KERJA KURSUS GEOGRAFI
TINGKATAN 2 2021
NAMA :
NURUL SYIFA MAISARAH BINTI MUHAMAD AMIN
TINGKATAN :
2 ARIF
NOMBOR KAD PENGENALAN :
070615-04-0046
NAMA SEKOLAH :
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KATIL
TAJUK KERJA KURSUS GEOGRAFI:
TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA
NAMA GURU :
PUAN RAHMAH BINTI MD DAUD
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK HALAMAN
1 OBJEKTIF KAJIAN i
2 KAEDAH KAJIAN ii
3 KONSEP TELEKOMUNIKASI 1
4 JENIS KEMAJUAN ALAT TELEKOMUNIKASI 2
5 KEPENTINGAN-KEPENTINGAN TELEKOMUNIKASI 12
6 KESAN-KESAN PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI 13
7 RUJUKAN 14
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kerja Kursus Geografi untuk mencapai objektif berikut;
a) Mentakrif dan menghuraikan konsep telekomunikasi.
b) Menyatakan dan menghuraikan kemajuan 1 jenis alat telekomunikasi di Malaysia.
c) Menghuraikan kepentingan alat telekomunikasi yang dipilih iaitu telefon/komputer.
d) Menyatakan dan menghuraikan kesan penggunaan telefon bimbit/komputer.
(i)
KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kerja Kursus Geografi ini dengan menggunakan kaedah
yang berikut:
(a) Pemerhatian
Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis telekomunikasi dengan
melihat penggunaan dari keluarga/ibu bapa/gambar-gambar
(b) Rujukan
Saya merujuk buku teks tingkatan 2 untuk mengetahui konsep pengangkutan
darat. Saya juga merujuk Internet untuk mencari peta lokasi di goole map
digunakan.
(ii)
KONSEP TELEKOMUNIKASI
Telekomunikasi berasal daripada Greek. ‘ Tele ’ bermaksud “ sangat jauh “ manakala komunikasi
bermaksud proses untuk menghantar informasi yang melibatkan masyarakat. Oleh itu, telekomunikasi bermaksud
atau interaksi yang melibatkan jarak yang jauh antara penyampai dengan penerima. Ini termasuklah komunikasi
menggunakan, radio, televisyen, telefon atau computer. Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem
telekomunikasi termasuk suara dan muzik dan gambar boleh bergerak, fail komputer dan aplikasi serta data
telegraf.
Pusat telekomunikasi moden dapat menghantar jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh
tanpa memgalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan. Akhir sekali, sistem
telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam proses penghantaran maklumat
tersebut.
(1)
JENIS KEMAJUAN ALAT TELEKOMUNIKASI
TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon mudah berlayar, telefon tingkat tanpa wayar)
merupakan peranti eletronik mudah alih digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan
stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel.
Sebagai tambahan kepada fungsi suara piawai seperti telefon, telefon bimbit kini mampu menyokong
banyak perkhidmatan tambahan, dan mempunyai ciri telefon bimbit tambahan, seperti khidmat pesanan ringkas
SMS bagi perutusan teks, e-surat, penukar paket bagi capaian internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera
dengan perakam video dan Khidmat Pesanan Multimedia (“Multimedia Messaging Service human-MMSH”) bagi
menghantar dan menerima gambar dan video.
Kebanyakan telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesyen pengkalan
(“tapak sel”), yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (“public switched telephone
network-PSTN”) (pengeculian adalah telefon satelit).
(2)
TELEFON BIMBIT
(3)
Menurut memo dalaman,”American Telephone & Telegraph” berbincang bagi
Membangunkan telefon tanpa wayar pada 1915, tetapi bimbang pelaksanaan
teknologi tersebut akan melemahkan monopolinya pada perkidmatan berwayar di
Amerika Syarikat.
Perkhidmatan telefon mudah alih perdagangan pertama dilancarkan di Jepun
oleh NTT pada Tahun 1978. Menjelang November 2007, jumlah pelanggan telefon
mudah alih di seluruh dunia telah mencecah. 3 bilion, atau separuh dari populasi
manusia (sungguhpun sesetengah pengguna memiliki langgan berganda, atau
langganan tidak aktif), yang turut menjadikan telefon bimbit teknologi paling meluas
digunakan dan peranti eletronik biasa di dunia.
Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun lalu, telefon bimbit
mengalami perkembangan pesat dengan lebih 15 juta pengguna di Malaysia pada
2004, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
(SKMM). Daripada jumlah itu 61.1 peratus pengguna telefon bimbit ialah lelaki,
manakala 38.9 peratus ialah perempuan.
(4)
Beberapa contoh telefon bimbit tidak buka
(non-flip)
(5)
Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan
masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan.
Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan
mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga
membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan
kabel.
Di Malaysia sistem telekomunikasi tidak berwayar analog mula diperkenalkan pada 1989. Sejak
diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih berasaskan terbesar dunia yang mana
ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan pendudukan.
Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon bergerak ATUR (Automatic Telephone
Using Radio) 450 pada Mei 1985, telefon bimbit sudah menjalani evolusi yang begitu pantas, dari segi
teknologi dan reka bentuknya.
Dua sistem digital yang pertama mula beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile
Communications) di Eropah dan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara. Sebanyak
9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang 2004. 3.4
bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005
(6)
Teknologi terbaru bidang telekomunikasi adalah penggunaan QR Code yang
melibatkan telefon bimbit berkamera.
Telefon bimbit pertama yang membolehkan sambungan Internet dan surat-e
tanpa wayar adalah Nokia Communicator, yang dikeluarkan pada 1996, dengan itu
mencipta kategori baru telefon mahal yang dikenali sebagai telefon pintar.
Pada 1999 perkhidmatan internet mudah alih pertama dilancarkan oleh NTT
DoCoMo di Jepun di bawah perkhidmatan i-Mode. Menjelang 2007 lebih 798 juta
orang seluruh dunia mencapai Internet atau seumpamanya dengan menggunakan
perkhidmatan internet mudah alih seperti WAP dan i-Mode atau sekurang-kurangnya
menggunakan telefon bimbit dan bukannya komputer.
(7)
SISTEM SELULAR
MENARA TELEFON BIMBIT
(8)
Telefon bimbit menghantar dan menerima isyarat radio dengan beberapa stesyen pengkalan tapak
sel yang dilengkapi dengan radio gelombang mikro. Tapak ini biasanya dipasang pada menara, tiang atau
bangunan, dan terletak di seluruh kawasan berpenduduk, kemudian dihubungkan kepada system suis dan jaringan
komunikasi berkabel. Telefon memiliki pemancar berkuasa rendah yang memancar suara dan data kepada tapak
sel terdekat, biasanya tidak lebih dari 8 hingga 13 km (sekitar 5 hingga 8 batu) berhampiran.
Apabila telefon bimbit atau peranti data dipasang, ia mendaftar dengan Pusat Pertukaran Bergerak
(‘’Mobile Switching Center’’), atau suis, dengan pengenalan uniknya, dan kemudian ia boleh diberitahu oleh suis
boleh gerak apabila terdapat panggilan masuk. Telefon bimbit itu mendengar secara berterusan bagi isyarat
terkuat di terima dari stesyen pengkalan sekeliling, dan mampu untuk bertukar dengan lancar antara tapak
pemancar. Ketika pengguna bergerak dalam jaringan, peralihan dilakukan bagi membenarkan peranti beralih
tapak tanpa menganggu panggilan.
Tapak sel biasa berkuasa rendah (seringkali hanya pemancar radio satu atau dua watt) yang memancar
kehadirannya dan menyampaikan perhubungan antara set telefon bimbit dan suis. Suis itu kemudiannya
menyambung panggilan kepada pelanggan pembekal khidmat tanpa wayar atau kepada Jaringan Telefon Awam,
yang termasuk jaringan pembekal tanpa wayar yang lain. Kebanyakan tapak ini disamarkan bagi bersatu dengan
persekeliling, terutama di kawasan desa.
(9)
Jaringan generasi ke tiga (3G), yang sedang dilaksanakan, bermula di Jepun pada 2001. Ia
digital sepenuhnya dan menawarkan capaian data pantas tambahan kepada perkhidmatan suara
dan termasuk W-CDMA (dikenali sebagai Universal Mobile Telecommunications System - UMTS).
Negara China pula melancarkan teknologi generasi pada piwaian TD-SCDMA. Pengendali
menggunakan campuran jalur frekuensi yang telah ditetapkan oleh keperluan jaringan dan peraturan
tempatan.
Sebagai usaha bagi menghadkan kerosakan memiliki pemancar hampir dengan tubuh
pengguna, telefon selular pertama memiliki pemancar antenna berasingan pada kenderaan, dan set
tangan (dikenali sebagai “telefon kereta” dan “telefon bag”) dihadkan pada maksima 3 watts Kuasa
Pemancar Berkesan (‘’Effective Radiated Power’’).
Telefon sel moden yang mempunyai antenna yang dipegang beberapa inci dari kepala
dihadkan pada kuasa pemancer 0.6 watt ERP. Walau apa pun potensi kesan biologi, jarak pemancar
dikurangkan bagi telefon moden menghadkan kegunaannyai luar bandar berbanding telefon
kereta/telefon bag, dan telefon bimbit memerlukan menara sel dipasang lebih berdekatan bagi
menangani kekurangan kuasa pemancar.
(10)
Sesetengah telefon bimbit termasuk port antenna tambahan pada belakang telefon, yang
membenarkannya disambung kepada antenna luaran besar dan penguat selular 3 watt. Selain itu di
kawasan penerimaan tepi, pengulang selular mungkin digunakan, yang menggunakan cakera antenna
penerima tinggi jarak jauh atau antenna yagi bagi berhubung dengan menara sel melebihi julat biasa,
dan pengulang bagi menyiarkan semula pada antenna kecil jarak dekat yang membenarkan telefon sel
dalam beberapa meter untuk berfungsi dengan baik.
Generasi telefon bimbit
(11)
KEPENTINGAN-KEPENTINGAN TELEKOMUNIKASI
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan inovasi digital
melambangkan satu revolusi digital yang telah dan akan mengubah cara manusia berfikir, berhubung,
bertindak dan bekerja. Terdapat banyak kepentingan telekomunikasi antaranya seperti
telekomunikasi dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan,
telekomunikasi sebagai alat perniagaan dan sosial, telekomunikasi sebagai syarat untuk penyertaan
dalam persaingan dan perkembangan ekonomi, sosial dan pendidikan.
Selain itu, telekomunikasi mampu memperoleh segala informasi yang diperlukan,
telokomunikasi dapat merapatkan hubungan sesama manusia, merapatkan jurang pemisahan antara
guru dengan pelajar, menjadi pemangkin kepada perkembangan industri dan ekonomi tempatan,
dapat menggalakkan pengaliran wang asing ke negara kita, dapat memajukan sistem pertahanan
dan keselamatan negara, berjaya meningkatkan kualiti hidup rakyat, mampu menjimatkan bayaran
kos komunikasi dan telekomunikasi membuatkan negara dipandang tinggi oleh kawan dan lawan.
(12)
KESAN-KESAN PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI
Perkembangan telekomunikasi merupakan suatu perkara yang amat baik dan membawa faedah
kepada taraf hidup masyarakat dan pembangunan ekonomi negara. Kelahiran internet memberi peluang
pekerjaan baru dalam pelbagai urusan di dunia ini dan memudahkan kehidupan manusia. Kemajuan dalam
teknologi komputer telah membawa negara Malaysia kepada era baru dengan pengenalan pelbagai
perkhidmatan komunikasi data.
Dengan kemajuan dalam telekomunikasi, taraf kehidupan rakyat telah meningkat. Rakyat boleh
mendapatkan banyak maklumat dengan melayari internet sahaja. Selain itu telekomunikasi rakyat dapat
berurusan dengan agensi kerajaan secara lebih mudah dan cepat, dapat berinteraksi secara maya, urusan
perbankan boleh dijalankan di mana-mana sahaja, maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan cepat melalui
internet, perkhidmatan jual beli atas talian dan wujudnya peningkatan peluang pekerjaan. Telekomunikasi juga
mempunyai kesan negatif seperti kebudayaan tradisi diabaikan, percerobohan maklumat dan sistem pengkalan
data secara atas talian dan maklumat khabar angin sukar ditapis.
(13)
RUJUKAN
1. Buku teks tingkatan 2
Kang Chai Yeong- Zulkipli bin Ismail,Rajanderan Subramaniam, 2017, Geografi Tingkatan 2 , IMS Books Trading Sdn.
Bhd.
2. Kamus Dewan
Kamus Dewan. 2007. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
3. Orang sumber
Pn Rahmah Md Daud, 50 tahun, no. 9 jalan Indah 2, Taman Indah Seksyen 1, Bukit Sebukor, 75150 Melaka
4.Laman web Google map
https://www.google.com/maps/@2.2300777,102.3110404,16.18z
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit
(14)