SK PEREMPUAN METHODIST TELUK INTAN
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN
BIL. 01 SESI 2022/2023
Tarikh : 16 Mac 2022
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Perempuan Methodist
Kehadiran :
1. Tn. Hj. Mohd Farid b. Mohd Saad (Guru Besar)
2. Tn. Hj. Isa b. Tan Shaari (PK Pentadbiran)
3. En. Mohd Najib b. Hassan (PK HEM)
4. Pn. Marinie bt. Jalaluddin@Mohd Rasid (PK Kokurikulum)
5. Pn. Sabaah bt. Shaari (PK Pendidikan Khas)
6. Pn. Siti Zarina bt. Hj. Masri
7. Pn. Ermiza bt. Mohd Rosli
8. Pn. Nurizayatulakma bt. Ahmad Sabiron
9. Pn. Siti Zakiah bt. Mohamed Amin
10. Pn. Zahira bt. Tajuddin
11. Pn. Azizah bt. Abu
12. Pn. Fatimahtol Zohriah bt. Elan
13. Cik. Pavithra a/p Nagarajan
14. En. Mohd Samserrudin b. Othman
15. En. Mohd Hazman b. Mohd Kasmani
16. Pn. Hjh. Siti Ainah bt. Sariaat
17. En. Mohd Nor b. Nordin
18. Pn. Che Laili Masyitah bt. Ahmad Nawawi
19. Pn. Mai Nurul Atiqah bt. Meor Nazro
20. En. Khairol Asraf b. Norkhairi
21. En. Hasbullah b. Hassan
22. En. Mohamad Rashidi b. Mahamad Sidek
23. En. Musa b. Ismail
24. Pn. Siti Nurasilawati bt. Mohamed Noor
25. Cik Natasha bt. Ghazi
26. En. Mohd Izzat b. Ismail
Tidak Hadir : 1. Pn. Noor Azmilia bt. Ghazi ( Cuti Bersalin )
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi iaitu Tn. Hj. Mohd Farid b. Mohd Saad mengucapkan terima kasih
kepada semua warga SK Perempuan Methodist kerana dapat mengikuti
bersama Mesyuarat Pengurusan kali pertama bagi sesi 2022/2023.
1.2 Pembukaan sekolah secara bersemuka pada 21/3/2022. Pembukaan sekolah
masih mengekalkan SOP 3.0. Murid masih tidak dibenarkan makan di kantin.
Galakkan pengambilan suhu untuk murid terutamanya murid PPKI.
1.3 Perkaitan dengan beberapa isu seperti beg berat dan CUP 3.0.
1.4 Makluman berkaitan majlis persaraan guru besar pada bulan September dengan
jemputan luar.
1.5 Ucapan terima kasih kepada AJK Takwim, penyelaras kedai buku dan AJK
persiapan bilik gerakan yang berjaya menyiapkan tugasan dengan baik.
1.6 Semua bahagian pentadbiran hendaklah mengadakan semula mesyuarat
sebanyak empat kali setahun.
Tindakan : Makluman
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Pembentangan Minit Mesyuarat Pengurusan kali ketiga (3) sesi 2021/2022 oleh
Setiausaha, En. Mohd Izzat b. Ismail. En. Mohamad Rashidi b. Mahamad Sidek
mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh En. Mohd Nor b.
Nordin.
3. Taklimat Penasihat (Guru Besar)
3.1 Berkaitan isu beg berat, penyediaan lokar secara berfasa. Fasa 1 untuk murid
tahap 1 (sekolah 2 sesi). Penyusunan semula jadual waktu dengan
melaksanakan jadual yang mengandungi 3-4 matapelajaran sehari mengikut
aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.
Tindakan : Makluman
3.2 Buku latihan, tidak lebih 2 buku bagi setiap matapelajaran pada 1 masa. Tidak
lebih dari 80 muka surat. Buku aktiviti/kerja, gunakan buku dari KPM. Buku kerja
sebagai rujukan dan latihan luar PdPc.
Tindakan : Makluman
3.3 Pendekatan PdPc berpusatkan murid.
Tindakan : Makluman
3.4 Bekerjasama dengan JAKIM untuk penyelarasan uniform agar murid diberi
kelonggaran memakai uniform sekolah ke KAFA.
Tindakan : Makluman
3.5 CUP 3.0 (Program berfokus). Objektifnya ialah melaksanakan program berfokus
kepada murid TP1-TP3 dan murid tercicir menggunakan silibus semasa dan
pendekatan berbeza. Melibatkan subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains DAN
Bahasa Inggeris untuk Tahun 2-4 sahaja kecuali Pemulihan, Program Plan dan
PPKI. Garis masa antara 21 Mac – 15 April 2022.
Tindakan : Makluman
3.6 Tindakan sekolah, menganalisis TP murid selepas pelaksanaan CUP 2.0,
mengikuti sesi penataran CUP 3.0, merancang gerak kerja pengoperasian CUP
3.0, melaksanakan CUP 3.0 dan menyediakan pelaporan CUP 3.0.
Tindakan : Makluman
3.7 Berkaitan pembukaan sekolah, enrolmen kurang 600 tidak perlu bergilir
(MBK/Pra/Murid 1-6/RMT). Penggiliran untuk murid lebih 600. Kalendar
akademik ialah 40 minggu RPT daripada 43 minggu dengan menggunakan
DSKP biasa (3 minggu untuk sukan, persaraan dan hari anugerah).
Kokurikulum, jadual untuk Rabu pulang pada pukul 4.00 petang. Bacaan Yassin
pada hari Jumaat (7.15-7.40 pagi). Isnin – selasa pulang pada pukul 1.30
petang, Khamis pada pukul 1.05 petang dan Jumaat pukul 12.05 tengahari.
Tindakan : Makluman
3.8 Program Transisi Tahun 1, objektif ialah pada 2 minggu pertama fasa
penyesuaian murid dan 2 minggu seterusnya fasa kesediaan murid.
Tindakan : Makluman
3.9 My SG (Malaysia School Governmance), panduan untuk guru membuat rujukan
bidang tugas seperti tugas utama (mengajar), sampingan (luar portfolio),
tambahan (Sumbangan luar) dan ad-hoc (wakil guru besar ke majlis).
Tindakan : Makluman
3.10 Maklumat lain berkaitan dengan fasa endemic Covid-19 pada 1/4/2022,
penambahbaikan BDR dan penjawatan 2022 ialah 27 orang guru.
Tindakan : Makluman
4.0 Makluman Unit Kurikulum
(Tn. Hj. Isa b. Tan Shaari, GPK Pentadbiran)
4.1 Berkaitan jadual waktu, gunakan dahulu jadual yang telah disediakan.
Tindakan : Makluman
4.2 Pencerapan, rujuk buku takwim 17-18.
Tindakan : Makluman
4.3 Ketua Panitia Pendidikan Moral ialah Pn. Hjh. Siti Ainah bt Sariaat.
Tindakan : Makluman
5.0 Makluman Unit Hal Ehwal Murid
(En. Mohd Najib b. Hassan, GPK HEM)
5.1 Rujuk buku takwim muka surat 28 berkaitan dengan jawatankuasa terbaru HEM.
Tindakan : Makluman
5.2 SOP pembukaan sekolah (Cek suhu sahaja). PPKI perlu catat bacaan suhu.
Tindakan : Makluman
6.0 Makluman Unit Kokurikulum
(Pn. Marinie bt. Jalaluddin@Mohd Rasid, GPK Kokurikulum)
6.1 Pemakluman jawatankuasa kokurikulum 2022/2023, rujuk buku takwim m/s 38.
Tindakan : Makluman
6.2 Setiausaha Kokurikulum yang baharu, En Mohd Hazman b. Mohd Kasmani.
Tindakan : Makluman
7.0 Makluman Unit Pendidikan Khas
(Pn Sabaah bt. Shaari, GPK P.Khas)
7.1 Rujuk buku takwim m/s 50 berkaitan AJK terbaru PPKI.
Tindakan : Makluman
7.2 Waran peruntukan untuk PPKI, 6 kelas dengan 15 murid. Bilangan guru masih
kekal.
Tindakan : Makluman
7.3 Pendaftaran murid PPKI tahun 1, 1 murid.
Tindakan : Makluman
8.0 Hal-hal lain
8.1 Yakult, Syarikat hantar, harga borong 0.76 sen dan boleh dijual dengan harga
RM1.00. pengurusan samada Kelab Staf atau kantin.
Tindakan : Makluman
9.0 Ucapan penangguhan
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana memberi
kerjasama di dalam mesyuarat pada kali ini dan mesyuarat ditangguhkan pada
jam 12.00 tengahari
Dicatat dan disediakan oleh :
MOHD IZZAT BIN ISMAIL
Setiausaha JK Pengurusan 2022/2023.