2.2 PERGERAKAN DAN
PERTUKARAN GAS DALAM
BADAN MANUSIA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:
Memahami pergerakan dan pertukaran gas oksigen dan
karbon dioksida dalam badan manusia
1. zarah seperti molekul oksigen dan karbon dioksida
bergerak dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke
kawasan yang berkepekatan rendah
2. Pertukaran gas dalam manusia berlaku di alveolus.
3. Gas yang disingkirkan ialah gas karbon dioksida
4. Gas yang diserap ialah gas oksigen.
STRUKTUR ALVEOLUS
Udara sedutan Udara hembusan Darah dengan
kepekatan karbon
Alveolus dioksida yang tinggi,
kepekatan oksigen
yang rendah
Dinding kapilari darah
Kapilari darah
Sel darah merah
Darah dengan
kepekatan oksigen
yang tinggi,
kepekatan karbon
dioksida yang rendah
1. Udara yang disedut ke dalam alveolus mempunyai
kepekatan gas oksigen yang tinggi berbanding dengan
kepekatan gas oksigen dalam darah.
2. Kerana itu, gas oksigen akan meresap melalui dinding
alveolus ke dinding kapilari darah lantas masuk ke
dalam sel darah merah.
3. Dalam sel darah merah, terdapat haemoglobin
(komponen bewarna merah gelap).
4. Hemoglobin akan bergabung dengan gas oksigen untuk
membentuk oksihemoglobin.
Hemoglobin + oksigen → oksihemoglobin
5. Darah dengan oksihemoglobin akan dihantar dari peparu
ke jantung.
6. Jantung akan mengepam darah ke seluruh tubuh.
7. Apabila darah sampai ke sel yang rendah kepekatan
oksigennya, oksihemoglobin dalam darah aka terurai.
8. Oksihemoglobin akan terurai, lalu membebaskan gas
oksigen dan kembali menjadi haemoglobin.
Oksihemoglobin → haemoglobin + oksigen
9. Di dalam sel, oksigen yang meresap akan mengoksidakan
molekul glukosa kepada gas karbon dioksida, air dan tenaga
melalui proses respirasi sel.
Glukosa + oksigen →karbon dioksida + air + tenaga
10.Gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh sel akan
meresap ke dalam kapilari darah dan di angkut oleh darah
ke alveolus untuk dibebaskan semasa hembusan nafas.
STRUKTUR ALVEOLUS YANG MEMAKSIMUMKAN PERTUKARAN GAS
Dinding alveolus setebal satu sel Permukaan alveolus lembap
membenarkan resapan gas gas boleh meresap &
berlaku dengan mudah. menembusi alveolus
Dikelilingi jaringan kapilari darah Bilangan alveolus yang banyak
Pengangkutan gas dari & ke Luas permukaan yang besar
alveolus berlaku dengan pantas utnuk pertukaran gas berlaku
ENDTHE