The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitijamiah, 2020-07-14 15:18:33

NORMA BAHARU MURID BERKEPERLUAN KHAS SK (FELDA) TRIANG 3

SK (FELDA) TRIANG 3, THE BEST

KELAS PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN
(KPKP)

SK (FELDA) TRIANG 3





• Garis panduan pengurusan

Murid Berkeperluan Khas

disediakan sebagai rujukan tentang
pengurusan Murid Berkeperluan Khas (MBK)
di sekolah yang berdaftar dengan KPM

hendaklah dibaca bersama Garis Panduan
Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan
Surat Siaran KPM bilangan 5 tahun 2020
bertarikh 4 Jun 2020, Garis Panduan
pembukaan Semula Pra sekolah, surat
pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan
serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan
oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke
semasa.

1) PENGISYTIHARAN KESIHATAN

• Ibu bapa/penjaga perlu membuat
pengisytiharan kesihatan MBK melalui borang
yang diberikan. Maklumat tersebut merupakan
indikator bagi menentukan tahap kesihatan
MBK dan keupayaan penjagaan kesihatan
kendiri oleh MBK.

• Borang tersebut perlu dikemukakan kepada
pihak sekolah sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum sesi persekolahan bermula.

• Berdasarkan pengisytiharan tersebut,
pentadbir sekolah perlu memutuskan sama
ada MBK boleh hadir ke sekolah atau
sebaliknya.

• Bilangan MBK bagi setiap bilik PdP
bergantung kepada keluasan ruang dengan
mengambil kira penjarakkan sosial. Maksimum
7 orang dalam satu ruang.

• Pihak sekolah boleh melaksanakan kaedah
penggiliran kehadiran MBK sekiranya bilik
PdP tidak dapat menampung kehadiran semua
MBK selepas mengambil kira penjarakkan
sosial.

• Perabot dan peralatan termasuk peralatan
khas yang tidak digunakan perlu disimpan
atau diketepikan untuk mengurangkan
sentuhan.

• Pihak sekolah perlu mengatur

Jadual bekerja PPM bagi memastikan semua PPM
datang lebih awal untuk menguruskan ketibaan MBK

Waktu ketibaan MBK berperingkat

• Pihak sekolah perlu menyediakan

Laluan khas untuk mengimbas suhu badan MBK

Drop off point bagi MBK yang dihantar dengan
menaiki kenderaan ke dalam kawasan sekolah.

• Pihak sekolah perlu mengingatkan MBK
supaya sentiasa mencuci tangan dengan air
dan sabun sebelum ke sekolah atau
pensanitasi tangan.

• MBK yang tiba ke sekolah akan disambut dan
dibawa ke kelas oleh PPM.

• Ibu bapa/penjaga dibenarkan masuk ke
sekolah dengan menaiki kenderaan sekiranya
MBK tidak berupaya berjalan kaki.

• Pihak sekolah perlu mengimbas dan merekod
suhu badan MBK di lokasi yang ditetapkan.
Jika suhu mencecah 37.5 °c dan ke atas, ibu
bapa perlu membawa pulang anak/anak
jagaan untuk mendapatkan rawatan.

• MBK hendaklah sentiasa diingatkan untuk
mencuci tangan dengan air dan sabun setiap
kali menggunakan tandas.

• Guru/PPM yang membantu MBK mengurus diri
hendaklah memakai pelitup muka serta
mencuci tangan dengan air dan sabun lebih
kerap.

• Mengasingkan MBK yang mempunyai masalah
tingkah laku dan diberikan modifikasi tingkah
laku serta intervensi yang sesuai. Jika tidak
terkawal, hubungi ibu bapa/penjaga untuk
membawa MBK pulang.

• Guru/PPM yang mengendalikan MBK
bermasalah tingkah laku perlu memakai
pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

• Kekalkan guru dan PPM yang sama untuk
satu-satu kelas bagi mengelakkan MBK
terdedah kepada lebih ramai orang.

• Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
dikongsikan oleh guru kepada ibu bapa /
penjaga bagi memastikan pembelajaran dan
intervensi dapat dilaksanakan di rumah.

• Menangguhkan sebarang aktiviti luar dan
aktiviti terapeutik seperti berenang dan
berkuda sehingga pemakluman baharu
dikeluarkan oleh KPM.

• Mengatur waktu MBK pulang dari sekolah
bagi mengurangkan masa menunggu
ibubapa/penjaga dan mengelakkan
kesesakan.

• Guru dan PPM mengiringi MBK ke lokasi yang
ditetapkan semasa waktu pulang. MBK yang
dijemput oleh ibubapa/penjaga dengan
kenderaan di dalam kawasan sekolah
dihantar oleh PPM.

• Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan
semasa memberikan perkhidmatan terapi dan
intervensi kepada MBK.

• MBK yang memerlukan terapi dan intervensi
boleh membuat temujanji dan mematuhi
panduan keselamatan yang telah ditetapkan.

• MBK yang tidak boleh hadir ke sekolah
kerana pengisytiharan kesihatan atau
penggiliran akan mengikuti PdP di rumah.

• Pelaksanaa PdP dirumah bergantung kepada
keupayaan MBK dengan sokongan ibu
bapa/penjaga.

• MBK yang memerlukan sokongan maksimum
boleh dibekalkan dengan pek aktiviti yang
mengandungi ransangan untuk meningkatkan
perkembangan domain.


Click to View FlipBook Version