The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safirakhairina160204, 2022-11-13 00:32:44

ISU-ISU SYARIAH TERHADAP BITCOIN : SATU SOROTAN AWAL

Usul Fiqh Isu-isu Syariah Terhadap Bitcoin

ISU-ISU SYARIAH TERHADAP
BITCOIN:

SATU SOROTAN AWAL

NAMA PENSYARAH :

PUAN NORHAFIZAH BINTI ABD KADIR



NAMA AHLI KUMPULAN ;
UMMI HANI BINTI OMAR (17DIB22F1010)
AIMI NADIRAH BINTI ZULNAWARIN (17DIB22F1032)
NURUL BALKIS BINTI ALI (17DIB22F1046)
NUR SAFIRA KHAIRINA BINTI HANAFI (17DIB22F1047)
NORSYAZLIANA BINTI ABD RAZAK (17DIB22F1049)

I 1.Maksud bitcoin

S 2.Isu-isu yang terdapat pada

I bitcoin

3.Contoh bitcoin yang sah di

K Malaysia
A 4. Pandangan ulama'
5.Kebaikan & keburukan
N bitcoin
D
6.Cadangan & kaedah
U penyelesaian
N 7.Langkah-langkah blockchain

G berfungsi

A 8.Penutup

N 9.Rujukan

01 MAKSUD BITCOIN

Bitcoin adalah cryptocurrency.



Atau dalam bahasa lebih mudah, matawang
digital (digital currency).



Bitcoin dicipta oleh ‘Satoshi Nakamoto’ pada
Januari 2009. Berbeza dengan virtual currency,

Bitcoin boleh digunakan sebagai medium
pertukaran untuk memiliki sesuatu barang dan
perkhidmatan dalam dunia sebenar. Sudah tentu
oleh mereka yang menerima bitcoin sebagai

mode of payment.



Bitcoin juga adalah digital currency yang
bersifat decentralized. Maksudnya, tidak seperti
Ringgit Malaysia yang dikawal pengeluarannya
oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Bitcoin tidak

ada financial regulator seperti BNM.



Memandangkan ia adalah decentralized digital
currency, ada satu aktiviti penting yang

membolehkan bitcoin ini berfungsi dengan baik
sebagai matawang iaitu bitcoin mining.

02 ISU-ISU YANG TERDAPAT
PADA BITCOIN

Isu 1

Adakah bitcoin itu wujud?
Dalam konteks bitcoin, perlu dipastikan
adakah ianya wujud atau tidak. Seperti dalam

satu kaedah fiqh yang menyatakan:

‫الهول كالمعدوم‬



"Sesuatu yang tidak diketahui itu seperti
juga tidak wujud"



Sebelum bitcoin diterima sebagai harta,
adakah bitcoin itu sendiri wujud?

Jika dilihat secara pancaindera, bitcoin
adalah sesuatu yang tidak jelas atau berlaku
kesamaran dalam kewujudannya serta tidak
diketahui secara fizikal.Selain itu, sifat virtual
yang ada pada bitcoin tidak menjamin akan
kesahihan serta diragui kewujudannya. Maka

kaedah di atas mencadangkan apabila
sesuatu itu tidak diketahui maka ianya
dianggap seperti tidak wujud. Justeru, jika
sesuatu itu tidak wujud maka ianya tidak
boleh dikategorikan sebagai harta.

ISU 2

Adakah bitcoin boleh dianggap sebagai harta (al-mal)?



Dalam fiqh yang berkaitan harta, para ulama Hanafiyah
berpandangan bahawa harta itu adalah sesuatu yang
diingini manusia dan boleh disimpan untuk digunakan
ketika waktu diperlukan (Suhendi, 2002). Namun harta
tersebut tidak akan bernilai kecuali bila digunakannya
menurut syarak.


Menurut Wahbah Zuhaili (1989), al-mal didefinisikan

sebagai sesuatu yang dapat memberikan ketenangan, dan
harta dimiliki oleh manusia dengan sesuatu usaha atau daya

(fi’il), sama ada sesuatu itu wujud secara fizikal seperti
harta, haiwan ternakan, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain
ataupun berupa manfaat, seperti, kenderaan, ataupun

tempat tinggal.



Mustafa al-Zarqa (1967) pula menyatakan bahawa sesuatu
itu dikatakan harta (al-mal) jika memenuhi dua syarat, iaitu:



(i) Sesuatu itu mesti wujud secara fizikal dan boleh disentuh,
dan biasanya manusia akan berusaha untuk
mendapatkannya, dan menjaganya supaya tidak diambil
atau dimiliki oleh orang lain. Oleh itu, harta seharusnya
adalah alat untuk menyimpan nilai.

Jika diamati beberapa definisi al-mal di atas, dapat dibuat
kesimpulan bahawa harta sekurang-kurangnya mesti
memiliki ciri-ciri berikut iaitu:
(i) Ianya secara semula jadi dikehendaki oleh manusia
kerana ianya mempunyai nilai komersial.
(ii) Mampu untuk dimiliki.
(iii) Mampu untuk disimpan.

Para ulama juga telah mengkategorikan harta
kepada harta yang boleh diambil manfaatnya seperti
jual beli, hadiah, wasiat dan sebagainya atau disebut
sebagai al-mutaqawwim. Manakala harta yang tidak

boleh diambil manfaatnya dari sudut syarak seperti
mengambil harta secara batil atau secara tidak jelas
disebut sebagai ghayr al-mutaqawwim (Hassan, 1986).



Justeru jelas di sini, bahawa harta perlu sekurang-
kurang mempunyai ciri-ciri seperti yang disebutkan di
atas. Maka bitcoin perlu dilihat dalam konteks harta.
Oleh itu, persoalan khusus yang boleh dibangkitkan

berkenaan bitcoin ialah;

(i) Adakah bitcoin mempunyai nilai komersial sehingga
dikehendaki oleh manusia secara semula jadi?
(ii) Adakah bitcoin boleh dimiliki secara mutlak?
(iii) Adakah bitcoin mempunyai kemampuan untuk
disimpan dan 7 Dalam kitab Majmu’, kaedah ini
digunakan oleh Ibn Taimiyyah dalam permasalahan
nikah seorang wanita yang tiada wali kerana tidak
diketahui kewujudannya. Kaedah ini diperluaskan juga
dalam permasalahan muamalat.

Rujuk ‘Abd al Rahman Ibn Muhammad, Majmu’ Fatawa
Sheikh al-Islam Ahmad Ibn Taimiyyah, jil.
31, bab kitab al-waqf ila al-nikah, 2004.

ISU 3

Adakah bitcoin sejenis mata wang atau komoditi?



Persoalan ini mungkin memerlukan satu perbincangan dan
perbahasan yang panjang. Ini adalah kerana mata wang atau

wang itu sendiri mempunyai perdebatan yang cukup luas di
kalangan para ulama. Ini melihat kepada senario perdebatan

antara golongan yang mengharamkan penggunaan mata
wang selain daripada emas dan perak atau dinar dan dirham,
dan juga golongan yang memberi keharusan untuk menjadikan

selain daripada emas dan perak sebagai mata wang.
Seterusnya, mengambil kira pandangan yang kedua iaitu
keharusan menjadikan selain emas dan perak sebagai mata
wang untuk memberi laluan perbahasan kepada hukum bitcoin
sama ada ianya sejenis mata wang atau komoditi. Dalam
beberapa rujukan yang dilakukan, terdapat beberapa
pendapat berkenaan bitcoin sama ada ianya sejenis mata

wang atau komoditi.
Sekiranya bitcoin diiktiraf sebagai mata wang, maka ianya
tertakluk kepada hukum syarak berdasarkan al-mal al-ribawi
(harta ribawi). Ianya mesti mengikut hukum seperti al-sarf
(pertukaran mata wang) apabila ianya ditukar kepada emas,
perak, wang fiat dan mata wang kripto yang lain. Sekiranya
pertukaran antara bitcoin dengan bitcoin, maka wajib ke
atasnya mengikut jumlah yang sama. Manakala kedua-dua

belah pihak pula mesti memiliki atau memegang bitcoin
sebelum berlaku pemisahan, sama ada pemilikan atau

pegangan itu dalam bentuk fizikal atau manfaat.
Selain itu, tidak dibenarkan membuat syarat untuk
penangguhan bayaran atau penghantaran (delivery) dalam
kontrak jual beli bitcoin. Ianya hendaklah dilakukan secara
serentak untuk mengelakkan daripada berlakunya riba. Oleh
kerana mata wang juga tertakluk kepada harta yang wajib
untuk dikeluarkan zakat, maka bitcoin juga wajib untuk
dikeluarkan zakat. Ianya juga tertakluk kepada syarat-syarat
wajib zakat seperti mana yang berlaku kepada harta-harta
zakat yang lain. Maka, hukum-hukum di atas tidak akan
terpakai sekiranya bitcoin tergolong dalam kategori komoditi.

ISU 4

adakah bitcoin terdedah kepada gharar?
Di dalam al-Mu’jam al-Wasit (2011), makna gharar
adalah khathr atau pun pertaruhan. Ibnu Taimiyyah
menyatakan, gharar adalah sesuatu yang tidak jelas
hasilnya (majhul al-‘aqibah). Manakala menurut al-
Sa’di (1992), gharar adalah mukhatharah
(pertaruhan) dan jahalah (ketidak jelasan). Ianya
boleh dikategorikan sebagai perjudian.
Bagi permasalahan bitcoin, keraguan yang berlaku
akan menyebabkan penggunaannya bertentangan
dengan hukum syarak. Ini dijelaskan oleh Joni
Tamkin, et al (2009), gharar adalah sesuatu yang
tidak pasti dan menimbulkan keraguan, sama dengan
masalah riba yang terang-terangan telah diharamkan
oleh Allah SWT. Sekiranya sistem kewangan hari ini
tidak dapat lari daripada unsur gharar dan riba, maka
ia adalah sistem yang tidak selaras dengan tuntutan
syarak.
Dalam konteks bitcoin, gharar atau keraguan itu
berlaku melalui dua keadaan. Keadaan yang pertama
ialah dari sudut fizikal bitcoin. Keadaan yang kedua
ialah kesan daripada kewujudan bitcoin itu sendiri.
Bagi keadaan yang pertama, persoalan ini boleh
dibahaskan dan diperhalusi melalui isu yang
pertama, kedua dan ketiga. Manakala keadaan yang
kedua ialah kesan kewujudan bitcoin yang
kebarangkaliannya boleh membawa kepada mudarat
melebihi manfaat. Dalam kaedah fiqh yang berbunyi:



‫ْدرُءالَم فِاِس دْأَولِىْم ن َْجِلبالَم صاِل َح‬
“Membuang kerosakan lebih utama daripada
mendapatkan kebaikan”.

Berdasarkan kepada kaedah fiqh tersebut, jika sesuatu itu
mempunyai atau boleh membawa kepada kerosakan dan kebaikan

dalam masa yang sama, maka lebih baik perkara itu tidak
dilakukan. Di sebalik kebaikan yang ada pada bitcoin, terdapat
juga perkara yang mungkin boleh membawa kepada keburukan
atau kerosakan. Antara isu-isu yang boleh dibangkitkan adalah

seperti analisis di bawah:

Tidak boleh dijejaki dan privasi. Berdasarkan kepada privasi
yang tinggi, maka kebarangkalian boleh berlakunya transaksi di
pasaran gelap, cuci wang (money laundering), korupsi, aktiviti
yang menyalahi undang-undang dan mengelak cukai.
Tiada peraturan dan undang-undang. Oleh kerana tiada
regulator yang mengawal bitcoin, maka timbul isu jaminan
survival, likuiditi dan universaliti.
Risiko keselamatan. Pertukaran bitcoin dilakukan secara digital
sepenuhnya. Kemungkinan ianya boleh terdedah kepada risiko
penggodaman, malware dan virus.
Risiko penipuan. Kewujudan bitcoin menambahkan lagi bilangan
aktiviti penipuan kewangan seperti scam, skim Ponzi, pyramid
dan sebagainya yang dikaitkan dengan bitcoin disebabkan
kurangnya pengetahuan dan kefahaman di kalangan orang
ramai.
Risiko pasaran. Nilai harga bitcoin dilihat terlalu tinggi tahap
volitalitinya walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Ini
mendedahkan risiko kepada penyimpan yang berniat untuk
membuat pelaburan atau keuntungan melalui bitcoin.

ISU 5

bolehkah bitcoin menjadi fulus?



Fulus merupakan salah satu bentuk wang yang
wujud dalam sejarah ketamadunan Islam. Fulus
ialah satu bentuk matawang yang bukan daripada
emas dan perak tetapi daripada tembaga. Pada
awal zaman Umawi dan Mamluk, matawang fulus
ini telah digunakan secara meluas. Mengikut kajian,
fulus ini diciptakan untuk membeli barangan yang
kecil nilainya kerana kesukaran menggunakan
dinar dan dirham yang agak tinggi nilainya.
Kesahan kepada penggunaan fulus ini adalah
merujuk kepada sumber hukum ‘urf. Walaupun ‘urf
bukan sumber yang berasaskan nas akan tetapi
sumbernya masih kuat mengikut syarat- syarat yang
ditentukan. Mengikut sejarah, fulus berfungsi
sebagai wang bantu kepada nilai matawang dinar
dan dirham. Apabila peredaran dinar dan dirham
berkurangan, fulus telah menguasai pasaran, dan
para ulama menetapkan hukumnya sama dengan
emas dan perak kerana secara ‘urfnya, matawang
fulus ini telah diterima sebagai matawang dan
mempunyai nilai harga berdasarkan penerimaan
pasaran (Hassan, 1999).

Contoh Bitcoin Yang

03 Sah Di Malaysia

1. Luno Malaysia Sdn Bhd
2. MX Global Sdn Bhd
3. SINEGY Technologies(M) Sdn Bhd
4. Tokenize Technology Sdn Bhd

04 PANDANGAN ULAMA

1. Pandangan yang mengharamkan:



Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah



Beliau secara peribadi menyatakan bitcoin
dilihat satu alat baru yang tidak dapat
dipastikan identitinya secara khusus sama

ada ia berbentuk mata wang atau sebaliknya.
Namun, dalam masa yang sama tidak dinafikan
terdapat beberapa isu syariah terhadap mata
wang ini seperti kadar spekulasi yang tinggi,
mudah berlaku penyelewangan dan penipuan,
tiada sandaran, tiada kawalan daripada pihak

berautoriti dan sebagainya. Oleh itu,
disebabkan faktor faktor tersebut, beliau
berpandangan bitcoin tidak diharuskan bagi

menjaga kepentingan masyarakat awam.

2. Pandangan yang mengharuskan:

Mufti Muhammad Abu-Bakar



BERDASARKAN KAJIAN YANG BELIAU LAKUKAN

BERTAJUK SHARIAH ANALYSIS OF BITCOIN,


CRYPTOCURRENCY, AND BLOCKCHAIN, BELIAU

CENDERUNG UNTUK MENGHARUSKAN BITCOIN


DENGAN BEBERAPA SYARAT:
• BITCOIN HANYA DIHARUSKAN DI NEGARA-NEGARA

YANG TIDAK MELARANG TRANSAKSI BITCOIN. ADAPUN


JIKA UNDANG-UNDANG NEGARA TERSEBUT

MELARANG, MAKA IA TURUT DILARANG DARIPADA

SUDUT SYARIAH.
• BITCOIN HARUSLAH DIJUAL BELI / DIGUNAKAN

SEBAGAI SATU MATA WANG MENURUT TUJUAN ASAL

IA DICIPTA, DAN BUKANNYA SEBAGAI SATU ASET


PELABURAN.
• BELIAU TURUT MENASIHATKAN PENGGUNA AGAR

BERHATI-HATI DENGAN SEBARANG SKIM PENIPUAN

YANG CUBA MEMPERDAYA PENGGUNA DENGAN

MENJANJIKAN KEUNTUNGAN BERLIPAT GANDA ATAS

NAMA PELABURAN BITCOIN, SERTA RISIKO KERUGIAN


YANG BAKAL DIHADAPI MEMANDANGKAN

KETIDAKSTABILAN NILAINYA DI PASARAN

3. Tawaqquf (belum memberi pandangan
secara rasmi)




Terdapat juga pandangan ulama yang bersifat
tawaqquf iaitu masih lagi belum memberikan
ketetapan pada permasalahan kerana ingin
mendapat gambaran yang lebih luas dan
menyeluruh antaranya:
International Shari’ah Research Academy for
Islamic Finance (ISRA)
Dalam satu kertas kerja yang dibentangkan

oleh Dr. Marjan Muhammad [75] di Persidangan
Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem
Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28
Februari 2018), dikemukakan beberapa
pandangan badan fatwa dan sarjana
berkenaan isu bitcoin ini. Namun ISRA tidak
melakukan sebarang pentarjihan ke atas
mana-mana pendapat.[76]

05 KEBAIKAN BITCOIN
(maslahah)

Bitcoin merupakan mata wang secara
maya yang membolehkan perpidahan
wang dilakukan lebih pantas dan
menjimatkan kos jika berbanding
dengan melalui sistem kewangan pada
hari ini.
Ia dapat memberikan tahap
keselamatan yang tinggi kepada
pengguna berbanding mengggunakan
wang fizikal.
Mempunyai kadar nilai yang tinggi
pada hari ini, namun tetap terdedah
kadar turun naik yang agak tidak
stabil.

KEBURUKAN BITCOIN
(mafsadah)

Bitcoin tidak mempunyai sandaran nilai
yang stabil dan tetap.
Terdapat unsur-unsur gharar dalam
transaksi bitcoin khususnya di peringkat
bursa (exchange).
Ia boleh dimanipulasi sebagai dana mudah
bagi penjenayah untuk membiayai kegiatan
keganasan dan penjenayah siber.
Sistem keselamatan di bursa dagangan
bitcoin juga boleh mengundang masalah
apabila pernah beberapa kali digodam
sehingga mengakibatkan kerugian bernilai
jutaan dolar.
Bitcoin merupakan satu mata wang yang
tidak diawasi oleh mana-mana badan
berautoriti.
Mampu memberi ancaman kepada sistem
kewangan negara.
Munculnya berbagai-bagai skim pelaburan
bitcoin yang kebanyakannya berasakan
skim cepat kaya (penipuan).

06 CADANGAN & KAEDAH
PENYELESAIAN

Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan
semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset
pelaburan, dan ia tidak menepati tujuan asal
penciptaan bitcoin itu sendiri, iaitu sebagai mata
wang alternatif kepada sistem mata wang fiat yang

sedia ada.



Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata
wang ini adalah wajar berdasarkan kepada
kaedah Sadd al-Zaral' (menutup jalan yang boleh
membawa kepada kemudaratan) agar la tidak
berlegar di kalangan masyarakat umum. Sesuatu
yang asalnya harus boleh dicegah apabila ia
ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih

besar.



Pemerintah dan badan berautoriti juga berhak
untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini
demi memelihara maslahah masyarakat umum.
Perkara ini bertepatan dengan kaedah figh yang

menyebut:



‫تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة‬
Maksudnya: Tindakan seseorang pemerintah ke
.atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah

Maka mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada
pada masa sekarang adalah tidak syarly kerana ia
tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang
digariskan oleh Islam, dan ia mampu memberikan
pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum.

Namun begitu, hukum Ini boleh berubah jika
penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin samada

dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem
keselamatan di bursa dan regulasi untuk

mengelakkannya daripada diekploitasi oleh pihak
tidak bertanggungjawab.



Sebagai seorang Muslim, tidak boleh tidak, hidup kita
mestilah berpandukan syariah. Sebagai hamba Allah

dan khalifah-Nya di muka bumi, kita punya
tanggungjawab untuk memastikan diri kita, ahli
keluarga, rakan-rakan dan orang di sekeliling kita
untuk cuba sebaiknya berada di atas landasan
syariah.Malangnya, kadangkala kita lupa akan hal ini,
terutamanya apabila la berkaitan dengan harta dan
kekayaan. Mata kita jadi kelabu, hati kita jadi bisu
tatkala harta kekayaan dunia terbentang di hadapan

mata



Maklumat yang boleh dikongsikan seperti:
Hukum riba
Keburukan wang kripto
Kebaikan patuh Syariah
Ciri wang bersih
Undang undang Islam



Ini bertujuan untuk memberi tahu masyarakat bertapa

penting ilmu dan memberitahu bertapa pentingnya
taat kepada perintah Allah.

07

08 PENUTUP

Dalam merealisasikan konsep ḥifẓ al-Māl,
penggunaan bitcoin sebagai mata wang dan alat
pembayaran alternatif perlu disekat dan dilupakan.
Walaupun pelbagai inovasi baru diperkenalkan
dalam sistem kewangan bitcoin yang memberi
maṣlaḥah kepada penggunanya, namun dengan
kewujudan mafsadah yang lebih besar skalanya
menjadikan sekatan dan larangan kepada penggunaan
bitcoin sebagai mata wang dan alat pembayaran.

Persediaan dalam melindungi data
transaksi yang melibatkan aktiviti jenayah dan
ditambah lagi dengan kemustahilan dalam memantau
dan menjejak pergerakan bitcoin menjadi hujah
dalam pengharaman bitcoin sebagai mata wang dan

alat pembayaran.

RUJUKAN

http://conference.kuis.edu.my/mfifc/im
ages/e-proceeding/2017/49-60-mfifc-

3rd.pdf
https://anyflip.com/qvsbj/oeon/basic
https://anyflip.com/lakkc/yfst/basic
https://anyflip.com/pobte/tqpp/basic
http://conference.kuis.edu.my/mfifc/im
ages/e-proceeding/2017/49-60-mfifc-

3rd.pdf
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-
linnas/2773-bayan-linnas-153-hukum-

penggunaan-mata-wang-bitcoin
http://irep.iium.edu.my/83884/1/Islam%

20%26%20Matawang%20Kripto.pdf


Click to View FlipBook Version