The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohammad azim, 2024-01-23 00:59:20

Buletin-DMDI-06

Buletin-DMDI-06

Malaysia Indonesia China Singapura Sri Lanka Kemboja United Kingdom Filipina Mesir Timor Leste Bosnia and Thailand Madagascar Maldives Netherland Australia Afrika Selatan Brunei Canada New Zealand Arab Saudi Bangladesh Mauritius Herzegovina Terbitan Mei - Jun 2021 TABUNG DMDI KEMANUSIAAN “Jika seseorang meninggal dunia, maka putuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh” (HR Muslim 16:31) BANTU KAMI UNTUK BANTU MEREKA 554110526275 0411241100014713 Sumbangan Aidilfitri DMDI Afrika Selatan bersambung di muka 3 DMDI Kemboja Hulur Sumbangan »19 »23 »23 DMDI Platform Kesatuan, Perpaduan TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam bersama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Kali ke-11 Tahun 1442H/2021M di MITC Grand Ballroom, Ayer Keroh, Melaka pada 4 Mei lalu. JOHAN QARI Muhammad Rizqon JOHAN QARIAH Mawaddah Warahmah AYER KEROH : Semangat perpaduan dan silaturrahim antara umat Melayu-Islam terus kuat dan erat walaupun diuji dengan pelbagai cabaran pada masa kini. "Saya yakin dengan semangat dan asas perjuangan DMDI yang meletakkan diri mereka sebagai platform untuk kesatuan dan perpaduan umat Melayu-Islam," kata Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama daripada TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bertempat di Anjung Mutiara, Seri Mutiara, Pulau Pinang pada 26 April lalu. Golongan Asnaf Terima Bantuan DMDI Riau bersambung di muka 2


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 2 dari muka hadapan DMDI Platform Kesatuan, Perpadaun Perkukuh Kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Melaka Demi Manfaat Umat Islam AYER KEROH : Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Pihak Berkuasa Agama Negeri akan terus diperkukuh demi manfaat umat Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, ketetapan itu adalah hasil pertemuan pada kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. “Beberapa isu hal-ehwal Islam telah dibincangkan bersama TYT, antaranya berkaitan kebajikan kader JAKIM di Melaka dan usaha kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Agama Negeri dalam membanteras ajaran akidah yang menyeleweng,” tegasnya. Beliau juga telah membentangkan Kad Laporan 1 Tahun Pentadbiran dan berkongsi beberapa inisiatif terkait Hal Ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang telah dilaksanakan untuk pertimbangan bagi pelaksanaan di Negeri Melaka. Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam Cenderamata Sekapur Sirih pada Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), di Grand Ballroom MITC di sini 4 Mei lalu. Beliau mengucapkan tahniah kepada DMDI dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana bersama menganjurkan program ke-11 ini dengan jayanya. Katanya, DMDI dan MAIM telah bersama menganjurkan Majlis Tilawah ini yang masuk tahun ke-11 dan masih berjaya mengekalkan pelaksanaannya dalam bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan. "Dalam suasana pandemik Covid-19 ini ramai pihak telah terjejas di mana kita harus menghadapi kehidupan dalam norma baru. "Sesuai dengan keadaan semasa buat kali pertamanya majlis ini diadakan secara dalam talian. Saya amat berbangga dengan penyertaan lebih 60 peserta dari negara anggota DMDI. Ini membuktikan semangat perpaduan dan silaturrahim antara kita masih lagi kuat dan erat walaupun diuji dengan pelbagai cabaran pada masa kini,"tegas beliau. Beliau mendoakan agar usaha murni ini berterusan dan dapat membawa perpaduan dan kesejahteraan umat Melayu-Islam. "Diharapkan melalui kerjasama DMDI dan MAIM ini bangsa Melayu-Islam dapat terus bersatu di semua lapisan masyarakat di dunia serta mengelakkan perpecahan untuk mencapai agenda yang telah digariskan. “Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Melaka akan terus diperkukuh demi manfaat umat Islam, insya-Allah,” jelasnya. Lihat muka 15,16,17 dan 18


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 3 YANG di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir ke Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yassin Perdana Bandaraya Melaka Bersejarah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Melaka Bersejarah 2021 di Masjid As Syakirin, Bachang, 15 April lalu. Hadir sama Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu. TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir bagi menerima Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Sains Politik dan Kerajaan) dari Universiti MAHSA sempena Majlis Konvokesyen Universiti MAHSA Yang ke-18 di Universiti MAHSA, Kuala Langat, Selangor pada 17 April lalu. Turut hadir Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman. TYT Tun Seri Setia dan Toh Puan turut berkesempatan melawat tempat pembelajaran dan bangunan-bangunan akademik Universiti MAHSA. Mohd Ali terima Ijazah Doktor Falsafah PERTEMUAN pengurusan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam bersama TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka bagi membincangkan persiapan Konvensyen DMDI Kali Ke - 21 Tahun 2021 yang akan dilaksanakan pada Ogos ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 4 TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Kolej Dunia Melayu Dunia Islam. Hadir sama Pengerusi Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Mohd Ridhwan Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali. AYER KEROH : DMDI bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka melakukan kunjungan hormat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Kunjungan hormat berkenaan diadakan lantaran pihak JPJ memetrai hubungan kerjasama dengan DMDI bagi merealisasikan Program Keselamatan Jalan Raya dan Khidmat Komuniti di Perkampungan Orang Asli Gapam Baru Selandar, Jasin sempena Hari Ulangtahun JPJ ke-75. Pihak JPJ dan DMDI yang berganding bahu akan memastikan program yang bakal menyaksikan Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam menyempurnakan program, berjalan lancar seterusnya mencapai matlamat. Sudah semestinya banyak program sampingan menarik yang disediakan khas bukan sahaja kepada komuniti Orang Asli di kawasan berkenaan tetapi juga orang ramai yang hadir mengunjungi program berkenaan. MESYUARAT pengurusan kolej DMDI yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Mohd Ridhwan Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali. PENULIS terkenal dan pemikir hebat Tan Sri Prof. Abdul Latiff Abu Bakar menyampaikan buku-buku nukilannya kepada Pemangku Presiden DMDI, Prof. Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Jamil Mukmin. Buku-buku berkenaan kini ditempatkan untuk bacaan umum di Pusat Sumber Dan Dokumentasi Yayasan DMDI, Kota Cemerlang, Ayer Keroh. DMDI, JPJ Anjur Program Keselamatan Jalan Raya


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 5 AYER KEROH : Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menerusi Kedai Serbaneka DMmart (DMmart) dan jenama Donut Bumiputera terkenal negara iaitu syarikat kendalian Donut Xpress Sdn Bhd yang juga dikenali dengan jenama Dazs Donut And Coffee mengukuhkan lagi hubungan dengan menjalin kerjasama dalam bidang perniagaan. Kolaborasi sulong ini terlahir atas dasar persefahaman yang dimetrai sebelum ini bersama pemilik jenama yang juga pengarah urusan syarikat berkenaan iaitu NurSuannie Samsudin. DMmart, Dasz Donut Jalin Kerjasama seperti hari ini, tetapi akan membuka lebih banyak lagi cawangan Dazs Donut And Coffee di seluruh Malaysia. Dengan menyajikan tidak kurang dari 30 jenis perasa donut premium yang diminati oleh semua peringkat umur, Dazs Donut and Coffee seiring dengan taglinenya iaitu ‘Joy begins from here’, akan memastikan kualiti donut-donut yang dijual mereka berada pada tahap paling baik, lembut seterusnya memenuhi kehendak pasaran. Justeru itu, pada 3 April lalu menyaksikan pelancaran Dazs Donut And Coffee di DMmart oleh Pengerusi Yayasan DMDI, Mohd. Ridhwan Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali bersama penasihat DMmart, Datin Seri Azreen Abu Noh. Hadir sama Pengerusi DMDI Ventures, Datuk Wira Jamil Mukmin. Pada pelancaran itu Dazs Donut And Coffee bersama-sama mengagihkan donut percuma dan Buletin DMDI kepada orang ramai. Sebarang maklumat lanjut mengenai rakan niaga boleh hubungi kami di talian 013-6996066, dan di media sosial rasmi Dazs Donuts And Coffee. Manakala sesiapa yang berminat untuk menjalankan Kedai Serbaneka DMmart, sila hubungi Puan Raziah di talian 012-6921760. website : www.dazsdonuts.com email : [email protected] Instagram & Facebook : @dazsdonutsandcoffee Facebook : @Dmmart Instagram : @dmmartayerkeroh NurSuannie menjelaskan hubungan kerjasama dengan DMDI dan DMmart adalah yang terbaik memandangkan DMDI agresif membantu dan menyediakan “platform” untuk mempromosikan produk usahawan terutamanya pada tahun 2021 yang merupakan tahun memperkasakan usahawan Bumiputera DMDI. DMDI pada ketika ini sedang mengorak langkah untuk membuka lebih banyak lagi DMmart khususnya di seluruh Melaka dan juga ke seluruh negara pada permulaan tahun depan. Pada Mei lalu, lahirnya cawangan Kedai Serbaneka DMmart yang kedua di Jalan Hang Tuah. DMmart di Jln Hang Tuah mempamerkan kedai serbaneka (Convenient Store) yang “premium” dan DM café. “A lifestyle café” - ruang untuk pelanggan DMmart untuk menikmati “coffee” yang disediakan oleh barista yang terlatih. ke 24 buah negara anggota DMDI. Sementara itu, Dazs Donut And Coffee pula tidak hanya berpuas hati dengan memiliki 30 sahaja cawangan jualan DMDI (M) Pahang menyerahkan bantuan kepada Keluarga CC2 yang dikuarantin bagi mengurangkan kesusahan mereka yang tidak dapat keluar rumah. RIDHWAN (tiga kiri) dan Jamil (dua kiri) ketika pelancaran Dazs Donut And Coffee di DMmart di Kota Cemerlang, Ayer Keroh.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 6 Tabung Bantuan Palestin-DMDI Malaysia TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Pengarah merangkap Pengurus DMDI Malaysia, Datuk Abdul Rahim Abu dan Datin Nur Mottahatti Mat Nor iaitu Dr. Wan Nurnadya Syuaizzn dan pasangannya Dr. Muhammad Haniff Asyraf di Villa Istana Melaka, Ayer Keroh, Melaka, pada 4 April lalu. Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali. DMDI Malaysia mengikuti perkembangan terkini kekejaman Rejim Zionist Israel terhadap rakyat Palestin mutakhir ini. Rakyat Palestin dibunuh secara kejam terutamanya orang awam, wanita dan kanak kanak yang tidak berdosa. Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun rasmi DMDI Malaysia seperti tertera di bawah: Bank-in description hendaklah diletak "TABUNG BANTUAN PALESTIN". TARIKH AKHIR SUMBANGAN ADALAH PADA 20/6/2021 Datuk Hj Md Nasir bin Ghani Pengerusi DMDI Malaysia Atas dasar kemanusiaan, DMDI Malaysia dan DMDI NegeriNegeri seluruh Negara dengan ini melancarkan TABUNG BANTUAN PALESTIN untuk kutipan sehingga 20 Jun 2021. Jumlah keseluruhan akan diserahkan kepada wakil Voice of Palestin untuk disalurkan kepada mangsa kekejaman Israel di Palestin. TABUNG BANTUAN PALESTIN Akaun No: 04042010011266


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 7 CERAMAH Menyambut Ramadhan Al-Mubarak "Ramadhan Dinanti Ganjaran Dinikmati" oleh Ustaz Murad Ahmad di Surau DMDI Tingkat 3 Kota Cemerlang, Ayer Keroh RNZ AGARWOOD dan DMDI Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Teknologi Retort & Pemprosesan makanan, prinsip dan praktis QC, QA Sensori, Keracunan Makanan, Mikrobiologi pada 9 April lalu di Hotel Tabung Haji Kelana Jaya. Seramai 70 peserta menghadiri kursus tersebut. Peserta mempelajari bagaimana mana teknologi retort dapat membantu memanjangkan hayat produk makanan dan minuman di simpan lebih lama sehingga satu ke dua tahun. Ia adalah satu proses perawatan haba untuk mematikan kuman secara kombinasi. Majlis penutup dan penyampaian sijil dilakukan oleh Setiausaha Agung DMDI Selangor, Rosli Awang. RNZ Agarwood, DMDI Selangor Anjur Bengkel PENYAMPAIAN sumbangan DMDI (M) Wilayah Persekutuan oleh pengerusinya Fauziah Mohd Amin kepada Tabung Kemanusiaan DMDI disampaikan kepada Datuk Wira Dr Mohd Jamil Mukmin, Pemangku Presiden DMDI di Pejabat DMDI Kota Cemerlang, Ayer Keroh DATIN Siti Hawa Abas mewakili DMDI Malaysia menghantar sumbangan Kurma daripada TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam kepada Pejabat DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. MAJLIS penyerahan sumbangan 200 asnaf di Parlimen Tebrau di Kompleks Sungai Tiram anjuran bersama Alumni 4B Negeri Johor, Alumni 4B Kawasan Tebrau dan DMDI Negeri Johor.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 10 LAKSAMANA Cheng Ho atau lebih terkenal dengan nama Zheng He (1371-1433M) merupakan diplomat penting Dan Pelayaran Islam China. Beliau amat tersohor dan ulung. Laksamana Cheng Ho adalah individu yang bertanggungjawab memastikan hubungan diplomatik kukuh diantara Melaka dengan Dinasti Ming Di China. Sebaik dilantik menjadi diplomat, Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam tidak bertangguh lagi dan terus menjalankan tanggungjawabnya dengan berlayar di beberapa negara demi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik diantara Negara Tembok Besar China dengan negara-negara lain. Antara pelabuhan yang disinggahi beliau ketika Pelayaran pertamanya adalah Pelabuhan Champa, Thailand, Jawa, Aceh, Melaka, Palembang, Sri Lanka, Dan Calikut. Sementara pelayarannya yang ketujuh iaitu pelayarannya yang terakhir membawanya ke beberapa negara lagi iaitu Bengal, Quilon, Cochin, Maldives, Qeshm, Sugar, Aden, Ras As Salif, Makkah, Muqdishho, Baraawe Dan Jabo. Dan betapa menariknya pelayaran pelayaran ini termasuk apa yang dilalui oleh Laksamana Cheng Ho sepanjang singgah di negara-negara berkenaan telah dikupas dengan lebih lanjut oleh Prof. Datuk Wira Dr. Hj. Mohd. Jamil Mukmin menerusi buku 'Laksamana Cheng Ho; Dalam Sejarah Melaka Dan Hubungan Diplomatik Dengan Dinasti Ming Di China'. Buku menarik dengan 78 muka surat ini digarap dengan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dibahagikan dalam 10 bahagian, buku istimewa ini dimulakan dengan pendahuluan yang menceritakan Laksamana Cheng Ho Diplomat Penting Satukan Melaka dan Dinasti Ming bagaimana Laksamana Cheng Ho berlayar dengan 62 kapal dengan 27,800 orang yang mengiringi kapal induk yang dinaiki Cheng Ho. Menerusi buku ini, Mohd. Jamil menerangkan dengan terperinci bagaimana perdagangan dan budaya Melaka diantara Negara China dengan Melaka berkembang hasil dari hubungan diplomatik yang digerakkan oleh Cheng Ho. Mohd. Jamil juga tidak terkecuali menulis dalam buku ini bagaimana gembiranya hati Parameswara dengan hubungan diplomatik yang dirintis Laksamana Cheng Ho ini hingga Parameswara pada 1411M bersama Permaisuri, menteri-menteri dan 540 ahli rombongan telah berkunjung ke Negara China serta menetap selama dua bulan di negara berkenaan. Parameswara merupakan Raja Melaka Pertama dalam sejarah telah mengunjungi Negara China. Pada 1414M, Parameswara sekali lagi telah berkunjung ke China dan pada tahun 1424M pula, Sultan Muhammad Syah merupakan Raja Melaka kedua telah mengunjungi Negara China. Mohd. Jamil juga menerangkan bahawa kehadiran angkatan laut Cheng Ho di Melaka ini telah mencipta satu sejarah bermakna dalam konteks hubungan diplomatik, perdagangan dan budaya diantara Melaka dan China. Untuk makluman semua pembaca, buku Laksamana Cheng Ho ni merupakan satu dari 13 buah buku yang ditulis Mohd. Jamil. Kesemua 13 buah buku yang ditulis Mohd. Jamil adalah Sejarah Keagungan Kerajaan-Kerajaan Islam (610M-1922M); Sejarah Kerajaan Islam (Secara Ringkas); Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara (Secara Ringkas); Tun Perak Dalam Pemerintahan Dan Pentabdiran Kesultanan Melayu Melaka; Laksamana Chen Ho Dalam Sejarah Melaka Dan Hubungi Diplomatik Dengan Dinasti Ming Di China; Tun Fatimah Serikandi Melayu dan Tun Kudu Wirawati Melaka. Buku lain yang ditulis Mohd. Jamil adalah Gerakan Islam Di Malaysia: Kesinambungan, Respon Dan Perubahan (1957-2000); Gerakan Beliau 4B Malaysia: Sejarah, Perjuangan Dan Cabaran (2002); Peranan Dan Fungsi Unit Penyelarasan Dan Perlaksanaan Suatu Analisis Pengerak Jentera Pembangunan (1998); Dasar Beliau Negara Satu Tinjauan (1994); Islam Kebenaran Dan Keadilan (1993) dan Sejarah Perkembangan Islam (1992). Sebarang pertanyaan mengenai buku ini boleh berhubungi dengan Pusat Sumber Dan Dokumentasi Yayasan DMDI di talian 017-6181395. MOHD Jamil Mukmin Ph.D


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 12


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 13 AYER KEROH : Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) giat meningkatkan kebersihan dan keceriaan termasuk menaik taraf landskap serta pencahayaan di kawasan itu. Yang Dipertuanya, Datuk Shadan Othman berkata buat masa ini kerja naik taraf yang menelan kos kira-kira RM500,000 telah dijalankan dan siap Disember lalu. “Usaha ini bagi merancakkan pelbagai aktiviti di kawasan Ayer Keroh sebagai strategi untuk menyemarakkan industri pelancongan di negeri ini pada tahun ini. “Inisiatif yang dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu adalah bagi menyokong usaha kerajaan untuk menarik kedatangan pelancong”, jelas beliau. Katanya, menerusi Rancangan Kawasan Khas Pelancongan membuktikan pelancong domestik yang datang ke negeri ini banyak menghabiskan masa di Ayer Keroh. “Justeru itu, kita sedang giatkan pelbagai aktiviti terutamanya di Zoo Melaka dengan penganjuran Dinasour World pada Januari lalu yang menjadi pertunjukan terbesar di Asia. “Kita juga membangunkan International Bird Show dalam Zoo Melaka yang dijangka menjadi tarikan untuk pelancong mengunjungi taman rekreasi tersebut,” katanya. “Saya yakin dengan pelbagai usaha selain naik taraf yang kita lakukan akan membantu menyemarakkan lagi kedatangan pelancong ke Melaka,” katanya. MPHTJ Rancakkan Pelbagai Aktiviti Di Ayer Keroh PENGERUSI DMDI (M) Datuk (Dr.) Md Nasir Ghani menyampaikan buah kurma dari TYT Yang diPertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam kepada Koperal Azhar untuk disampaikan di Pejabat DYMM Sultan Johor. SHAHDAN memberi penerangan kepada Mohd Ali dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali SHAHDAN ketika ditemuramah oleh Ketua Pengarang Buletin DMDI, Ishak Dalib MOHD Ali ketika meninjau lokasi-lokasi menarik di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Mohd Ali ketika membuat tinjauan di lokasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 14 Pengerusi Biro Wanita DMDI Malaysia, Dato’ Joyah Abd Rashid menerima Sijil Penghargaan dari TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Golongan Asnaf Negeri Melaka di Grand Ballroom MITC, 7 Mei lalu. Ramadan Didik Jadi Insan Bertakwa, Nilai Integriti SELANGOR : Manfaat ganjaran Ramadan biarpun dalam kesulitan hendaklah direbut peluang dan mengejar ganjaran dijanjikan pada bulan ini, kata Presiden Persatuan SLDN Malaysia, Dato’ Joyah Abd. Rashid. Beliau berkata, Ramadan disambut penuh ceria dan kedatangannya dijanjikan pelbagai keistimewaan dan kenikmatan. "Kebiasaannya, kedatangan Ramadan tidak terkecuali dengan rasa seronok dan meriah kerana ia juga dianggap sebagai bulan kemeriahan ibadah. "Maka, amat sinonim kedatangan bulan ini dinantikan penuh keterujaan," katanya pada Majlis Iftar Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Anjuran Persatuan SLDN Malaysia. Program terbabit dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Muttalib. Beliau menjelaskan antara matlamat utama program diadakan adalah bagi menghayati dan memuliakan amalan sunnah Rasulullah SAW. "Sepanjang Ramadan kita mengenali dan menghargai golongan yang kurang bernasib baik dan kita membuat kebajikan dan mengagihkan bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan yang memerlukan. "Ia terus mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat dan amalan bersedekah di.bulan ini amatlah dituntut. Nabi junjungan kita Muhammad SAW pernah menceritakan tentang tujuh jenis manusia yang mendapat naungan di hari akhirat. Salah satu dari tujuh golongan tersebut adalah orang yang suka bersedekah," jelasnya. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tetamu jemputan daripada agensi-agensi kerajaan seperti Mara, Giatmara, Tabung PTPK, JPK, SLDN, JAKOA, KEMAS, ROS, KPKT, DMDI, Bank Islam serta semua penyumbang untuk anak-anak Pusat Jagaan Amal Asyura, Pusat Jagaan Kasih Bestari dan Pertubuhan Anak Yatim Baitul Kasih Country Homes Selangor. "Datuk Seri telah memberi sokongan dan dorongan yang tidak jemu-jemu dari mulanya penglibatan Persatuan dari tahun 2016 sehinggalah sekarang. "Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada exco Persatuan SLDN Malaysia dan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis yang mulia ini. “Seseorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalannya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya. KETIBAAN Ismail disambut oleh Joyah dan barisan warga jawatankuasanya. ANTARA penerima sumbangan yang disampaikan oleh Ismail. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada exco Persatuan SLDN Malaysia dan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus bagi “ menjayakan majlis yang mulia ini. “


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 15 Bantu Promosi Melaka Majlis Tilawah Al-Quran DMDI-MAIM Dalam Talian AYER KEROH : Kerajaan Melaka yakin dan percaya usaha yang dilakukan oleh DMDI dengan menganjur Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa DMDI akan dapat mengukuhkan lagi silaturrahim antara Melaka dengan negara-negara anggota DMDI, sekaligus membantu mempromosi negeri ini di peringkat antarabangsa. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata majlis terbabit telah mendapat sambutan daripada peserta dalam dan luar negara iaitu di kalangan negara anggota DMDI. "Kerajaan Melaka mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) kerana berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa," katanya pada Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Hadiah Sempena Majlis Tilawah AlQuran Peringkat Antarabangsa DMDI bersama MAIM di Grand Ballroom MITC, pada 5 Mei lalu. TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah pada majlis terbabit. Ucapan Sulaiman dibacakan oleh Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar Dan Pengurusan Banjir, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron. Menurut Sulaiman, majlis terbabit telah mendapat sambutan daripada peserta dalam dan luar negara iaitu di kalangan negara anggota DMDI. "Saya difahamkan seramai 60 qari dan qariah dari 13 negara anggota DMDI iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, China, Sri Lanka, Mauritius, Timor Leste, Australia iaitu Perth dan Sydney, Bosnia-Harzegovina dan Kanada. "Bagi negara Indonesia pula sebanyak 18 provinsi telah menghantar penyertaan diikuti lapan negeri di Malaysia," katanya Justeru, beliau mengucapkan setingggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun yang telah menjadi pengasas kepada pertubuhan DMDI sejak 21 tahun yang lalu. “Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. "Mudah-mudahan majlis ini yang diadakan secara tahunan ini akan memberi ruang dan peluang kepada umat Islam untuk sama-sama bermuhasabah seterusnya berusaha mengeratkan ikatan persaudaraan demi kebaikan umat Islam untuk menuju kecemerlangan duniawi dan ukhrawi," katanya. Menurut beliau, majlis yang melibatkan peserta dari 23 negara anggota DMDI ini telah dijadikan sebagai medan untuk meninggikan syiar Islam melalui pembudayaan alQuran. "Usaha murni ini bukan sekadar terletak di bahu MAIM mahupun DMDI semata-mata sebaliknya semua pihak harus berganding bahu memastikan syiar Islam terus berkembang di Melaka khususnya, serta peringkat antarabangsa secara amnya,” ujar beliau. Berbeza pada tahun sebelumnya program pada tahun ini DMDI dan MAIM telah berjaya melaksanakan program Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ini secara dalam talian (online) yang melibatkan penyertaan dari luar negara kerana perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. MOHD Ali, Idris bersama hadirin megaminkan doa pada Majlis Perasmian Dan Penyampaian Hadiah Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa DMDI bersama MAIM di Grand Ballroom MITC pada 5 Mei lalu. ANTARA tetamu dan para jemputan yang hadir


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 16 Sos Sansari Kemboja Muhammad Rizqon Kalimantan Selatan M. Faiz Ridlolla Ifta Jawa Barat Samsul Arifin Kalimantan Tengah Irfan Ahmat Timar Kepulauan Riau Shukri Frydie Afrika Selatan Wildan Alwi Endang DKI Jakarta Yazid Umar Nassution Riau Akhmad Zunaidi Jawa Timor Mohd Kamaruzaman Daud Perak Muhammad Sadid Abdul Latif Singapura Farhan Muhammadi Sumatera Utara Usmanan A. Hamid Se Nusa Tenggara Barat Moh. Sukran Sulawesi Tengah Mohd Nazri Daud Kelantan Muhammad Akmal Ismail Melaka Haris Zogic Bosnia Herzegovina M. Mumu Omo Australia Barat Muhammad Affendi Sulawesi Selatan H. Ahmad Fadhlan Bengkulu Muhammad Yasir S Of Sulawesi Tenggara Muhammaddin Aceh Mohd Hanafi Abdullah Terengganu Peserta Qari SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 16


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 17 El Torniyas Kemboja Hayatun Nufus DKI Jakarta Mawaddah Awrahmah Riau Noor Suhaiza Chulan Wilayah Persekutuan Umi Khomsah Afifah Australia Barat Magmooda Taliep Afrika Selatan Ari Haswani Sumatera Utara Ikramatul Fitri Aceh Marzian Mohd Deli Kedah Widatul Wahidah Mahamod Singapura Dewi Rosita Bengkulu Lisa Fitria Mazlan Kepulauan Riau Normawaty Sahat Melaka Sofiah Mawaddah Al-Insyirah Kalimantan Selatan Daffa Ulima Azqia Jawa Barat Munira Razali Perak Merjen Kapo Fejzic’ Bosnia Herzegovina Peserta Qariah JOHAN Muhammad Rizqon (Kalimantan Selatan) JOHAN Mawaddah Warahmah (Riau) NAIB JOHAN Wildan Alwi Redang (DKI Jakarta) NAIB JOHAN Widatul Wahidah Mahamod (Singapura) KETIGA Muhammaddin (Aceh) KETIGA Daffa Ulima Azqia (Jawa Barat) 88.0% 86.0% 85.0% 82.5% 84.5% 82.5% Keputusan Penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa DMDI dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 17


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 18 MOHD Ali hadir pada Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Hadiah Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa DMDI bersama MAIM di Grand Ballroom MITC pada 5 Mei lalu. ANTARA barisan Jawatankuasa Hakim diketuai Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Halim Tawil. WAKIL-wakil pemenang Qari dan Qariah menerima replika cek yang disampaikan oleh Mohd Ali.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 19 KETUA Umum DMDI Riau Datuk Ir. Ajis Manap bersama Datin Milawati dan Nur Ayang menghantar makanan untuk sahur di lokasi bencana banjir Kubang Pekanbaru 7 Mei lalu. DMDI PEDULI melaksanakan dua program sosial iaitu menghantar bantuan asas makanan seperti beras, gula, telor dan sebagainya kepada mangsa banjir Rumbai Pesisir selepas Sholat Jumaat 7 Mei lalu. Mereka turut menghantar bantuan kain sarung untuk pegawai masjid di Okura selepas Asar dan berbuka serta Tarawikh di situ. KETUA DMDI Propinsi Riau, Datuk Seri Ir. Ajis Manap bersama 40 peserta rombongannya menziarahi makam Syeikh Haji Abdul Ghani Al Khalidi di Muara Mahat Daerah XIII, Kota Kampar pada 10 April lalu. Rombongan terbabit yang bergerak dari Kompleks Kantor Lembaga Adat Melayu Riau turut disertai Biro Pelancongan turut melawati Batu Bersurat, Muara Takus dan tempat-tempat lain. “Tujuan lawatan ini antara lain untuk lebih mengetahui apa yang terdapat di Daerah Riau tapi menjadi perbincangan di negara orang,” kata beliau. Ziarah Tempat Menarik DMDI Afrika Selatan menyediakan bungkusan yang disumbangkan kepada golongan memerlukan sempena menyambut Aidilfitri pada 10 Mei lalu.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 21 KUALA LUMPUR : DMDI (M) Wilayah Persekutuan menziarahi Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong pada 13 Ramadan lalu. Rumah jagaan ini menampung seramai 21 warga emas lelaki dan 23 warga emas wanita yang semuanya beragama Islam. Menurut pengerusinya, Fauziah Mohd Amin, pendapatan rumah jagaan ini adalah hasil sumbangan orang ramai dan Rumah Kebajikan Sukarelawan untuk orang tua Islam ini hanya ada satu yang wujud di negara ini. Bantuan yang diperlukan adalah antaranya pampers (lampin pakai buang, ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit, ubat sedative, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya serta peralatan Mesin Dialysis, Kereta Sorong. 'Mereka juga memerlukan beras, telur, susu dan makanan seperti Nestum, oats, corn-flakes dan lainlain. Cara paling mudah untuk membantu ialah dengan membuat e-banking sekadar ikhlas kepada satusatunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim tersebut yang berada di Puchong melalui webpage berikut. http://al-ikhlashomecare.blogspot.com/ Rumah ini berdaftar dengan Kerajaan dan mendapat sedikit sumbangan dari Zakat Negeri Selangor. Rayuan ini dibuat berikutan semakin ramai orang tua yang menghuni rumah ini kerana tiada waris yang mengambil mereka dari Hospital Serdang yang terpaksa menerimapesakit baru yang kian meningkat. "Ada juga yang dihantar oleh waris tanpa sebarang sebab,"katanya. SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS Lokasi : Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong Alamat Penuh : Lot 3530, Jln Bt 18, Kg Pulau Meranti, 47120, Puchong. No. Telefon : 016-6786364 DMDI Wilayah Persekutuan Bantu Kumpul Dana DMDI PEDULI menyampaikan bantuan seperti beras, minyak masak, gula dan al-Quran kepada anak-anak yatim, guru mengaji dan sebagainya. Terima kasih kepada Presiden DMDI, Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam yang telah mendukung dan memberikan bantuan. SUMBANGAN Pejabat Menteri Tugas Khas Kemboja, Datuk Okhna Othsman telah disampaikan kepada fakir miskin di negara itu. “Kami CMDF dengan kerjasama CYMA, CMIU serta CIWODA telah bertungkus lumus menjayakan agihan sumbangan Ramadan ini,” katanya.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 23 PHNOM PENH: Naib Presiden DMDI dan juga Presiden DMDI Kemboja,Oknha Datuk Dr. Othsman mengedarkan sumbangan Ramadan kepada 230 keluarga Muslim Kemboja yang diwakili 30 keluarga di Kampung Prek Tapov, Sangkat Prek Pra, Khan Chbar Ampov, di sini pada 27 April lalu. Sumbangan ini diterima dari The Muslim World League, (Rabita) melalui Yayasan Pembangunan Muslim Kemboja. Setiap keluarga menerima 20 kg beras, 2 kg gula, 5 tin susu pekat dan 2 liter minyak masak. Pada tahun ini, The Muslim World League, (Rabita) telah menyediakan 3,000 hamper makanan pada bulan Ramadan kepada Muslim Kemboja dan akan diedarkan ke daerah-daerah lain lagi. Seramai 230 Keluarga Muslim Kemboja Terima Sumbangan PEKANBARU : Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Riau bersama Sekretariat Daerah Kota Pekanbaru HM Jamil SAg MSI MM menziarahi dan berbuka bersama warga Pondok Pesantren Ashabul Kahfi, di Jalan Tengku Maharani Kelurahan Maharani, Kecamatan Rumbai Barat, pada 23 Mei lalu. Pada kesempatan itu, DMDI Riau juga menyerahkan bantuan makanan dan peralatan sholat dan al-Quran. Sekretariat juga menyerahkan bantuan dana berjumlah Rp5 juta. Rombongan DMDI Riau dipimpin Datuk Ajis Manaf SP dan Wakil Ketua, Abu Kasim SAd, Ketua Bidang Dakwah DMDI Riau Drs H Ayubi Nahar dan pengurus lain, warga DMDI Riau Serah Bantuan, Ziarah Anak Yatim sekretariat HM Jamil serta dari rumah anak-anak yatim, Ashabul Kahfi Ustaz Rino Agung Albantani SAg. ‘’Kami sangat berterimakasih atas kedatangan rombongan DMDI Riau dan juga Pekanbaru kerana masa ini sangat ditunggu-tunggu oleh anak-anak kurang mampu, anak yatim piatu dan bahkan ada anak-anak gelandangan. “Alhamdulillah kami dapat bersilaturahim dengan mengeratkan persahabatan bersama semua yang terbabit,” kata Ajis. Beliau mengharapkan, agar bantuan yang diberikan itu dapat meringankan beban penerima dan berharap tempat pengajian ini berjaya dan berjalan dengan baik.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 27 BANDAR BARU BANGI : Hajat anak lelakinya yang mahukan ibu dia mengeluarkan produk menggunakan jenamanya akhirnya tertunai. Namun hajat anaknya untuk melihat produk jenama itu tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia sehari selepas meminta ibunya berbuat demikian, akibat kemalangan jalan raya. “Saya keluarkan produk pomade untuk memenuhi hajat arwah anak, permintaannya sehari sebelum meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 21 Januari 2020. “Saya ambil masa satu tahun untuk dapat kekuatan menunaikan hajat arwah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ballistic Burst Resources, Siti Anida Ahmad. Anak beliau, arwah Mohamad Syazwan Mohamad Zahid ketika itu bertugas di 12 RAMD Kuantan, Pahang. Kini syarikat terbabit mengeluarkan produk seperti sambal bilis dan acar buah. “Walaupun kini hadapi PKP akibat pandemik Covid-19 tetapi alhamdulilah produk Kopi Astax’s, sambal bilis dan acar buah tetap mendapat sambutan hangat bagi permintaan dalam negara dan di luar negara” katanya. Menurut beliau syarikatnya masih terus menghantar produk ke Filipina walaupun keadaan pandemik Covid-19. Keluarkan Produk Pomade Penuhi Hajat Arwah Anak Antara produk yang dikeluarkan oleh Balistic Burst Resources AHLI Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong pada majlis penyerahan sumbangan kepada 100 asnaf di Pejabat Ahli Parlimen itu pada 22 Mac lalu. SITI Anida...mahu perluaskan pasaran produk “Penghantaran produk ke Filipina masih berjalan seperti biasa tapi agak perlahan,” jelasnya. Menurut beliau, pada masa hadapan syarikatnya merancang mengeluarkan Produk Kurus Minuman Coklat dan Teh Herba untuk kesihatan. Beliau berkata, syarikatnya di Indonesia, PT Rahma Mustika Ningrat di Jalan KKO Prajurit Usman Jakarta Pusat, juga semakin rancak memasarkan produk keluaran ya. Mengenai misi bantuan kebajikan di mana pihaknya yang turut sama membantu, beliau berkata penghantaran akan diagihkan selepas Hari Raya Aidilfitri kerana masih menunggu penyumbang. “Mereka berminat boleh hubungi kita di nombor 019 6200371 dan ibadah korban akan diadakan seperti tahun lepas iaitu di sekitar Marawi City dan Metro Manila. Ballistic Burst Resources beroperasi di Jalan Ostia Utama, BANGI Business Avenue, Bandar Baru Bangi Selangor.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 30 AYER KEROH : Pelbagai program dana akan dan terus dikumpul serta diadakan bagi membantu umat Islam terutama golongan asnaf yang memerlukan. Pengerusi DMDI (M), Datuk (Dr.) Md. Nasir Ghani berkata, pelbagai program dapat dapat dibuat jika lebih banyak dana berjaya dikumpulkan. "Majlis ini adalah bersempena dengan Program Kembara Ramadan yang dilaksanakan di setiap negeri mengikut kemampuan dan keperluan. "Dengan itu jalinan mesra ini akan menjadikan umat Islam bertambah kukuh di dalam segenap aspek," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Golongan Asnaf Negeri Melaka sempena Program Kembara Ramadan DMDI Malaysia 2021 di Grand Ballroom MITC di sini 7 Mei lalu. Majlis terbabit disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Hadir sama Pemangku Pengerusi DMDI, Datuk Wira (Dr.) Mohd Jamil Mukmin, Pengerusi Yayasan DMDI, Mohd Ridhwan Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali, Pengarah merangkap Pengurus DMDI Malaysia, Datuk Rahim Abu dan Pengerusi-Pengerusi Negeri DMDI (M). Seramai 300 asnaf dari Hang Tuah Jaya, Perkumpulan Wanita (Istana), Jasin, Melaka Tengah, Masjid Tanah, Alor Gajah dan Persatuan Cina Muslim Melaka hadir DMDI Terus Anjur Program Bantu Asnaf-Nasir menerima sumbangan yang disampaikan oleh Tun Mohd Ali. Katanya, Ramadan adalah masanya untuk melakukan kebaikan kerana kemuliaannya itu. “Ramadan adalah satu bulan mulia yang mana Allah SWT menjanjikan gandaan pahala kepada mereka yang melakukan kebaikan. "Kepada golongan asnaf kita tidak sentiasa Susah kerana Allah sentiasa bersama kita. "Yang penting hubungan kita sesama kita yang perlu dieratkan mengikut landasan agama. "Kepada penyumbang yang memberi sokongan material dan moral diucapkan terima kasih," jelasnya. Beliau juga berharap sumbangan yang diagihkan sekurangkurangnya dapat membantu penerima terutama dalam situasi mencabar ketika ini berikutan penularan COVID-19 semakin membimbangkan. ANTARA penerima sumbangan yang disampaikan oleh Mohd Ali pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Golongan Asnaf Negeri Melaka Sempena Program Kembara Ramadan DMDI Malaysia di Grand Ballroom MITC pada 7 Mei lalu. Hadir sama Jamil dan Mohd Ridhwan (kiri). ANTARA yang hadir memenuhi Grand Ballroom MITC di Ayer Keroh.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 31 ANTARA penerima sumbangan dan penyumbang pada Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Golongan Asnaf Negeri Melaka Sempena Program Kembara Ramadan DMDI Malaysia di Grand Ballroom MITC pada 7 Mei lalu menerima sumbangan dan sijil penghargaan dari Mohd Ali.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BULETIN DMDI 32 Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) is seriously condemning the Israel’s military actions on the people of Gaza. DMDI viewed this cruel actions of Israel to be stopped immediately. The United Nations (UN) and The Organisation of Islamic Cooperation (OIC) have to immediately convene to demand Israel to stop this aggression which violates the human rights of Palestinian citizens to live peacefully in their own land and country. DMDI demands the major countries of the world to immediately suppress and block the economy on Israel to MELAKA : Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menggesa Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) menghantar tentera pengaman ke Gaza bagi menghalang tentera Israel daripada terus melakukan serangan ke atas rakyat Palestin. Presidennya, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Bin Mohd Rustam, berkata DMDI berpandangan tindakan keganasan Israel itu perlu dihentikan segera dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza. “PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hendaklah segera bersidang menuntut Israel menghentikan segera keganasan ini yang melanggar Media Statement Dunia Melayu Dunia Islam 15 Mei 2021 indicate the objection, so that Israel learns to respect the human rights of Palestinian citizens to live in peace. DMDI also urges the world powerful countries like United States, European Union, China, and Russia to play their roles to give international pressures to Israel. If Israel continues to aggress on Palestine, the United Nations need to send peacekeeping force to Gaza to prevent Israel military from continuously killing Palestinian citizens. Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam President of Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) hak asasi manusia untuk rakyat Palestin hidup aman damai dalam negara mereka sendiri. “DMDI menuntut negara-negara besar segera mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel supaya Israel mendapat pengajaran terutamanya dalam menghormati hak asasi manusia dan rakyat Palestin dapat hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya dalam kenyataan pada 15 Mei lalu. DMDI juga menggesa kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah (EU), China dan Russia dapat memainkan peranan dengan memberikan tekanan antarabangsa terhadap Israel. DMDI Kutuk Serangan Israel Ke Atas Palestin


Click to View FlipBook Version