Learning Walks
Pn Suryati bt Haji Othman, PPT
• Apa itu Learning Walk?
• Learning Walk (LEARNING WALK) merupakan aktiviti
berjalan di sekeliling sekolah sambil membuat
pemerhatian terhadap pengajaran guru dan aktiviti
pembelajaran murid. LEARNING WALK yang dilakukan
secara berfokus boleh memberi tumpuan
pemerhatian kepada aspek-aspek seperti; kaedah
penyoalan guru (questioning strategies), pengurusan
bilik darjah (classroom management), perbezaan
kaedah penyampaian (differentiated instruction),
pembelajaran secara koperatif (cooperative learning),
masa menunggu(wait time) dan ekologi bilik
darjah(classroom ecology).
• Siapa yang terlibat melakukan LEARNING WALK?
• Semua guru di sesebuah sekolah boleh terlibat dalam
melakukan LEARNING WALK, namun keutamaan
seharusnya dilakukan oleh individu seperti berikut;
Pengetua atau Guru Besar, barisan penolong-penolong
kanan, guru kanan mata pelajaran dan ketua-ketua
panitia. Guru baharu, guru yang memerlukan
bimbingan, guru yang dicadangkan oleh pengetua dan
guru besar serta guru-guru veteran juga boleh diajak
untuk turut serta melakukan LEARNING WALK.
• Apa yang perlu dilakukan sebelum melakukan LEARNING
WALK?
•
• Sebelum melakukan LEARNING WALK beberapa aspek perlu
diambilkira seperti;
• Pemilihan kelas; merangkumi guru yang mengajar (guru
berpengalaman, guru cemerlang atau guru yang mempunyai
kualiti pengajaran yang baik)
• Fokus LEARNING WALK; sama ada kaedah penyoalan,
pelaksanaan aktiviti murid dan sebagainya
• Peranan murid dan bagaimana mereka boleh terlibat secara
berkesan
• Bagaimana guru perlu diberitahu mengenai;kelas yang akan
dilawati, fokus lawatan dan peserta yang terlibat dalam
lawatan.
• Pemilihan Fokus
• Fokus mestilah boleh diperhatikan dalam bilik darjah.
(observable focus)
• Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas. (clearly
articulated)Fokus mestilah berhubung dengan
peningkatan profesionalisme. (linked to profesional
learning)
• Fokus mestilah mempunyai kepentingan berkait
dengan sekolah. (linked to school priorities)
• Kelas-kelas yang dipilih untuk pemerhatian LEARNING
WALK boleh melibatkan pelbagai mata pelajaran dan
kriteria pemilihan dibuat atas dasar amalan yang boleh
dipelajari atau dicontohi.
• Bagaimana melakukan proses LEARNING WALK?
• Beberapa perkara perlu diambikira sebelum proses LEARNING
WALK dilakukan.
• Pengetua, guru besar, barisan penolong-penolong kanan,
barisan guru
• kanan mata pelajaran atau ketua-ketua panitia yang
bercadang untuk melakukan LEARNING WALK perlu
memaklumkan kepada kelompok guru yang dicadangkan
untuk turut serta dalam proses LEARNING WALK.
• Instrumen semakan yang bersesuaian perlu dikenalpasti
sebelum proses LEARNING WALK bermula.
• Sesi perbincangan ringkas tentang tatacara penggunaan
instrumen perlu dilakukan sesama ahli.
• Menetapkan fokus LEARNING WALK .
• Adalah disarankan agar pendedahan dalam kalangan
guru mengenai LEARNING WALK perlu dilakukan
supaya warga sekolah memahami konsep LEARNING
WALK yang sebenarnya. LEARNING WALK di sesebuah
kelas dilaksanakan dalam tempoh lebih kurang 10
minit dengan menumpukan kepada aspek fokus yang
telah dipersetujui bersama. Misalnya, meninjau
kebolehan murid, melihat hasil kerja murid,
pembentangan atau komunikasi antara murid dengan
guru.
• Protokol Learning Walk
• Semua peserta LEARNING WALK mesti hadir untuk
perbincangan Pra-Pemerhatian.
• Pelajar dimaklumkan lebih awal tentang kehadiran
pelawat ke dalam bilik darjah.
• Peserta LEARNING WALK mesti patuh kepada fokus
yang telah dipersetujui.
• Peserta LEARNING WALK mesti elakkan daripada
memberi komen bersifat ‘judgemental’ – peribadi.
• Peserta LEARNING WALK tidak boleh mengganggu
pembelajaran dalam bilik darjah.
• Peserta LEARNING WALK tidak boleh bercakap
sesama sendiri semasa di dalam bilik darjah.
Cadangan langkah-langkah LEARNING WALK
Perbincangan pra lawatan
Perlaksanaan LEARNING WALK di bilik darjah A 7-10
minit
Sesi wawancara di pintu masuk – 2 minit
Perlaksanaan LEARNING WALK di bilik darjah B 7-10
minit
Sesi wawancara di pintu masuk – 2 minit
Sesi refleksi dalam kalangan pelawat – 15 minit
Sesi penyoalan bersama guru terlibat – 15 minit
• Dapatan LEARNING WALK
• Sebaik melangkah meninggalkan kelas, antara fokus
perbincangan sesama ahli yang melakukan LEARNING
WALK sewajarnya berkisar tentang sama ada;
• Bukti amalan terbaik dalam pengajaran dan
pembelajaran, jenis tugasan dan hasil kerja murid.
• Aras soalan guru
• Apa yang murid belajar
• Bagaimana guru membantu proses pembelajaran
• Tindakbalas murid terhadap soalan yang diajukan
• Idea,strategi atau teknik yang digunakan secara
berkesan
• Kesepakatan semasa LEARNING WALK
1. Ahli lawatan bersetuju bahawa mereka tidak
akan;
– membuat penghakiman terhadap apa
yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh
guru
– mengeluarkan kenyataan yang merendah-
rendahkan guru dan murid
– memberi komen yang boleh menyebabkan
seolah-olah hasil pemerhatian merupakan
isu yang kritikal di sekolah
Kesepakatan semasa LEARNING WALK
2. Ahli lawatan bersetuju bahawa mereka akan;
– memerhati dan mengenalpasti teknik
dan strategi yang boleh digunakan oleh
panel pelawat untuk digunakan di kelas
masing-masing
– membuat refleksi dan memikirkan
bagaimana amalan terbaik yang
diperhatikan boleh digabung dan
digunakan oleh mereka
• Tindakan selepas LEARNING WALK
• Taklimat pasca lawatan yang diketuai oleh
sama ada pengetua, guru besar atau sesiapa
sahaja yang dilantik sebagai ketua lawatan
• Membuat refleksi kendiri dalam kalangan
pelawat
• Panel pelawat boleh mengemukakan idea,
strategi atau teknik yang bersesuaian, yang
boleh digunakan secara berkesan dalam bilik
darjah
• Penutup
• LEARNING WALK wajar dijadikan amalan
profesionalisme di sesebuah sekolah. Melalui amalan
ini secara tidak langsung akan mengingatkan guru di
sesebuah sekolah bahawa kerja mereka di bilik darjah
sentiasa diperhatikan oleh barisan kepimpinan
mahupun oleh fakan-rakan sejawat. Situasi ini secara
tidak langsung akan meningkatkan usaha guru untuk
melaksanakan tugasan di bilik darjah dengan sebaik
mungkin.
KITARAN LDP
PD
AC
KITARAN LDP
PD
AC
BIL INISIATIF/ STRATEGI/ INDIKATOR TARIKH TANGGUNG
PROGRAM PRESTASI PELAKSANAAN JAWAB
1 Mesyuarat jawatankuasa 4kali setahun Jan
- Jadual pelaksanaan April
LDP sekolah Ogos
Nov Setiausaha TS25
2 Taklimat/ bengkel/ kursus 6 kali setahun Ikut keperluan Penyelaras LDP
i) Strategi PLC Penyelaras TS25
ii) Kitaran PLC 12 kali setahun Sepanjang tahun
iii) Learning Walk
12 kali setahun
iv) Pembelajaran
bertema
v) Bengkel 2 kali setahun Ikut keperluan Penyemak kertas
Penandaan Kertas guru UPSR
ujian Subjek teras Ketua panitia
Setiausaha
BIL INISIATIF/ STRATEGI/ INDIKATOR TARIKH TANGGUNG
PROGRAM PRESTASI PELAKSANAAN JAWAB
3 Book review Semua guru
4 Pelaporan dan Ketua panitia
pendokumentasian LDP setiausaha
kitaran 1 & 2 bagi setiap
panitia MLT/ SLT
5 Pemantauan dan Kumpulan
penilaian pelaksanaan sasaran
LDP/ maklum balas guru Pentadbir
6 Post mortem dan
penambahbaikan
7 Penghargaan dan
pengiktirafan
Sekian, Terima kasih