JOHOR DARUL TAKZIM
‘LUASKAN KUASAMU’
TOKOH :
DATO’ ONN JAAFAR
NAMA :
NOR AZHAD SYAHMI BIN NOR AZROL
KELAS :
6 ARIF
EMAIL:
[email protected]
ALAMAT SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK
JALAN HIJRAH UTAMA
KAMPUNG KOPOK BARU
81700 PASIR GUDANG
JOHOR DARUL TAKZIM
PENDAHULUAN
“Cogan kata ‘Hidup Melayu’ yang paling tepat kerana dengan cogan kata ini
orang Melayu akan memelihara semangat, maruah serta kesopanan bangsa, kita
berkehendakkan tanah air dan bangsa ini terselamat dan kuat bagi menolak keaiban yang
menyebabkan kebinasaan dan terhapusnya bangsa” (Petikan daripada ucapan Dato’ On
Jaffar, Utusan Melayu, 25 Mac 1946.
Dato’ Onn Jaafar diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepada negara kerana mengasaskan
penubuhan Umno dan menjadi Yang Dipertua Pertama dari tahun 1946 hingga 1951.
Beliau berjasa menentang dan membubarkan Malayan Union (MU). Sumbangan Dato’
Onn dalam memperjuangkan kemerdekaan negara tidak dapat disangkal lagi. Walaupun
kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 tidak dianggap sebagai buah tangan Dato’ Onn
Jaafar tetapi hakikatnya semua tahu bahawa kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini
adalah hasil asas yang dibina oleh beliau juga.
Sebagai rakyat Malaysia, di dalam buku skrap ini saya benar-benar ingin mengambil
kesempatan mengenang dan mengingati Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato’
Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju bangsa Melayu di zaman sebelum kemerdekaan
Tanah Melayu sebagai pembakar semangat Bangsa kita, Melayu agar dihormati di mata
dunia sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam kepimpinan negara .
BIODATA
Nama : Dato’ Onn bin Jaafar
Tarikh lahir : pada tahun 1895
Tempat Lahir : Seri Gambir, Johor Bahru.
Tarikh Meninggal Dunia :1962 (umur 67 ) dan dikebumikan di
Makam Mahmoddiah Johor Bahru.
Merupakan anak kepada Dato’ Jaafar Bin Haji Muhammad iaitu
Menteri Besar Johor yang pertama (1838-1919).
Ibu Dato’ Onn ialah Hanim Rogayah berasal dari Scarcia, Turki.
Dato’ Onn berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan
Bendahara Kerajaan Melaka dan disebabkan itu beliau mendapat
keistimewaan sebagai kerabat raja.
Beliau merupakan anak angkat kepada Sultan Johor iaitu Sultan
Ibrahim bin Sultan Abu Bakar.
Mempunyai 15 orang adik beradik yang terdiri daripada seibu
sebapa, sebapa sahaja dan seibu sahaja.
Beliau mendirikan rumahtangga kali ke-3 pada 3 Mei 1921 dengan Datin
halimah binti Hussein.
Dikurniakan 6 orang putera dan puteri bersama Datin Halimah , 3 orang
puteri bersama bekas isteri pertama Rafi’ah dan seorang puteri bersama
bekas isteri kedua .
Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn ( 1922-1990) merupakan
Priden UMNO ke IV dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke III ( Januari
1976 - Julai 1981)
Cucunda beliau Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein merupakan Ahli
Tertinggi UMNO dan kini menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri.
DATO’ JAAFAR BIN HAJI MUHAMMD
MENTERI BESAR JOHOR YANG PERTAMA
(BAPA DATO’ ONN)
PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Johor Bahru.
Belajar Bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau
bersama-sama dengan 3 orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku
Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad.
Pada 1903, beliau melanjutkan pelajaran di Anderburgh Lodge
School, Suffolk, England.
Beliau merupakan pelajar terbaik bahasa Inggeris dan Perancis.
Pada tahun 1910-1911, setelah pulang ke tanah Melayu, Dato’ Onn
meneruskan pengajian di Maktab Melayu Kuala kangsar untuk
mendalami pengajian Bahasa Melayu.
KERJAYA
1911 : Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
1917 : Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau
Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
1920 : Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh
Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa
berselindung berkaitan isu harta.
1922 : Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat
Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
1923 : Pegawai di Pejabat Tanah Muar
1924 : Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927 : Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai
British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar
kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai
British mendapat pelbagai kemudahan.
1927-1936 : Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana
menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh
paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang
lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir
Pelangi menggunakan JMF.
1930-1936 (umur 35) : Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar
Melayu di Singapura
1934 (umur 39) : Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian
Lembaga.
1936-1941 : Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
1942 – 1945 : Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945-1946 : Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1946-1949 : Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946 : Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951 (umur 51) : Menubuhkan UMNO dan menjadi
presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar
Johor pada 1 Oktober.
1949 (umur 54) : Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan
menumpukan kepada UMNO.
1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
1951 (umur 56) : Cadangan membuka keahlian UMNO kepada
semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan
sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat
Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
1954 (umur 59) : Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti
Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk
bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.
1955 : Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
1959 : Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan
menyertai PAS).
1959 (umur 64) : Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala
Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
NILAI KEPIMPINAN
Generasi hari ini perlul mempunyai sikap seperti Dato’ Onn seperti:
Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas.
Dikenali sebagai tokoh politik yang berkarisma kerana
berpandangan jauh dimana beliau berusaha untuk menyatukan
seluruh rakyat negara tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam
satu ideologi politik.
Beliau seorang yang tegas, berdisiplin dan rajin.
Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah
menetapkan pedoman menuju matlamat.
Beliau seorang yang rendah diri dan tidak termakan dengan pujian
dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Segala tugas yang diamanahkan dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas ,
bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat.
Merupakan seorang pemimpin yang tabah dan berani mengharungi
saat-saat getir terutamanya ketiak menghadapi krisis.
Sikapnya sentiasa mementingkan Sultan.\
Tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu
tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa
manusia yang tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia.
SUMBANGAN
Pengasas dan Yang Di Pertua pertama UMNO.
Peneraju utama gerakan untuk menentang mengalahkan Malayan Union.
Tokoh pelapor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di
Malaysia.
Menubuhkan Parti Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) dan dilantik presiden UMNO yang pertama.
Dibawah kepimpinan Dato’ Onn, UMNO berjaya memaksa kerajaan
British membubarkan Malayan Union dan menggantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu dimana mengekalkan kedudukan Raja-raja
Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan serta memberi hak
istimewa orang Melayu.
Usaha Dato’ Onn dalam memajukan masyarakat Melayu sangat bermakna
kerana kita dapat lihat peratusan kaum Melayu terlibat dalam ekonomi
semakin meningkat.
Perhimpunan Agung UMNO turut menggubal Rancangan Lima Tahun
yang menekankan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu yang
berlandaskan objektif UMNO iaitu menambah pendapatan dan modal,
menggalakkan penyertaan dalam dunia perniagaan, menubuhkan sekolah
teknik dan melatih golongan muda terhadap pelbagai kemahiran.
Dato’ Onn membela nasib masyarakat Melayu yang mundur dengan
menubuhkan Lembaga Perusahaaan Dan Kemajuan Kampung (RIDA)
yang kini dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA).
“ Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat dipkenalkan dengan kesatuan
hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan
dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu
kepercayaanyang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri
“-Dato’ Onn Jaafar
PENUTUP
UMNO Johor mengangkat Dato’ Onn sebagai tokoh yang perlu
diberikan tempat sewajarnya sempena 60 tahun usia parti kerana baktinya
sebagai pelopor perjuangan kemerdekaan.
Dato’ Onn bukan teraju negara apabila tanahair ini merdeka pada
1957, tetapi bel meninggalkan pengaruh dan pemikirannya sebagai warisan
kepada bangsa.
Walaupun Dato’ Onn dalam sejarah politiknya keluar dari UMNO,
pernah menubuhkan dua parti lain, menjadi pembangkang dalam dewan
perwakilan tetapi inti perjuangannya terpahat dengan teguh.Laungan
perjuangan ‘Hidup Melayu’ yang dicetuskan oleh beliau lebih 60 tahun lalu
tidak sekadar slogan tetapi sarat dengan isi perjuangan membela kedudukan
Raja-raja, agama, bangsa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak
istimewa orang Melayu.
RUJUKAN
1. Sumber bacaan dari internet :
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
RUJUKAN
2. Sumber bacaan dari internet :
http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-dato-onn-jaafar.html?m=1
3. Sumber bacaan dari internet :
http://tokohsejarahmalaysia-2a1.blogspot.com/2011/07/dato-onn-
jaafar.html?m=1
4. Sumber bacaan dari internet :
http://thina75.blogspot.com/2015/12/pengajianmalaysia-peranan-tokoh-
isu_24.html?m=1
5.,Sumber bacaan dari internet :
http://nazeraezzatimohdazmi.blogspot.com/2016/09/pengajian-malaysia-
sumbangan-tokoh.html?m=1