Info UBK SEDAYA
Intervensi Minda Sihat
GEJALA
KEBIMBANGAN
Kebimbangan tidak hanya mempengaruhi keadaan emosi kita
tetapi juga kehidupan seharian kita. Anda tidak boleh merasa
seperti anda harus menderita dalam diam. Dapatkan bantuan
sekiranya anda menghadapi masalah.
Mempunyai perasaan
1 Selalu berasa panik 2 bahawa perkara yang
buruk bakal berlaku
Pernafasan yang 4 Menggeletar
3 laju
Lemah semangat, 6 Gagal fokus
5 letih terhadap tugasan
Jika anda mengalami tanda-tanda seperti yang telah
dinyatakan di atas, digalakkan untuk mendapatkan nasihat
daripada pakar
UBK SEDAYA
Cadangan yang dapat mencegah atau
mengendalikan gangguan kebimbangan adalah
seperti berikut:
Mendapatkan bantuan dengan secepat mungkin;
mendapatkan pemeriksaan daripada ahli psikologi.
Memberitahu masalah kepada keluarga dan
rakan yang terdekat serta menerima bantuan
mereka.
Menjaga kesihatan badan; tidur dengan
secukupnya.
Mengaktifkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
berunsur positif.
Melakukan senaman untuk meringankan bebanan.
Belajar teknik menyenangkan diri seperti meditasi
dan yoga.
Menjalinkan perhubungan yang erat dengan ahli
keluarga dan kawan.
Minda Sihat Emosi Terjaga Kehidupan Sejahtera