The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Ahlam, 2021-03-03 23:07:27

SAINS T3 BAB 2.3

SAINS T3 BAB 2.3

BAB 2.3 KESIHATAN
SISTEM RESPIRASI

MANUSIA

1. Sistem resipirasi yang sihat penting untuk
kelangsungan hidup.

2. Terdapat banyak bahan yang merbahaya dalam udara
yang mengganggu sistem respirasi manusia.

3. Antara bahan-bahan
berbahaya ialah:

Tar rokok
Karbon monoksida
Sulfur dioksida
Nitrogen dioksida
Jerebu, habuk dan
debunga

BAHAN BERBAHAYA DALAM ASAP ROKOK

TAR ROKOK

1. Tar rokok ialah satu daripada bahan toksik yang
terdapat dalam asap rokok.

2. Tar rokok dalam udara sedutan melekat dan membunuh
sel di dalam laluan pernafasan seperti toraks, farinks,
epiglotis, larinks, bronkus, bronkiol dan alveolus.

3. Tar rokok juga menambahkan pengeluaran mukus dan
penghasilan kahak di dalam peparu.

4. Kebanyakan perokok adalah pesakit kanser peparu.

KARBON MONOKSIDA

1. lazimnya ditemukan dalam asap rokok dan asap ekzos
kenderaan bermotor.

2. merupakan gas tanpa warna dan tidak berbau.

3. karbon monoksida lebih mudah bergabung dengan
haemoglobin berbanding oksigen.

4. karbon monoksida akan bergabung secara kimia
dengan hemoglobin untuk membentuk
karboksihemoglobin yang merupakan sebatian yang
stabil.

4. ini menyebabkan pengurangan oksihemoglobin dalam
darah yang mengangkut oksigen ke sel badan.

5. Akibatnya, organisma boleh mati.

SULFUR DIOKSIDA

1. lazimnya dihasilkan oleh
pembakaran arang batu dari
stesen jana kuasa elektrik.

2. adalah gas tanpa warna
dengan bau yang
menyesakkan.

3. Gas ini merengsa laluan pernafasan,
menyebabkan batuk, sukar bernafas,
bronkitis dan kanser peparu.

NITROGEN DIOKSIDA

1. Lazimnya dihasilkan oleh pembakaran bahan api seperti
petrol dan diesel dalam kenderaan bermotor.

2. merupakan gas berwarna perang dengan bau yang
menyesakkan.

3. Gas ini merengsa laluan pernafasan dan menyebabkan
batuk, sukar bernafas dan asma

JEREBU, DEBU DAN DEBUNGA

1. Jerebu, debu dan debunga
merupakan zarah pepejal yang
sangat halus, ringan dan terampai
dalam udara.

2. Punca: Asap daripada ekzos
kenderaan, pembakaran terbuka dan
kebakaran hutan

3. Debunga dibawa oleh angin ke suatu jarak yang jauh
dan bergerak pada semua arah.

4. Kesan: merengsa
sistem respirasi dan
menyebabkan penyakit
respiratori seperti
asma

PENYAKIT
RESPIRASI &
SIMPTOMNYA

ASMA

1. Berlaku kesan kehadiran habuk, debunga, jerebu, asap.
2. Radang pada tiub bronkiol menjadikannya bengkak dan

bukaan mengecil

3. Pernafasan menjadi sukar kerana pergerakan udara
keluar & masuk peparu sukar.

4. Simptom: sesak nafas dan batuk

alveolus

laluan udara laluan udara laluan udara semasa
normal pesakit asma serangan asma

BRONKITIS

1. Inflamasi pada bronkus
2. Disebabkan oleh tar dan iritasi oleh asap rokok.
3. Simptom: sesak nafas, batuk berterusan dan insomnia

trakea bronkus
normal
inflamasi
bronkitis

peparu

inflamasi
mukus

EMFISEMA

1. Keadaan di mana alveolus dalam peparu rosak akibat
bahan-bahan merbahaya seperti bahan iritasi dalam asap
rokok.

2. Simptom: sesak nafas, sakit ketika bernafas, keletihan
ketika membuat kerja ringan.

3. Pesakit emfisema tidak boleh dipulihkan tetapi
simptomnya dapat di kawal.

KANSER PEPARU

1. Disebabkan oleh bahan kimia penyebab kanser yang di
kenali sebagai Karsinogen.

2. Bahan kimia ini di sedut semasa bernafas.

3. Asap rokok mengandungi pelbagai jenis
Karsinogen seperti tar.

4. Simptom : batuk berterusan, darah dalam
kahak dan sakit semasa bernafas.

Peparu sihat Peparu pesakit kanser

KESAN MEROKOK KEPADA PEPARU

1. Merokok
menyebabkan
gangguan kecekapan
dan fungsi organ
respirasi.

2. Merokok menyebabkan serangan jantung, strol,
kanser peparu dan asma.

3. Individu yang menghidu asap rokok perokok lain
dikenali sebagai perokok pasif.



ENDTHE


Click to View FlipBook Version