The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by firdaus omar, 2023-11-19 09:13:22

Kepentingan mendaulatkan institusi beraja di malaysia

E-FOLIO

SIDANG REDUKSI PENASIHAT ENCIK KAMSANI BIN MD SAAD EDITOR MUHAMMAD FIRDAUS BIN OMAR PEREKA LAYOUT NUR ERISYA WARDIANA BT SYAHRILL PENGIKLAN NUR QISTINA AWATIF BT MOHD AZLAN SUB EDITOR ALISSA MAISARAH BT NAZRI GRAFIK ADIB FARHAN BIN AZRI


ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN……………………………………………………… PENGENALAN………………………………………………………………… SISTEM BERAJA DI MALAYSIA…………………………………………. KEPENTINGAN INSTITUSI BERAJA DI MALAYSIA……………….. ISU RAJA BERPELEMBAGAAN……………………………………………… KEPENTINGAN TAAT SETIA KEPADA RAJA……………………………. PERANAN INSTITUSI BERAJA……………………………………………….. SUMBANGAN INSTITUSI BERAJA………………………………………….. PENUTUP…………………………………………………………………………


SYUKUR ALHAMDULILLAH DAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN DIPANJATKAN KEHADRAT iLAHI KERANA DENGAN IZIN KURNIANYA DAPAT SAYA MENYEMPURNAKAN TUGASAN BAGI KOD SUBJEK PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU 21032) INI DENGAN JAYANYA. DENGAN KESEMPATAN YANG ADA INI SAYA AMAT BERBESAR HATI UNTUK MENGHADIAHKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK KAMSANI BIN MD SAAD, SELAKU PENSYARAH USAHAWAN KERANA TELAH MELETAKKAN SEPENUH KEPERCAYAAN BELIAU KEPADA SAYA UNTUK MELUNASKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN. SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TIDAK PUTUS-PUTUS DALAM USAHA MEMBANTU UNTUK MENYEMPURNAKAN TUGASAN INI. TERUTAMANYA KEPADA PENSYARAH SAYA ENCIK KAMSANI BIN MD SAAD ATAS BUDI BICARA BELIAU DALAM MEMBERI TUNJUK AJAR SEPANJANG TUGASAN INI DIJALANKAN. SELAIN ITU, SAYA TURUT BERTERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SAYA KERANA TELAH BANYAK MENGHULURKAN BANTUAN DAN KERJASAMA BAGI MEREALISASIKAN USAHA MENYEMPURNAKAN TUGASAN INI DENGAN JAYANYA. UCAPAN IN JUGA DITUJUKAN KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN TUGASAN INI SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG SEGALA BANTUAN YANG TELAH MEREKA HULURKAN AMATLAH SAYA HARGAI KERANA TANPA BANTUAN DAN SOKONGAN MEREKA SEMUA TUGASAN INI MUNGKIN TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN BAIK. SEKIAN, TERIMA KASIH PENGHARGAAN


Institusi Raja tidak dapat dipisahkan dengan masyarakat Melayu. Kedua-dua pihak, sama ada Raja mahupun rakyat saling memerlukan antara satu sama lain. Jatuh bangun sesebuah kerajaan seperti dibuktikan dalam sejarah kerajaan atau kesultanan Melayu, terletak kepada kerjasama antara kedua-duanya. Justeru, Raja yang memerintah memerlukan kebijaksanaan, manakala rakyat wajar memberikan ketaatan kepada Raja atau Sultan bagi memastikan survival dan keunggulan sesebuah kerajaan. Negara hanya wujud selagi wujudnya seorang Raja berwibawa. Dengan kata lain, Raja adalah simbol kepada kedaulatan, kemakmuran, perpaduan, keharmonian dan kekuatan sesebuah Masyarakat. Selain berfungsi sebagai payung dan tonggak kekuatan masyarakat Melayu, peranan Raja-Raja atau Kesultanan Melayu dalam kelestarian dan pengembangan dakwah juga tidak boleh dinafikan. PENGENALAN


SISTEM BERAJA DI MALAYSIA Institusi beraja atau monarki serata dunia, seperti Brunei Darussalam, Thailand, Bhutan, Belgium, Maghribi dan Arab Saudi, serta negara Asia Barat lain, bahkan Britain sering menjadi perhatian dan muncul dalam pelbagai dimensi berita. Di serata dunia juga perbahasan kedudukan dan peranan institusi beraja sering menjadi bahan perbincangan, sama ada dalam konteks akademik atau politik, sama ada mempersoalkan atau menyokong institusi beraja.


Kepentingan institusi beraja di malaysia Tanggal 13 Disember 2016, adalah tarikh yang memahat detik bersejarah untuk rakyat Malaysia apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, mengambil alih giliran bersemayam di atas takhta Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15, iaitu giliran kedua bagi Sultan Kelantan. Institusi beraja secara keseluruhannya adalah satu penerusan pensejarahan Tanah Melayu atau warisan yang sudah lama wujud sebelum kedatangan penjajah Barat. Bagi menyelamat keadaan pemencilan taat setia rakyat kepada Raja-Raja akibat dasar pecah dan perintah oleh penjajah dan tumpuan kesetiaan rakyat yang hanya dicurahkan kepada Raja atau Sultan setiap negeri, maka institusi Yang diPertuan Agong, iaitu permuafakatan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.


ISU RAJA PERLEMBAGAAN Setiap kerajaan atau negara pastinya mempunyai Perlembagaannya masing-masing sama ada bertulis atau tidak, terhimpun dalam sebuah buku atau berada dalam pelbagai sumber rujukan. Perlembagaan dengan kerajaan atau negara tidak boleh dipisahkan kerana Perlembagaan itu cerminan sebuah kerajaan atau negara. Perlembagaan sesebuah negara boleh dirujuk melalui sumber bertulis mahupun amalan yang berlandaskan prinsip kedaulatan negara itu. Sebuah kerajaan atau negara tidak akan wujud tanpa Perlembagaan kerana Perlembagaan itu menjelaskan sistem politik, perundangan, kenegaraan, hal ehwal pentadbiran yang merangkumi fungsi organ-organ dalam pemerintahan serta perhubungan antara kumpulan memerintah dengan yang diperintah dan dengan pihak luar.


KEPENTINGAN TAAT SETIA KEPADA RAJA - Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetian Kepada Raja dan Negara - Walaupun prinsip pertama Rukun Negara berasaskan pengalaman serta penerapan kepercayaan terhadap Tuhan , tetapi prinsip kedua pula adalah berdasarkan kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara. - Prinsip ini seharusnya disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia supaya keamanan , keselamatan serta kedamaian negara kita sentiasa terpelihara. - Kesetian kepada raja amat penting demi mempertahankan warisan kesultanan di negeri-negeri Melayu sejak sebelum era kemerdekaan - Pada masa yang sama , kita perlu mencurahkan taat setia kita terhadap negara demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia.


PERANAN INSTITUSI BERAJA DALAM MENGATASI ISU SEMASA Sistem Raja Perlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan negera sejak merdeka terbukti berkesan memujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara. Institusi beraja adalah teras asas yang mendasari sistem itu sejak negara mencapai kemerdekaan lebi 50 tahun lalu. Krisis politik Malaysia 2009, yang mengakibatkan desakan agar Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri ketiga negara itu, meletak jawatan. Melalui pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin politik, Institusi Diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong memainkan peranan penting dalam menyelesaikan situasi ini. Akhirnya, diputuskan untuk memberi mandat kepada Perdana Menteri untuk memanjangkan tempoh perkhidmatannya sehingga tamat tempoh tersebut.


Sumbangan Institusi Beraja kepada Kestabilan Politik: Pematuhan terhadap Institusi •Institusi Diraja mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi dan melindungi institusi negara. Dengan menegakkan prinsip institusi, Institusi Diraja boleh memastikan kestabilan politik dengan menyediakan asas perundangan yang kukuh dan menunjukkan contoh pematuhan kepada peraturan negeri. Pemangku Raja sebagai Penguat Demokrasi •Di Malaysia, sistem raja berperlembagaan memerlukan pemilihan Pemangku Raja secara berkala. Proses ini melibatkan wakil dari negara-negara yang membentuk Malaysia. Pilihan raya yang adil dan telus akan mengukuhkan legitimasi Institusi Diraja dan menyumbang kepada kestabilan politik. Peranan sebagai Penasihat Tertinggi •Institusi Diraja boleh bertindak sebagai penasihat tertinggi kepada parti eksekutif dan perundangan. Pemimpin Institusi Diraja biasanya memberikan nasihat kepada pemimpin politik, membantu menyelesaikan ketegangan politik dan memberikan pandangan yang boleh meredakan konflik Pengekalan Imbangan Kuasa •Institusi Raja boleh membantu mengekalkan keseimbangan kuasa antara badan kerajaan, seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman. Dengan berfungsi sebagai pemantau dan pengimbang, Institusi Pentadbiran boleh menghalang penyalahgunaan kuasa dan konflik antara badan tersebut. Institusi Beraja boleh menyumbang kepada kestabilan politik di Malaysia dalam beberapa cara yang mengagumkan. Penglibatan dalam Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa •Kehadiran dan peranan Institusi Diraja dalam urusan diplomatik dapat membantu mengeratkan hubungan baik dengan negara lain. Pemimpin Institusi Diraja boleh menjadi duta kehormat mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa, yang seterusnya dapat meningkatkan kestabilan politik negara. Mengekalkan Kedaulatan dan Perpaduan •Institusi diraja boleh menjadi lambang kedaulatan dan perpaduan negara. Dengan memainkan peranan ini, Institusi Diraja dapat mendorong rakyat untuk bersatu di bawah bendera negara dan mengekalkan perpaduan negara. Mengatasi Krisis Politik •Pemimpin Institusi Kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam menangani krisis politik. Dalam situasi ketidakstabilan politik, pemimpin Institusi Diraja boleh bertindak sebagai pengantara atau penyatuan untuk membantu mencapai persetujuan politik. Mengekalkan Tradisi Kepimpinan yang Stabil •Kepimpinan yang stabil dan mampan dalam Institusi Diraja dapat memberi kepastian dan keyakinan kepada rakyat tentang kelangsungan pemerintahan. Ini boleh mengurangkan ketidaktentuan politik yang boleh menjejaskan kestabilan negara.


GALERI ALBUM


PENUTUP Akhir kata, Bangsa lain di negara ini harus menghormati kontrak sosial dan memahami bahawa Islam dan Melayu adalah agama serta bangsa teras di negara ini. Setiap negara ada agama dan bangsa teras serta dominan yang perlu diiktiraf dan dihormati. Kefahaman bangsa lain terhadap kedudukan Islam dan Melayu sebagai agama serta bangsa teras di negara ini akan menjamin kestabilan, keharmonian dan kemakmuran negara. Selain itu, Raja juga bukan hanya menjadi Raja atau ketua kepada sesuatu bangsa atau golongan tertentu, malah memayungi kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum, agama dan politik.


SUMBER RUJUKAN 1:HTTPS://WWW.BHARIAN.COM.MY/RENCANA/LA IN-LAIN/2020/11/753716/INSTITUSI-RAJA-PERLUDIJUNJUNG-DEMI-KEUTUHAN-NEGARA 2:HTTPS://WWW.SINARHARIAN.COM.MY/ARTICL E/108024/BERITA/NASIONAL/PERANANINSTITUSI-RAJA-SEMAKIN-MENCABAR 3:HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/PENGUKUHAN/ POSTS/KEPENTINGAN-MENDAULATKANINSTITUSI-BERAJA-DI-MALAYSIAKEPENTINGANMENDAULATKAN-IN/879409295835267/ 4:HTTPS://WWW.BHARIAN.COM.MY/RENCANA/L AIN-LAIN/2022/06/963015/INSTITUSI-BERAJAMENYEMPURNAKAN-KEADILAN-UNTUK-RAKYATNEGARA


DISEDIAKAN OLEH: 1.MUHAMMAD FIRDAUS BIN OMAR (18DUP23F1021) 2.ADIB FARHAN BIN AZRI (18DUP23F1016) 3.NUR ERISYA WARDIANA BT SYAHRILL (18DUP23F1011) 4.NUR QISTINA AWATIF BT MOHD AZLAN (18DUP23F1038) 5.ALISSA MAISARAH BT NAZRI (18DUP23F1025)


Click to View FlipBook Version