The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HELLEYECIA JUAN PPISMP BM SK1 - BMMB1104

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1314-24-helleyecia, 2022-04-01 12:27:22

HELLEYECIA JUAN PPISMP BM SK1 - BMMB1104

HELLEYECIA JUAN PPISMP BM SK1 - BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)

[BM SEKOLAH RENDAH]
(AMBILAN JUN
2021) KERJA
KURSUS
SEMESTER 2,
TAHUN 1SESI
JAN - JUN 2022

NAMA PELAJAR : HELLEYECIA JUAN

NO KAD PENGENALAN : 030706-12-0096

ANGKA GILIRAN : 20210710019

KUMPULAN/UNIT : BM SK1

KOD/NAMA KURSUS : BMMB1104 / KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN
TAJUK TUGASAN MELAYU

TUGASAN 1
PENGHASILAN PRODUK

(30%)

TARIKH MULA 28/2/2022

TARIKH HANTAR 20/3/2022

NAMA PENSYARAH : EN. AG AHMAF BIN HJ AG SIRING
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Dengan ini saya mengaku bahawa saya TANDATANGAN TARIKH
telah menerima maklum balas dari HELLY
pensyarah kerja kursus ini dan saya 20/3/2022
telah merujuk dan memahaminya.

Isi Kandung Muka Surat

1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 1
2.0 Kesusasteraan Melayu 2
2
2.1 Prosa Tradisional 3
2.2 Prosa Moden 4
2.3 Puisi Tradisional 5
2.4 Puisi Moden

6
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 6
3.1 Hiburan 7
3.2 Pendidikan 8
3.3 Dakwah 9
3.4 Kritikan Sosial



4.0 Manifestasi Akal Budi Dalam 10
Masyarakat Melayu 10
11
4.1 Pantun 12
4.2 Syair 13
4.3 Seloka 14
4.4 Gurindam 15
5.0 Rumusan
Rujukan

Penghargaan

Syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa, akhirnya
tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya sera
dapat disisapkan sebelum Tarikh penghantaran
tugasan ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Encik Ag Ahmad Bin Ag
Siring yang sentaiasa memberi tunjuk ajar kepada
saya sepanjang pelaksanaan kerja kursus tugasan 1
bagi subjek BMMB1104 ini. Kerja kursus ini
menerangkan secara keseluruhan mengenai
kesusasteraan Melayu.

Dalam tempoh pelaksanaan tugasan ini, banyak
rintangan yang perlu saya hadapai bagi menyiapkan
tugasan ini. Namun, berkat pertolongan daripada
rakan- rakan yang saya sayangi serta dorongan
daripada keluarga saya dapat menghadapi segala
rintangan ini.

1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu ini ditakrifkan sebagai
hasil seni yang disampaikan oleh seseorang
melalui Bahasa. Menurut penelitian umum,
karya sastera ini juga dapat dikaitkan
dengan segala pengucapan yang indah,
sama ada ia disampaikan secara bertulis
ataupun secara lisan.

Seterusnya, asal – usul bagi perkataan “
sastera “ ini dikaitkan dengan perkataan
Sanskrit iaitu “ castra “ yang disebut sebagai
“ syastra “. Perkataan tersebut dimaksudkan
dengan kitab suci. Manakala, “ susastera ”
pula dikaitkan dengan maksud sebuah

kata yang indah, baik dan juga lebih
berfaedah. Kesusasteraan juga diertikan
sebagai seni bahasa iaitu bahasa yang
diungkapkan secara spontan yang lahirnya
daripada perasaan yang mendalam dan juga
lahir daripada ekspresi fikiran melalui
medium bahasa.

1

2.0 Kesusasteraan Melayu
2.1 Prosa Tradisional

Prosa tradisional ini terikat kepada
beberapa bentuk- bentuk tertentu seperti
terdapat makna struktur, plot, gaya teknik
dan konvensi lain sastera yang tersendiri.

Prosa tradisional ini juga terbahagi kepada
beberapa jenis iaitu naratif dan bukan
naratif. Bagi jenis naratif ini pula terbahagi
kepada dua iaitu naratif lisan dan naratif
tulisan. Naratif lisan ini adalah cerita yang
disampaikan kepada rakyat secara lisan
dan isinya tidak tetap kerana seringkali
berlaku tokok tambah dalam sesuatu
cerita tersebut. Manakal naratif tulisan
adalah suatu cerita pengalaman yang
dihasilkan dalam bentuk tulisan.
Kemudian, prosa dalam bentuk bukan
naratif adalah merujuk kepada hasil
kesusasteraan yang tidak mempunyai plot
yang khusus dan ia berbentuk fakta
ataupun peraturan untuk memberikan
panduan khusus kepada masyarakat.

2

2.2 Prosa Moden

Prosa moden ini disampaikan dalam bentuk
penulisan karya yang bertujuan untuk
menyampaikan mesej- mesej yang tersirat.
Selain itu, prosa moden ini dapat dibahagikan
kepada dua iaitu cerpen dan novel.

Cerpen adalah sebuah cerita pendek yang
dapat didefinisikan sebagai kisah rekaan yang
ringkas. Manakala novel pula ialah kisah rekaan
cerita yang Panjang dalam bentuk prosa.

Cerpen dan novel adalah suatu karya yang
berbeza iaitu dari perbezaan dari segi
penyampaian teksnya dan juga dari segi
penyampaian kreativiti ceritanya kerana cerpen
mempunyai kesatuan yang harus dicapai,
terutamanya dari segi plot dan juga terdapat
banyak unsur lain seperti tema, latar, watak,
gaya dan sebagainya. Kemudian, novel pula
ialah suatu bentuk cerita yang direka, di mana
ia mengisahkan peristiwa yang nyata ataupun
imaginasi yang disertai dengan watak yang
kesemuanya telah diatur mengikut pola yang
tertentu. Oleh itu, prosa moden ini adalah
berbentuk bebas, mempunyai mesej yang
tersirat dalam setiap cerita yang dihasilkan,
bersikap keterbukaan dan kreatif dalam
penghasilan jalan ceritanya.

3

2.3 Puisi Tradisional

Puisi tradisional ini juga dianggap sebagai
sebuah karangan yang berangkap. Hal ini
kerana ia adalah khas dipakai untuk
melafazkan fikiran yang cantik disertai dengan
bahasa yang indah serta melambangkan
kemanisan.

Dengan adanya gambaran yang indah dan
cantik dalam puisi tersebut, dianggap akan
menarik perhatian orang ramai yang
mendengarnya. Walaubagaimanapun, puisi
tradisional ini memberi tafsiran yang agak
umum dan kabur walaupun diserta dengan
penegasan mengenai konsep keindahan
sesebuah puisi. Jenis- jenis bagi puisi tradisional
ini adalah pantun, syair, gurindam, seloka,
nazam, lagu kanak- kanak dan juga lagu – lagu
rakyat. Sebait puisi yang diungkapkan adalah
diibaratkan dengan alunan rasa dalam kilasan
imaginasi pencipta puisi tersebut. Dapat
disimpulkan bahawa puisi adalah sebuah
ciptaan yang indah dari semua aspek iaitu
termasuklah aspek bentuk dan isinya.

Kecantikkan bentuk sesebuah puisi telah
diharmonikan dengan keutuhan makna dan
keindahan maknanya.


4

2.4 Puisi Moden

Puisi moden ini adalah terbitan
daripada kesatuan kata, makna dan
rasa sesuatu objek hasil daripada
pengamatan, dan pemberian makna
terhadap perlakuan manusia dan alam
sekeliling dalam bentuk yang lebih
kreatif serta imaginatif. Jenis bagi puisi
moden ini adalah seperti sajak.

Oleh yang demikian, seseorang
penyajak akan mencipta kata yang
disaring dengan teliti daripada
puluhan kata asas bagi menzahirkan
erti yang mempunyai makna dengan
kelunakan rasa batin. Dengan ini,
aspek asas bagi puisi moden ini adalah
merangkumi medan makna iaitu isi
dan juga medan kata iaitu bahasa
serta medan rasa iaitu teknik.

5

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
3.1 Hiburan

Dengan adanya hiburan dalam karya
sastera ia dapat melahirkan karya sastera
yang akan membawa keseronokan kepada
pembaca ataupun pendengar.

Seterusnya, karya sastera seperti novel
dan cerpen mampu untuk menjadi contoh
bahan bagi hiburan. Hal ini kerana cerpen
dan novel adalah suatu karya sastera yang
bermutu serta plotnya yang tidak begitu
rumit dan ia juga tidak akan memaksa
pembaca untuk berfikir lebih mendalam.
Tambahan lagi, novel dan cerpen ini juga
mempunyai pengakhiran cerita yang
menarik serta dapat memberi kepuasan
kepada pembaca yang menginginkan
hiburan. Hiburan ini dapat menjadi satu
daripada alat hiburan setelah seseorang
tersebut penat bekerja. Contoh jenis
hiburan dalam karya sastera selain
daripada novel dan cerpen ialah pantun dan
syair. Secara tidak langsung hal ini dapat
menjulang semula dan memartbatkan
keunggulan prosa tradisional.

6

3.2 Pendidikan

Penglibatan sastera dalam bidang pendidikan
dapat membina insaniah dalam dunia
pendidikan.

Dengan adanya penglibatan pendidikan dalam
bidang sastera, negara kita dapat mengelakkan
daripada mengeluarkan satu bangsa baharu
seperti bangsa robot, di mana bangsa robot ini
adalah suatu generasi yang tidak mempunyai
nilai kemanusiaan apabila membuat keputusan.
Bukti bagi penglibatan sastera dalam bidang
pendidikan ialah bagi komponen sastera iaitu
bidang komsas telah dimasukkan dalam silibus
subjek bahasa melayu bagi murid- murid
tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Contohnya ialah
novel “ Di Sebalik Dinara “ dan “ Silir Daksina “.

Seterusnya, bagi peringkat pelajar di institut
pengajian tinggi pula mereka telah didedahkan
dengan penulisan ilmiah, rencana serta pelajar
juga diberi pengetahuan asas mengenai dunia
penerbitan dan penyiaran. Dengan adanya
pendedahan kepada pelajar dan juga
masyarakat dapat mencerminkan budaya
masyarakat yang mempunyai kesenian kreatif,
mampu mengkaji keindahan karya sastera dan
mampu menguasai kemahiran bahasa Melayu.

7

3.3 Dakwah

Medium ataupun saranan dakwah

yang dimaksudkan adalah dengan

melalui bahasa. Oleh yang demikian,

dakwah yang dikaitkan dengan

bidang sastera dianggap sebagai

suatu ucapan yang bermakna kepada

pembaca ataupun pendengar. Dengan

ini, karya yang dicipta sebagai suatu

wadah akan dapat meningkatkan

nilai ketakwaan seseorang insan

terhadap Allah. Kemudian, dakwah

sastera ini juga dapat menyuntik

harapan dan inspirasi supaya naskha

sastera dapat membentuk

keperibadian masyarakat setempat.

8

3.4 Kritikan Sosial

Sosial dalam karya sastera dapat membuka

nurani hati pembaca agar keadilan sosial

ditegakkan serta diperjuangkan.

Seterusnya, kritikan sosial yang terdapat

dalam karya Melayu sosial kebiasaannya

terhasil dalam pelbagai bentuk dan kritikan

yang tidak disampaikan secara terbuka

ataupun terang- terangan.

Kritikan dalam sosial sastera ini juga

adalah suatu bentuk komunikasi dalam

masyarakat yang membawa fungsi kepada

pengawalan terhadap jalan suatu cerita

dalam sistem bermasyarakat. Dengan

adanya karya kritis dan imaginatif dalam

sastera ia akan dapat menjawab setiap

persoalan dalam kehidupan manusia.

Misalnya, dalam suatu karya tersebut ia

dapat memberi keseronokan kepada

pembaca di samping dapat memberi

jawapan kepada setiap persoalan manusia.

Contohnya, cerita Pak Kadok, yang mana

watak utama dalam cerita tersebut

memegang watak yang terlalu bodoh hingga

mendatangkan kesan buruk kepada dirinya

sendiri. 9

4.0 Manifestasi Akal Budi Dalam Masyarakat Melayu
4.1 Pantun

Konsep asas bagi sesebuah pantun itu seharusnya mempunyai
pembayang dan maksud. Bagi serangkap pantun di atas
pembayang yang digunakan oleh penulis tersebut adalah buah
cempedak.

Penulis tersebut menggunakan perlambangan buah cempedak
kerana buah cempedak adalah buah yang mempunyai aroma
kuat dan ia dapat menarik minat pemangsa untuk
mendapatkannya. Oleh kerana buah cempedak ini tidak
mempunyai kulit yang keras ataupun duri yang tajam seperti
buah durian yang mampu melindungi dirinya di sebalik bentuk
fizikal buahnya. Oleh itu, bagi meminimumkan risiko dicuri
bagi buah cempedak ia harus ditanam di dalam Kawasan yang
berpagar serta terkawal. Kemudian bagi maksud dalam pantun
di atas penulis mengatakan bahawa budak yang baru belajar
harus dibimbing jika mereka melakukan kesalahan.
Perlambangan dalam pembayang yang digunakan oleh penulis
sangat bertepatan dengan maksud yang ingin disampaikan
bagi pantun tersebut. Hal ini kerana mereka yang masih
mentah dan masih baru untuk mengenal dunia memerlukan
asuhan, tunjuk ajar serta bimbingan. Pemikiran bagi
masyarakat terdahulu adalah dengan mengamalkan kaedah
ataupun amalan di mana seseorang murid yang memerlukan
tunjuk ajar itu untuk mencari guru bagi menimba ilmu.

10

4.2 Syair

Petikan syair di atas adalah daripada syair yang bertajuk
syair Burung Nuri hasil karya Rahman Kaeh. Maksud yang
tersirat daripada syair di atas adalah penyair mengatakan
bahawa jika seseorang itu menghadapi kekecewaan ia akan
menyebabkan seseorang tersebut berfikiran di luar kawalan
seperti mereka akan melakukan tindakan di luar kawalan
dan jika mereka menuruti sepenuh perasaan, mereka akan
berasa hidup ini tidak berguna dan lebih rela untuk mati
daripada memilih untuk meneruskan hidup.

Seterusnya, dalam syair ini, pemikiran orang terdahulu
adalah lebih kepada adab yang mulia dalam kehidupan
seseorang. Hal ini dapat dibuktikan apabila penyair
mengaitkan syair diatas dengan adab dalam kehidupan yang
seringkali ditempuhi oleh manusia. Contoh cabaran yang
sering ditempuhi adalah berkaitan dengan masalah
kekecewaan dalam perhubungan sehinggakan seseorang itu
tidak lagi dapat berfikiran secara waras. Kemudian penyair
berpendapat bahawa punca utama daripada segala
permasalahan ini adalah daripada kekurangan adab suatu
masyarakat pada suatu ketika dahulu.

11

4.3 Seloka

Seloka di atas merupakan sebuah seloka sindiran pada
suatu ketika dahulu. Seterusnya. Maksud bagi seloka
tersebut ialah Pak Kadok ditimpa nasib malang yang
berturutan akibat daripada sikapnya sendiri,
walaupun ayamnya telah menang dalam pertandingan
sabung ayam namun kampungnya sendiri tergadai dan
menyebabkan dia tiada hala tuju serta Pak kadok
telah membuang nasi yang ada namun dia kelaparan
apabila balik kerana nasi yang ada telah dibuangnya.

Berdasarkan maksud seloka tersebut, penulis
ingin menyampaikan sindiran terhadap masyarakat
pada suatu ketika dahulu. Melalui pemikiran daripada
penulis ini, dia menyampaikan sindiran terhadap
manusia yang lebih mengutamakan sesuatu yang
akhirnya akan merugikan diri sendiri. Kemudian,
penulis juga menyindir mengenai sikap tamak
manusia dan juga sikap yang suka meniru orang lain
namun tidak sedar akan kemampuan diri sendiri.


12

4.4 Gurindam

Petikan gurindam di atas diambil daripada
Gurindam Dua Belas ( Fasal Yang Ketiga).

Seterusnya, petikan gurindam di atas membawa
maksud kepada telinga kita perlu dijauhkan
daripada mendengar sesuatu yang tidak baik iaitu
seperti hasutan dan kejian. Oleh yang demikian,
penulis bagi gurindam ini ingin menyampaikan
nasihat kepada masyarakat dahulu agar sentiasa
memelihara angota diri dan sentiasa berbudi
pekerti agar tidak mendatangkan kemudaratan
kepada diri sendiri. Bait- bait dalam petikan
gurindam tersebut juga disertai dengan keindahan
bahasa dalam meberikan nasihat agar setiap
masyarakat dahulu dapat menghayati dan
mempelajari maksud gurindam tersebut dengan
baik.



13

5.0 Rumusan

Setelah melakukan penelitian
umum, Kesusasteraan Melayu ini
adalah suatu karya yang
mempunyai maksud yang tersirat
serta pemikiran yang tertentu.
Setiap maksud tersirat yang cuba
disampaikan oleh penulis dalam
suatu karya tersebutadalah untuk
mendidik masyarakat ke arah yang
lebih baik. Kemudian, amat
diharapkan agar kesusasteraan
Melayu ini tidak lupus akibat
peningkatan zaman dan teknologi.

14

Rujukan

Atoh, N., Ramli, S., Arifin, Z., & Idris, Z. (2020). Konsep puisi tradisional antara
kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. SIBAWAYH Arabic Language
and Education, 1(1), 1-15.

http://ojs.upsi.edu.my/index.php/SIBAWAYH/article/view/3762

Azmi, N. A., Idris, Z., & Kechot, A. S. (2021). Kesenian Randai sebagai manifestasi budaya
masyarakat Pepatih di Negeri Sembilan (Randai art as a cultural manifestation of
the Perpatih community in Negeri Sembilan). Geografia, 17(2).

https://www.proquest.com/openview/74dd6158c29d6d0bd8df2eb80a5f8733/1?pq-
origsite=gscholar&cbl=4916363

Irmanda, H. N., & Astriratma, R. (2020). Klasifikasi Jenis Pantun Dengan Metode Support
Vector Machines (SVM). Jurnal RESTI (Rekayasa Sistem Dan Teknologi
Informasi), 4(5), 915-922.

http://www.jurnal.iaii.or.id/index.php/RESTI/article/view/2313

Kartini, R. A., & Ali, A. H. (2021). Motif Alam Melayu dalam Puisi-Puisi Terpilih Zurinah
Hassan Sebagai Satu Retrospeksi Bahasa Pada Masa Kini. Malaysian Journal of
Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 143-153.

https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1109

Faidah, C. N. (2018). Dekonstruksi sastra anak: mengubah paradigma kekerasan dan
seksualitas pada karya sastra anak Indonesia. KREDO: Jurnal Ilmiah Bahasa dan
Sastra, 2(1), 126-139.

https://jurnal.umk.ac.id/index.php/kredo/article/view/2458

15

Sukirman, S. (2021). Karya Sastra Media Pendidikan Karakter bagi Peserta Didik. Jurnal
Konsepsi, 10(1), 17-27.

https://p3i.my.id/index.php/konsepsi/article/view/4

Anwar, F., & Syam, A. (2018). Kritik Sosial dalam naskah drama alangkah lucunya negeri ini
karya Deddy Mizwar. Bahasa dan Sastra, 3(3).

http://jurnal.untad.ac.id/jurnal/index.php/BDS/article/view/10057

Akbar, S. A. (2019). Kritik Sosial atas Rezim Orde Baru dalam Kumpulan Cerpen"
Penembak Misterius" karya Seno Gumira Ajidarma. Jurnal Ilmiah FONEMA: Jurnal
Edukasi Bahasa dan Sastra Indonesia, 2(2), 114-131.

https://ejournal.unitomo.ac.id/index.php/pbs/article/view/1804

Sukirman, S. (2021). Karya Sastra Media Pendidikan Karakter bagi Peserta Didik. Jurnal
Konsepsi, 10(1), 17-27.

https://p3i.my.id/index.php/konsepsi/article/view/4

Nurhayati, E., Junaedi, D., & Sahliah, S. (2019). Dakwah Islam Melalui Karya
Sastra. Hanifiya: Jurnal Studi Agama-Agama, 2(2), 105-112.

https://journal.uinsgd.ac.id/index.php/hanifiya/article/view/7303

16


Click to View FlipBook Version