The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarahamin070615, 2022-11-25 03:52:32

ETIKA DAN PERADABAN

ETIKA DAN PERADABAN

KAUM IBAN

ETIKA DAN PERADABAN

PENSYARAH: ENCIK
ABDUL RAHMAN

AHLI KUMPULAN:

NUHA UMAIRAH BINTI MUHAMMAD ZAKI
14DAT22F1054

NURUL SYIFA UMAIRAH BINTI MUHAMAD
AMIN

14DAT22F1029

NURATIQAH NAZRIEN BINTI MOHD ROSDHI
14DAT22F1058

NUR EZZATUL ADYBA BINTI ISMAIL
14DAT22F1001

ISI KANDUNGAN :

1. PENGENALAN
2. BAHASA
3.MAKANAN TRADISIONAL
4.ALAT MUZIK TRADISIONAL
5.PAKAIAN TRADISIONAL
6. AGAMA
7. PERAYAAN
8. PENEMPATAN
9. TRADISI
10.MESYUARAT DAN TRADISI
11.KEGUNAAN TAJAU
12. BUDAYA
13. KEPERCAYAAN
14.KEGIATAN EKONOMI

PENGENALAN :

Kaum Peribumi asli (Orang Asal
tertua ) yang tinggal di pulau
Borneo. Mereka boleh dijumpai
di Sarawak, Kalimantan Barat,
Brunei, Sabah (Iban Merotai)
dan Labuan.
Hasil MtDNA ke atas Iban didapati, Iban mempunyai kadar
Hapgroup Z 11% tertinggi di Asia Selatan. mtDNA Iban
adalah M* (16) iaitu ras purba yang dikaitkan dengan
migrasi terawal ke Asia zaman purba 50,000 tahun dari
Afrika. (Simonson 2011).

Kajian ke atas "Deep Skull" di Gua
Niah berusia 40,000 tahun
didapati mempunyai persamaan
dengan Iban.Mengikut sejarah
lisan, pembentukan dan
perkembangan budaya sosial
kaum Iban khasnya atau etnik
austronesia amnya terjadi semasa
zaman kegemilangan Austronesia
di Kerajaan Panggau Libau di
Tampun Juah, Iban mempunyai
sejarah tertua dan paling panjang
di Borneo.

PENGENALAN :

.Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan
Belanda Iban disebut dengan nama Sea Dayak kerana
kehadiran dalam aktiviti pemburuan/Ngayau di lautan

China Selatan.Iban terdiri dari pelbagai suku atau
puak.Salah satu puak Iban yang bukan berasal dari
Kapuas adalah Iban Batang Lupar yang dulu dikenal
sebagai Dayak Batang Lupar yang mana orang asal di
kawasan itu sejak zaman berzaman.Nama Sungai

Batang Lupar berasal dari nama suku Batang
Lupar.Panggilan "Dayak" Adalah gelaran yg digunakan
oleh pengembara eropah terhadap bangsa yg mendiami

kepulauan Borneo kerana pada waktu itu sulit untuk
mereka membezakan bangsa-bangsa yang terdapat di

kepulauan borneo kerana kemiripan dan persamaan
adat, kepercayaan dan rupa paras. Panggilan "Sea
Dayak" kepada Iban adalah kerana keberadaan Orang
Iban di lautan pada kurun ke 17 hingga ke 19 di lautan
China Selatan.Tradisi kayau di lautan atau tradisi

memenggal kepala musuh di lautan telah
menggerunkan pelayar dan pedagang asing ke Pulau
Borneo hingga tercatat didalam sejarah maritim bangsa
Eropah sebagai "Vikings of Eastern Sea "dan "King of

Sea Borneo".

PENGENALAN :

Sekarang (bancian 2016) kaum Iban dengan jumlah
sebanyak 1,297,700 iaitu 45% daripada jumlah
penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan

kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum
keempat terbesar di Malaysia selepas kaum
Melayu, dan Cina dan India.
Mereka mendiami setiap daerah, kabupaten
dan bahagian di Sarawak, Brunei, Kalimantan
Barat serta 6 daerah di Johor (Kota Tinggi,
Johor Bahru, Kulai Jaya, Pontian, Kluang dan
Batu Pahat)

BAHASA :

Kaum Iban dikenali dengan "Master of Language"
oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah

seorang di kalangan pengkaji Bahasa Iban yang
menyatakan bahawa orang Iban sememangnya
master of language. Prof Derek Freeman turut
menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam

menggunakan bahasa, di setiap baris ayat,
mencipta serta membina puisi dengan cantik,
bijak dalam memilih dan menyusun ayat sereta
mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan
penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi,
seperti yang digunakan dalam puisi dan prosa

dalam Bahasa Inggeris.
Puisi rakyat (leka main) Iban boleh dibahagikan
kepada tiga kumpulan utama berdasarkan bentuk
dan fungsi mereke masing-masing iaitu untuk acara
hiburan, upacara invokasyen dan acara rasmi.

BAHASA :

Dialek-dialek yang tergolong dalam Bahasa Iban
ialah:

1.Dialek Iban Standard di Sarawak, Kalimantan
Barat, Brunei, Sabah & Johor (kod bahasa : IBA)

2.Dialek Iban Merotai di Sabah (kod bahasa : IBA)
3.Dialek Iban Bugau di Sarawak dan Kalimantan

Barat (kod bahasa : IBA)
4.Dialek Iban Dau di Sarawak (kod bahasa : IBA)
5.Dialek Iban Lemanak di Sarawak (kod bahasa :

IBA)
6.Dialek Iban Skrang di Sarawak (kod bahasa :

IBA)
7.Dialek Iban Ulu Ai di Sarawak (kod bahasa : IBA)
8.Dialek Iban Undup di Sarawak (kod bahasa : IBA)
9.Dialek Iban Batang Lupar di Sarawak (kod

bahasa : IBA)
10.Dialek Balau di Sarawak (kod bahasa : BLG)

MAKANAN TRADISIONAL :

Umai merupakan hidangan yang

berasaskan ikan mentah dengan

campuran beberapa bahan seperti

#1. Umai bawang merah, cili, garam dan perahan


limau untuk menghasilkan rasa yang

enak. Ia juga boleh dihasilkan

menggunakan udang ataupun

sotong.Gabungan pelbagai bahan telah

membuatkan ikan atau udang atau

sotong mentah tersebut dimasak secara

semulajadi tanpa perlu memasaknya di

atas dapur. Hidangan ini sememangnya

enak dimakan bersama nasi panas.

Cakar ayam merupakan antara kuih muih #2. CAKAR
yang wajb ada semasa perayaan hari AYAM
Gawai. Ia merupakan kuih tradisional

yang tidak mungkin dilupakan oleh kaum
Iban.Kuih ini diperbuat daripada ubi
keledek yang disira dengan gula Melaka.
Rasanya yang rangup dan lemak manis
ini membuatkan ramai yang
menggemarinya.

MAKANAN TRADISIONAL :

#3. AIR Tuak merupakan sejenis minuman yang
TUAK mengandungi alkohol. Ia sangat popular di
kalangan masyarakat asli atau bumiputera. Air

minuman ini pada asasnya merupakan minuman
segar tanpa sebarang campuran.Namun, ia telah
melalui proses pemeraman dan telah
menyebabkan minuman tersebut berubah rasa
dan warna. Ia bergantung kepada suku kaum yang
menghasilkan minuman ini.Terdapat dua jenis tuak
yang begitu terkenal iaitu tuak beras, tuak kelapa
atau tuak nipah.

Hidangan manuk pansuh sememangnya begitu #4. MANUK
terkenal di negeri Sarawak. Namun, hidangan ini PANSUH
sebenarnya merupakan salah satu makanan tradisi
orang Iban.Manuk dalam bahasa Sarawak

merupakan ayam. Ini bermakna hidangan manuk
pansuh adalah hidangan berasaskan ayam. Biasanya
untuk menghasilkan hidangan ini, ayam tua akan
dijadikan sebagai pansuh.Manuk pansuh ini begitu
enak rasanya apabila dimasak di dalam buluh
bersama bahan – bahan yang begitu istimewa.
Hidangan ini juga sering menjadi lauk serta “tabas”
semasa meraikan sesuatu perayaan.Untuk memberi
rasa serta aroma yang lebih wangi, daun ubi akan
diletakkan pada bahagian hujung buluh. Wap yang
terhasil akan memberi bau yang cukup
menyelerakan. Hidangan ini sering menjadi makanan
wajib semasa sambutan perayaan Hari Gawai setiap
tahun.

ALAT MUZIK TRADISIONAL :

SAPE

Sapeh, sape', sampe' (juga: sampek) atau sambe' (juga: sambek)[1]
merupakan sebuah alat muzik jenis kordofon yang berasal dari
kaum Orang Ulu terutamanya suku-suku Kenyah dan Kayan. Hal ini
terbukti dengan kehadiran pemain sape' legenda yang digelar
Masters of the Sarawakian Sape' iaitu Tusau Padan, seorang
Kenyah yang telah memperkenalkan sape' kepada masyarakat
Sarawak dan antarabangsa. Berbentuk seperti gambus panjang
bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi
dan diperbuat dari kayu jokuvang. Badan sapeh biasanya diperbuat
daripada satu batang pokok, dengan banyak alatan moden
mencecah sehingga sepanjang satu meter. Di permukaan sapeh ini
kebiasaannya didapati ukiran bermotif Orang Ulu di Sarawak serta
diwarnakan samada merah atau hitam.Pada awalnya sape
merupakan alat muzik yang agak terhad dengan hanya dua tali dan
hanya tiga fret. Kegunaannya terhad kepada muzik bentuk tradisi
bagi mencetuskan keadaan bersawai.

ALAT MUZIK TRADISIONAL :

TETAWAK

Tetawak merupakan sejenis gong yang biasanya
dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan

tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia
biasanya digandung berpasangan pada batang kayu

yang dikenali sebagai kayu mengabang dan
dimainkan oleh pemain yang sama. Ia biasanya
digunakan sebagai mengiringi permainan teater
tradisional seperti Mak Yong, Wayang kulit Kelantan,

Menora dan Main Puteri.

PAKAIAN TRADISIONAL :

Ngepan Iban

Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga
jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan

sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma
separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula

ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa
lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang
panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai

bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang
sangat halus.

PAKAIAN TRADISIONAL :

Ngepan Iban

Ngepan digunakan semasa perayaan seperti "Hari Gawai" .
Ngepan Iban merupakan pakaian tradisi wanita suku kaum Iban.
[1] Asal usul ngepan indu iban dipercayai berasal daripada
seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu.
Kumang merupakan seorang wanita yang sangat baik dalam
kalangan wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang
pandai membuat sebarang kerja wanita seperti bertenun,
ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu
bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau
mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.
Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian
tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi
masyarakat iban. Lengkap dengan perhiasaan perak, tembaga,
manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah
menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini.

PAKAIAN TRADISIONAL :

Ngepan Iban

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu
Kain Sirat dan Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai

kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat
dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian
yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang
yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada
bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini

digunakan sebagai pembungkus barang-barang
persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat

BAJU BURUNG

1. Lanjang/ Ketapu
Lanjang atau ketapu dipakai di atas kepala. Ketapu ini
diperbuat daripada rotan. Ia dianyam mengikut
kehendak corak masing-masing. Setelah siap dianyam
dan dicat, ketapu tersebut akan diletakkan dengan
bulu burung. Contohnya, burung kenyalang. Makin
lebat bulu burung yang diguna, maka makin cantik
ketapu tersebut.

2. Sirat
Sirat adalah pakaian lelaki yang
digunakan pada punggung lalu dengan
cara menutup sampai ke bawah paha.
Pada zaman dahulu, lelaki memang tidak
ada seluar tetapi mereka cuma bersirat
sahaja. Sirat bukan sahaja digunakan
semasa hendak turun berperang malah
ia dipakaikan untuk aktiviti ritual atau
semasa perayaan Gawai. Besar sirat ini
selalunya 50cm buka x 500 cm panjang
(50cmX50cm). Orang Iban pada zaman
dahulu selalu mencari hasil hutan untuk
membuat baju, kain dan sirat.

3. Gagong/ Baju Burung
Sesetengah gagong diperbuat daripada kulit haiwan bagi
yang tradisi zaman nenek moyang dahulu. Gagong ini
selalunya dipakai semasa perayaan gawai dan majlis besar-
besar. Gagong ini tidak boleh dipakai sembarangan kerana
gagong ini dipakai oleh orang yang nak berperang, orang
yang kuat, berani serta orang yang terkenal. Mengikut
cerita zaman dahulu, pihak lawan/ musuh takut untuk
berlawan dengan orang Iban sekiranya mereka
menggunakan gagong ini. Kebanyakan gagong ini
sebenarnya diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit
beruang yang susah didapati kerana haiwan tersebut kuat
dan ganas. Mengikut kepercayaan zaman dahulu,

AGAMA :

Masyarakat Iban rumpun Dayak yang menduduki Sarawak,
Kalimantan Barat dan Brunei dalam pulau Borneo mempunyai
suatu anutan khas diturunkan sejak berzaman-zaman
disebutkan sebagai pengarap asal. Agama ini dianuti sebanyak
13.63% dalam kalangan masyarakat Iban Sarawak menurut
banci dilakukan kerajaan Malaysia tahun 2010.Kajian mengenai
agama dan kepercayaan adat masyarakat ini telah lama
dikajikan banyak cendekiawan baik yang setempat mahupun
dari luar negara seperti Erik Jensen dan Benedict Sandin.

MITOLOGI

Betara yang disembah[sunting | sunting sumber]
Masyarakat Iban umumnya mempunyai suatu dewa utama yang
disembah bernama Bunsu (Kree) Petara yang tidak beribu bapa dan
mencipta segala-galanya di dunia ini dan dunia lain.[Bunsu Petara
menghulu dewa-dewi tujuh kesemuanya yang disebutkan sebagai
Tansang Kenyalang:

Sengalang Burong, dewa perang dan penyembuh
Biku Bunsu Petara sebagai pembantu dan pendeta utama
Menjaya sebagai dukun (manang) pertama dan dewa perubatan
Selampandai sebagai dewa penciptaan
Sempulang Gana dan Semarugah, dewa-dewa pertanian dan tanah
Ini Inda/Inee/Andan, dewa keadilan
Anda Mara, dewa kekayaan.

PEMUJAAN

James Jemut Masing dan Benedict Sandin membahagikan
pemujaan yang ada dalam masyarakat ini kepada tiga kategori:
bedara yang paling tinggi, gawa dan gawai.
Bedara
Bedara merupakan upacara melibatkan suatu penyemahan (miring)
yang lazim diadakan dalam sesebuah rumah panjang: bedara yang
diadakan dalam bilik keluarga disebut sebagai bedera mata
("bedera mentah") manakala bedara yang diadakan di ruang umum
rumah atau ruai disebut sebagai bedara mansau ("bedara masak").
Jenis miring lain yang diketahui termasuk minta ujan, minta panas,
berunsur (penyucian roh), mudas (membaca petanda tilikan), muja
menua ("puja benua", upacara menenangkan roh semangat
sekitaran meminta ampun atas perbuatan manusia),pelasi menua
("membersih benua" yakni menyemah menyucikan tanah
sekitaran),[8] genselan menoa (adat tumpah darah) serta nasih
tanah (pemberian tanah).
Gawa
Gawa melibatkan pengucapan mantera sehari semalam oleh orang
yang mampu berantara khusus dengan Petara dan Panggau Libau
yang disebutkan sebagai lemambang.Upacara gawa yang diketahui
termasuk gawa beintu-intu dan gawa tuah.
Gawai
Gawai pada umumnya melibatkan perayaan besar melibatkan
upacara pengucapan mantera oleh para lemambang selama
berhari-hari ke sampai seminggu seiring kitaran padi: gawau-gawai
ini diadakan untuk memperingati peristiwa dan kegiatan tertentu
seperti gawai bumai (selepas bertani), gawai amat/asal atau gawai
burong), gawai tuah, gawai lelabi (meraikan perkahwinan), gawai
sakit, gawai antu (memperingat roh yang telah pergi) serta gawai
ngar (selepas bekerja anyam kain).

PERAYAAN :

Perayaan Gawai merupakan pesta utama bagi suku kaum
Iban sebagai upacara keagamaan dan kepercayaan asal
untuk menyembah para dewa. Jenis-jenis Hari Gawai
adalah seperti Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai),
Gawai Burung dengan sembilan peringkat yang berturut-
turut untuk memyembah Sengalang Burong dan
keluarganya sebagai dewa perang atau pengubatan
secara ajaib, Gawai Kenyalang (untuk menandakan
kejayaan seseorang dalam kehidupannya), Gawai Umai
seperti upacara manggul semasa mencari tapak umai,
Gawai Batu untuk mengasah tajam peralatang besi
sebelum menebas dan menebang, Gawai Ngalihka Tanah
untuk memajak tanah yang tidak subur lagi, Gawai Benih
untuk menimang benih padi supaya sihat, subur dan
berhasil, Gawai Ngemali Umai untuk mengubati padi huma
yang sakit, upacara Matah untuk memulakan penuaian
padi, Gawai Bersimpan Padi selepas menuai, Gawai
Pangkong Tiang apabila pindah ke rumah baru, Gawai
Tuah untuk mencari dan memasukan nasib baik ke bilih
keluarga, Gawai Lelabi (Melah Pinang / Majlis Nikah),
Gawai Sakit untuk mengubati pesakit selain begama
(bersentuh), g diperbuat daripada ragi dan beras ini boleh
didapati di rumah panjang.

Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian
semasa menyambut Gawai orang-orang
Iban sebelum berperang dan selepas musim
menuai. Pada zaman dahulu ia ditarikan
selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi
seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung.
Penari juga memakai topi yang dihias
dengan bulu-bulu burung. Gagung
merupakan sejenis baju yang tebal dan
keras diperbuat dari kulit haiwan seperti
kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan
kanannya.

Pesta Gawai pada kebiasaannya
disambut pada akhir bulan May atau
awal bulan Jun setiap tahun. Pesta
Gawai di Sarawak disambut dengan
meriah di bandar-bandar dan di desa
dengan persembahan tarian,
minuman tuak 'arak beras', dan
bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak
telah disambut secara besar-besaran
semenjak 1964.

Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan

dalam sambutan Hari Gawai sebagai

tanda kesyukuran dalam kehasilan

menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai

rumah merupakan orang yang

bertanggungjawab untuk

menguruskan sambutan yang penting

ini. Perayaan Gawai juga tidak akan

lengkap, sekiranya Tuak tidak

dihidangkan. Minuman yang

diperbuat daripada ragi dan beras

boleh didapati di rumah panjang.

PENEMPATAN :

Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Lupar,
Sungai Saribas, Sungai Kalaka, Sungai Rajang, Sungai
Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai
Kemena, Sungai Baram, Sungai Krian,Sungai
Seblak,Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Kaum Iban
adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang
menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami
rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang
dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban
sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar
Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri=ciri asal tradisi
mereka tetap dikekalkan

TRADISI :

Tradisi orang Iban adalah adat, budaya dan kepercayaan asal mereka, tanah pusaka dan
kehidupan di rumah panjang. Banyak adat-adat asal yang masih diamalkan dan digunapakai

dalam komuniti di rumah-rumah panjang untuk menjaga ketenteraman dan keamanan
masyarakat. Budaya menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau masih
diamalkan hingga sekarang walaupun berkurangan. Ia diwarisi secara turun-temurun,
bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh
secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan

kepercayaan nenek moyang.

Adat asal dan hukumannya

Orang Iban mem
punyai banyak adat asal yang diikuti dalam kehidupan harian
dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam kehidupan mereka. Contoh-
contoh adat ini termasuklah:

Adat membina rumah
Adat kahwin, cerai dan zina
Adat beranak
Adat bertani dan mengguna tanah
Adat ngayau
Adat ngayap
Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu
Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda
Adat begawai dan berupacara
Adat hidup di rumah panjang
Adat bertenun dan mainan masa lapang
Adat menari ngajat dan betaboh
Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi
Adat pergi atau mengembara

Kebanyakan adat-adat ini masih boleh digunapakai
sehingga ke hari ini sama ada di rumah panjang atau di
bandar-bandar. Ketua rumah adalah penjaga utama adat
sala orang Iban untuk memastikan kelancaran pelaksanaan
adat dan dendanya demi ketenteraman dan keamanan.
Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga hal-ehwal
para pengikut beliau dan dia mestilah mengetahui setiap
jenis adat. Jika sesuatu pertingkaian atau kes tirujuk kepada
tuai rumah, beliau akan cuba membicara dan
menyelesaikannya secepat mungkin bersama dengan ketua
bertani, ketua burung, ketua-ketua keluarga dalam rumah
panjang tersebut dan anggota-anggota masyarakat yang
lain.
Mengikut buku yang ditulis oleh Bendict Sandin[2],
perlanggaran adat-adat ini akan dihukum mengikuti sistem
tunggu dengan nilainya yang dipanggil mungkul iaitu satu
mungkul sama dengan satu dollar ($1.00). Jadi, lebih berat
atau besar kesalahan seseorang itu, maka lebih tinggilah
jumlah mungkul yang akan diputuskan oleh ketua rumah
atau penghulu.
Untuk kes-kes kesalahan kecil, ketua rumah boleh
mendenda pesalah dengan telur ayam, paku besi, mangkok,
pinggan dan mangkuk. Denda sebegini dipanggil sa-uta
iring yam dan biasanya dibayar oleh sahabat handai dan
kaum kerabat mereka yang terlibat.

Untuk kes-kes kesalahan besar, hukuman boleh diisi
dengan tajau pada mahkamah ketua rumah atau padi
pada mahkamah penghulu seperti berikutnya:
Nama tunggu dengan tajau = Nilainya:

Satu uta = $0.25
Satu menukol = $0.50
Satu jabir = $1.00
Satu panding = $2.00
Satu alas = $4.00
Satu alas ngerang = $5.00
Satu alas barejang = $6.00
Satu alas betandok = $7.00
Satu rusa = $8.00
Satu menaga = $16.00
Satu ningka = $32.00
Nama tunggu dengan berat padi (kati) = Nilai dollar
dahulu = Nilai dollar pada 1980an dan sekarang:
5 kati = $3.60 = $5.00
10 kati = $7.20 = $10.00
20 kati = $14.40 = $20.00
30 kati = $21.60 = $30.00
1 pikul = $28.80 = $100.00

Di kawasan-kawasan pedalaman, hukuman bagi kes-kes kecil masih
dibayar dengan lima puluh sen ($0.50) untuk satu jabir yang
biasanya bernilai satu dollar ($1.00). Sistem denda ini bersala
daripada decree riegim Brunei sebelum kedatangan Brooke dalam
tahun 1840. Orang Iban panggil sistem denda ini sebagai "jabir Iban"
yang berbeza dengan "jabir perintah" seperti jadual berat padi dan
nilai tajau di atas.
Bayaran denda biasanyan dipunyai oleh ketua rumah atau ketua
rumah akan membahagikan denda itu kepada ketua-ketua keluarga
yang hadir dalam mesyuarat (betugong) menyelesaikan kes-kes itu.

Selain membayar tunai, jika sesuatu kesalahan itu adalah sungguh besar
yang boleh menyebabkan alam "kudi" (buruk), kemarahan dewa dan roh,
para pesalah adalah dikehendaki menyemebelih babi dewasa dengan
darahnya digunakan untuk menyucikan tanah dan air darpada dosa yang
telah dilakukan. Di samping itu, para pesalah juga diminta untuk
memberikan sebilah parang dan kapak beliong untuk orang yang
menyembelih babi itu dan tajau kecil (kebok untuk ketua rumah.
Pada masa dahulu kala, jika seseorang telah membunuh orang lain
secara tidak sengaja, dia akan diminta membayar "pati nyawa" dua biji
tajau kepada keluarga si mati. Jika gagal membayar, dia dan
keturunannya akan menjadi hamba kepada keluarga si mati sehinggalah
mereka melangsaikan gantirugi atau dibebaskan oleh tuan punya
mereka.
Jika seseorang pelawan membunuh rakan seperjuangannya semasa
"ngayau" (serangan atau perang), pembunuh mestilah membayar pati
nyawa dua biji tajau kepada keluarga si mati. Kalau gagal menunaikan
ini, dia mestilah menyerah diri sebagai hamba kepada keluarga si mati.
Apabila ketua rumah mengetahui satu keslahan besar seperti zina telah
berlaku, dia akan menyembelih seekor ayam dengan segera. Ini
menandakan kepada umum bahawa kesalahan itu adalah dalam proses
perbicaraan dan penyelesaian untuk mengelakan pertumpahan darah di
mana ketua rumah boleh didenda jika dia gagal membendung kejadian
itu daripada berlaku. Mengikut tradisi dahulu, si suami atau isteri boleh
membalas dendam serta merta sebagai ganti rugi dalam kes zina jika
pasangan itu didapati sedang melakukan zina.

MESYUARAT DAN BICARA :

Jika ada hal yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara peribadi, salah seorang atau

kedua-duanya sekali boleh merujuk kes mereka kepada tuai rumah untuk dibicarakan.
Pertama sekali, tuai rumah akan cuba menolong menyelesaikan kes itu melalui mesyuarat kecil

(baum mit atau berandau) yang bersifat peribadi antara kedua-dua pihak yang bertelegah
untuk mencapai persetujuan (konsensus) dan perdamaian semula (rekonsiliasi) sebelum

memanggil mesyuarat besar (becara) yang besifat rasmi dan terbuka.

Semua ketua rumah atau masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes hal-ehwal para
pengikut mereka dengan bepegang teguh kepada prinsip berikut:

"Utai besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar, jadikan
kecil. Hal kecil, jadikan tiada.
Kedua-dua pihak yang bertikai adalah dinasihatkan untuk bersetuju menyelesaikan hal
mereka dan berdamai secara peribadi kerana ada pepatah orang Iban yang terkenal dan
selalu disebut-sebut oleh ketua rumah atau masyarakat seperti berikut:
Undang-undang adalah seperti ular tedung. Ia adalah tidak merbahaya jika tidak
diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh mematuk. Maksudnya ialah seseorang yang
beia-ia mahu berbicara menghadapi risiko didapati bersalah dan dihukum. iaitu
"dipatuk oleh undang-undang".


Jika mereka masih bertelagah, tuai rumah akan menentukan suatu tarikh

perbicaraan dengan memanggil semua ketua keluarga dan anggota rumah
panjang ke suatu mesyurat besar. Selepas makan malam, tuai rumah akan
membentang tikai dan memanggil semua orang untuk datang duduk di ruai
ketua rumah. Kedua-dua pihak yang bertelagah akan dipanggil duduk berdepan
dan bersemuka antara satu sama lain. Pihak pendakwa akan diminta bercakap
dahulu dan diikuti oleh pihak tertuduh. Selepas itu, semua saksi akan
dibenarkan bercakap satu demi satu. Seterusnya sesi pertanyaan, jawapan dan
perbincangan berlaku sehingga isu-isu pertikaian atau pertelagahan telah
dikenalpasti dan kedua-dua pihak telah diberi peluang secukupnya untuk
bersuara. Kemudian, ketua rumah akan meninta para anggota tertua dan setiap
ketua keluarga untuk memberikan pandangan terhadap kes yang dibicarakan.
Akhir sekali, ketua rumah memutuskan pihak mana yang bersalah berdasarkan
adat mana yang berhubungkait dengan kes yang dibicarakan dan menyatakan
hukumannya.

Jika pihak yang bersalah masih tidak puas hati, dia boleh merayu
kepada penghulu. Kalau penghulu bersetuju untuk
membicarakan sesuatu kes, beliau akan menetapkan satu tarikh
kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan termasuk
ketua-ketua rumah. Prosedur bicara seperti diadakan oleh ketua
rumah akan diikuti oleh penghulu. Selepas mendengar ucapan
dari kedua belah pihak dan ketua-ketua rumah, penghulu akan
memutuskan pihak mana yang bersalah dan menyatakan
hukumannya sekali.
Kalau pihak bersalah mahu merayu lagi, dia boleh membuat
rayuan kepada mahkamah pribumi atau daerah dalam masa
seminggu. Jika tidak, kes tersebut dikira selesai dengan
sendirinya sperti yang diputuskan.
Biasanya, kedua-dua pihka akan menyelesaikan hal mereka
secara peribadi tanpa bicara untuk menjaga air muka diri sendiri
dan keluarga dan mengelak jumlah hukuman yang semakin
meningkat daripada ketua rumah ke atas. Ada pepatah masyhur
yang : "Jika berjalan menggunakan tungkat adat, seseorang
akan kekal pada jalan yang betul." Jadi, adat mestilah diamalkan
dengan akal fikiran untuk menjaga keharmonian hubungan
masyarakat. Maka "Bila tidur, ingatan menjadi bantal. Bila
berjalan, adat dijadikan tungkat."
Keengganan untuk menghadiri mahkamah ketua rumah atau
penghulu akan dihukum satu jabir dan lima kati masing-masing.
Sesipa yang tidak menghormati mahkamah juga akan dihukum
sebelum mahkamah boleh bersambung.

KEGUNAAN TAJAU :


Tajau iaitu tempayan-tempayan seramik adalah singguh dihargai

oleh masyakarakat Iban sebagai harta pusaka keluarga masing-
masing. Pada masa dahulu sewaktu mata wang atau duit tunai
susah diperolehi, segala hukuman ke atas perlanggaran adat boleh
dibayar dengan tempayan. Amalan ini dipanggil adat mata tajau.

Jika hukuman tidak dapat diisi atau hutang tidak dapat
dilangsaikan misalnya membayar dengan tajau jika tiada duit,
seseorang itu akan menjadi jaum atau hamba kepada orang yang
telah disalahi atau memberi hutang. Tajau juga digunakan semasa
upacara suci dan perayaan gawai kepercayaan asal. Kadang-kala

sesetengah tajau dianggap mempunyai kuasa ghaib.
Ada beberapa jenis tajau seperti berikut mengikuti nilainya: Jenis
tajau = Nilai dalam dollar ($) pada masa dahulu kala[3]: Salang-
alang = 150.00 Rusa Salang-alang = 200.00 Begeri = 200.00 Rusa
Begeri = 200.00 Rusa Randok = 250.00 Betanda Begeri = 200.00

Betanda Bendar = 280.00 Menaga = 300.00 – 350.00 Ningka
Menaga = 320.00 – 370.00 Ningka Bendar = 400.00 Ningka
Betanda = 320.00 Sergiu = 600.00 – 900.00 Guchi = 700.00 –

1,000.00
Pada masa sekaramg, harga-harga tajau ini dijangka telah
melambung berlimpat kali ganda kerana tajau-tajau ini telah
dianggap ahrat pusaka yang klasik dan unik dan tidak dibuatkan

lagi, jadi tiada bekalan lagi.

BUDAYA :

Antara kebudayaan Iban l
ain yang menarik adalah:

Ngajat
Ngayau
Ngayap
Bekuntau/Bepencak
Betaboh
Betenun
Bepantun
Main Utik
Nganyam
Ngasu
Ngukir
Ngambuh

KEPERCAYAAN :

Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang

diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan
Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan
berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'.
Orang Iban percaya kepada kwujudan seorang Tuhan yang agung
(Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah
Tuhan agung ini, orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang
sentiasa dihitung sebeum memulakan biau dan sampi dengan
nama=nama berikutnya:

Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan
Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa keagamaan
Menjaya sebagai dewa perubatan
Selempandai/Selempetoh/Selempeta sebagai dewa pembuatan
Sempulang Gana/Semerugah sebagai dewa pertanian dan tanah
Ini Inee/Andan sebagai pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan
Anda Mara/Gangga Ganggong sebagai dewa kekayaan.

Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan
dan barangan fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan
sebagainya mempunyai semengat atau roh masing-masing. Mereka
juga percaya kepada orang Panggau Libau dan Gelong sperti Keling
dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Juga disembah oleh orang Iban
adalah roh-roh nenek moyang yang telah meninggal untuk meminta
pertolongan semasa Gawai Antu.

Ilmu firasat lama orang Iban bergantung kepada beberapa cara seperti
berikut:

Mimpi yang baik atau buruk
Binatang bisa
Burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja
Hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya.

Contohnya apabila hendak membuka penempatan
dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang
hendak didirikan rumah tersebut hendaklah
disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada
petanda-petanda lain seperti bunyi burung
ketupung dan burung beragai. Bunyi yang
dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah
petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian
tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh
'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya
tidak mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat
tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan
datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang.
Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan
malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan
'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang
dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.

KEGIATAN EKONOMI :

Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-

rumah panjang di mana pola pertempatan bagi rumah
panjang ini adalah beselerak di lembah-lembah sungai di
seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih
melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam
padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman dahulu
merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba
(berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan
penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan
dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk
mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak.
Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang
banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap
kaya dan dipandang tinggi, pintar dan rajin. Justeru itu
masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu
masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit
(Sultive,1978:3). Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah
panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat
sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan
makanan dan perubatan. Pendek kata, penghijrahan orang
Iban ke kawasan-kawasan baru adalah bertujuan untuk
mencari tanah bagi tujuan bercucuk tanam dan mencari
sumber makanan daripada hutang serta sekaligus mewarisi
tanah-tanah ini sebagai tanah pusaka mereka dari turun-
temurun.

Thank you!


Click to View FlipBook Version