The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luqman99.lnh, 2021-11-06 10:59:15

zdocs.tips_simpulan-dan-ikatan

zdocs.tips_simpulan-dan-ikatan

SIMPULAN DAN IKATAN

PENGENALAN

Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. Sukar
dikesan,siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. Dipercayai
penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang
masa, tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan
kegiatan luar. Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan
ikatan.

i. Simpulan (knotting)

Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.
Digunakanpada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku
sila, tindihkasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.

ii. Ikatan (lashing)

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk
membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti
ikatan seraya,ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak

SIMPULAN BUKU SILA

Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak
mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar
kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang
dilipat.

TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. Ia juga digunakan
untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis tindih kasih yang terdapat dalam silibus ikatan 7
simpulan tali.

Simpulan Bunga Geti
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan
jenisnya. Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung
bendera dalam flag break.

SIMPULAN PENGAIL
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan sama besar seperti tali pancing.Ia
digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.

IKATAN MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia
berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya,
ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga
digunakan untuk membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan
diatas tadi).

IKATAN BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar
supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh
digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk).

SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPAN
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8
ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots.

SIMPULAN RAMA-RAMA
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan mudah
terikat. Simpul ini mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki
tambatan akhir.Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah
stopper knot bebas. Contohnya simpulan angka no.8 ke hujung tali untuk keamanan.

SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang
kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal

SIMPUL ABAH-ABAH
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada
dangan tujuan untuk menarik sesuatu barang

SIMPUL KERUSI
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram
dengan memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling
kaki atau pelipatan lutut.

SIMPULAN PENCURI
Digunakan untuk aktiviti mendaki atau turun bukit.

SIMPUL PULIH
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan
tali pada bahagian yang reput,hendak putus atau rosak.

IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan,gejet,
menara,tiang, bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul
manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali
dimatikan dengan simpul manuk juga.

IKATAN SERONG/SILANG
untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.

IKATAN SILANG GUNTING
Untuk menguatkan batang kayu yang lemah dan untuk menyambung dua batang
kayu/buluh untuk membuat kaki yang bersilang.

SILANG TUNGKU
Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan, menara, gejet, dan
menyambung kayu dengan mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.


Click to View FlipBook Version