The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alisbana, 2020-06-26 03:15:34

Bahasa Melayu Bina Ayat

Cikgu Abd Halim bin Sulaiman

Keywords: Nota dan latihan

BAHASA MELAYU
JOM BELAJAR BINA AYAT

BERSAMA….

Cikgu Abd.Halim bin Sulaiman
SK Parit Pechah, Muar

Cikgu Halim

Cikgu Halim FORMULA MENULIS BINA AYAT

“SKOP”

• S – SIAPA (nama orang,nama binatang,berapa orang)

• K – KATA KERJA (aktiviti atau perbuatan yang dilakukan)

• O- OBJEK (benda apa, barang apa)

• P – PELUASAN (guna apa, untuk apa,agar apa, supaya apa)

• Contoh ayat lengkap 1:

No S- Siapa K-Kata kerja O-Objek P-Peluasan
1 Azlan membasuh baju yang kotor menggunakan mesin basuh.
2 Monyet memanjat pokok untuk mengambil buah pisang yang telah
masak.
3 Dua orang budak bermain congkak di ruang tamu rumah dengan rasa gembira.

4 Pakcik Ali menonton televisyen sambil bersandar di sofa kegemarannya.
5 Puan Rita
menghidangkan makanan tengah hari untuk dinikmati ahli keluarganya.

Cikgu Halim

Cikgu Halim

INGATAN MESRA UNTUK MURID-

MURID

• Diharapkan murid-murid jelas dan faham tentang topik menulis bina
ayat yang cikgu kongsikan pada hari ini.

• Ingat ya murid-murid, tulis nombor mengikut urutan 1 hingga 5 setiap
kali menulis bina ayat. Mulakan dengan huruf besar, begitu juga
perkataan yang menggunakan kata nama khas perlu ditulis dengan
huruf besar dan akhiri dengan tanda noktah atau titik (.).

• Jangan lupa buat latihan pada link yang cikgu berikan di bawah ini.
Isi maklumat lengkap seperti alamat email, nama murid dan kelas,
serta bina ayat pada ruangan yang disediakan.

• Murid yang selesai menyiapkan latihan ini akan layak menerima sijil. Cikgu Halim

Terima kasih.


Click to View FlipBook Version