Menarik Di Dalam Malaysia Indonesia China Singapura Sri Lanka Kemboja United Kingdom Filipina Mesir Timor Leste Bosnia and Thailand Madagascar Maldives Netherland Australia Afrika Selatan Brunei Canada New Zealand Arab Saudi Bangladesh Mauritius Herzegovina AYER KEROH: Yayasan Belia Sedunia (WYF) terus memberi fokus kepentingan membantu golongan belia di seluruh dunia, terutama yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dari aspek sosio-ekonomi dengan memantapkan imej kesukarelaannya. Yayasan itu menekankan keutamaan terbabit memandangkan peranan belia amat penting dalam pembangunan ekonomi dalam sesuatu negara. • Bersambung di muka 3 Oleh Ishak bin Dalib [email protected] Terbitan Keempat 2021 TABUNG DMDI KEMANUSIAAN BANTU KAMI UNTUK BANTU MEREKA 2 20 19 5 3 Kelestarian, Aspirasi Belia Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Canselor Kolej Universiti GeoMatika Hi-Tea Sempena Kejohanan Boling Bantuan Pandemik Covid-19 Sri Lanka Bantuan Korban Banjir Medan Mesyuarat Yayasan Belia Sedunia
BULETIN DMDI 2 BANDARAYA MELAKA : WANITA Pertama Melaka, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab. Rahman telah dilantik sebagai Canselor Kolej Universiti GeoMatika, baru-baru ini. Lebih membanggakan, isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Rustam ini turut diberi penghargaan tertinggi apabila dianugerahkan gelaran Doktor Kehormat dalam Pembangunan Wanita Dan Keluarga dari institusi pendidikan yang sama. Majlis penganugerahan berkenaan berlangsung dalam suasana penuh harmonis dan sederhana dengan segala aspek keselamatan kesihatan (SOP) yang ketat sepanjang istiadat berlangsung. Asmah sememangnya terkenal dengan sifat keibuan. Di kalangan wanita di negeri ini, Asmah yang merupakan ibu kepada tiga cahayamata dikenali sebagai seorang yang pemurah, sentiasa menjaga kebajikan wanita, sentiasa mengutamakan program-program kewanitaan dan keagamaan selain seorang yang amat menghormati pandangan wanita. Asmah Dilantik Canselor Kolej Universiti GeoMatika ASMAH ketika istiadat perlantikannya sebagai Canselor Kolej Universiti GeoMatika, baru-baru ini. ASMAH wanita Pertama Melaka yang disayangi semua.
BULETIN DMDI 3 Yang di-Pertua Negeri Terima Kunjungan Ketua Polis Melaka Baharu BANDARAYA MELAKA : YANG di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Rustam menerima kunjungan hormat dari Ketua Polis Melaka baharu, Datuk Abdul Majid Ali, baru-baru ini. Abdul Majid tidak hadir berseorangan, sebaliknya ditemani oleh pegawai-pegawai kanan polis tertinggi Negeri Melaka. Dalam pertemuan berlangsung kira-kira satu jam itu, Abdul Majid bersama Mohd. Ali bertukar-tukar MOHD. Ali semasa menerima kunjungan hormat dari pengurusan tertinggi PDRM Melaka, baru-baru ini. pandangan mengenai pelbagai perkara dan isu lebih-lebih lagi perihal keselamatan dan kesejahteraan warga Melaka. Mohd. Ali juga yang ceria sepanjang pertemuan berkenaan turut berkongsi dengan dengan Abdul Majid pengalamannya berurusan serta bekerjasama dengan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuklah semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-Sembilan. Ahli Lembaga Pengarah WYF, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron berkata, usaha meningkatkan kedudukan belia terutama dari aspek ekonomi diperlihatkan menerusi pembabitan pelbagai program yang telah, sedang dan akan dijalankannya dengan membawaj imej kesukarelaan Yayasan. "Peranan meningkatkan terus kedudukan belia, terutama dari aspek ekonomi diserlahkan menerusi pembabitan dan kerjasama membantu mereka bersama agensi bukan kerajaan di seluruh dunia," tegasnya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah World Youth Foundation di sini baru-baru ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Rustam dihadiri oleh Idris, Datuk Suhami Ibrahim, Datuk Wira Radhuana Salleh dan Mohd Ridhwan Tun Seri Setia Mohd Ali. Sementara Ahli Lembaga Pengarah lain Shiv Narayan Khave dan Varsha Ajmera menyertainya secara atas talian. "Kesan pandemik melanda memperlihatkan situasi di mana ramai belia kehilangan kerja dan sumber pendapatan bahkan perkara ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. "Kita teruskan tradisi kesukarelaan membantu belia untuk membolehkan mereka lebih bersedia dan melahirkan generasi hebat dan canggih,” katanya. Beliau berkata, melalui program serta kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak kerajaan dan agensi secara langsung dapat memainkan peranan untuk menggerakkan dan memulihkan ekonomi negara. Mesyuarat terbabit juga merakamkan penghargaan kepada mantan Ketua Pegawai Operasi (COO) WYF, Varsha Ajmera yang jawatannya kini disandang Radhuana. WYF juga mengekalkan keahlian Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussain dan Datuk Raja Roslan Raja Samah sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya. Kelestarian, Aspirasi Belia KETUA Pengarang Bulletin DMDI, Ishak ketika menemu bual Idris di pejabatnya di Seri Negeri. dari muka hadapan
BULETIN DMDI 4 Penaung Prof (Adj.) Datuk Wira Dr Hj Mohd Jamil Mukmin Wartawan/ Rekaan Grafik Hairul Hafis Ahmad Noriyah Rami Norazura Muhammad Nor Muhammad Haziq Razak Sidang Pengarang Faten Othman Saiful Azrin Mohamed Salleh Hazelen Talib Raziah Noor Razali Rohaika Roslan Shahrul Nizam Md Nor Johari Mohamad Sam Shaghier Samat Penasihat Datuk (Dr.) Hj Md. Nasir Ghani Mohd Ridhwan Tun Seri Setia Mohd Ali Datuk Wira Zainal Hussin Ketua Editor Datuk Hj. Abdul Rahim Hj. Abu Ketua Pengarang Ishak Hj. Dalib ([email protected]) YANG di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Rustam, bersama isteri Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab. Rahman berkunjung ke rumah Joseph Sta Maria dan melawat Kampung Portugis sempena perayaan Hari Krismas baru-baru ini. MAJLIS Penutup dan Penyerahan Sijil Program Penjana HRDF - Kursus Pendidikan STEAM dan Homeschooling oleh Ahli Lembaga Pengarah DMDI International Education Sdn Bhd., Datuk Wira Zainal Hussin, di sebuah hotel di Melaka. DMDI menerusi Yayasan DMDI dan DMDI Malaysia menyampaikan sumbangan kepada warga kerja DMDI yang juga antara penggerak awal DMDI yang kini sedang berdepan ujian kesihatan. Pemangku Presiden DMDI, Prof. Datuk Wira Dr. Mohd. Jamil Mukmin bersama Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin dan Pengarah DMDI Malaysia, Datuk Abdul Rahim Abu menyampaikan sumbangan ikhsan kepada Datuk Abu Dollah Hitam yang mana sumbangan berkenaan sebagai tanda ingatan tulus dari semua warga kerja DMDI.
BULETIN DMDI 5 BANDARAYA MELAKA : Kolej Antarabangsa DMDI telah mengadakan beberapa siri kursus jangka pendek, baru-baru ini. Pengerusi Kolej Antarabangsa DMDI, Mohd. Ridhwan Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali berkata, antara kursus jangka pendek yang telah diadakan adalah Kursus Pendidikan STEAM Dan Homeschooling dan juga program PENJANA; HRDF. "Program-program kursus adalah selama seminggu bermula 14 Disember 2020 sehingga 18 Disember 2020. "Program HRDF amat bermanfaat apabila memfokuskan mengenai Pengurusan Kewangan Bertauliah Untuk Perniagaan Baharu Dan Pemasaran Digital, selain itu program Suntingan Imej, Penulisan Kreatif Dan Rekaan Media Sosial turut mengisi slot dan silibus penting program dianjurkan," katanya. Kata Mohd Ridhwan lagi, Kolej Antarabangsa DMDI akan lebih kerap menganjurkan program serta kursus-kursus dimasa akan datang demi memberi ilmu kepada golongan muda. Kolej Antarabangsa DMDI Agresif Laksana ProgramRidhwan "Golongan B40 adalah golongan sasaran kita untuk mendapat suntikan ilmu seperti ini kerana golongan ini lebih berminat dengan perusahaan perniagaan secara dalam talian selain amat mahir mengendalikan teknologi digital selain lebih Kreatif Dan innovatif," kata Mohd. Ridhwan lagi. Sementara itu, Rektor Kolej Antarabangsa DMDI, Prof. Datuk Wira Dr. Mohd Jamil Mukmin berkata kedua-dua kursus yang dianjurkan oleh Kolej Antarabangsa DMDI tidak mengenakan sebarang bayaran dan percuma. Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah DMDI International Education Sdn Bhd., Datuk Wira Zainal Hussin. MOHD. Ridhwan (dua kanan) semasa menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus HRDF, baru-baru ini. PESERTA tekun mendengar amanat disampaikan oleh Ridhwan pada majlis penutup Kursus Pendidikan STEAM dan Homeschooling. MOHD Ridhwan (tiga dari kanan) bersama Mohd. Jamil (tengah) dan Zainal (kanan) semasa majlis penutup program HRDF. ANTARA penceramah yang hadir pada kursus tersebut. Oleh Nurfatiha Othman
BULETIN DMDI 6 Lot G-24, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang 75450, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia 012-692 1760 Dmmart dmmartayerkeroh
BULETIN DMDI 7 THE DMDI Sri lanka distributed Dry Ration among the needy and Covid-19 recently under the patronage of it's President Dr. Anuwar Ulumuddeen & it's Wanitha Bureau. The Chair person of Wanitha Bureau Mrs. Faiza Jameela undertook of distributions among very needy families. A part of donation was made by Alhaj A. C. M. Ifthi and Hajiani Mrs. Rifaya Ifthi. As usual DMDI Sri lanka pray for their long life and good health for their generosity.
BULETIN DMDI 8 BANDARAYA MELAKA : Jika anda berkesempatan, anda dialu- alukan untuk mengunjungi Pusat Sumber dan Dokumentasi Yayasan DMDI di aras Lima Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh. Selain ribuan buku-buku milik Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Pusat Sumber dan Dokumentasi Yayasan DMDI turut memuatkan buku-buku garapan penulis-penulis hebat lain. Antaranya adalah naskah menarik tulisan Pemangku Presiden DMDI, Datuk Wira Dr. Mohd Jamil Mukmin. Jamil yang berpendidikan Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seorang penulis buku yang aktif menulis buku-buku sejarah Melayu Dan kepahlawanan. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dan Diploma Pentadbiran Awam (DPA) dari Universiti Malaya, beliau juga merupakan penulis untuk buku Tun Kudu dan Tun Fatimah. Beliau juga kelulusan Sarjana Pentadbiran Awam daripada University of Southern California (USA) dan mengikuti kursus di Harvard University (USA). Beliau juga dianugerahi Professor daripada IAME, Manila, Filipina. Kedua-dua buku ini memang menjadi pilihan dan kegemaran sesiapa sahaja yang berkunjung ke Pusat Sumber Dan Dokumentasi Yayasan DMDI. Diolah dengan gaya bahasa yang mudah, Tun Kudu dan Tun Fatimah menceritakan kisah perjalanan kehidupan kedua-dua Tun Kudu & Tun Fatimah Si Cantik Menawan Kalbu tokoh wanita in yang berkorban dengan cara masing-masing demi kebahagiaan orang lain. Tun Kudu berkorban perasaan dan memendam rasa disebabkan perlu berjauhan dengan suaminya lantaran dirinya sudahpun menjadi milik orang lain. Sementara Tun Fatimah si cantik manis anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang ketika itu Bendahara Melaka Kelapan serta pernah menjadi Permaisuri Melaka apabila diperisterikan oleh Sultan Mahmud telah bulat tekad turun berperang demi menyelamatkan Melaka dari cengkaman Portugis. Sejarah-sejarah unik ini diceritakan dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris oleh Jamil dalam kedua-dua naskah hebat ini. Justeru, jangan lepaskan peluang untuk membaca buku istimewa ini di Pusat Sumber Dan Dokumentasi Yayasan DMDI. Naskah Hebat Jamil Mukmin
BULETIN DMDI 10 Kejohanan BolPiala Pusingan Toh Puan Datuksemp19 Disember 2020, Melaka InPASUKAN Sekretariat kejohanan bersedia melayani peserta. ANTARA pemain-pemain yang beraksi pada kejohanan tersebut. PASUKAN Seriben diwakili Datin Hamidah, Datin Sabariah, Rozaimi dan Puteri antara peserta yang menyertai kejohanan. PASUKAN Seriben diwakili Datin Hamidah, Datin Sabariah, Rozaimi dan Puteri antara peserta yang menyertai kejohanan. PASUKAN Sekretariat DMDI Malaysia turut beraksi. PASUKAN DMDI (M) Selangor selepas mendaftar untuk menyertai kejohanan. PASUKAN DMDI (M) Wilayah Persekutuan diketuai oleh Pengerusinya Fauziah bersama Pengerusi DMDI (M) Kedah, Sabrina.
BULETIN DMDI 11 ling dan Hi-Tea k Wira (Dr.) Asmah Ab. Rahman pena nternational Bowling Centre TOH Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab. Rahman diberikan sambutan istimewa dan meriah ketika datang pada Majlis Hi-Tea sempena Kejohanan Boling Piala Pusingan Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab. Rahman di sebuah hotel di Ayer Keroh. Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang di samping melakukan lawatan dan bermesra bersama pemilik-pemilik gerai pameran.
BULETIN DMDI 12 REKTOR, Prof. Datuk Wira Dr. Jamil Mukmin, menghadiri mesyuarat khas bersama pengerusi Kolej Antarabangsa DMDI yang juga Pengerusi Yayasan DMDI, Mohd Ridhwan Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali dan juga Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin. Pada mesyuarat ini yang turut melibatkan pegawai dan kakitangan Kolej Antarabangsa DMDI, banyak perkara dibincangkan demi memastikan pengoperasian Kolej Antarabangsa DMDI berjalan lancar. Sumbangan Ke Kemboja Mesyuarat Khas Kolej Antarabangsa DMDI TABUNG KEMANUSIAAN DMDI Alhamdulillah DMDI telah berjaya mengumpul 5000 buah Naskah Al-Quran Waqaf untuk disumbangkan kepada masyarakat Islam di Kemboja. Kini, kami membuka peluang sekali lagi kepada tuan puan untuk membuat amal jariah dengan memberi sumbangan untuk membiayai kos sewa kontena bagi menghantar AlQuran ini ke sana. Sumbangan wang tunai/cek boleh disalurkan terus seperti butiran berikut : BANTU KAMI UNTUK BANTU MEREKA Jika seseorang meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak anak yang soleh (HR Muslim 1631) Kami memerlukan sumbangan kewangan untuk membiayai penghantaran 5000 naskah Al-Quran waqaf ke Kemboja. Sumbangan boleh disalurkan kepada : Sila hubungi melalui aplikasi berikut : 012-3085767 [email protected] sekretariatdmdimelaka TABUNG KEMANUSIAAN DMDI RM5,000.00 SAHAJA Fastabiqul khairat. Berlumbalah kita dalam kebaikan dan sedekah. Sumbangan RM20 sahaja seorang sahaja. Semoga Allah memilih kita untuk bersedekah pada hari Jumaat yang mulia ini. 554110526275 0411241100014716 554110526275 0411241100014716 Butiran : wakafalquran Sinar Haemodialysis telah memberi sumbangan RM5,000 kepada Tabung Kemanusiaan DMDI dan penyerahan cek sumbangan diserahkan kepada Pemangku Presiden DMDI, Datuk Wira Dr Hj Mohd Jamil Mukmin, oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Haemodialysis Sdn Bhd. Amerudin Kamaludin. Sinar Haemodialysis Beri Sumbangan
BULETIN DMDI 13 DMDI Sri Lanka donated 100 chairs and a tent for the usage of Janaza Services Association of Kirinda a Malay village in Hambantota District on the request of Bro. Sameem Rafeek and Bro. Razim of the same village. The President of DMDI Dr. Tuan M. Anuwar Ulumudeen JP, Mr. M. C. M. Muneer the Senior Lawyer of the high Court of Colombo & The Senior Telecom Engineer Mr. Jamal deen Nowfer participated to the occations of handing over the most required item of 100 chairs and the tent for Janaza funeral services of this village. The gethering of the Kirinda Village youths with former Director of Education Mr. B. Jalaldeen explained the current situation of the village and emphasized for a ; 1. Sewing class for its ladies fraction and 2. A F & B courses for ladies and gents, for them to get employment in to hotels closer to these villagers. 3. The importancy of education sector was discussed in length. DMDI dan pengurusan Rumah Amal Yayasan DMDI dengan diketuai Pengerusi Yayasan DMDI, Mohd Ridhwan Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Rustam telah menziarahi warga emas dan kurang upaya di pangsapuri Taman Saujana seterusnya menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada mereka. Kehadiran warga Yayasan DMDI turut disertai warga kumpulan eksekutif pengurusan tertinggi Yayasan DMDI antaranya Pemangku Presiden DMDI, Datuk Wira Dr. Jamil Mukmin, Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin dan Pengurus Besar Rumah Amal Yayasan DMDI Tamby Sulaiman. Ziarah Kasih Rumah Amal Yayasan DMDI BANTUAN kepada korban banjir di Jalan Plamboyan Medan pada 25 Disember lalu serta di kampung angkat DMDI Sumatera Utara Jalan Garuda 4 No. 144 Medan, pada 30 Disember. Bantuan diterima oleh Said Aldi Al-Idrus, Ketua DMDI Sumatera Utara.
BULETIN DMDI 14 BANDARAYA MELAKA : KOLEJ Antarabangsa DMDI memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama Kerajaan Negeri Melaka, baru-baru ini. Lebih membanggakan apabila Kolej Antarabangsa DMDI turut menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan bersama pusat pendidikan milik Kerajaan Negeri, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Pengesahan persefahaman berkenaan dimeterai di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman Md. Ali dalam satu majlis ringkas di Seri Bendahara. Kolej Antarabangsa DMDI yang merupakan milik Yayasan DMDI diwakili pengerusinya, Mohd. Ridhwan Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali dan Pemangku Presiden DMDI, Prof. Datuk Wira Dr. Mohd. Jamil Mukmin. Di majlis berkenaan juga turut menyaksikan Buletin DMDI yang merupakan satu-satunya akhbar rasmi DMDI turut menandatagani perjanjian persefahaman menjalin kerjasama dengan KUIM. Buletin DMDI diwakili oleh Pengerusi DMDI Malaysia Datuk Dr. Md. Nasir Ghani. Dalam kenyataannya, Mohd. Ridhwan berkata, DMDI optimis untuk melonjakkan prestasi Kolej Antarabangsa DMDI untuk jangka masa akan datang dengan menjalin usahasama strategik bersama Kerajaan Negeri. KolejAntarabangsa DMDI Meterai Perjanjian Bersama KUIM, Kerajaan Negeri MOHD. Ridhwan bersama Mohd. Jamil semasa majlis menandatagani perjanjian persefahaman bersama pihak KUIM dan Kerajaan Negeri Melaka. MD. Nasir bertukar dokumen perjanjian persefahaman bersama KUIM disaksikan oleh Sulaiman. MOHD. Jamil dan Md. Nasir Ghani ketika hadir di majlis berkenaan. SULAIMAN (tengah) bergambar kenangan selepas menyaksikan pemetraian perjanjian persefahaman di Seri Bendahara baru-baru ini. "DMDI gembira menjalin usahasama dengan Kerajaan Negeri Melaka dalam bidang pendidikan dengan memeterai perjanjian ini. Sementara itu Md. Nasir berkata, MoU itu membolehkan Buletin DMDI diberikan kepada pelajar dan tenaga kerja KUIM diberi ruang untuk menghantar bahan-bahan untuk dimuatkan ke dalam buletin itu.
BULETIN DMDI 15 Hujan lebat yang melanda ibu kota Medan, Sumatera Indonesia telah menyebabkan 2700 rumah dinaiki banjir sedalam lima meter dan menjejaskan kehidupan 4,249 keluarga atau 12,783 orang, kata Setiausaha Agung DMDI Indonesia, Said Aldi Al Idrus. Marilah kita bersama-sama membantu saudara sesama Islam kita di sana dengan menghulurkan bantuan sumbangan sebanyak RM50.00 atau RM100.00 sahaja. DMDI sumbang RM5,000 untuk DMDI Sumatera Utara Wang sumbangan ini akan digunakan untuk membeli bahan makanan kepada mangsa banjir dan juga bagi pembersihan masjid-masjid yang terjejas di sana. Jom bantu mereka dengan memberi sumbangan ikhlas anda! Serendah RM50.00 sahaja. Bantuan Banjir DMDI Sumatera Utara, Indonesia SAID ALDI AL-IDRUS .. Ketua DMDI Sumatera Utara
BULETIN DMDI 16 Kolej Universiti Islam Melaka Ke Arah Universiti Melaka (UniMEL) KUIM PILIHAN BIJAK …. Maka segalanya bermula di KUIM… Slogan ini menunjukkan KUIM sentiasa menjadi pilihan masyarakat Malaysia untuk menyambung pengajian di peringkat tertinggi atau tertiari. Apatah lagi, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang terletak di Kuala Sungai Baru yang berhadapan dengan laut Selat Melaka mengalu-alukan warga Malaysia selain warga Melaka mempunyai keunikan tersendiri. Kegemilangan Empayar Kesultanan Melaka sebagai pusat keilmuan diteruskan oleh KUIM yang berteraskan Pengajian Islam di samping bidang sains sosial telah menjadikan bidang tujahan utama KUIM iaitu “Gerbang Psikologi dan Pengurusan Insan”. Sesungguhnya, KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta milik penuh Kerajaan Negeri Melaka. Sejak 26 tahun penubuhan, KUIM telah mengalami beberapa transisi iaitu dari Kolej Islam Melaka (KIM), diikuti dengan Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM), seterusnya Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) dan yang terkini telah mencapai status Kolej Universiti. Namun begitu, proses transisi terakhir yang dinantinantikan rakyat Melaka adalah proses naiktaraf KUIM kepada Universiti Melaka ataupun singkatannya UniMel yang dijangka akan berlaku pada suku pertama tahun 2021. KUIM yang telah menetapkan 5 fasa pembangunan akademik sejak 2001 kini sedang berada di fasa 4 (2016-2020) iaitu pengukuhan governan dan tadbir urus pengurusan serta kelestarian kewangan yang dinamik. Ternyata pengalaman selama 26 tahun dalam mengurus dan mentadbir institusi pengajian tinggi, KUIM sudah bersedia untuk diangkat menjadi sebuah universiti penuh di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dengan menawarkan 53 buah program dari peringkat asasi sehingga ke peringkat Doktor Falsafah di tujuh buah fakulti. Program-program yang ditawarkan di fakulti, KUIM iaitu: a) Fakulti Keilmuan Islam (FKI) yang menawarkan program ▶ Doktor Falsafah Pengajian Islam(Syariah) / 3 tahun ▶ Doktor Falsafah Pengajian Islam (Dakwah) / 3 tahun ▶ Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Kerja Kursus) / 2 tahun ▶ Ijazah Sarjana Pengajian Islam Dakwah / 2 tahun ▶ Ijazah Sarjana Pengajian Islam Syariah / 2 tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Islam dengan Kepujian /4 tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam dengan Kepujian tahun / 3 ½ tahun ▶ Diploma Pengurusan Sumber Manusia / 3 tahun ▶ Diploma Pentadbiran Islam / 3 tahun ▶ Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat / 3 tahun ▶ Diploma Usuluddin / 3 tahun ▶ Diploma Syariah Islamiyyah / 3 tahun ▶ Diploma Kewangan Syariah / 3 tahun b) Fakulti Sains Sosial menawarkan program-program :- ▶ Ijazah Sarjana Komunikasi (Penyelidikan)/ 2 tahun ▶ Ijazah Sarjana Pengajian Media (Kerja Kursus) / 1 tahun ▶ Ijazah Sarjana Psikologi (Penyelidikan) / 2 tahun ▶ Ijazah Sarjana Kaunseling (Kerja Kursus) / 2 tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) / 3 ½ tahun ▶ Diploma Komunikasi Massa / 3 tahun ▶ Diploma Kaunseling / 3 tahun c) Fakulti Pengurusan Hospitaliti menawarkan program : ▶ Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti (Kepujian) / 4 tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Ekopelancongan dan Rekreasi (Kepujian) / 3 ½ tahun ▶ Diploma Pengurusan Pelancongan ▶ Diploma Pengurusan Hospitaliti d) Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan menawarkan program :- ▶ Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian) / 4 tahun ▶ Diploma Kejururawatan / 3 tahun
BULETIN DMDI 17 Kesemua program-program di atas yang dijalankan di KUIM telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Malahan, yuran pengajian di KUIM adalah rendah tetapi berkualiti tidak termasuk yuran asrama bermula dari RM5,000.00 hingga RM59,000.00 sahaja di pelbagai peringkat pengajian. Manakala yuran asrama pula bermula dari RM1,080.00 hingga RM1320.00 untuk satu semester (6 bulan). Program-program akademik di KUIM juga mempunyai nilai kebolehpasaran kerja yang tinggi dalam industri di dalam dan luar negara bagi graduan KUIM. Sehingga kini, KUIM telah berjaya melahirkan 16,968 orang graduan dalam pelbagai bidang. Mantan Yang di-Pertua negeri Melaka, TYT Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil e) Fakulti Inovasi Perniagaan dan Teknologi menawarkan program :- ▶ Doktor Falsafah Pengurusan / 3 tahun ▶ Ijazah Sarjana Sains Pengurusan / 2 tahun ▶ Ijazah Sarjana Sistem Maklumat /2 tahun ▶ Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) (Kerja Kursus) / 1 tahun 3 bulan ▶ Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian )/ 4 tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan Takaful (Kepujian) / 3 tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) (Kepujian) / 4 tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) (Kepujian) / 4 tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan) (Kepujian) / 4 tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran (Kepujian) / 3 ½ tahun ▶ Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (E-Dagang) (Kepujian) / 4 tahun ▶ Diploma Kewangan / 3 tahun ▶ Diploma Pemasaran / 2 tahun ▶ Diploma Sistem Maklumat Perniagaan / 2 tahun 4 bulan ▶ Perakaunan / 3 tahun f) Fakulti Bahasa dan Pendidikan menawarkan programprogram :- ▶ Doktor Falsafah Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan / 3 tahun ▶ Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan / 2 tahun ▶ Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak / 3 tahun ▶ Diploma Bahasa Arab untuk Kerjaya / 2 ½ tahun g) Fakulti Undang-undang, Governan dan Perhubungan Antarabangsa menawarkan program –program :- ▶ Ijazah Sarjana Muda Perundangan Syariah / 4 tahun ▶ Diploma Perundangan Syariah / 3 tahun ▶ Diploma Undang-undang / 3 tahun h) Fakulti Teknologi dan Media Digital menawarkan program : ▶ Diploma Teknologi Maklumat / 2 tahun 4 bln Yaakob merupakan graduan pertama Doktor Falsafah Sejarah pada Istiadat Konvokesyen KUIM ke-21 pada tahun 2017. Maka, KUIM sentiasa dinamik untuk mewujudkan programprogram yang diperlukan dalam industri pekerjaan di Malaysia dan bergerak setapak lagi untuk menjadi universiti penuh pada awal tahun 2021. Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang menyasarkan KUIM untuk menjadi universiti penuh menjelang tahun 2021 di dalam persidangan kedua penggal ketiga DUN Melaka ke-14. Malahan, KUIM juga telah lengkap dengan aset dan pelbagai insfrastruktur pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Penubuhan UniMel diharapkan dapat menampung keperluan anak-anak Melaka untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi. Rasional penubuhan UniMel adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang seperti Pengajian Islam, Psikologi, Kesihatan, Perbankan, Pelancongan, dan Ekonomi disamping memberi penekanan kepada teknologi digital di dalam pengendalian semua program pengajian. Rasional tersebut secara tidak langsung dapat diterjemahkan ke era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) kini yang menekankan penggabungan keupayaan manusia dengan teknologi. Maka dengan penubuhan UniMel, potensi pelajar dapat diasah dan dikembangkan agar menjadi tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi digital disamping penguasaan dalam bidang pengajian yang diceburi. Penubuhan UniMel juga diharapkan dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk memacu usaha pembangunan sosioekonomi negeri Melaka seperti Malacca Waterfront Economic Zone (MWEZ), Kuala Linggi International Port (KLIP), Waste-to-energy (WTE) Sg. Udang, dan Bandar Pintar menjelang tahun 2035. Justeru itu, digitalisasi sebagai alat yang membantu membuatkan kerja lebih cepat, cekap dan efisyen harus diperkasakan bagi mendepani cabaran mendatang. Selaras dengan proses naiktaraf KUIM ke UniMel, pelbagai kemudahan infrastruktur akan dipertingkatkan seperti kemudahan jalur lebar berkelajuan dan berkapasiti tinggi, pembinaan pelbagai makmal dengan teknologi digital seperti makmal bahasa dan makmal media dan penambahan bilangan makmal komputer bagi menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif untuk pelajar. Pelajar juga disediakan asrama kediaman baru yang boleh memuatkan sehingga 7000 pelajar pada satu-satu masa. Dengan tertubuhnya Universiti Melaka pada tahun hadapan, diharapkan ia akan menjadi salah satu mercu tanda akademia di Melaka yang setanding dengan IPT lain dan dapat menarik minat anak-anak negeri Melaka khususnya untuk menyambung pengajian di negeri sendiri. Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.kuim.edu.my atau menghubungi 06-387 8420/ 387 8267/ 387 8266 / 387 8417.
BULETIN DMDI 18 Restart Tourism We will survive! That’s the statement that should be bare in the tourism frontliners mind right now. Even though we know that the hospitality industry is no longer the priority sector that can generate the country’s economic growth today, we should be aware that we cannot lose our hope! Like what we can see around March 2020, the first wave of this coronavirus had resulted in numbers of tourism attractions and hotels closing down their operation due to the Movement Control Order that has been implemented by the National Security Council. Somehow back in June 2020, our sector was reopened and the first state that reopened the domestic tourism activities during the conditional movement period is Sabah. By Siti Mahera Binti Ahmat Amin, Lecturer Faculty Of Hospitality And Tourism Management, KUIM Though the condition now looks like the hope is less and getting worse due to the second wave of pandemic, but we still can put some hope when the government has made the decision to lift the restrictions on inter-district and interstate travel started from 7th December 2020 however the tourism stakeholders should be very clear with the travel guidelines and SOPs (Hisamudin, 2020). The three-per-vehicle rule has also been lifted hence it gives much benefit to us as well since we know that people used to travel in a group, friends and family members. Hey, wait! Why don’t we cater to the solo traveler as well and deal with it? Sholberg (2020) in the Los Angeles Times reported that there is a website called Solo Traveler, which features tours, cruises and other travel products for singles. This site emphasizes tour companies that have no or low (less than 20%) single supplement. Not only that, Hisamudin (2020) stated that Presiden Uzaidi Udanis, Malaysia Inbound Tourism Association predicted that many city dwellers will grab the opportunity to go back to their hometown after so long spending time in cities during the MCO period The growing demand for the tourism activities currently is leading toward more sustainable options such as the preference of travellers for outdoor activities, taking holidays in their home country and also considering the environment and travel emissions when travelling. These post Covid 19 trends show that the travellers now prefer to choose the place where they don`t have to cram themselves in a long queue and sit closely with other people in any mode of transport. These are things that we need to consider since we also need to follow the SOP that has been implemented by the National SecurityCouncil. The safety of your customers and clients now in your hand, we are the frontliners! Taking accounts that sustainable stays are growing in popularity, we need to establish a safe and better tourism environment for our clients. As tourism providers, we need to think fast and act accordingly since the MCO just has been lifted up therefore we need to try to tap the market in return for improving the country’s economy and trying to get into better shape than it was before, so it is more able to withstand the next one. Fast forward to the end of 2020, we are now all aware that we need to think differently and put on creative strategies in order to grab the attention of the tourists to travel domestically. Rewrite your marketing plan because we never know that the marketing plan that we wrote earlier this year is not a relevant plan anymore. A study shows that there is a dramatic decrease in the use of outdoor advertising since the outbreak of Covid 19, why don’t we take this as a great opportunity since we are targeting the domestic market? It is true that people were engaging too much on virtual things since the lockdown period in March 2020 until now however we should take into account whereas readers are questioning the credibility of things that are being put virtually. Fake news everywhere via online platforms, so why don’t we revise our marketing strategies? Acting as the frontliners is more than just sitting at the back of the concierge counter and picking up the phone to disseminate information. It should be more than that! We are the superheroes for the industry! We should be able to bear with all this pandemic thing and never lose hope to rise up and contribute to our country back as previously. You. Yes, everything starts from you! If you are one of the tourism educators, please educate the students with the appropriate things that they should do once they are facing the industry or else do educate them to become a smart traveler. If you are one of the travel agency operators, do provide more interesting packages and try to see the niche in order to pull the domestic market to travel again! And if you are one of the tourists, please stay safe and follow all the SOPs that have been implemented by the attractions providers so that we can get rid of the Covid 19 and at the same time we can help the industry to revive!!! Its true tourism will never be the same again like previously but do put trust on the industry that this industry will not gonna die if everyone of us take the responsibility to empower the sector again. The tourism operators may see this as the opportunity! Can you? Throughout the pandemic’s fallout, we can see that there is the importance of waiving and eliminating the extra charges for singles. By implementing these, the solo traveler is able to travel without hesitation! As the tourism operators we need to think without a box somehow since we always think that people prefer to travel in groups but we forgot about this kind of travel category whereas we can see that people nowadays like to customise their itinerary according to their own preferences. Just put yourself in their shoes. Do you prefer to have the suite all of yourselves? How about having a hike after the snorkeling session? Sounds crazy Don’t Lose Hope Build Better Tourism Tap The Market Believe In The Power Of Tourism Solo Traveler As A Niche but it’s a reality that the tour operators always mislooked. The Philadelphia Inquirer reported that there’s a rise in saves in solo travel amongst women that includes everything from destination lists, travel quotes, and safety tips. Meanwhile, another research in the ABTA Consumer Survey 2015: Holiday Habits Report found nearly one in six people equal to 15% of us on holiday alone. We should not be wandering on putting this as one of the niche packages in our agency anymore, just do it!
BULETIN DMDI 19 Sambutan Hangat BANDARAYA MELAKA : DUNIA Melayu Dunia Islam (DMDI) Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Boling Piala Pusingan Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab. Rahman baru-baru ini. Kejohanan berkenaan yang berlangsung di Pusat Boling Antarabangsa MITC (MIBC) menyaksikan tidak kurang dari 20 pasukan berentap bagi merebut piala pusingan istimewa tersebut. Hadir merasmikan Kejohanan Tenpin Boling berkenaan adalah Pemangku Presiden DMDI, Prof. Datuk Wira Dr. Mohd. Jamil Mukmin. Turut hadir adalah Pengerusi DMDI Malaysia, Datuk Dr. Md. Nasir Ghani dan Setiausaha DMDI Malaysia, Datuk Abdul Rahim Abu. Dalam ucapan ringkasnya, Mohd. Jamil berkata, usaha DMDI Malaysia yang aktif menganjurkan program termasuk program riadah amatlah dipuji dan harus diteruskan. "DMDI Malaysia progresif menganjurkan program dan ia usaha yang wajar dipuji dan amat membantu dalam usaha memperbanyakkan lagi program DMDI dan juga entiti serta jenama-jenama DMDI," kata Mohd Jamil. Setiausaha Kerja merangkap Pengarah DMDI Malaysia, Datuk Rahim Abu mengucapkan penghargaan kepada Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah yang menjadi sumber inspirasi DMDI Malaysia. “Kejohanan ini meningkatkan samangat kesukanan dan silaturrahim di kalangan peserta. “Penyertaan 40 pasukan memberikan reapons yang memberangsangkan dan tahniah kepada DMDI Wilayah Persekutuan kerana berjaya menganjurkannya,’ jelas beliau. MOHD. Jamil membuat gimik perasmian semasa hadir Kejohanan Tenpin Boling DMDI Malaysia, baru-baru ini. MOHD. Jamil, Md. Nasir dan Rahim bersama antara tetamu kehormat yang hadir pada kejohanan itu. Kejohanan Boling Piala Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab. Rahman PASUKAN Seriben diwakili Datin Hamidah, Datin Sabariah dan Rozaimi. ANTARA pemain-pemain yang beraksi pada kejohanan tersebut. ANTARA tetamu kehormat yang hadir memulakan permainan sebagai gimik pelancaran
BULETIN DMDI 20 AYER KEROH : SUKAN bukan sahaja untuk dilihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana ia adalah agen perpaduan yang akan menyatukan masyarakat dan anggota persatuan. Pengerusi DMDI Malaysia, Datuk (Dr.) Md. Nasir Ghani berkata, sukan perlu dimartabatkan oleh semua pihak kerana melalui program sukan ia akan dapat menjadi platform kepada peserta untuk berkumpul dan bersatu dalam menjayakan program yang dirancang. “Sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan kita dan apabila bersukan atau beriadah, tiada siapa pun yang akan memikirkan mengenai politik atau warna kulit, sebaliknya mereka hanya memikirkan cara terbaik untuk bermain dalam satu kumpulan. “Program sukan seperti boling ini perlu diteruskan kerana ini merupakan kunci utama untuk memenangi hati anggota kita. Sukan juga merupakan platform penting dalam menggalakkan penyertaan belia dalam kemasyarakatan dan yang lebih penting dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara semua lapisan masyarakat anggota,"katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah serta Jamuan HiTea sempena Kejohanan Boling Piala Pusingan Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab. Rahman di sebuah hotel di sini baru-baru ini. Kejohanan yang diadakan di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) dianjurkan oleh DMDI (M) Wilayah Persekutuan. Sukan Agen Perpaduan Komuniti FAUZIAH menyerahkan sumbangan kepada Yayasan Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah Ab. Rahman disaksikan oleh Datin Seri Utama Munira. SAMBUTAN simbolik sempena hari ulang tahun Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah. ANTARA pemenang kejohanan boling tersebut. JUARA kejohanan menerima cek dari Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah disaksikan oleh Munira. TOH Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah melawat bermesra bersama pemilik gerai pameran ketika melakukan lawatan. Hadir sama pada majlis penyampaian hadiah itu ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Rustam, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Asmah, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Munira M.Yusop, Pemangku Presiden DMDI, Datuk Wira Dr. Mohd Jamil Mukmin, Pengarah DMDI Malaysia, Datuk Rahim Abu dan Pengerusi DMDI Wilayah Persekutuan, Fauziah Mohammed Amin. Turut hadir Pengerusi DMDI Negeri Kedah, Datuk Norsabrina Mohd Noor, Pengerusi DMDI Negeri Johor, Datuk Seri Abdullah Awang, Pengerusi DMDI Kelantan, Che Mohd Nordin Ismail, Pengerusi DMDI Pahang, Salamon Ali Rizal, Pengerusi DMDI Melaka, Mohd Ridhwan Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali. Sementara itu, pasukan Strike Hunter menjuarai kejohanan itu dengan 2,239 jatuhan pin, sementara naib juara dijulang Alumni 4B Melaka (2,208 jatuhan pin) dan Racing MIBC menggondol tempat ketiga dengan 2,195 jatuhan pin. Pemain dengan pin jatuhan terbanyak dimenangi Nurul Haslina dengan 553 (Wanita) dan Al-Rizuan (Lelaki) dengan 745 jatuhan pin. NASIR berucap pada majlis tersebut