The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mior87, 2021-09-26 09:59:17

BUKU PANDUAN PPCS 2021

BUKU PANDUAN PPCS 2021

PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH (PPCS)

Teroka
Cipta

Bitara

PENGENALAN

Bagi menampung keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas di Malaysia, Pusat
GENIUS@Pintar Negara, UKM telah merangka satu program pengayaan dan pecutan
yang dapat mencabar minda pelajar pintar cerdas. Program pengayaan dan pecutan
ini dikenali sebagai Program Perkhemahan Cuti Sekolah GENIUS@Pintar Negara
kerana dijalankan pada masa cuti persekolahan akhir tahun iaitu dalam bulan
November dan Disember. Asas kepada pembinaan Program Perkhemahan Cuti
Sekolah ini ialah Falsafah Pendidikan Negara yang menekan kepada perkembangan
holistik pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar. Program
yang dijalankan dalam tempoh 2 minggu ini dikendalikan oleh pengajar, pembantu
pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar UKM yang telah
mendapat latihan di Johns Hopkins University – Center for Talented Youth. Sepanjang
perkhemahan, pelajar didedahkan dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum
berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian mengikut agama
masing-masing dan lawatan sambil belajar. Pelajar yang terpilih berumur antara 9
hingga 12 tahun dari pelbagai bangsa dan latar sosio-budaya dan telah melalui Ujian
Saringan UKM1 dan UKM2.

Pelajar akan mengikuti salah satu daripada 33 kursus yang ditawarkan. Perkhemahan
ini mengambil pendekatan yang melibatkan program pengayaan dan pecutan bagi
menyediakan pelajar pintar cerdas peluang untuk mengembangkan kebolehan
mereka untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat.

VISI

Untuk memupuk individu pintar dan berbakat dengan minda ingin tahu bagi
memastikan mereka dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang
bakal menjadi pemimpin dunia, pemikir dan pencipta pada masa hadapan.

MISI

Untuk menjadi pelopor dalam menginspirasikan pendidikan STEAM dan penyelidikan
kepada pelajar pintar dan berbakat.

IMPAK PROGRAM PCS

Pelajar perkhemahan yang berusia 9 hingga 15 tahun mampu mempelajari kursus-
kursus pada tahap tingkatan 5, 6 dan tahun 1 universiti.

MATLAMAT HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

Menyediakan program pengayaan berpaksikan STEM kepada individu pintar dan
berbakat untuk membentuk modal insan yang holistik bagi melahirkan bakal
pemimpin, pemikir dan pencipta pada masa hadapan.

MATLAMAT HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK)

1. Mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar.
2. Mengasah potensi pelajar secara holistik.
3. Mengembangkan kemahiran pelajar.
4. Memupuk pembelajaran sepanjang hayat.

Oleh itu, perkhemahan ini menyediakan kursus-kursus yang mencabar minat pelajar
pintar cerdas yang tidak diajar di sekolah. Kursus-kursus ini adalah seperti:

1. Academic Writing And Language Appreciation (AWLA)
2. Be A Scientist
3. Computer Programming
4. Crime Scene Investigation
5. Cypher Camp 4 Cyber Champ (C4C)
6. Crystals And Polymers
7. Fast-Paced Biology
8. Fiction Science
9. Flight Science
10. Genetic Engineering 1
11. Genetic Engineering 2
12. Introduction Of Statistics
13. Introduction To Biomedical Sciences
14. Biotechnology
15. Introduction To Business Mathematics
16. Introduction To Invention Technology
17. Introduction To Robotic 1
18. Introduction To Robotic 2
19. Introduction To Human Biology
20. Mathematical Reasoning
21. Mathematical Thinking
22. Introduction To Automotive Engineering
23. Young Physicist

24. Quran And Sunnah In Science Discoveries
25. Introduction To Archaeological
26. Introduction To The Law Studies
27. Green Technology
28. Probability And Game Theory
29. Star Rangers 1
30. Star Rangers 2
31. When Sports Meets Science
32. Ethno Cosmology
33. Introduction To F Entomology Forensic
34. Advanced Statistics
35. Advanced Cryptology
36. Element Of The World

Prinsip Yang Mendasari Program Perkhemahan

Semasa Perkhemahan Cuti Sekolah, pihak pengurusan Pusat GENIUS@Pintar Negara
akan memastikan setiap pelajar akan bertingkah laku secara bersesuaian setanding
dengan keperluan pusat mengikut perkara-perkara berikut:

i. Kod Kehormatan, Setiap pelajar pintar cerdas perlu mempunyai rasa hormat,
bertanggungjawab dan saling mempercayai. Untuk membina komuniti sedemikian,
setiap individu yang wujud dalam komuniti tersebut perlulah: - Melakukan yang
terbaik dalam semua aktiviti akademik - Bertoleransi dan menghormati perbezaan
kaum, budaya, agama, gender, usia, keupayaan dan negeri kelahiran. - Bertingkahlaku
secara mesra, bekerjasama, selamat dan bertanggungjawab terhadap semua yang ada
dalam komuniti - Menghadiri semua sesi pembelajaran, makan bersama, aktiviti-aktiviti
lain dan perjumpaan yang telah ditetapkan - Bertanggungjawab di atas kerja dan
tingkahlaku sendiri - Sentiasa bekerjasama dengan pihak pengurusan - Mematuhi
setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan

ii. Perbezaan Sifar, Setiap individu yang berada dalam komuniti ini perlu bekerja tanpa
memberi layanan yang berbeza antara satu sama lain. Setiap mereka harus di layan
dengan saksama, penuh rasa hotmat dan mesra. Apabila membincangkan konsep
Bekerja Tanpa Beza ini, Pusat GENIUS@Pintar Negara mempunyai tiga matlamat: -
Meningkatkan kesedaran kakitangan tentang tingkahlaku pelajar yang boleh
mengangu proses pembelajaran - Membenarkan kakitangan (termasuk guru, dan
pihak pengurusan) mengambil tindakan terus (mengikut peraturan yang telah
ditetapkan) untuk menghentikan sebarang tingkahlaku membuli yang boleh
menghalang proses pembelajaran yang berkesan. - Meningkatkan kesedaran untuk
semua kakitangan dan pelajar supaya sentiasa berkomunikasi secara berhemah tanpa
membuat orang lain berasa terasing atau disingkir baik secara fizikal atau psikologikal.

iii. Persekitaran Pembelajaran yang Selamat, pelajar-pelajar perlu diberikan satu
persekitaran pembelajaran yang boleh membuatkan mereka rasa selamat dan
dihargai. Kajian-kajian lepas menunjukkan wujud hubungan yang positif antara rasa
selamat dengan pencapaian akademik yang diperolehi oleh pelajar-pelajar disekolah.

POLISI DAN PERATURAN

KEHADIRAN

I. Kehadiran sepanjang program adalah wajib.
II. Pelajar yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah tidak akan dibenarkan

untuk mengikuti program PPCS serta boleh disenarai hitam.
III. Sijil penyertaan hanya akan dianugerahkan kepada pelajar yang

menghadirkan diri dan mengikuti sepenuhnya program PPCS.

JADUAL HARIAN

MASA AKTIVITI

09.00 pagi - 12.00 Tengahari Sesi pembelajaran sesi 1

12.00 tengahari - 01.45 Petang Rehat

02.00 petang - 04.00 Petang Sesi pembelajaran sesi 2

KELAS PEMBELAJARAN

Sepanjang tempoh PPCS, pelajar dikehendaki mematuhi peraturan berikut:

I. Sentiasa memelihara educational starter kit serta kemudahan-kemudahan
perkhidmatan yang disediakan.

II. Penggunaan peralatan elektronik (seperti MP3 player, mobile phone, laptop)
semasa sesi pembelajaran adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran
daripada instruktor.

III. Pelajar hendaklah sentiasa memakai pakaian yang sesuai dan sopan.
IV. Sentiasa menunjukkan tingkah laku sopan, berbudi bahasa dan hormat

menghormati.
V. Sentiasa menunjukkan tingkah laku sebagai pelajar yang menepati masa, rajin

dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan

bertanggungjawab.
VI. Sentiasa menunjukkan tingkah laku sebagai pelajar yang berketerampilan
VII. Segala educational starter kit yang disediakan hendaklah digunakan dengan

penuh berhemah.

ETIKA BERPAKAIAN SEPANJANG PROGRAM

Peserta dikehendaki berpakaian sopan setiap masa sepanjang program.

KEPERLUAN PESERTA

I. Peranti (Komputer/Komputer riba/Telefon)
II. Memastikan capaian kepada kemudahan internet stabil.
III. Memastikan suasana di rumah kondusif untuk pembelajaran semasa kelas.
IV. Alat tulis lengkap
V. Air minuman

HUBUNGI KAMI

Pusat GENIUS@Pintar
Pusat Pusat GENIUS@Pintar Negara (The Malaysian National Gifted Centre)
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor,
Malaysia
Tel: 03-8921 7503
Fax: 03-8921 7525
Please visit our website for more information.
You can also visit our Facebook and twitter.


Click to View FlipBook Version