The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Ahlam, 2021-05-20 02:27:01

SAINS T1 BAB 5.2

SAINS T1 BAB 5.2

BAB 5.2 TIGA
KEADAAN JIRIM

TIGA KEADAAN JIRIM

1. Jirim terdiri daripada zarah-zarah yang seni.

2. Zarah-zarah ini amat kecil sehinggakan tidak
dapat dilihat dengan pandangan mata kasar
mahupun menerusi mikroskop cahaya.

3. Zarah-zarah tersebut hanya boleh dilihat
menerusi mikroskop elektron.

TEORI KINETIK JIRIM

Teori kinetik jirim
menyatakan bahawa jirim
terdiri daripada zarah-
zarah halus yang diskret

dan sentiasa bergerak
pada semua arah.

ZARAH –ZARAH JIRIM

1. Zarah-zarah jirim sentiasa berlanggar antara
satu sama lain.

2. Apabila tenaga haba dibekalkan kepada sesuatu
jirim, zarah akan bergerak lebih laju.

3. Sebaliknya, zarah KEADAAN JIRIM
bergerak lebih
perlahan apabila
disejukkan.

PEPEJAL CECAIR GAS

4. Jirim wujud dalam tiga

keadaan yang

berlainan, iaitu

pepejal, cecair dan

gas.

AIR

1. Air merupakan satu-satunya bahan di muka bumi
ini yang wujud secara semula jadi dalam ketiga-
tiga keadaan.

2. Contohnya, air wujud dalam keadaan cecair
pada suhu bilik.

3. Apabila disejukkan, air berubah menjadi ais.

4. Air yang dipanaskan pada suhu 100°C pula akan
berubah menjadi stim.

PEPEJAL CECAIR GAS

PERBANDINGAN SIFAT TIGA KEADAAN JIRIM

PEPEJAL

1. Ruang antara zarah: Sangat kecil
2. Susunan zarah: Tersusun sangat

rapat
3. Pergerakan zarah: Bergetar pada

kedudukan yang tetap

CONTOH
PEPEJAL

CECAIR

1. Ruang antara zarah: Sederhana
2. Susunan zarah: Tersusun rapat
3. Pergerakan zarah: Bebas

bergerak, menggelongsor dan
berlanggar antara satu sama lain

CONTOH
CECAIR

GAS

1. Ruang antara zarah: Besar
2. Susunan zarah: Berjauhan antara

satu sama lain
3. Pergerakan zarah: Bebas

bergerak secara rawak dan
berlanggar antara satu sama
lain

CONTOH GAS

PLASMA

1. Matahari tidak
dikategorikan sebagai
pepejal mahupun gas.

2. Matahari berada dalam
keadaan jirim yang
disebut sebagai plasma.

Kadar Resapan dalam Tiga Keadaan Jirim

1. Zarah-zarah ini bergerak secara rawak dalam
pelbagai arah dan menyebabkan bau wangian
itu tersebar.

2. Kita boleh katakan bahawa resapan telah
berlaku.

3. Resapan ialah proses pergerakan zarah-zarah
jirim dari kawasan yang berkepekatan tinggi ke
kawasan yang berkepekatan rendah.

KADAR RESAPAN ZARAH DALAM TIGA
KEADAAN JIRIM



Perubahan Keadaan Jirim
Disebabkan oleh Penyerapan dan
Pembebasan Haba Berdasarkan

Teori Kinetik

1. Terdapat banyak bahan yang
mengalami perubahan
keadaan jirim dalam
kehidupan harian kita
disebabkan oleh penyerapan
dan pembebasan haba.

2. Pemanasan atau penyejukan
menyebabkan sesuatu jirim
mengalami perubahan
keadaan.

3. Contohnya, apabila sesuatu
cecair itu disejukkan, cecair itu
akan membebaskan haba

4. Zarah-zarah kehilangan
tenaga kinetik dan bergerak
lebih perlahan.

5. Zarah-zarah menarik antara
satu sama lain dan bertukar
menjadi pepejal.

6. Cecair dikatakan mengalami
proses pembekuan.

Perubahan Keadaan Jirim
Disebabkan oleh Penyerapan dan
Pembebasan Haba Berdasarkan

Teori Kinetik

1. Apabila bahan pepejal

dipanaskan, bahan tersebut akan

berubah menjadi cecair dan

akhirnya menjadi gas melalui

proses pendidihan.

2. Sesetengah bahan pula akan
berubah terus daripada pepejal
menjadi gas. Proses ini disebut
sebagai pemejalwapan

3. Semasa proses pemejalwapan,
tenaga kinetik zarah-zarah
bertambah apabila zarah menyerap
haba sehingga boleh bertukar secara
langsung daripada pepejal menjadi
gas.

PERUBAHAN SUSUNAN ZARAH APABILA
DIPANASKAN ATAU DISEJUKKAN



PELEBURAN

PENDIDIHAN

PENYEJATAN

KONDENSASI

PEMBEKUAN

PEMEJALWAPAN

Perubahan Keadaan Jirim Disebabkan oleh
Penyerapan dan Pembebasan Haba Berdasarkan

Teori Kinetik

1. Apabila sesuatu bahan dipanaskan, suhu akan
meningkat dan apabila sesuatu bahan disejukkan,
suhu akan menurun

2. suhu tidak akan berubah ketika mencapai takat
beku, takat lebur dan takat didih semasa proses
pembekuan, peleburan dan pendidihan.

3. Keadaan ini berlaku kerana tenaga kinetik zarah-
zarah tidak bertambah; haba diserap atau
dibebaskan untuk memastikan daya tarikan antara
zarah-zarah diatasi atau dibentuk.

4. Semasa perubahan fizikal ini berlaku, jisim juga
kekal tidak berubah kerana kuantiti zarah-zarah
tidak berubah apabila dipanaskan atau
disejukkan.

5. Perubahan yang berlaku
hanyalah pada tenaga kinetik
zarah-zarah tersebut.

ENDTHE


Click to View FlipBook Version