SEJARAH RINGKAS TOKOH:
JAMES BROOKE
Biodata james brooke
Pemerintahan : 18 Ogos 1842 - 11 Jun 1867
Diikuti oleh : Charles Brooke
Keputeraan : James Betram Lionel Brooke
29 April 1803
Secrole,Benares,British India
Kemangkatan : 11 Jun 1868 (umur 65)
Burrator, United Kingdom
Pemakaman : St Leonard’s Church,
Sheepstor, Dartmoor
Kerabat : Dinasti Brooke
Ayahanda : Thomas Brooke
Bonda : Anna Maria Brooke
Agama : Chritianity
Church of England
AWAL HIDUP JAMES BROOKE
Selepas sekolah tatabahasa di England, dia menyertai perkhidmatan
Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825 dan ditempatkan
di India. Selepas ketibaannya, permusuhan timbul di Burma, dan
Brooke dihantar ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar
Syarikat Hindia Timur Inggeris ke Lembah Brahmaputra, pada
tahun 1825. Ketika di sana, Brooke mengalami kecederaan teruk
ketika memimpin kalavari sukarelawan tempatan, dan dihantar
kembali ke England untuk dirawat. Ia mengambil masa beberapa
tahun untuk Brooke pulih kembali dan pada tahun 1830, dia
kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.
Dia kemudian mengembara ke China dan semasa melalui
kepulauan Indies Timur. Ketika itulah Brooke memutuskan bahawa
ia merupakan tempat yang baik bagi menubuhkan kuasa Inggeris
dan menambah kekayaan keluarganya Dia mencuba untuk
berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya.
PERMULAAN DI SARAWAK
Pada tahun 1835, ayahnya mati dan meninggalkan harta
berjumlah £30,000, yang dia gunakan untuk membeli
sebuah kapal bernama Royalist. Selepas belayar ke Borneo
pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos
tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu
menghadapi pemberontakan kaum Dayak menentang
Kesultanan Brunei. Dia membantu Raja Muda Hassim, bapa
saudara dan raja muda pada Sultan Brunei yang memerintah
menumpaskan pemberontakan Dayak, dan sebagai balasan
Raja Muda Hassim menamakannya sebagai Raja Sarawak
pada 1841. Gelaran itu kemudiannya disahkan oleh Sultan
Brunei dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak.
PEMERINTAHAN
James Brooke membuat segala macam persiapan bagi
mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak
pentadbiran dan sebagainya. Brooke menghabiskan masa beberapa
tahun bagi menubuhkan kod perundangan bagi Sarawak,
melancarkan rancangan pembangunan ekonomi bagi wilayah
tersebut, dan menumpaskan lanun. Pada tahun tersebut, dia
bekerjasama rapat dengan pegawai tentera laut British dalam
operasi terhadap lanun Dayak dan Melayu di laut Borneo.
Pada tahun 1847, James Brooke kembali ke England di mana dia
bertemu dengan Ratu Victoria dan dianugerah K.C.B. (Knight
Commander of the Bath) pada tahun 1848 dan dilantik menjadi
gabenor dan komander Labuan (yang telah diserahkan pada British
oleh Sultan Brunai pada tahun 1846) dan menjadi Konsul Jeneral
British di Borneo.
Brooke sekali lagi memimpin pasukan British menentang lanun
Dayak pada tahun 1849 dan berjaya menumpaskan mereka dengan
teruk. Pada tahun 1851, James Brooke menjadi tumpuan selepas
kontroversi mengenai dirinya timbul. Dia dituduh rasuah dan salah
tingkah laku termasuk tindakan kejam dan tidak
berperikemanusiaan terhadap penduduk tempatan termasuk lanun
yang didakwa menjadi mangsa kekejaman oleh Brooke. Tuduhan
ini ditimbulkan di Dewan Rakyat British oleh ahli politik radikal
Joseph Hume dan ahli lain yang anti-imperialis.
Selepas beberapa penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak
bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Namun
demikian, perkara ini menjejaskan nama baiknya dan Brooke
dilucutkan jawatan sebagai gabenor Labuan.
Pada tahun 1857, dia nyaris terkorban semasa pemberontakan
serius pendatang China di Sarawak; tetapi dengan sokongan oleh
orang Melayu dan Dayak yang setia pemberontakan tersebut
berjaya ditumpaskan dan Brooke kembali mengawal kerajaannya.
Senja hidup james brooke
Brooke akhirnya bersara ke England pada tahun 1863
sungguhpun begitu, dia kembali sekurang-kurangnya dua
kali ke Sarawak untuk melawan lanun dan menumpaskan
pemberontakan. Dia memerintah Sarawak sehinggalah
kematiannya diestatnya di Devonshhire, England pada tahun
1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10
tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles
Brooke yang menjadi Raja Putih kedua Sarawak.
PENTADBIRAN BARAT DI
SARAWAK DAN SABAH
PERLUASAN KUASA DINASTI BROOKE
DI SARAWAK
1) Sarwak ketika kehadiran James Brooke
- Kawasan Sungai Sarawak merupakan kawasan ekonomi yang
penting
- Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota ke kawasan
ini sebagai Pembesar Brunei untuk menguasai ekonomi
- Tahun 1820: kalangan masyarakat Melayu bertumpu di lidah
tanah yang terletak di sekitar Sungai Sarawak. Kawasan ini menjadi
pusat perdagangan dan pertadbiran kerana strategik mampu
mengawal kegiatan perdagangan sungai dan kawasan pendalaman
A) Sultan Omar Ali Saifuddin ii, Sultan Brunei
- Sultan Brunei yang mentadbir wilayah Sarawak pada tahun 1827
berhasrat mengawal kegiatan perdagangan di Sarawak
- Pengiran Indera Mahkota mendirikan pusat pentadbiran di
Kuching
- Menimbulkan perbalahan dengan pembesar tempatan kerana
mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga
- Penentangan dipimpin oleh Datu Patinggi Ali yang ingin
membebaskan Sarawak daripada cengkaman Pengiran Indera
Mahkota
1) Sarawak ketika kehadiran James Brooke
b) Pengiran Raja Muda Hashim
- dihantar oleh Sultan Brunei untuk menyelesaikan madalah di
Sarawak
- merupakan bapa saudara Sultan Brunei
- berusaha memujuk Datu Patinggi Ali dan Pembesar Melayu,
namun gagal
- beliau meminta bantuan James Brooke
c) James Brooke
- mencari peluang untuk mendapatkan Sarawak
- Pada peringkat awal, menjalankan aktiviti pengembaraan di antar
Sarawak dan Singapura dengan kapalnya royalist
- mendapat sokongan pihak British melalui angkatan tentera laut
- James Brooke mengenakan syarat iaitu Pengiran Raja Muda
Hashim perlu meyerahkan Sarawak kepada beliau
d) Datu Patinggi Ali
- pembesar tempatan di Sarawak
- melakukan penentangan terhadap pentadbiran Brunei pada
tahun 1836
- menentang tindakan-tindakan wakil Sultan Brunei yang
menjejaskan kehidupan masyarakat tempatan
- bersetuju berunding dengan James Brooke dan. menamatkan
penetangan terhadap Brunei
2) James Brooke mendapatkan kuasa pemerintahan
a) Rundingan
- James Brooke berunding dengan Pengiran Raja Muda Hashim
apabila diminta untuk menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku
di Sarawak
- dalam rundingan Pengiran Raja Muda Hashim menawarkan
Sarawak kepada James Brooke dan tawaran ini dilakukan sebanyak
2 kali sebelum James Brooke menerimanya
b) Ugutan
- 2 kali ugutan dilakukan oleh James Brooke. Pertama terhadap
Perngiran Raja Muda Hashim yang cuba berdolak-dalik dan tidak
bersetuju dengan rundingan yang dilakukan sebelumya iaitu
menyerahkan Sarawak kepadanya. Bagi menyelesaiakan masalah ini
James Brooke mengugut Pengiran Raja Muda Hashim di Kuching
- disebabkan ini Pengiran Raja Muda Hashim bersetuju
menyerahkan pemerintahan Sarawak kepada James Brooke
- yang kedua ialah dilakukan secara tidak langsung kepada
pemerintah Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin apabila James
Brooke hadir ke Brunei diiringi oleh angkatan tentera laut British
- kehadiran James Brooke adalah untuk mengesahkan penyerahan
Sarawak
- tindakan James Brooke menyebabkan Sultan bersetuju
mengesahkan Sarawak tersebut.
C) Perjanjian
i) Perjanjian 1841 James Brooke dengan Pengiran Raja Muda
Hashim
- James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya
- James Brooke hasur menghormati dan memelihara undang-
undang dan adat Melayu
ii) Perjanjian 1842 James Brooke dengan Sultan Brunei Omar Ali
Saifuddin
- Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan tanjung datu
ke Sungai Samarahan
- semua hasil pendapatan kawasan diserahkan kepada James
Brooke
- James Brooke mestilah memberikan ufti tahunan sebanyak 2500
dolar Sepanyol kepada Sultan Brunei
- tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran Sultan Brunei
- Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih
Sarawak
D) ketenteraan
- James Brooke turut menggunak kekuatan ketenteraan dalam
usahanya untuk mendapatkan kuasa di Sarawak
- bantuan ketenteraan diperoleh melalui sokongan kapal hms dido
yang dimiliki oleh tentera laut British
- kapal Ini digunakan bagi memerangi ancaman lanun yang
menganggu perdagangan dan kententeraman Sarawak.