The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatincute1502, 2021-06-15 06:45:59

Sejara Tokoh : James Brooke

jangan ambil tanpa credit

Keywords: James brooke

TOKOH:












SEJARAH RINGKAS

JAMES BROOKE

Biodata james brooke

Pemerintahan : 18 Ogos 1842 - 11 Jun 1867
Diikuti oleh : Charles Brooke
Keputeraan : James Betram Lionel Brooke

29 April 1803
Secrole,Benares,British India
Kemangkatan : 11 Jun 1868 (umur 65)

Burrator, United Kingdom
Pemakaman : St Leonard’s Church,

Sheepstor, Dartmoor
Kerabat : Dinasti Brooke
Ayahanda : Thomas Brooke
Bonda : Anna Maria Brooke
Agama : Chritianity

Church of England

AWAL HIDUP JAMES BROOKE

Selepas sekolah tatabahasa di England, dia menyertai
perkhidmatan Syarikat Hindia Timur Inggeris pada
tahun 1825 dan ditempatkan di India. Selepas
ketibaannya, permusuhan timbul di Burma, dan Brooke
dihantar ke Burma bersama-sama dengan sepasukan
askar Syarikat Hindia Timur Inggeris ke Lembah
Brahmaputra, pada tahun 1825. Ketika di sana, Brooke
mengalami kecederaan teruk ketika memimpin kalavari
sukarelawan tempatan, dan dihantar kembali ke
England untuk dirawat. Ia mengambil masa beberapa
tahun untuk Brooke pulih kembali dan pada tahun
1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat
untuk dihantar berperang.
Dia kemudian mengembara ke China dan semasa
melalui kepulauan Indies Timur. Ketika itulah Brooke
memutuskan bahawa ia merupakan tempat yang baik
bagi menubuhkan kuasa Inggeris dan menambah
kekayaan keluarganya Dia mencuba untuk berdagang di
Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya.

PERMULAAN DI SARAWAK

Pada tahun 1835, ayahnya mati dan
meninggalkan harta berjumlah £30,000, yang dia
gunakan untuk membeli sebuah kapal bernama
Royalist. Selepas belayar ke Borneo pada tahun
1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun
yang sama di mana dia mendapati perkampungan
itu menghadapi pemberontakan kaum Dayak
menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu
Raja Muda Hassim, bapa saudara dan raja muda
pada Sultan Brunei yang memerintah
menumpaskan pemberontakan Dayak, dan
sebagai balasan Raja Muda Hassim
menamakannya sebagai Raja Sarawak pada 1841.
Gelaran itu kemudiannya disahkan oleh Sultan
Brunei dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak.

PEMERINTAHAN

James Brooke membuat segala macam persiapan bagi
mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti
mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke
menghabiskan masa beberapa tahun bagi menubuhkan
kod perundangan bagi Sarawak, melancarkan
rancangan pembangunan ekonomi bagi wilayah
tersebut, dan menumpaskan lanun. Pada tahun
tersebut, dia bekerjasama rapat dengan pegawai
tentera laut British dalam operasi terhadap lanun
Dayak dan Melayu di laut Borneo.

Pada tahun 1847, James Brooke kembali ke England di
mana dia bertemu dengan Ratu Victoria dan dianugerah
K.C.B. (Knight Commander of the Bath) pada tahun
1848 dan dilantik menjadi gabenor dan komander
Labuan (yang telah diserahkan pada British oleh Sultan
Brunai pada tahun 1846) dan menjadi Konsul Jeneral
British di Borneo.

Brooke sekali lagi memimpin pasukan British
menentang lanun Dayak pada tahun 1849 dan berjaya
menumpaskan mereka dengan teruk. Pada tahun 1851,
James Brooke menjadi tumpuan selepas kontroversi
mengenai dirinya timbul. Dia dituduh rasuah dan salah
tingkah laku termasuk tindakan kejam dan tidak
berperikemanusiaan terhadap penduduk tempatan
termasuk lanun yang didakwa menjadi mangsa
kekejaman oleh Brooke. Tuduhan ini ditimbulkan di
Dewan Rakyat British oleh ahli politik radikal Joseph
Hume dan ahli lain yang anti-imperialis.

Selepas beberapa penyiasatan dijalankan Brooke
didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada
tuduhan tersebut. Namun demikian, perkara ini
menjejaskan nama baiknya dan Brooke dilucutkan
jawatan sebagai gabenor Labuan.

Pada tahun 1857, dia nyaris terkorban semasa
pemberontakan serius pendatang China di Sarawak;
tetapi dengan sokongan oleh orang Melayu dan Dayak
yang setia pemberontakan tersebut berjaya
ditumpaskan dan Brooke kembali mengawal
kerajaannya.

Senja hidup james brooke

Brooke akhirnya bersara ke England pada tahun
1863 sungguhpun begitu, dia kembali sekurang-
kurangnya dua kali ke Sarawak untuk melawan
lanun dan menumpaskan pemberontakan. Dia
memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya
diestatnya di Devonshhire, England pada tahun
1868, selepas tiga kali serangan strok dalam
tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak
saudaranya iaitu Charles Brooke yang menjadi
Raja Putih kedua Sarawak.

PENTADBIRAN BARAT DI
SARAWAK DAN SABAH

PERLUASAN KUASA DINASTI BROOKE
DI SARAWAK

1) Sarwak ketika kehadiran James Brooke
- Kawasan Sungai Sarawak merupakan kawasan
ekonomi yang penting
- Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota
ke kawasan ini sebagai Pembesar Brunei untuk
menguasai ekonomi
- Tahun 1820: kalangan masyarakat Melayu bertumpu
di lidah tanah yang terletak di sekitar Sungai Sarawak.
Kawasan ini menjadi pusat perdagangan dan
pertadbiran kerana strategik mampu mengawal
kegiatan perdagangan sungai dan kawasan pendalaman

A) Sultan Omar Ali Saifuddin ii, Sultan Brunei
- Sultan Brunei yang mentadbir wilayah Sarawak pada
tahun 1827 berhasrat mengawal kegiatan perdagangan
di Sarawak
- Pengiran Indera Mahkota mendirikan pusat
pentadbiran di Kuching
- Menimbulkan perbalahan dengan pembesar tempatan
kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan
tenaga
- Penentangan dipimpin oleh Datu Patinggi Ali yang
ingin membebaskan Sarawak daripada cengkaman
Pengiran Indera Mahkota

1) Sarawak ketika kehadiran James Brooke
b) Pengiran Raja Muda Hashim
- dihantar oleh Sultan Brunei untuk menyelesaikan

madalah di Sarawak
- merupakan bapa saudara Sultan Brunei
- berusaha memujuk Datu Patinggi Ali dan Pembesar
Melayu, namun gagal
- beliau meminta bantuan James Brooke

c) James Brooke
- mencari peluang untuk mendapatkan Sarawak
- Pada peringkat awal, menjalankan aktiviti
pengembaraan di antar Sarawak dan Singapura dengan
kapalnya royalist
- mendapat sokongan pihak British melalui angkatan
tentera laut
- James Brooke mengenakan syarat iaitu Pengiran Raja
Muda Hashim perlu meyerahkan Sarawak kepada beliau

d) Datu Patinggi Ali
- pembesar tempatan di Sarawak
- melakukan penentangan terhadap pentadbiran
Brunei pada tahun 1836
- menentang tindakan-tindakan wakil Sultan Brunei
yang menjejaskan kehidupan masyarakat tempatan
- bersetuju berunding dengan James Brooke dan.
menamatkan penetangan terhadap Brunei

2) James Brooke mendapatkan kuasa pemerintahan
a) Rundingan
- James Brooke berunding dengan Pengiran Raja Muda
Hashim apabila diminta untuk menyelesaikan
pertelingkahan yang berlaku di Sarawak
- dalam rundingan Pengiran Raja Muda Hashim
menawarkan Sarawak kepada James Brooke dan
tawaran ini dilakukan sebanyak 2 kali sebelum James
Brooke menerimanya

b) Ugutan
- 2 kali ugutan dilakukan oleh James Brooke. Pertama
terhadap Perngiran Raja Muda Hashim yang cuba
berdolak-dalik dan tidak bersetuju dengan rundingan
yang dilakukan sebelumya iaitu menyerahkan Sarawak
kepadanya. Bagi menyelesaiakan masalah ini James
Brooke mengugut Pengiran Raja Muda Hashim di
Kuching
- disebabkan ini Pengiran Raja Muda Hashim bersetuju
menyerahkan pemerintahan Sarawak kepada James
Brooke
- yang kedua ialah dilakukan secara tidak langsung
kepada pemerintah Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin
apabila James Brooke hadir ke Brunei diiringi oleh
angkatan tentera laut British
- kehadiran James Brooke adalah untuk mengesahkan
penyerahan Sarawak
- tindakan James Brooke menyebabkan Sultan
bersetuju mengesahkan Sarawak tersebut.

C) Perjanjian
i) Perjanjian 1841 James Brooke dengan Pengiran Raja
Muda Hashim
- James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai
hasilnya
- James Brooke hasur menghormati dan memelihara
undang-undang dan adat Melayu

ii) Perjanjian 1842 James Brooke dengan Sultan Brunei
Omar Ali Saifuddin
- Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan
tanjung datu ke Sungai Samarahan
- semua hasil pendapatan kawasan diserahkan kepada
James Brooke
- James Brooke mestilah memberikan ufti tahunan
sebanyak 2500 dolar Sepanyol kepada Sultan Brunei
- tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran Sultan
Brunei
- Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja
Putih Sarawak

D) ketenteraan
- James Brooke turut menggunak kekuatan
ketenteraan dalam usahanya untuk mendapatkan kuasa
di Sarawak
- bantuan ketenteraan diperoleh melalui sokongan
kapal hms dido yang dimiliki oleh tentera laut British
- kapal Ini digunakan bagi memerangi ancaman lanun
yang menganggu perdagangan dan kententeraman
Sarawak.


Click to View FlipBook Version