankan kepada pembaca yang meminati kisah tanah air negara kita.

4) Pantai Kasih 15

- Novel ini menceritakan tentang seorang doktor muda yang ingin menjadi seorang
Doktor pakar bedah. Sesuai kepada pembaca yang meminati penceritaan yang
penuh dugaaan dan usaha

TINGKATAN 5:
1) Songket Berbenang Emas

- Novel ini menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar dalam menempuh
cabaran hidupnya.

2) Tirani

- Novel ini menceritakan tentang kegigihan seorang wanita dalam menempuh
berbagai-bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental.

3) Silir Daksina

- Novel ini menceritakan tentang seorang remaja lelaki yang tinggal bersama ibu
dan ayah tirinya. Amat menarik kepada pembaca kerana penuh dengan misteri .

4) Bimaksati Menari

- Novel ini menceritakan tentang seorang Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan
Salahuddin. Amat digalakkan kerana mempunyai plot yang menarik dan
pengakhiran cerita yang memuaskan.

BAB 3>METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1 Jenis novel

Tingkatan 4
1. Di Sebalik Dinara : FIKSYEN
2. Jendela Menghadap Jalan : FIKSYEN
3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : FIKSYEN

4. Pantai Kasih : FIKSYEN

Tingkatan 5

1. Songket Berbenang Emas : FIKSYEN
2. Tirani : FIKSYEN
3. Silir Daksina : FIKSYEN
4. Bimasakti Menari : FIKSYEN

3.2 Proses pengumpulan data

Tarikh Proses Pengumpulan Data 16
26/7/2021 Mencari maklumat tentang novel-novel Tingkatan 4 17
27/7/2021 Mencari maklumat tentang novel-novel Tingkatan 5
28/72021 Mula membuat bab 1 dan 2 mini tesis
31/7/2021 Melengkapkan bab 1 dan 2 mini tesis
1/8/2021 Menghantar bab 1 dan 2 mini tesis
9/8/2021 Mula membuat bab 3 dan 4 minu tesis
10/8/2021 Mencari sedikit maklumat tentang novel Tingkatan 4 dan 5
11/8/2021 Menyiapkan bab 3 dan 4 mini tesis
13/8/2021 Menghantar bab 3 dan 4 mini tesis
14/8/2021 Menyemak mini tesis dan hantar
16/8/2021 Pembetulan mini tesis telah dilakukan
18/8/2021 Melengkapkan mini tesis
18/8/2021 Menyemak tugasan mentee
19/8/2021 Menghantar tugasan

3.3 Tema setiap novel

TINGKATAN 4

1. Di Sebalik Dinara : Persaingan dalam Dunia Sains
2. Jendela Menghadap Jalan : Kecekalan seorang gadis dalam menempuh segala

ujian dan rintangan
3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : Keberanian seorang anggota tentera dalam

mempertahankan tanah air
4. Pantai Kasih : Ketabahan hati seorang wanita dalam dalam menempuh pelbagai

rintangan

TINGKATAN 5

1. Songket Berbenang Emas : Kegigihan seorang gadis dalam menempuh segala
cabaran

2. Tirani : Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang
dapat melindungi kelemahan diri

3. Silir Daksina : Pengorbanan anak muda dalam mempertahankan warisan seni
kebudayaan

4. Bimasakti Menari : Kegigihan anak muda dalam melestarikan alam sekitar

3.4 Keunikan dalam novel

Setiap novel mempunyai ketertarikan dan keunikan yang berbeza.Hal ini membuatkan
sesebuah novel itu menjadi menarik daripada novel-novel yang lain.Selain itu,para
pembaca akan merasakan apa yang ditulis oleh penulis novel yang dapat membuatkan
para pembaca lebih ingin meneruskan membaca.Hal ini harus dititikberatkan kerana
membaca merupakan jambtan ilmu.

3.5 Persamaan yang terdapat dalam 8 Novel

- Persamaan yang dapat saya kaitkan dalam setiap novel yang saya kaji ini adalah
setiap watak utama kelapan lapan novel sentiasa tidak berputus asa dalam
mencapai matlamat dan impian yang diinginkan.

3.6 Keterbezaan antara 8 novel

- Perbezaan yang dapat saya temui dalam setiap novel yang saya kaji ini adalah
setiap watak utama kelapan-lapan novel ini mempunyai impian dan cara mencapai
impian yang berlainan.Oleh itu,plot cerita dari setiap novel berbeza.

3.7 Perbezaan novel Malaysia dan luar Negara

- Mengikut pengalaman saya membaca novel fiksyen dari Malaysia dan luar
negara ialah logistik yang berbeza.Jika dibandingkan dengan novel
Malaysia,novel Malaysia banyak mengeluarkan cerita dari pengalaman penulis
atau sebagainya yang logic dan masuk akal.Tetapi novel luar negara lebih
mengeluarkan novel fantasi atau imaginasi dari penulis yang membuatkan
penulis mendapatkan idea.Hal ini turut membuatkan novel yang dari bahagian
fantasi tidak logik dan tak masuk akal.

3.8 Novel dan kehidupan

- Masyarakat kini perlu menerapkan nilai tidak mudah berputus asa di dalam diri
masing-masing. Hal ini dapat diperlihatkan melalui pembacaan novel seperti yang
telah saya kaji. Contohnya, walaupun pelbagai rintangan perlu ditempuh, mereka
terus bangkit dan berusaha mencapai matlamat dan impian.

3.9 Kedudukan novel paling digemari

1. Leftenan Adnan Wira Bangsa Paling digemari
2. Bimasakti Menari
3. Silir Daksina 18
4. Di Sebalik Dinara
5. Tirani
6. Pantai Kasih

7. Songket Berbenang Emas
8. Jendela Menghadap Jalan
3.10 Kesimpulan

- Kesimpulan yang dapat saya berikan adalah, setiap novel yang saya kaji di
tingkatan 4 dan tingkatan 5 mempunyai plot cerita yang berbeza dan
menarik.Selain itu mempunyai keunikan yang menarik yang membuatkan
sesebuah novel lebih minat untuk membaca.Oleh itu, setiap novel ini mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-masing.

19

BAB 4>PENUTUP 20

4.1 Rumusan kajian

- Cara yang sesuai untuk menarik minat membaca adalah mencari buku yang
mempunyai minat yang sama.Contohnya,saya minat dalam permainan
badminton.Maka saya akan mencari novel yang mempunyai minat sama dengan
saya. Hal ini dapat membuatkan kita mempunyai pengalaman atau pengajaran
yang dapat kita ambil dalam sesuatu novel yang kita minat.

4.2 Implikasi dan cadangan

- Cadangan yang dapat saya berikan bagi penambahbaikan novel adalah untuk
menambahkan unsur prihatin pada plot cerita. Hal ini secara tidak lansung dapat
membuatkan pembaca ingin melakukan hal yang sama.

4.3 Hipotesis akhir

- Setiap novel mempunyai keunikan dan ketertarikan yang tersendiri. Hal ini juga
disebabkan oleh penulis yang telah bertungkus lumus menyiapkan karyanya bagi
mendapatkan jalan penceritaan yang paling menarik.

4.4 Penutup

- Kesimpulan yang dapat saya berikan berdasarkan kerja ini adalah setiap penulis
novel mempunyai minat mereka yang tersendiri. Hal ini kerana kebanyakan novel
yang telah saya baca merupakan idea daripada imaginasi mereka sendiri. Oleh itu,
marilah kita bersama-sama memperbanyakkan membaca karya sastera mahupun
di dalam atau luar negara.

4.5 Rujukan

1. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://bmblogr.blogspo
t.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-
komsas.html&ved=2ahUKEwiB5qitmanyAhWGyzgGHULhB4AQFnoECAMQAQ
&usg=AOvVaw27zshRIP4UOZgC0zf7mtRj

2. http://noveljendelamenghadapjalan.blogspot.com/2016/12/sinopsis.html
3. https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-

keseluruhan.html
4. https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://bmblogr.blogspot.

com/2016/01/novel-jendela-menghadap-jalan-
komsas.html&ved=2ahUKEwivvYGqmqnyAhWczDgGHf7KBUkQFnoECB4QAQ&
usg=AOvVaw3rsQ3eUrnrNJjYeMa_C796
5. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html

SEKIAN TERIMA KASIH

21


Click to View FlipBook Version