The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

menerangkan tentang pertembungan budaya yang membawa kepada proses pembudayaan di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuanalif35, 2023-09-18 15:04:20

PERTEMBUNGAN BUDAYA

menerangkan tentang pertembungan budaya yang membawa kepada proses pembudayaan di Malaysia

Markah JABATAN PENGAJIAN MELAYU TUGASAN KERJA KURSUS 2 INDIVIDU SEMESTER : 1 TAHUN : 4 KOD KURSUS BMMB3163 KURSUS KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Nama Pelajar TUAN MUHAMMAD ALIF AMIRUL BIN TUAN SOH Angka Giliran 2020172340067 No. Kad Pengenalan 010726-03-0807 Kumpulan/Unit PT4S1-8 Nama Pensyarah DR. NOOR HAYATI BINTI CHE MAT Tarikh Hantar 18 SEPTEMBER 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (Jika ada) Tanda Tangan Pelajar: Tarikh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR


1.0 Pengenalan Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun dan peradaban. Selain itu, Noriati A.Rasyid (2011) turut berpandangan bahawa budaya merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan budi dan akal. Umumnya, kita mengetahui bahawa negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum dan etnik, budaya dan adat resam. Perpaduan yang terjalin di antara warga berbilang kaum di negara ini adalah faktor utama yang membawa kepada kejayaan negara Malaysia mempertahankan kemerdekaannya selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Hal inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan berbeza dengan negara-negara lain di dunia (Aziz Deraman, 2010). Terdapat tiga kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum-kaum ini adalah kumpulan etnik majoriti di bahagian Semenanjung Malaysia. Namun begitu, terdapat juga sebilangan kecil kaum ini yang menetap di Sabah dan Sarawak. Selain daripada tiga kelompok etnik utama itu, Malaysia juga mempunyai kepelbagaian kumpulan etnik peribumi. 2.0 Proses pertembungan budaya Semestinya wujudnya budaya kepelbagaian kaum di Malaysia ini adalah melalui pelbagai proses pertembungan budaya di mana proses ini merupakan satu proses yang menunjukkan bagaimana sesuatu budaya diserap atau diterima ke dalam masyarakat. Oleh itu, terdapat lima proses pembudayaan yang mempengaruhi pertembungan budaya dalam kehidupan masyarakat Malaysia. 2.1 Asimilasi Menurut Muhammad Faris dan Muhamad Faisal (2020), proses asimilasi merujuk kepada satu proses penggabungan budaya daripada masyarakat yang berbeza-beza untuk membentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakat yang baharu. Dengan erti kata lain, proses asimilasi merupakan proses pinjam-meminjam unsur kebudayaan yang berbeza akibat pertembungan dua kumpulan yang berlainan tradisi. Namun begitu, pinjaman budaya tersebut tidak mengubah budaya asal dan tidak juga menyebabkan kehilangan budaya asal etnik yang meminjam (Zaliza dan Norlin, 2009). Sebagai contoh proses asimilasi ini dilihat dalam seni bina. Misalnya, kebanyakan masjid di Melaka mengaplikasikan ciri-ciri unik seperti reka bentuk pagoda yang dihiasi dengan kaligrafi tulisan Cina. Tambahan lagi, terdapat budaya daripada kaum lain yang turut diamalkan oleh kaum Melayu iaitu budaya memberikan angpau sewaktu musim perayaan. Hal ini pada asalnya ditunjukkan dalam


masyarakat Cina dan sering dilakukan pada Perayaan Tahun Baru Cina. Namun budaya ini juga turut diamalkan oleh masyarakat Melayu dan menjadi tradisi wajib sepanjang hari raya Aidilfitri berlangsung. 2.2 Akulturasi Menurut Rangga Firmansyah (2016), proses akulturasi pula berlaku apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Hal ini bermaksud proses akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu budaya yang berbeza dengan budaya penerimaan tersebut. Jika dibandingkan perbezaan proses asimilasi dengan proses akulturasi ini, terdapat perbandingan yang boleh dilakukan iditu identiti asal sesuatu masyarakat penerima tidak akan hilang dalam akulturasi dan asimilasi. Sebagai contoh, proses akulturasi yang berlaku antara masyarakat Melayu dan India telah menyebabkan masyarakat Melayu turut menggunakan daun dan rempah kari dalam masakan harian mereka. Namun begitu, masyarakat Melayu masih mengekalkan tradisi mereka dalam masakan tersebut iaitu masyarakat Melayu akan menambahkan santan dalam masakan kari tersebut. 2.3 Amalgamasi Di samping itu, amalgamasi juga merupakan salah satu proses pembudayaan yang menyebabkan pertembungan budaya berlaku. Menurut Kardiyan (2015), proses amalgamasi ini terjadi apabila kebudayaan atau ras bercampur lalu mewujudkan satu jenis kebudayaan dan ras baharu. Proses ini dikenalpasti melalui melalui perkahwinan campur antara Kumpulan etnik. Etnik-etnik yang sedia ada akan mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk dan mewujudkan satu generasi atau budaya Baharu tanpa mengikuti budaya asal mereka. Di Malaysia, proses amalgamasi dapat dilihat menerusi kewujudan Masyarakat Baba dan Nyonya di mana Masyarakat ini wujud dan terhasil daripada perkahwinan campur di antara perantau dari Cina dan Wanita daripada masyarakat tempatan. Budaya yang diamalkan juga mempunyai sedikit kelainan atau perbezaan daripada budaya asal. Tambahan lagi, terdapat juga aspek-aspek lain yang kita boleh lihat dalam proses amalgamasi melalui Masyarakat Baba dan Nyonya, iaitu mereka memakai pakaian-pakaian Melayu yang diubahsuai mengikut kehendak Masyarakat mereka sendiri seperti memakai


kain sarung dan baju kebaya pendek. Hal ini menunjukkan perbezaan dengan budaya asal orang Melayu. 2.4 Akomodasi Menurut Aziz Deraman (2005) proses akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma hidup dan nilai yang terdapat dalam kumpulan etnik lain namun tetap mempertahankan budaya hidup dalam kaum masing-masing. Malaysia turut mengalami proses akomodasi ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan banyak lagi kaum lain yang terdapat di seluruh pelusuk Malaysia. Oleh yang demikian setiap kaum perlulah menghormati kelainanan budaya yang terdapat dalam kaum lain. Sebagai contoh, meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia, namun bahasa-bahasa lain masih boleh digunapakai dan bebas diamalkan oleh bangsa lain selagi tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan Malaysia. Justeru, terdapat beberapa budaya lain yang turut diamalkan seperti wayang kulit di negeri Kelantan dan Terengganu di mana hal ini turut disaksikan oleh Masyarakat lainnya seperti Masyarakat Cina. 2.5 Segregasi Proses pembudayaan yang terakhir ialah proses segregasi di mana proses ini merujuk kepada tindakan pemisahan atau pengasingan yang dilakukan secara paksaan melibatkan etnik tertentu. Proses ini menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu diasingkan daripada individu atau kumpulan yang lain. Menurut Shamsul Amri (2012), segregasi di Malaysia bermula pada zaman pemerintahan penjajah di Tanah Melayu. Mereka telah memperkenalkan pelbagai dasar di Tanah Melayu pada masa tersebut seperti dasar pecah dan perintah. Penduduk di Tanah Melayu telah diasingkan mengikut penempatan-penempatan tertentu. Kaum Melayu ditempatkan di kawasan kampung dan sering terlibat dengan aktiviti pertanian dan perikanan, kaum India ditempatkan di kawasan estet dan sering terlibat dengan aktiviti perladangan, manakala kaum Cina pula ditempatkan di kawasan bandar dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti bandar seperti perniagaan dan sebagainya. Namun pada masa kini, proses segregasi ini tidak lagi relavan dilakukan dan diamalkan oleh pemerintah pada masa kini. Semua kaum bebas ditempatkan di mana-mana mereka kehendaki.


3.0 Penutup Kesimpulanya, terdapat lima proses kebudayaan iaitu asimilasi, akulturasi, amalgamasi, akomodasi, dan segregasi di mana hal ini merupakan faktor kepada pertembungan kebudayaan di Malaysia. Pertembungan budaya ini juga merupakan salah satu lambang negara Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan etnik serta menjadikan negara Malaysia ini sangat unik jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang terdapat di dunia ini.


Rujukan Aziz Deraman. (2005). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kardiyan (2015), Setengah abad amalgamasi antara etnis Jawa dengan etnis tempatan di desa Slabu kecamatan Salo kabupaten Kampar. Jom FISIP, 2(2), 1-14. Muhammad Faris Abdul Falah & Muhamad Faisal Ashaari (2020). Asimilasi masyarakat Cina dengan orang Melayu di Kelantan. BITARA International Journal of Civilizatinal Studies and Human Sciences, 3(2), 186-198. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Shariaf Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan pembelajaran. Shah Alam. Oxford fajar Sdn. Bhd. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Dewan Bahasa dan Pustaka. Diakses daripada https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=budaya Rangga Firmansyah. (2016). Konsep dasar asimilasi & akulturasi dalam pembelajaran budaya. ResearchGate. Diakses daripada https://www.researchgate.net/publication/311718551 Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad (2009). Pembangunan sosial dalam hubungan etnik. in. Hubungan Etnik di Malaysia Perspektif, Teori dan Praktik Penerbit UTM Press.


Click to View FlipBook Version