TEMA : PERPADUAN
TAJUK : GOTONG-ROYONG
NAMA : lidiya farhanah akmal bt ya-kub
no.maktab : sc190154
kelas : 4 farabi
pengenalan tajuk
Aktiviti gotong-royong merupakan aktiviti yang
melibatkan sekumpulan individu untuk membersihkan
atau melakukan sesuatu tugasan bersama-sama .
Aktiviti ini pasti dikaitkan dengan perpaduan yang
merujuk kepada hubungan erat yang berasaskan
toleransi dalam kalangan masyarakat . Pada masa
dahulu , aktiviti gotong-royong ini sering dilakukan
setiap bulan dalam kawasan perumahan masing-
masing . Namun begitu , kini , masyarakat tidak
mempunyai masa untuk melakukan aktiviti gotong-
royong kerana sibuk dengan haluan masing-masing.
mengapa memilih tajuk
ini ?
saya memilih tajuk ini kerana aktiviti
gotong-royong merupakan salah satu
aktiviti yang paling dekat dan mudah untuk
kita realisasikan demi memupuk sifat
perpaduan di negara kita
isi-isi penting
( kebaikan melakukan aktiviti gotong-royong )
MEMPERINDAH KAWASAN
MEMUPUK NILAI KERJASAMA
PERSEKITARAN SERTA MEMUDAHKAN TUGASAN
MENGERATKAN HUBUNGAN
MEMUPUK SEMANGAT
DENGAN MASYARAKAT
PERPADUAN ANTARA SATU
SETEMPAT SAMA LAIN
ISI-ISI PENTING
AT : Aktiviti gotong-royong dapat memperindahkan kawasan persekitaran .
AC : Sebagai contohnya, penduduk dapat menyusun pokok-pokok bunga di samping mengutip
sampah dan menyapu kawasan persekitaran
AHC : Kesannya, kawasan persekitaran akan menjadi lebih selesa untuk didiami dan
penduduk luar akan berasa suka untuk menziarahi tempat tinggal kita
AP : Sudah terang lagi bersuluh, jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong bukan sahaja dapat
mengekalkan kebersihan kawasan persekitaran, malah dapat menjadikan kawasan tersebut
lebih indah dan menarik.
ISI-ISI PENTING
AT : Seterusnya , aktiviti gotong-royong dapat memupuk nilai kerjasama serta memudahkan
tugasan dalam kalangan masyarakat.
AC : Misalnya , tugas seperti membersihkan longkang memerlukan lebih dari seorang individu
untuk lakukannya .
AHC : Beberapa individu boleh bekerjasama untuk membersihkan longkang tersebut dalam
masa yang singkat .
AP : Jadi , jelaslah bahawa nilai kerjasama dapat dipupuk dengan melakukan aktiviti gotong-
royong.
ISI-ISI PENTING
AT : Selain itu , dengan melakukan aktiviti gotong royong , hubungan dengan masyarakat
setempat dapat dieratkan.
AC : Tamsilannya, penduduk dapat berintaksi dan berbual sesama sendiri sambil
menyelesaikan sesuatu perkara dan membersihkan kawasan persekitaran.
AHC : Hal ini demikian akan memudahkan urusan sekali gus merapatkan ukhwah dan menjadi
wadah untuk mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
AP : Oleh itu , ternyatalah bahawa hubungan dengan masyarakat setempat dapat dirapatkan
dengan melakukan aktiviti gotong-royong.
ISI-ISI PENTING
AT : Di samping itu , aktiviti gotong royong ini juga dapat memupuk semangat perpaduan
antara satu sama lain .
AC : Misalnya , sewaktu gotong-royong dijalankan , sudah pasti ramai penduduk yang
berbilang kaum dan bangsa di kawasan kejiranan tersebut yang akan datang untuk melibatkan
diri dalam aktiviti kemasyarakatan ini.
AHC : Dengan ini, semangat perpaduan dapat dikekalkan melalui penyertaan setiap bangsa
dan kaum. Masyarakat juga akan saling membantu tanpa mengira latar belakang masing
masing.
AP : Jadi , ternyatalah bahawa semangat perpaduan masyarakat dapat dipupuk dengan
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong.
2 PERIBAHASA YANG SESUAI
BAGAI AUR
BERSATU
DENGAN
KITA
TEBING TEGUH,
BERCERAI
KITA
ROBOH
KESIMPULAN
Intihanya, semua pihak haruslah melibatkan diri
dalam aktiviti gotong-royong kerana amalan ini
membawa banyak faedah seperti
memperindahkan kawasan persekitaran,
memupuk nilai kerjasama, mengeratkan hubungan
sesama penduduk serta mengekalkan perpaduan.
Aktiviti gotong-royong juga perlulah sentiasa
dipraktikkan agar amalan ini tak basah dek hujan,
tak lekang dek panas.