2.4 ADAPTASI DALAM SISTEM RESPIRASI
BAGAIMANA SISTEM RESPIRASI
BERADAPTASI DALAM PERSEKITARAN BERBEZA
1. 3 ciri struktur respirasi yang memastikan pertukaran
gas dengan persekitaran yang cekap.
Permukaan lembap struktur respirasi
Struktur respirasi yang nipis
Luas permukaan yang besar
2. Organisma yang berbeza mempunyai sistem respirasi
yang berbeza.
3. Struktur respirasi yang beradaptasi dalam persekitaran
berbeza ialah
Kulit luar yang lembap
Insang
trakea
KULIT LUAR LEMBAP
1. Amfibia seperti katak
bernafas melalui kulit luar
lembap dan peparu.
2. Kulit luar ini :
Nipis dan telap supaya gas dapat meresap dengan
mudah & cepat
Sentiasa lembap kerana diselaputi mukus
Mempunyai banyak kapilari darah untuk mengangkut
gas respirasi
3. Pertukaran gas melalui kulit berlaku secara resapan.
Nostril Kulit luar
Oral kaviti glotis lembap
Peparu
INSANG
1. Ikan menggunakan insang untuk bernafas.
2. Insang menyerap oksigen yang larut dalam air.
3. Setiap insang terdiri daripada filamen halus yang
Banyak (menyediakan luas Permukaan yang besar)
Nipis (memudahkan resapan gas)
Banyak kapilari darah (pertukaran gas yang cekap)
Sentiasa dikelilingi air (memudahkan gas respirasi
melarut)
4. Pertukaran gas di insang:
Kepekatan oksigen dalam air > kepekatan oksigen
dalam darah. Oksigen akan meresap dari dalam air ke
dalam darah.
Kepekatan karbon dioksida dalam darah > kepekatan
karbon dioksida dalam air. Karbon dioksida meresap
dari dalam darah ke dalam air.
INFO SAINS
Ikan belacak dikelaskan sebagai ikan amfibia kerana
organisma ini bernafas melalui insang seperti ikan dan
kulit luar lembap seperti amfibia.
SISTEM TRAKEA
1. Ialah sistem respirasi serangga.
2. Terdiri daripada sistem tiub yang
bercabang ke seluruh badan serangga.
3. Udara memasuki trakea melalui lubang udara (spirakel)
4. Trakea membahagi kepada cabang halus dipanggil
trakeol.
5. Trakeol merupakan permukaan respirasi.
6. Trakeol yang menyalurkan oksigen secara terus ke
dalam sel dan mempunyai ciri-ciri:
Hujungnya berdinding nipis.
Lembap untuk gas respirasi melarut.
Bilangannya banyak menyediakan luas permukaan
yang besar untuk pertukaran gas secara resapan
ringkas.
7. Serangga seperti belalang mempunyai kantung udara
dalam sistem trakea. Ini adalah untuk meningkatkan
kadar pertukaran gas respirasi.
ENDTHE