The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bungmelli, 2021-02-28 08:14:25

BULETIN SEKTOR PELABURAN MARA | JANUARI 2021

Edisi Pertama | 2021

PelaburanBuletin Sektor Januari / 2021
MARA

www.mara.gov.my Sektor
Pelaburan
MARA

Fungsi, Peranan dan
Tanggungjawab
Bahagian Pelaburan dan
Pembangunan Subsidiari

MARALiner

Teman
Destinasi Anda

Sejarah dan perjalanan
MARALiner sehingga kini

PelaburanSIDANG EDITOR MARA
Buletin Sektor

Penerbit : Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA

PENAUNG Sidang Editor e-Buletin berhak meminda mengubah
Mohd Diah bin Abas dan menggarap manuskrip yang dihantar agar
Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan
dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip
PENERBIT EKSEKUTIF yang diterima sama ada disiarkan ataupun tidak
Nor Zaini binti Abu Kassim disiarkan tidak akan dikembalikan. Manuskrip
Pengarah ini juga boleh digunapakai oleh pihak yang diberi
Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami
mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar,
PENERBIT surat menyurat, rencana dan ulasan ke meja Sidang
Jamizan bin Baki Redaksi atau email ke [email protected]
Timbalan Pengarah II
Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan
EKSEKUTIF EDITOR kepada:
Zuliana Haslinda binti Anhar Zubir
Timbalan Pengarah I Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA
EDITOR/WARTAWAN 50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Hasnan bin Harun Tel: 03 2613 2401
Penolong Pengarah Faks: 03 2691 0075
Email: [email protected]
Mohd Taufek bin Mohd Noh
Penolong Pengarah

KREATIF
Zulrashdi bin Awang
Penolong Pengarah

JURUFOTO
Produksi Kreatif

TEKNIKAL & HEBAHAN
Iswardy Adha bin Mohamad
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan)



Sepintas Lalu

Sektor Pelaburan
MARA

Penubuhan MARA pada Mac 1966 berhasrat untuk menggalak
dan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam perniagaan
dan perdagangan serta meningkatkan taraf pendidikan
bumiputera. Dalam mencapai hasrat itu, tiga pendekatan di
ambil iaitu pembangunan keusahawanan, peningkatan taraf
pendidikan dan pelaburan dengan mewujudkan anak syarikat
untuk beroperasi dalam industri terpilih dan berdaya maju.

Sektor keusahawanan MARA Institut Kemahiran MARA (IKM) dan
mempunyai ekosistem tersendiri Giatmara.
dalam membangunkan usahawan Sejajar dengan hasrat MARA
iaitu pembangunan sumber manusia, dalam meningkatkan penyertaan
pembangunan perniagaan dan bumiputera dalam perdangangan
kemudahan sokongan. Sektor dan ekuiti yang tertinggal jauh
pendidikan MARA mempunyai berbanding kaum lain di Malaysia,
institusi pendidikan lengkap dari MARA terus mengorak langkah
pendidikan menengah iaitu MRSM sejak penubuhannya dalam sektor
sehingga institutsi pengajian tinggi pelaburan menerusi penubuhan anak
seperti Universiti Kuala Lumpur syarikatnya seperti Amanah Saham
(UniKL), Kolej Profesional MARA (KPM) MARA Berhad pada 1967, Kayu Sedia
Kolej Universiti Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. pada 1968 dan Yayasan
(KUPTM), German Malaysian Insttute, Pelajaran MARA pada 1969.
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),

4 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

54 TAHUN TRANSFORMASI SYARIKAT MARA : 1966 - 2020

Pelaburan MARA sepanjang 54 tahun : 1966 hingga 2020

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 5

Fungsi,
Peranan dan
Tanggungjawab

Bahagian Pelaburan dan

Pembangunan Subsidiari

Dapat dilihat pelaburan MARA pada ditubuhkannya, ia bagi memastikan
ketika itu lebih terarah kepada sektor aktiviti perniagaan tidak tersasar
pendidikan seiring hasrat kerajaan bagi seperti yang terkandung dalam
peningkatan taraf pendidikan rakyat Misi dan Objektif MARA sewaktu
terutama bumiputera. Ini dapat di lihat penubuhannya iaitu meningkat
dengan penubuhan pelbagai anak penguasaan ekuiti bumputera.
syarikat berasaskan pendidikan seperti
Akademi Infotech MARA (AIM), German Sejajar dengan peningkatan pelaburan
Malaysian Institute (GMI), British dan peranan aktif MARA dalam
Malaysian Institute (BMI). pelbagai anak syarikat miliknya,
MARA telah menubuhkan satu
Pelaburan secara komersial dalam bahagian untuk mengawal selia
mendapat keuntungan yang pelaburan MARA dalam anak syarikat
munasabah serta konsisten kurang terbabit iaitu Bahagian Pelaburan &
diberikan perhatian pada ketika itu. Pembangunan Subsidiari (BPPS). Ianya
Bermula 2007 MARA mula mengorak berfungsi bagi memantau, mengawal,
langkah dengan menubuhkan menganalisa dan membangunkan
beberapa anak syarikat yang pelaburan strategik MARA bagi
beroperasi secara komersial dalam menggalakkan penyertaan ekuiti
industri berkaitan, antaranya Pusat bumiputera dalam sektor korporat.
Pembangunan Reka Bentuk (DDEC),
MARA Incorporated Sdn. Bhd. dan
Glocal Link Sdn. Bhd.

Kini Pelaburan MARA masih
tertumpu kepada anak syarikat yang

6 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

Objektif :

Mengawal, memantau dan
meningkatkan pelaksanaan ‘tadbir urus
korporat’ serta melaporkan prestasi
syarikat, selain memantau pelaksanaan
dan kepatuhan terhadap akta-akta
berkaitan, pekeliling serta arahan
kerajaan dan MARA.

Memperkukuhkan peranan syarikat
dengan memastikan penjanaan
pendapatan syarikat secara berterusan
untuk meningkatkan jumlah ekuiti agar
dapat memberikan pulangan pelaburan
kepada MARA, dan seterusnya
mengurangkan kebergantungan
syarikat kepada MARA.

Memperkukuhkan aktiviti pelaburan
hartanah untuk mengembang dan
meningkatkan nilai hartanah dan aset
MARA.

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 7

Wujud kerjasama
strategik dalam & luar
negara

MARA melalui BPPS telah membuat penerbangan komersial di rantau ini. AAT
penstrukturan semula anak syarikat MARA yang berpengkalan dan beroperasi di
dan meletakannya dalam 3 sektor utama iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di
sektor korporat, sektor pendidikan dan sektor Subang, berada di kedudukan terbaik kerana
perkhidmatan kewangan dan hartanah. hasrat kerajaan dalam membangunkan
Penstrukturan semula anak syarikat MARA ini lapangan terbang tersebut menjadi Asia
berdasarkan teras perniagaan mereka bagi Aerospace City. Lapangan Terbang Sultan
memudahkan pemantauan oleh MARA. Abdul Aziz dan kawasan sekitarnya akan
Dalam mengembangkan pelbagai dibangunkan kerajaan menjadi pusat
portfolio pelaburannya, MARA mula ekosistem penerbangan dan aeroangkasa di
menceburi bidang perniagaan bukan Malaysia.
tradisinya sejak penubuhan iaitu dalam
industri penerbangan. Lebih tepat lagi Diharapkan AAT berupaya mencipta lebih
penyelenggaraan kapal terbang melalui banyak peluang pekerjaan untuk bumiputera
syarikat Asia Aerotechnic Sdn. Bhd. (AAT). dan juga menjadi tempat untuk para
pelajar UniKL MIAT untuk mendapatkan
Anak syarikat MARA ini ditubuhkan dengan latihan praktikal dan pengalaman langsung
hasrat MARA agar AAT menerajui MRO berkaitan penyeleggaraan pesawat.
(Maintenance, Repair, Overhaul) bagi

8 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

Sumber Berita & Gambar :
Bahagian Pelaburan & Pembangunan Subsidiari
https://asiaaerotechnics.com/
Suntingan : BITK

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 9

Sepintas Lalu

Pengalaman Pemandu

MARA Liner

Dalam dunia yang penuh mencabar ini, terutama pada ketika penularan pandemik Covid-19, ramai
yang telah kehilangan pekerjaan akibat daripadanya. Pun begitu masih terdapat mereka yang
masih menganggur dan sangat memilih untuk bekerja lebih-lebih lagi mereka yang mahukan
pekerjaan yang senang tanpa berusaha lebih.

Segala bentuk usaha atau pekerjaan yang bermanfaat adalah ibadah. Apatah lagi niat berusaha
dan bekerja bagi memenuhi nafkah diri dan keluarga, asalkan halal dan bukan meminta-minta.
Mohd Fadzli Ali, 53 tahun yang berasal dari Kuala Rompin, Pahang mula berkhidmat dengan MARA
pada tahun 1989 hanya sebagai konduktor bas MARA Liner mula menimbulkan rasa untuk terus
berubah dan berjaya pada masa akan datang.

“Percayalah, semua manusia diuji dengan
pelbagai bentuk ujian dalam hidup, nak
berjaya bukan senang dan kejayaan tak akan
datang bergolek di depan mata tanpa ada
usaha.” kata Fadzli dalam temubual khas
tempoh hari. Fadzil yang sangat peramah
dan mudah didekati membuatkan beliau
menamatkan zaman bujang pada tahun 1994
dengan berkahwin dengan Roziana Che Idris
dan dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu 4
lelaki dan seorang perempuan.

Setelah kehadiran cahaya mata, Fadzli mula
mencorakkan kehidupannya dengan bangun
seawal 5.30 pagi bagi mengurusakan hal
keluarga terutamanya menghantar anak-
anak ke sekolah dan memastikan bas yang
akan dipandunya berada dalam kondisi
yang selamat dan baik kerana amanah yang
digalas bukan sahaja pada keluarga malah
penumpang juga katanya.

Di awal kerjaya En. Mohd Fadzli sebagai pemandu
Kenderaan Bas MARA di Pahang

10 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

UTAMAKAN PENUMPANG

“Keselamatan penumpang adalah di bawah
tanggungjawab saya, perjalanan yang jauh
setiap hari, saya akan memastikan semuanya
tersusun dengan rutin yang sihat dan selamat”
katanya. Sebagai pemandu, semestinya wajib
memastikan enjin kenderaan, tayar, brek,
stereng, lampu siren dan alat penunjuk arah
berada dalam keadaan baik selain memastikan
bahan api mencukupi untuk memulakan
tugas.

“Saya akan memastikan kenderaan
berada dalam keadaan bersih di luar dan
dalam disamping memastikan lesen
memandu,peralatan yang diperlukan dibawa
bersama dan sentiasa bersiap sedia demi
keutamaan para penumpang saya.” Katanya.

En. Mohd Fadzli Ali sewaktu memandu

En. Mohd Fadzli (kiri) di hadapan bas MARA Liner

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 11

KARENAH PENUMPANG

“Lain pekerjaan lain dugaan, lain juga cabarannya, yang paling
utama adalah semangat serta kekuatan yang membezakan
insan berjaya atau sebaliknya.”

Pelbagai karenah penumpang tidak membuatkan Fadzli
putus asa demi mencari rezeki dan bukan mudah untuk kekal
bermuka manis apabila menghadapi karenah penumpang
yang memeningkan. Kesabaran perlu menjadi pendinding
hati kala berdepan dugaan dan kata Fadzli, paling utama perlu
berlapang dada sekiranya berdepan karenah penumpang yang
sangat menguji kesabaran.

“Inilah yang dikatakan lumrah, apabila tekad mahu
berkecimpung dalam kerjaya ini bermakna saya perlu bersedia
untuk mengorbankan masa, tenaga dan emosi untuk berbakti
dalam tugas.” “Selain itu, jadual kerja juga tidak menentu,
seperti orang lain saya juga tidak terkecuali perlu bertugas
ketika Ramadan, sedih memang ada namun menerimanya
dengan hati terbuka dan sentiasa berfikiran positif. Ini antara
pengorbanan yang perlu dilakukan demi kerjaya yang saya pilih
dan saya tidak menyesal,” katanya.

TIPS PEMANDU

Fadzli turut menasihatkan kepada rakan-rakannya dan mereka
yang telah ataupun ingin menceburi kerjaya sebagai pemandu
bas supaya bersedia dari segi mental dan fizikal supaya tidak
terkejut.

Sikap mengambil berat mengenai kesejahteraan, keselesaan
dan keselamatan penumpang haruslah disemat di dalam jiwa
setiap pemandu setiap masa dan tidak kira sesiapa sahaja.
Suka membantu, amanah, bersopan santun, mempunyai
perwatakan atau berkelakuan yang baik sebelum memandu
dan selepas memandu dari segi perkataan dan ucapan serta
hati dan budi pekerti. Ini membolehkan Fadzil terus bertahan
dalam kerjayanya sebagai pemandu bas MARA Liner.

Fadzli juga mengingatkan, “walaupun sebagai seorang
pemandu, niat untuk bekerja tidak kira apapun pekerjaan
hendaklah niat kerana Allah dan wajib dipahatkan dalam jiwa,
bukan sahaja dipandang mulia oleh masyarakat, malah yang
utama adalah di sisi Allah swt.” Katanya penuh makna yang
mendalam.

Sumber Berita & Gambar : En. Mohd Fadzli bin Ali
Karya : Mohd Taufek Mohd Noh
Suntingan : BITK

12 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

Antara bas yang pernah dipandu oleh En. Mohd Fadzli

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 13

MARALiner

Teman Destinasi Anda

Perkembangan ekonomi
sesebuah kawasan, wilayah
dan negara bukan sahaja
disebabkan oleh pelaburan
dari dalam ataupun luar
negara, bahkan ia berkait
rapat dengan keberadaan
sumber manusia di sesuatu
tempat di mana peluang
ekonomi akan dijana.
Sumber manusia ini yang
menggerakkan pelbagai
aktiviti ekonomi yang
dirancangkan oleh kerajaan
ataupun pihak swasta. Jika
ketiadaan atau kekurangan
sumber manusia yang
berkelayakan atau
diperlukan, kemampuan
mobiliti di sesuatu wilayah
atau kawasan dalam
membawa masuk sumber
manusia yang diperlukan ke
dalam wilayah atau tempat
berkenaan amatlah penting.
Mobiliti sumber manusia
atau penduduk dari wilayah
lain ke wilayah yang
memerlukan bergantung
kepada infrastruktur
perhubungan dan sistem

14 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

Bas MARA diawal penubuhannya

pengangkutan yang cekap pengangkutan kepada Sejak merdeka
serta kompetitif. Jika kedua- rakyat dalam menyokong lagi isu
dua perkara ini tidak berada pembangunan negara pengangkutan
dalam keadaan memuaskan, dan ekonomi masyarakat antara negeri
kos pelaburan di wilayah luar bandar khususnya. atau dalam
berkaitan tidak akan menarik Dalam meneruskan agenda negeri diberi
perhatian pelabur kerana pembangunan ekonomi perhatian oleh
ia akan meningkatkan melalui pengangkutan kerajaan dalam
kos secara tidak langsung. yang selesa dan kompetitif, memastikan
Sejak merdeka lagi isu Bahagian Industri perkembangan
pengangkutan antara Pengangkutan (BIP) telah ekonomi terus
negeri atau dalam negeri menguruskan perolehan berkembang.
diberi perhatian oleh sebanyak 21 buah bas baharu Antara agensi
kerajaan dalam memastikan pada tahun 2020. Daripada yang diberi
perkembangan ekonomi jumlah tersebut 17 buah peranan
terus berkembang. Antara adalah bas henti-henti dalam sektor
agensi yang diberi peranan manakala selebihnya adalah pengangkutan
dalam sektor pengangkutan bas ekspres. adalah Majlis
adalah Majlis Amanah Rakyat Amanah
(MARA). Pada 26 Januari 2021, Rakyat (MARA).
sebanyak 3 buah bas
Sejak dari awal penubuhan telah dibuat uji lari
Bas MARA sehingga sebelum diserahkan
penjenamaan semula kepada MARA Liner untuk
kepada MARA Liner, pengoperasiannya. Antara
MARA telah terlibat dalam pihak terlibat semasa uji lari
memberi perkhidmatan

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 15

tersebut adalah wakil dari Bahagian Industri atas jalan raya.
Pengangkutan (BIP) dari Ibu pejabat MARA,
wakil dari HINO/Daihatsu, Denso, Ecotech Setiap bas yang dibekalkan ini mendapat
dan wakil pembuat bas, RTG. tempoh jaminan produk selama 2 tahun
untuk chasis dari pembekal asal iaitu HINO
Keseluruhan 17 buah bas ini akan diserahkan Motors (M) Sdn. Bhd.
kepada MARALiner bagi menjalankan
operasi harian syarikat dalam memberikan Bas jenis ini amat sesuai digunakan di
keselesaan kepada para penumpang. Bas ini kawasan luar bandar kerana keadaan
mempunyai 30 tempat duduk penumpang jalan raya yang sederhana luasnya dan
yang boleh laras (can be reclined) dan tidak mengganggu kesesakan jalan raya.
mempunyai ruang untuk 10 orang Reka bentuk bas ini juga sesuai untuk
penumpang yang berdiri. menampung kapasiti penumpang pada
masa kini kerana disebabkan kepelbagaian
Di kala ini, setiap bas dilengkapi dengan pilihan pengangkutan awam.
sistem penghawa dingin dari jenama
terkemuka dari Jepun iaitu Denso. Syarikat Setiap bas terbabit dilengkapi dengan
RTG Intech Corporation Sdn. Bhd. diberikan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan
mandat dalam memainkan peranan penting penumpang yang tinggi. Setiap bas yang
menghasilkan reka bentuk badan bas yang dibina dilengkapi dengan alat pengesan
moden, cantik, kelihatan mewah dan rupa kenderaan (GPS) dan 5 unit kamera litar
bentuk yang aerodinamik apabila beraksi di tertutup (CCTV) dengan kemampuan

Bas MARA Liner di Dataran Merdeka

16 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

merakam dan memainkan semula rakaman hasil jualan mereka. Dalam memastikan
sekiranya berlaku perkara-perkara yang kos mengendalikan bas ini berada di
di luar jangkaan serta kawalan. Setiap bas tahap kompetitif dan laluan ini menjana
mempunyai 3 unit papan tanda destinasi keuntungan yang munasabah, MARA Liner
LED (destination board) bagi memberi memasang sistem pengurusan tiket yang
kemudahan kepada penumpang melihat dipanggil One Man Operated Machine
dan menentukan lokasi laluan perjalanan bas Ticket – OMO. Pengarah Bahagian Industri
yang akan dituju Pengangkutan (BIP) MARA En. Fazli Rizal
bin Ismail yang turut sama dalam uji lari bas
Selain menjana pendapatan melalui jualan tersebut berpuashati dengan kemudahan
tiket, MARA Liner juga menyediakan yang disediakan serta prestasi bas tersebut.
platform pengiklanan seperti paparan
TV dan ruang iklan pada alat pemegang Dengan perolehan bas baharu ini,
tangan (handle grip) untuk memberi MARA Liner dapat memberi pilihan dan
ruang kepada para usahawan tempatan persaingan sihat kepada pengguna, sama
mengiklankan produk serta perkhidmatan ada menggunakan MRT, KTM Komuter
mereka. Dengan menyasarkan penumpang atau menggunakan bas MARA Liner untuk
yang berulang-alik menaiki bas MARA destinasi yang hampir sama.
Liner, platform pengiklanan ini diharapkan
dapat membantu memperkenalkan Sumber Berita & Gambar: Bahagian Industri
produk serta perkhidmatan usahawan dan Pengangkutan (BIP) MARA
seterusnya melonjakkan permintaan dan Suntingan: BITK

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 17

PMB INVESTMENT UMUM
PRESTASI 11 DANA TERBAIK

PMB Investment Berhad (PMB Investment) anak Eksekutif PMB Investment di ibu pejabat PMB
syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad Investment hari ini. Turut hadir ialah Pengerusi,
mengumumkan 11 daripada 16 dana di bawah Pelaburan MARA, Datuk Azrulnizam bin Abdul Aziz,
pengurusannya telah merekodkan prestasi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,
cemerlang yang berada dalam “Lipper Investment Pelaburan MARA Berhad, Tengku Ahmad Badli
Management” bagi kategori unit amanah Ekuiti Shah Raja Hussin dan Isnami A. Mohtar, Ketua
Malaysia, Ekuiti Pertumbuhan, Ekuiti Pertumbuhan Pegawai Pelaburan, PMB Investment.
Pendapatan, dan dana Ekuiti Index.
Di majlis yang sama, Mahani turut berkongsi
PMB Shariah TNB Employees Fund merekodkan perancangan syarikat yang bakal melancarkan dua
prestasi pertumbuhan sebanyak 66.3% bagi dana baru pada tahun ini yang mana salah satu
tempoh setahun. Bagi PMB Shariah Growth berupa sebuah dana unit amanah berkaitan wakaf
Fund yang berada di pasaran bagi kategori Ekuiti manakala yang kedua merupakan dana global.
Pertumbuhan Malaysia mencatat pulangan
sebanyak 54.8% bagi prestasi untuk tempoh yang Beliau berkata dua-dua dana tersebut akan
sama. ditawarkan kepada masyarakat pelabur selewat-
lewatnya pada penghujung suku pertama dan
PMB Shariah Small-Cap Fund mencatat pulangan suku ketiga tahun ini.
sebanyak 37.1% bagi tempoh setahun, bagi kategori
Ekuiti Pertumbuhan Malaysia. PMB Shariah ASEAN Mahani berkata, “dana wakaf tersebut dibuka
Stars Equity USD (Dana Ekuiti Pertumbuhan) kepada semua dan memberi peluang kepada
mencatat pulangan sebanyak 35.3% bagi tempoh para pelabur untuk beroleh keuntungan menerusi
setahun, berakhir 31 Disember 2020. Manakala, PMB pelaburan selain beramal jariah. Konsep dana ini
Shariah Tactical Fund dengan pulangan sebanyak adalah julung-julung kali diperkenal di negara
27.7% dan PMB Dana Bestari pula sebanyak 26.4% ini dan adalah hasil kerjasama PMB Investment
dengan salah sebuah entiti pengurusan wakaf
PMB Investment juga berjaya melepasi penanda terbesar negara.”
aras FBM Emas Syariah dalam kategori Ekuiti
Syariah Index Malaysia apabila PMB Shariah Index Dana wakaf ini merupakan dana aset campuran
Fund mencatatkan prestasi pulangan berjumlah yang dibentuk daripada pelaburan ekuiti, sukuk dan
24.9% bagi tempoh yang sama. PMB Shariah pasaran wang dibuka kepada individu dan pelabur
Premier Fund merekodkan pertumbuhan sebanyak korporat dan PMB Investment mensasarkan jualan
17.7%, PMB Dana Mutiara Fund pula merekodkan sehingga RM50 juta untuk tahun pertama dana ini
pulangan sebanyak 13.4% bagi kategori Ekuiti dilancarkan.
Pertumbuhan Pendapatan Malaysia bagi tempoh
yang sama, PMB Dana AL-Aiman sebanyak 12.4% PMB Investment merupakan IFMC atau Institusi
dan akhir sekali, PMB Shariah Aggressive Fund Pengurusan Dana Syariah yang juga Ahli
sebanyak 11.7%. Kumpulan Pelaburan MARA, kini menguruskan 16
dana syariah.
Pengumuman tersebut telah dilakukan oleh
Mahani Ibrahim Pemangku, Ketua Pegawai

18 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

Puan Mahani Ibrahim, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Investment sedang
memberi penerangan tentang dana wakaf yang bakal dilancarkan pada suku pertama
tahun 2021.

PMB Investment mengumumkan prestasi dana cemerlang untuk tempoh setahun
dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 baru-baru ini. (Dari kiri) Datuk Azrulnizam
Abdul Aziz, Pengerusi, Pelaburan MARA Berhad, Puan Mahani Ibrahim, Pemangku
Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Investment dan Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin,
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan Mara Berhad.

Sumber Berita & Gambar : https://pelaburanmara.com.my/news.
Suntingan: BITK

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 19

Melabur Dalam Unit Amanah :

Apa Kita Perlu
Ketahui?

Kita mesti biasa dengar tentang unit amanah yang juga dikenali sebagai unit trust atau mutual
fund. Ianya merupakan salah satu instrumen pelaburan yang sangat popular di Malaysia, selain
daripada pelaburan saham, hartanah, emas dan macam-macam lagi. Tapi sebelum kita buat
persiapan untuk melabur ke dalam unit amanah, apakah yang dimaksudkan dengan unit amanah
ini?

“Wang daripada pelabur individu akan dikumpulkan oleh pengurus dana profesional akan
mengenal pasti industri atau syarikat yang mempunyai prospek dan pulangan terbaik untuk
dibuat pelaburan selepas membuat penilaian teliti” [1]. Sebelum membuat pelaburan dalam
mana-mana instrumen pelaburan, bakal pelabur hendaklah membuat penilaian dalam pelbagai
aspek dan 5 tips atau panduan ini boleh digunakan sebagai asas membuat keputusan.

20 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

01 KENAL PASTI TOLERANSI TERHADAP RISIKO

Perkara pertama yang kita harus lakukan, adalah mengenal
pasti toleransi kita terhadap risiko. Secara umumnya, risiko yang
dimaksudkan adalah kesediaan pelabur untuk mengalami
kerugian dalam sebarang instrumen pelaburan. Tinggi risiko
diambil, tinggi potensi pulangan pelaburan atau kerugian.
Bagi mereka yang tak sanggup untuk berdepan dengan risiko
kehilangan modal, ini bermakna toleransi terhadap risiko adalah
rendah. Maka, pulangan juga adalah rendah.

Pelaburan di unit amanah tergolong dalam kategori pelaburan
berisiko sederhana. Walaupun demikian, dalam pelaburan unit
amanah sendiri pun ada yang berisiko rendah, sederhana dan
tinggi. Ianya bergantung kepada objektif dana itu sendiri. Para
pelabur hendaklah memilih dana yang sesuai dengan tahap
toleransi mereka terhadap risiko.

Pelaburan dalam unit amanah adalah merupakan pelaburan
untuk jangka panjang. Tempoh yang disarankan untuk
pelaburan unit amanah adalah antara 3 ke 20 tahun. Jika
kita mampu untuk bersabar untuk lihat pelaburan kita terus
berkembang, tidak kira ekonomi bagus atau merudum; maka
unit amanah adalah pilihan yang terbaik.

02 MODAL PELABURAN

Selepas mengenalpati risiko pelaburan, para pelabur perlu
mengetahui moda permulaan yang mampu mereka sediakan
untuk mula melabur. Ada dana amanah yang memerlukan
modal serendah RM100, ada pula yang memerlukan modal
RM1,000; dan ada juga yang lebih tinggi lagi ia bergantung
kepada polisi pengurus dana terbabit. Seterusnya, modal
tambahan jika kita ingin menambah bilangan unit dalam dana
unit amanah tersebut.

Ada yang membenarkan kita menambah pegangan unit
dengan modal serendah RM50, ada juga kita perlu tambah
minima RM100. Pelaburan di dana amanah untuk mereka
yang ingin melabur secara konsisten setiap bulan untuk jangka
masa panjang tanpa perlu sentiasa mengikuti perkembangan
pasaran secaa langsung.

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 21

03 BANDINGKAN PRESTASI DANA

Setiap tahun kewangan pengurus dana akan menerbit penyata
kewangan untuk makluman umum mengenai prestasi
pelaburan dana yang mereka uruskan. Para pelabur hendaklah
menilai prestasi kewangan ini dalam memilih dana yang dapat
memberikan pulangan yang optimum. Pulangan dalam bentuk
dividen yang konsisten antara kriteria pemilihan dana amanah.
Ini kerana tujuan kita melabur adalah untuk mendapatkan
pulangan yang optimum dan munasabah. Oleh perbandingan
prestasi dana antara dana-dana yang ada di pasaran amat
penting sebelum membuat keputusan melabur.

Pun begitu setiap pelabur harus mengetahui bahawa prestasi
terdahulu tidak menjamin prestasi akan datang kerana pasaran
sentiasa berubah dan ia memberi kesan terhadap pelaburan
yang dibuat oleh pengurus dana. Sebarang perubahan pada
dana amanah hendaklah dibuat pertimbangan teliti terlebih
dahulu dan perubahan dana oleh pelabur hendaklah nasihat
yang betul dan tepat dari mereka yang berpengalaman.

04 ADAKAH IANYA BERDAFTAR DENGAN
SURUHANJAYA SEKURITI?

Dalam mengejar keuntungan dalam pelaburan, bakal pelabur
hendaklah memastikan bahawa sebarang pelaburan dibuat
dalam dana amanah yang terdapat dipasaran, hendaklah
memastikan dana amanah itu berdaftar dengan berdaftar
dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ini kerana semua
produk unit amanah mesti didaftarkan dengan SC, badan
berautoriti yang mengawal selia semua jenis pelaburan di
Malaysia.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kerugian akibat
melabur dalam skim pelaburan palsu mencecah RM3.8 billion
pada tahun–tahun sebelum ini. Ini melibatkan seramai 900,000
pelabur terpedaya dengan pelbagai skim pelaburan palsu.
Oleh itu para pelabur hendaklah memastikan kesahihan skim
pelaburan dengan menghubungi pihak Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia di talian 03-6204 8000 atau layari laman sesawang di
www.sc.com.my untuk maklumat lanjut.

22 Buletin Sektor Pelaburan MARA Januari 2021

05 ADAKAH DANA PELABURAN UNIT
AMANAH TERSEBUT PATUH SYARIAH?

Bila kita sudah pastikan dana unit amanah tersebut adalah sah,
seterusnya kita sebagai orang Islam perlu memastikan pula
ianya patuh syariah. Ini bagi memastikan aktiviti perniagaan
dalam syarikat yang dilabur tidak terlibat dalam sebarang aktiviti
yang berunsur riba, judi dan ketidakpastian. pulangan daripada
pelaburan tersebut adalah halal. Elakkan daripada melabur
ke dalam pelaburan dana konvensional yang mempunyai
unsur-unsur yang disebutkan tadi kerana sebagai umat Islam,
keberkatan dari pulangan daripada pelaburan tersebut amat
penting, kita akan gunakan untuk memberi makan dan minum
ahli keluarga kita, di samping untuk menyediakan pakaian dan
tempat tinggal untuk mereka.

1. Rujukan: https://ask.akpk.org.my/?loc=content&s_
c=investment&content=infographics&id=52 Setakat Januari 2018

2. Rujukan:https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/365233/pdrm-
dedah-30-syarikat-tipu-pelabur. | Setakat Disember 2017

3. Rujukan: https://www.fimm.com.my/industry-statistics/
4. Rujukan Artikel #3 Mari Pilih Pelaburan Terbaik untuk Kita

Berita : PMB Investment

Gambar : https://www.clipartkey.com/view/iRxbwoh_investor-cliparts-
investor-clipart-png/, https://www.alamy.com/money-and-investment-
cartoons-image184510635.html, www.mahersaham.com, https://www.ttutc.
com/2019/10/17/risk-tolerance-key-to-financial-well-being.

Suntingan : BITK

Januari 2021 Buletin Sektor Pelaburan MARA 23

BULETIN
SEKTOR PELABURAN

MARA

JANUARI 2021

Bahagian Inovasi dan Teknologi Kreatif MARA
Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA,

50609 Jalan MARA, Kuala Lumpur.
Tel: 03 26132401 • Faks: 03 26910075

Emel: [email protected]
www.mara.gov.my


Click to View FlipBook Version