Malaysia Indonesia China Singapura Sri Lanka Kemboja United Kingdom Filipina Mesir Timor Leste Bosnia and Thailand Madagascar Maldives Netherland Australia Afrika Selatan Brunei Canada New Zealand Arab Saudi Bangladesh Mauritius Herzegovina Terbitan Ke-8 (September-Oktober 2021) TABUNG DMDI KEMANUSIAAN “Jika seseorang meninggal dunia, maka putuslah amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh” (HR Muslim 16:31) BANTU KAMI UNTUK BANTU MEREKA 554110526275 0411241100014713 MOHD Jamil menyerahkan replika cek sumbangan kepada Tabung Pembinaan Masjid Pulau Besar kepada Sulaiman disaksikan oleh Mohd Ali pada Majlis Penyampaian Anugerah Khas sempena Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Al-Azim pada 19 Oktober lalu. GAMBARAN artis Masjid Pulau Besar Melaka yang akan dibina di pulau berkenaan. BUKIT PALAH : Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menerusi Sekretariat DMDI serta Yayasan DMDI tidak ketinggalan menyalurkan sumbangan dalam bentuk ‘wakaf’ iaitu sumbangan kepada Tabung Pembinaan Masjid Pulau Besar yang akan dibangunkan di pulau popular berkenaan. Sumbangan dari Sekretariat DMDI sebanyak RM5,000 disampaikan Naib Pengerusi DMDI, Prof. Datuk Wira Dr. Hj. Mohd. Jamil Mukmin sementara Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin menyampaikan sumbangan RM5,000 bagi pihak Yayasan DMDI. Saham Wakaf Tabung Pembinaan Masjid Pulau Besar Melaka Sumbangan muka 3 & 4 Lihat Muka 7 Lihat Muka 17 Lihat Muka 17 Kampung Angkat DMDI Persiapan MTQ DMDI Acheh Covid Dry Ratio Drive 04015010078877 Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar Melaka
BULETIN DMDI 2 BUKIT PALAH : Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman menghadiri Majlis Anugerah Khas Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Auditorium Al Azim, Masjid Al-Azim di sini pada 19 Oktober lalu. Ketibaan beliau dan isteri pada jam 8.30 pagi disambut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad serta barisan Exco kerajaan negeri. Hadir sama, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam (MAIM), Datuk Md Rawi Mahmud serta Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat. Dengan bertemakan Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti, majlis berkenaan dihadiri kira-kira 200 tetamu. MOHD Ali bersama Sulaiman melancarkan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Al-Azim pada 19 Oktober lalu. Sulaiman yang juga Pengerusi MAIM dalam ucapannya berkata, ummah yang berkualiti meletakkan ciri rabbani sebagai keutamaan dalam cara hidup serta menjadikan Al-Quran dan as-sunnah sebagai rujukan utama dalam kehidupan. Katanya, dalam konteks cabaran hari ini, sebahagian besar daripada dasar kerajaan yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk membendung wabak COVID-19 selain membantu golongan terjejas. “Walaupun kes positif COVID-19 hari ini dilihat semakin berkurangan namun kita perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. TYT dan Isteri Hadir Sambutan Maulidur Rasul “Bukan itu sahaja, saya menyeru kepada semua khususnya umat Islam untuk sama-sama menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagai usaha memutuskan rantai wabak ini,” katanya. Dalam majlis itu, bekas Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Sharul Lalli Masduki yang dinobatkan Tokoh Umar Abdul Aziz antara sembilan individu yang menerima Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul. Turut menerima anugerah berkenaan, Pengerusi Kluster Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Rahimin Bani yang menerima Tokoh Muhamad Al-Fateh. MOHD Ali menyaksikan penyampaian anugerah Tokoh Umar Abdul Aziz kepada Sharul Lalli disaksikan Sulaiman dalam Majlis Penyampaian Anugerah Khas sempena Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Al-Azim pada 19 Oktober lalu. KETUA Pengarang Buletin DMDI, Ishak Dalib mewakili DMDI (M) menyerahkan sumbangan Tabung Pembinaan Masjid Pulau Besar Melaka kepada Sulaiman.
BULETIN DMDI 3 Bagi sumbangan wakaf ikhlas dari anak-anak syarikat berjenama DMDI pula berjumlah RM15,000 dan disampaikan Setiausaha Agung DMDI, Hazleen Talib. Sumbangan ini disampaikan wakil-wakil dari DMDI kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman Md. Ali dengan disaksikan Yang diPertua Negeri Melaka yang juga Presiden DMDI, Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd. Ali Mohd. Rustam pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1443H/2021M di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah pada 19 Oktober lalu. Sejumlah RM183,199.00 telah berjaya dikumpulkan dalam majlis itu. Pembinaan masjid itu yang menelan kos pembinaan kira-kira 20 juta melibatkan dana Kerajaan Persekutuan dan sumbangan daripada pelbagai agensi. 1. Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam (Yang di-Pertua Negeri Melaka) 2. YBhg. Datuk Seri Hj Mohamad Fazil Bin Hj Shafie & YBhg. Datin Seri Hjh Norazlin Bte Hj Abu Bakar 3. Dama Design And Build Sdn Bhd 4. YBhg. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka 5. YBhg. Datuk Mohd Azam Bin Mohamad 6. Kesumas Sdn Bhd 7. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) 8. Yayasan DMDI 9. Sekretariat DMDI 10. Restoran Mohd Chan 11. Herman Breimo 12. YBhg. Datuk Haji Mat Ali Bin Haji Salleh 13. Dahlia Planner 14. Yayasan Bukit Katil 15. KHR Chartered Accountants 16. Ahmad Zaharah Resources Sdn Bhd 17. Koperasi Kakitangan Istana Melaka (Kokaim) 18. Singgahsana Construction 19. Singgahsana Emas 20. DMDI International Education 21. DMDI Venture Sdn. Bhd. 22. DMDI Malaysia 23. Tetuan Nooriza, Susila & Co. 24. Muzium UMNO 25. Rahim Maarop Enterpirse 26. AG Bumi Hartanah Sdn. Bhd. 27. Innive Sdn. Bhd. 28. Tahap Puncak Sdn Bhd 29. Target Success Sdn Bhd 30. Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (Keskim) 31. Syed Aziz Bin Syed Mohd 32. World Youth Foundation (WYF) RM5,000.00 RM40,199.00 RM36,000.00 RM15,000.00 RM15,000.00 RM10,000.00 RM5,000.00 RM5,000.00 RM5,000.00 RM5,000.00 RM5,000.00 RM10,000.00 RM5,000.00 RM2,000.00 RM2,000.00 RM2,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 RM1,000.00 Senarai Penyumbang Saham Wakaf Masjid Pulau Besar Dari Muka Hadapan Cara Sumbangan di Muka 4
BULETIN DMDI 5 PELANCARAN Buku Taman Sang Guru terbitan Jamiyah Singapura dengan kerjasama Sekretariat DMDI pada 15 Oktober lalu. Hadir sama, Professor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Kanan Kementerian Ehwal Dalam Negara dan Kementerian Pembangunan Negara. Ia disaksikan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Turut serta, Datuk Azfar Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, serta isteri Datin Che Norhayati Soib. Turut hadir wakil daripada DMDI Kemboja, DMDI Kanada, DMDI Thailand, DMDI China, DMDI Australia Barat, DMDI Indonesia. Pelancaran Buku Taman Sang Guru Yayasan Al-Jenderami TUAN Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam, telah mengadakan lawatan ke Yayasan Al-Jenderami yang terletak di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor pada 18 Oktober lalu. Beliau turut sama menyantuni penghuni-penghuni yang menginap di Yayasan Al-Jenderami serta sempat melawat persekitaran pusat pengajian yang terdapat di sana. Beliau juga telah menghadiri Majlis Maulid Nabi selepas solat Asar di tempat yang sama sebelum pulang ke Melaka. DMDI Singapura
BULETIN DMDI 7 PROGRAM Konvoi Bermotosikal “Konvoi Peduli Orang Asli” anjuran AMZ Bikers dengan kerjasama Yayasan DMDI dan JAKOA telah diadakan di Perkampungan Orang Asli Gapam Baru, Selandar pada 23 Oktober. Konvoi yang disertai 40 buah motosikal itu diadakan bertujuan untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan bantuan berupa keperluan asas kepada lebih 70 keluarga Orang Asli yang terdapat di sini. Program ini juga turut dihadiri oleh Datuk Wira Dr. Hj Mohd Jamil Mukmin; Naib Pengerusi DMDI, Datuk Hj Abu Dollah Hitam; Pengurus Perkampungan Orang Ali Yayasan DMDI, Datuk Amzah; AMZ Biker, Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi; Pengarah Program Konvoi, Seli Bin Tengga dan Tok Batin Kampung Gapam. Hadir sama Resni Emal; Tok Batin Kampung Seraya, Wakil JAKOA, Hazelen Talib dan Saiful Azrin; Wakil Sekretariat DMDI, Fatiha dan Junaidah; Wakil Yayasan DMDI serta masyarakat Orang Asli Kpg Gapam Baru. Konvoi Bermotosikal ini juga berkesempatan melawat ke Kampung Orang Ali Bukit Seraya iaitu Kampung Angkat DMDI kedua selepas Kampung Orang Asli Gapam. Konvoi Peduli Orang Asli PERTEMUAN Yayasan DMDI bersama Masyarakat Kampung Orang Asli Kampung Bukit Seraya di Dewan Komuniti Kampung Orang Asli Gapam Baru, Selandar, Melaka pada 20 Oktober lalu. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk menjadikan Kampung Orang Asli Bukit Seraya sebagai Kampung Angkat DMDI. Turut hadir bersama adalah Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin dan Pengurus Perkampungan Orang Asli Yayasan DMDI, Datuk Hj Abu Dollah Hitam. Acara turut diakhiri dengan sumbangan Kit Bantuan Makanan kepada Masyarakat Orang Asli yang hadir dalam pertemuan tersebut. PUAN Sri Datin Mimi Nur Liana Lim yang juga Penasihat DMmart Kota Cemerlang melawat DMmart dan Foodbank di Kota Cemerlang. Hadir sama Naib Pengerusi DMDI, Datuk Wira Dr Mohd Jamil Mukmin dan Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Husin. Kampung Angkat DMDI
BULETIN DMDI 8 Tun Fatimah Serikandi Melayu ‘Walaupun hamba seorang perempuan tetapi bukanlah tempat hamba di ceruk dapur kerana di dalam berperang, kaum perempuan pun mengangkat keris dan pedang’- Tun Fatimah Tun Fatimah seorang wanita cantik yang merupakan anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Tun Mutahir adalah Bendahara Melaka yang ke-8 (1500-1510). Menerusi catitan Sejarah Melayu, Tun Fatimah yang merupakan Wirawati Melaka bersemangat kental sangat jelita parasnya. Wajahnya yang tiada cela seperti bulan purnama sering menambat hati sang jejaka. Si cantik jelita ini ketika daranya telah berkahwin dengan Tun Ali yang mana Tun Ali adalah anak Seri Nara Diraja Tun Tahir Penghulu Bendahari Melaka. Ketika majlis perkahwinan Tun Fatimah bersama Tun Ali, Sultan Mahmud Syah (1488-1511) telah berangkat menghadiri majlis perkahwinan si cantik manis terbabit. Namun, sesuatu yang tidak diduga berlaku. Ini apabila Sultan Mahmud Syah telah jatuh hati dan terpana melihat kecantikan Tun Fatimah. Baginda murka kerana Tun Mutahir menikahkan Tun Fatimah bersama Tun Ali. Baginda juga murka kerana Tun Mutahir tidak memaklumkan kepadanya bahawa beliau telah memiliki seorang anak gadis yang rupawan. Sungguhkan berhadapan kemurkaan sultan pemerintah ketika itu, rumah tangga Tun Fatimah bersama Tun Ali amat tenang dan bahagia lebih-lebih lagi pasangan ini dikurniakan seorang puteri yang dinamakan Tun Terang. Bagaimanapun, konflik dalam kehidupan Tun Fatimah bermula apabila musuh-musuh bapanya iaitu Raja Mendeliar, Dato’ Syahbandar Melaka serta beberapa rakan termasuk Saudagar Nina Sura Dewana serta Si Kitul memainkan peranan menghancurkan keluarga Tun Mutahir dengan menabur fitnah kononnya Bendahara Tun Mutahir merancang untuk merampas kuasa ingin menjadi Sultan. Laksamana Khoja Hassan diberikan emas dan perak oleh pakatan jahat berkenaan agar Laksamana Khoja Hassan Berdasarkan buku karya Prof. Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Jamil Mukmin Oleh : Faten Othman BUKU Tun Fatimah Serikandi Melayu Karya Mohd. Jamil. menyampaikan berita ‘rampasan kuasa Tun Mutahir’ kepada Sultan Mahmud. Sultan Mahmud yang sememangnya mendendami Tun Mutahir gara-gara menyorokkan kisah memiliki anak gadis yang cantik telah memerintahkan agar Bendahara Tun Mutahir serta seluruh ahli keluarganya dihukum bunuh kecuali Tun Fatimah, anaknya Tun Terang dan Tun Hamzah iaitu anak kecil Seri Nara Diraja Tun Tahir. Ekoran tidak dibunuh dan diapa-apakan, Tun Fatimah kemudian berkahwin dengan Sultan Mahmud seterusnya ditabalkan menjadi permaisuri Melaka pada tahun 1510. Sungguhpun telah bergelar Permaisuri Melaka, beliau tetap bersedih diatas perbuatan Sultan Mahmud yang membunuh seluruh ahli keluarganya. Dan Tun Fatimah juga tidak sanggup serta tidak bersedia untuk mengandungkan anak Sultan Mahmud selagi Sultan Mahmud tidak memberi jaminan melantik puteranya sebagai Sultan menggantikan baginda di kemudian hari. Setelah jaminan diperolehi dari Sultan Mahmud, baharulah Tun Fatimah bersedia mengandungkan zuriat Sultan Mahmud dengan melahirkan Raja Putih, Raja Khatijah dan Raja Ali. Setelah Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud telah berundur ke Muar, Pahang, Bentan dan akhir sekali di Kampar, Sumatera. Baginda telah mendirikan kerajaan di Kampar pada tahun 1526 dan mangkat pada tahun 1528. Tun Fatimah sentiasa memberi semangat kepada suaminya Sultan Mahmud untuk menyerang Portugis di Melaka. Baginda telah melakukan beberapa serangan balas tetapi gagal. Dengan semangat Serikandi dan keperwiraan itulah Tun Fatimah di gelar “Cik Puan Seri Kampar”.
BULETIN DMDI 9 Mohd Jamil Mukmin Seorang Penulis Hebat. Dilahirkan pada tahun 1945 di Kampung Sungai GulangGulang, Tanjung Karang, Selangor. Prof. Datuk Dr. Hj. Mohd. Jamil Bin Mukmin merupakan Naib Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Mohd. Jamil pernah berkhidmat dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat Daerah, Negeri dan tidak terkecuali pernah berkhidmat di peringkat Persekutuan di dalam perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) bermula tahun 1970 sehingga tahun 1994. Sebaik membuat keputusan bersara secara pilihan sebelum menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP, kini dikenali sebagai Institut Tun Perak ITP) bermula tahun 1994 sehingga 1997, Mohd. Jamil terus aktif dalam bidang penulisan dengan menulis kisah-kisah sejarah yang kemudian dibukukan. Ketika bergelar Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bermula tahun 1997 sehingga tahun 2000, nama Mohd. Jamil semakin dikenali sebagai penulis kisah sejarah yang tersohor apabila membukukan kisah sejarah Tun Fatimah, Tun Kudu, Laksamana Hang Tuah dan Cheng Ho. Menyorot kisah di kampus, Mohd. Jamil merupakan seorang pelajar yang aktif dalam pelbagai pergerakan pelajar dan belia. Semasa bergelar mahasiswa di Universiti Malaya, Mohd. Jamil pernah diberi amanah dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMUIM) bermula tahun 1967 sehingga tahun 1968 dan Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada tahun 1969 hingga tahun 1970. Tidak terkecuali, Mohd. Jamil juga merupakan salah seorang dari pengasas Pergerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Antara lain juga Mohd. Jamil turut pernah menjawat jawatan sebagai Setiauasaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia iaitu pada tahun 1971 sehingga tahun 1973, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) bermula tahun 1976 sehingga tahun 1979 dan Setiauasaha Jawatankuasa Majlis Belia Asean (untuk Malaysia) sekitar tahun 1978 sehingga tahun 1979 selain pernah menjadi Naib Pengerusi Kongres Belia Sedunia untuk Pembangunan Dan Makanan yang berpusat di Kaherah, Mesir iaitu pada tahun 1978 sehingga tahun 1979. Cemerlang di dalam pendidikan, Mohd. Jamil merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2005. Figura ini juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dan Diploma Pentadbiran Awam (DPA) dari Universiti Malaysia (UM) masing-masing pada tahun 1970 dan tahun 1978. Mohd. Jamil juga disahkan sebagai pemegang Sarjana Pentadbiran Awam (Master In Public Administration@MPA) dari University of Southern California, Los Angeles Amerika Syarikat pada tahun 1981. Mohd. Jamil turut tidak melepaskan peluang untuk mengikuti kursus dalam Program Penilaian Dan Pengurusan Pelaburan Ekonomi (Programme on Investment Appraisal and Management (PIAM) dari University of Havard, Boston Amerika Syarikat pada tahun 1986. Atas kecemerlangan serta jasa yang dicurahkannya, Mohd. Jamil kemudian dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2001 dan kemudian dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2016. Mohd. Jamil juga dianugerahkan Anugerah Profesor Adjung dari Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) pada tahun 2013 dan Profesor penuh daripada ‘The International Academy Of Management and Economics (IAME) di Filipina tahun 2016. Beliau juga telah di anugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Negeri Melaka pada tahun 2017.
BULETIN DMDI 12 Bantu Keluarga B40 Atasi Jurang Kemiskinan AYER KEROH : Pengerusi DMDI (M), Datuk (Dr.) Md. Nasir Abd Ghani berkata, lebih ramai belia dari keluarga B40 yg berdaftar dengan e-kasih dapat diberikan peluang yang sama untuk mengurangkan jurang jumlah keluarga yang jatuh dalam kategori miskin. Katanya, program kursus dan latihan berstruktur seumpama ini mampu untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka. “Peserta perlu bukan saja dilatih dan diberi bimbingan ketika kursus, malah dilanjutkan dengan ‘coaching dan mentoring’ hingga tempoh tertentu untuk meningkatkan daya saing dan tahan. “Ia juga bagi menggalakkan pembabitan peserta kepada usahawan Bumiputera B40 terutama kalangan belia, wanita, ibu tunggal dan suri rumah menjalankan perniagaan secara atas talian dan tidak memerlukan modal tinggi bagi menyediakan premis perniagaan komersil,” jelasnya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kursus Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di sebuah hotel di sini pada 30 Oktober lalu. Hadir sama Naib Presiden DMDI, Datuk Wira (Dr.) Mohd Jamil Mukmin dan Pengurus Besar DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin. “Kita harap kursus ini memperkasa gerakan peserta di kalangan Bumiputera B40 termasuk berasaskan komuniti sebagai salah satu pendekatan bagi merangsang pembangunan keusahawanan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah,”tegasnya. Menurut beliau, program seumpama ini dengan kewangan sosial yang diperkenalkan dengan kerjasama institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan pelaksana utama bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang kehilangan mata pencari boleh membantu. “Usahawan yang layak akan diberi latihan keusahawanan, pengurusan kewangan dan sokongan untuk membangunkan perniagaan yang dipilih,” katanya. Kursus PIAGAM Tarik Peserta Johor, Melaka AYER KEROH : Seramai 30 peserta yang berasal dari Melaka dan Johor menyertai Kursus Peruncitan dan Pemasaran Online yang diadakan selama lapan hari di sebuah hotel di sini. Kursus yang bermula dari 23 hingga 31 Oktober itu disertai juga peserta yang mengambil Kursus Makanan Minuman Sejuk Beku dan peserta berusia di bawah 29 tahun ke bawah. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Pembangunan Usahawan Malaysia (PIAGAM), Fauziah Mohamed Amin berkata kursus terbabit dianjurkan dengan jayanya, termasuk dengan sentuhan dari penceramah berpengalaman. “Saya rakam setinggi terima kasih kepada semua tetamu kehormat, penceramah serta semua peserta yang bersama menjayakan kursus ini. “Semua peserta kursus penyediaan makanan sejuk beku dibekalkan peralatan berikut secara percuma,” katanya. Antara yang diterima peserta ialah Berjaya Freezer 100 Liter capacity, Mixer 7 Liter, Electric Oven, heat sealer dan tujuh lagi peralatan dan kelengkapan lain. Sementara peserta Pemasaran Online dibekalkan Laptop, Printer, lighting box, studio lighting, software dan lima lagu kelengkapan lain. “Selepas penutup lori bergerak ke Johor dan Melaka untuk menghantar semua peralatan terus ke rumah peserta,” jelas Fauziah. MD. Nasir bersama Fauziah (dua kiri) bersama antara peserta di Majlis Penutup Kursus Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB)
BULETIN DMDI 13 Dari Muka 12 MESYUARAT khas diadakan mengenai penubuhan Sekretariat DMDI dan pengoperasian DMDI di beberapa lagi negara kesatuan Eropah yang dirancang dibuka dalam waktu terdekat. Mesyuarat khas ini dipengerusikan Naib Presiden DMDI, Prof. Datuk Wira Dr. Hj. Mohd. Jamil Mukmin. Turut sama dalam mesyuarat ini adalah Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin dan Setiausaha Agung DMDI, Hazleen Talib dan Perunding Khas Dmmart, Datin Seri Azreen Abu Noh. “Antara perincian yang boleh dikongsi adalah DMDI serta fungsi dan peranannya yang aktif membantu warga Melayu Islam di seluruh dunia akan diperkenalkan dengan lebih meluas lagi di Denmark, Sweden, Norway dan Finland menerusi penubuhan Sekretariat DMDI di negara-negara berkenaan, Insyallah”, kata Mohd Jamil. Ia selaras dengan aspirasi Pengerusi Yayasan DMDI, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali yang mahu DMDI kekal kukuh diserata dunia menerusi Sekretariat khasnya. Penubuhan Sekretariat DMDI di Negara Kesatuan Eropah YAYASAN DMDI mengadakan lawatan seterusnya pemantauan ke Kampung Tersusun DMDI di Bukit Senggeh, Jasin, Melaka. Diketuai Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin, lawatan berkenaan turut disertai Naib Pengerusi DMDI, Prof. Datuk Wira Dr. Hj. Mohd. Jamil Mukmin. Lawatan ke tanah milik Yayasan DMDI ini merupakan lawatan rutin yang dibuat setiap minggu oleh pengurusan tertinggi DMDI. Lawatan dan pemantauan ini juga adalah untuk memastikan sebarang pembangunan yang sedang rancak dibuat di tanah berkenaan dilaksanakan dengan penuh integriti dan dibuat mengikut jadual. Kampung Tersusun DMDI Di Bukit Senggeh, Jasin “DMDI juga akan menjalankan program dan aktiviti yang mengangkat Kesatuan Islam dan bangsa Melayu di negaranegara berkenaan sebaik Sekretariat ditubuhkan. DMDI tidak ketinggalan akan membantu mempromosikan lagi Melaka di negara-negara berkenaan selain memastikan DMDI kekal berdiri teguh untuk masa hadapan dan konsisten dengan misi bantuan kemanusiaan yang kini sedang aktif dijalankan,” jelasnya.
BULETIN DMDI 14 Wacana Segar Pembangunan Sumber Manusia AYER KEROH : Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Fasa 2 bagi tahun ini adalah untuk menyediakan wacana segar terhadap pembangunan sumber manusia mahir agar ia seiring dengan matlamat kerajaan yang mahu ekonomi negara segera pulih dari krisis penularan wabak COVID-19. Presiden Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia, Datuk Joyah Abd Rashid berkata. Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Program PEKB itu sememangnya selaras dengan matlamat KPKT dalam memperkemaskan mutu perkhidmatan di bawah pakej-pakej yang telah dikenalpasti. “Antaranya, Program Pembangunan Minda Insan yang bertujuan untuk meningkatkan jati diri golongan sasar, mengubah minda supaya lebih terbuka kepada perubahan. “Ia juga meliputi Program Bina Upaya yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran golongan sasar,” katanya pada Majlis Penutup Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar Fasa 2 Tahun 2021 di sebuah hotel di sini 26 Oktober lalu. Majlis penutup disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Haji Abd. Muttalib. Hadir sama Naib Presiden DMDI, Datuk Wira Dr. Jamil Mukmin, Pengurus Besar DMDI, Datuk Wira Zainal Abu dan Pengarah DMDI (M), Datuk Abd Rahim Abu. Menurut Joyah, program terbabit juga meliputi Program Celik Kewangan yang bermatlamat mendidik golongan sasar dalam pengurusan kewangan. Selain itu, katanya, program seperti Menjana Pendapatan Melalui Keusahawanan juga dimasukkan yang bermatlamat menggalakkan penyertaan golongan sasar dalam projekprojek keusahawanan. “Kami berbesar hati kerana dapat menjayakan bersamasama rakan strategik Persatuan iaitu KPKT. “Kita juga berjaya melaksanakan Kursus Urutan Selepas Bersalin (Post-Natal) bermula 20 Oktober hingga 26 Oktober. Ia menyasarkan golongan sasaran. “Kepada para peserta kursus agar sentiasa melakukan perubahan diri ke arah kebaikan seperti upskilling dan reskilling khususnya dalam meningkatkan nilai, keupayaan dan prestasi serta kualiti insaniah,” jelas beliau. PENGARAH DMDI Datuk Ab. Rahim Abu ketika memberikan ceramah kepada peserta ISMAIL bersama tetamu kehormat pada Majlis Penutup Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) JOYAH ketika memberikan taklimat kepada peserta program ANTARA peserta yang menerima barangan sumbangan penganjur selepas tamat kursus
BULETIN DMDI 15 MOHD Chan Group Bhd mengumumkan pembukaan cawangan yang ke-21 di Taman Seribu Bunga Melaka April lalu. Ia akan menjadi momen bersejarah dengan cawangan baru, Mohd Chan By The Garden di taman bunga ini selepas 14 tahun bertapak di dalam industri. Menampilkan kelainan menu yang bertemakan bunga, ia menjadi salah satu keunikan yang menanti pelanggan khususnya di negeri Melaka hasil kerjasama dengan Koperasi Kakitangan Istana Melaka Bhd (KOKAIM). “Kami menjanjikan suasana tenang dan mendamaikan dengan dikelilingi bunga-bungaan yang pelbagai. Hidangan Lazat Dikelilingi BungaBungaan Untuk kemudahan pengunjung, restoran ini juga dilengkapi kawasan tempat letak kereta, surau dan berpeluang mengambil gambar berlatarbelakangkan taman bunga yang menarik, ia juga sesuai bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan majlis perkahwinan dalam taman. Pada 1 November lalu Puan Sri Datin Mimi Nurliana Lim Abdullah telah dilantik sebagai Duta Mohd Chan Products Pau n Dim Sum di Melaka. Orang ramai boleh melayari laman web kami di www. mohdchan.com.my dan Facebook Mohd Chan Malaysia atau Instagram mohdchan.my. “Pengurusan restoran berharap dengan pembukaan cawangan baharu ini, ia dapat memberikan pelanggan lebih banyak pilihan untuk menikmati hidangan lazat di kawasan yang menakjubkan,” kata Pengurus Besar Datuk Mustafa Chan. Mohd Chan By The Garden terletak bersebelahan pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Seri Negeri. Dengan suasana serta dekorasi dalaman restoran di dalam kelas tersendiri, pelanggan bagaimanapun dapat menikmati hidangan pada kadar berpatutan. Hidangan kepada pelanggan disediakan tukang masak kami dengan menggabungkan tradisi masakan Cina dengan teknik masakan Asia Tenggara. Pastinya kami menyediakan hidangan makanan Cina Muslim yang halal, berkhasiat dan lazat. Selain menikmati hidangan lazat, terdapat kemudahan untuk mengadakan perhimpunan keluarga, parti serta bilik untuk orang kenamaan (VIP). Keseluruhannya restoran ini boleh menampung 160 pelanggan pada satu-satu masa. TUAN Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam melakukan lawatan ke cawangan baru Mohd Chan By The Garden diiringi oleh Puan Sri Datin Liana Lim Abdullah bersama Penolong Pengurus Pemasaran DMDI Travel dan DMmart, Muhammad Aiman Abdullah
Pengurus DMDI Travel & Tours Sdn Bhd
BULETIN DMDI 17 Covid Dry Ratio Drive and To Mark Prophet Muhammad Meeladun Nabi Birth Day ON the invitation of Dunia Melayu Dunia Islam Srilankan Chapter President Dr. T. M. Anuwar Ulumudeen, His Excellency The Malaysian High Commissioner H. E, Yang Thai Tan and his beloved wife and the staff visited the one and only Malay majority village in the island and in Hambantota District Kirinda. The welcome process was nicely arranged by the able Principal of Kirinda Muslim Maha Vidyalaya Mr. N. P. Alawudeen. The Malaysian High Com mission reached Kirinda sharp at 4 PM and had a meet and greet gethering with the village people. The base Imam of Kirinda Jummah Masjid Moulavi Ihsan Jabbar and Al Aksa Masjid base Imam Moulavi M. Thahir Najeem too were present. Kirinda villagers were emphasizes on below two main assistance from High Commissioner and DMDI 1. To get a centre for Bahasa Malay studying. 2.To have a Vocational Training Centre to assist the younger generation more and more getting skillness to make their future a meaningful one. The Kirinda Villagers are overwhelmed and Thanked the Malaysian High Commissioner from bottom of their heart. A. Dryration were distributed. B. The best 5 students were motivated by giving them a gift parcels. C.Rs.250,000/= worth of gift was handed over to motivate students. This visit was really a worthwhile one towards needy. May Almighty God will shower his blessing to all participated to this event including Ms. Noridshar, Ms. Rozy Laxana, Ms. Rosy Marso, Shanas Adahan and the family of Dr. Anver. PERTEMUAN dengan sekretaris umum DMDI Aceh sekaligus menyerahkan mesin bantuan dari Presiden DMDI. Walau pertemuan singkat, mereka membincangkan persiapan MTQ DMDI di Aceh, awal bulan Disember ini. DMDI Singapura PROGRAM memperingati Maulidur Rasul DMDI Riau bersama anak anak dari Pattani, Thailand. DMDI Thailand DMDI Sri Lanka