The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahalabiahmohamad73, 2021-08-11 05:10:35

TEKS UCAPAN PENGETUA MAJLIS PERASMIAN

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2021

Keywords: EDIT TEKS

TEKS UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN

TAHUN 2021
Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Bismillahirrahmanirrahim,

Asslamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada seluruh hadirin yang dihormati sekalian.

Yang Berusaha, Puan Hajah Suria binti Talib, Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Mohamad Safri bin Hanafiah, PK HEM,
Cik Noreha binti Yusop, PK Kokurikulum
Tuan Haji Mohd Zahidi bin Abdul Razak, Penolong Kanan Tingkatan 6,

Yang Dihormati, Encik Saiful Amran bin Mohd Saad, Yang Dipertua PIBG SMK
Sungkai,
Encik Rizuan bin Hamid, Pengerusi Kelab Jaya Waris SMK Sungkai,
Subs Inspektor Rozli bin Abd Talib, Pegawai Perhubungan Sekolah,

Guru-guru Kanan, Guru Bimbingan Dan Kaunseling, guru-guru, para pelajar dan
murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah Subhana Wa Taala, kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan
Kebangsaan 2021 pada hari yang berbahagia ini.

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama seperti
tahun lepas iaitu Malaysia Prihatin. Ini adalah seiring dengan iltizam dan aspirasi
berterusan kerajaan dalam menyemai rasa cinta semua rakyat kepada negara, selain
menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat.

Hadirin dan hadirat yang saya muliakan,

Walaupun kita masih berada dalam suasana pandemik Covid-19, dan tidak dapat
bersemuka, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan kita atur secara maya demi
menumpahkan rasa syukur kerana sampai hari ini kita dapat hidup di dalam negara yang
aman dan sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada JK Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan bagi tahun
2021.

Saya percaya melalui semangat Malaysia Prihatin yang sentiasa diperteguhkan, kita
akan dapat mengekalkan kehidupan yang harmoni, saling mengasihi dan bersatu hati
meskipun berlainan kaum, agama dan latarbelakang demi merealisasikan slogan “SMES
SENTIASA MAJU KE HADAPAN”

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa Sambutan Bulan Kebangsaan merupakan acara
tahunan bagi kalendar sekolah selaras dengan aspirasi negara bagi membentuk rakyat
Malaysia yang amat menghargai nilai kemerdekaa.

Selain sebahagian besar daripada para pelajar dan murid mungkin hanya menilai
sambutan tersebut sebagai cuti umum, hakikatnya jauh daripada itu. Sambutan ini
bertujuan untuk menanam semangat patriotik yang tebal dan kental dalam jiwa
kalangan generasi muda, khususnya para pelajar dan murid-murid SMES.

Kita bertuah kerana warga SMES ini, baik guru-guru mahupun murid-murid dan
pelajarya terdiri daripada pelbagai kaum.

Bak kata ahli pujangga, “Sudah terang lagi bersuluh” Elemen perpaduan telah lama
terpahat kukuh di bumi SMES ini. Cuma kita patut tingkatkan lagi usaha bagaimana
untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan kita kerana tanpa perpaduan tidak
mungkin kemerdekaan ini dapat diisi dengan sebaiknya.

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh pihak sekolah bagi memberi peluang kepada para
pelajar dan murid meluahkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia yang
merdeka dan bersatu hati.

Kepada para pelajar dan murid SMES, harapan saya semoga semuanya dapat
menghayati inti pati tema sambutan bulan kebangsaan ini, dan bersama-sama
berganding bahu merealisasikan sambutan bulan kebangsaan dengan menyertai
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Harapan saya, seluruh warga SMES mengorak langkah sederap bersama-sama
membangunkan modal insan berlandaskan kejayaan generasi terdahulu dalam
memperjuangkan serta memperkukuh nilai kemerdekaan tanah air kita ini.

Atas jerih payah generasi dahululah maka kemerdekaan dan pembangunan yang kita
kecapi hari ini, dapat meletakkan negara kita seiring dengan negara-negara lain dan
semakin gah di persada dunia.

Dari Kelantan ke Negeri Melaka,
Singgah berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 64 tahun Malaysia merdeka,

Hidup aman tiada keperitan.

Jalur gemilang bendera Malaysia,
Megah berkibar setiap hari,

Selalulah kita berdoa padaNya,
Supaya Malaysia terus aman harmoni.

Akhir kata, dengan lafaz
Bismillahirahmanirrahim saya dengan ini
melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan
Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungkai bagi tahun 2021.

Sekian, Wabillahi al-taufiq wal hidayah
wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa
barakatuh.

#kitajagakita
#kitapastimenang

HAJAH SITI KHADIJAH BINTI NGOSMAN
PENGETUA
SMK SUNGKAI


Click to View FlipBook Version