MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 1
KALI KE-37 TAHUN 2020
Tarikh : 13 MAC 2020
Masa : 2.30 PETANG
Hari : JUMAAT
Tempat : DEWAN ILMU SMK DURIAN TUNGGAL
Perasmi : TN. HJ. ABDUL MALEK BIN HARON
(PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ALOR GAJAH)
1.0 Ucapan Penasihat PIBG (Puan Paridah binti Omar)
1.1 Pn Paridah bt Omar mengalu-alukan kehadiran semua AJK dalam mesyuarat
agung pada kali ini.
Tindakan : Makluman semua
1.2 Pengetua berasa gembira kerana kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat pada kali
ini sangat memberangsangkan. Hal ini menunjukkan komitmen ibu bapa untuk
bersama-sama dengan pihak sekolah bagi memangkin kemenjadian anak-anak.
1.3 Pengetua mengumumkan keputusan SPM 2019 meningkat kepada 95.2% calon
lulus mendapat sijil SPM berbanding pada tahun 2018 iaitu sebanyak 85.9%. Hal
ini membuktikan bahawa murid-murid SMK Durian Tunggal mampu untuk
berjaya.
Tindakan : Makluman semua
1.4 Pengetua memberitahu bahawa hanya 11 orang sahaja yang gagal mendapat sijil
SPM. Walau bagaimanapun, murid-murid ini dinasihati supaya mengambil
peperiksaan Kertas Julai. Beliau tidak mahu kegagalan ini menyebabkan murid-
murid tidak berminat untuk menyambung pelajar di mana-mana pusat pengajian.
Tindakan : Makluman semua
1.5 Pengetua memberitahu salah satu faktor kejayaan anak-anak SPM 2019 ialah
pihak sekolah telah mengadakan pertemuan khas ibu bapa calon-calon yang
tidak lulus minimum bagi membincangkan cara-cara untuk membantu anak-anak
ini supaya lulus dalam SPM nanti.
Tindakan : Makluman semua
1.6 Pengetua berharap ibu bapa dapat hadir ke sekolah selalu bagi membincangkan
masalah anak-anak dan idea-idea untuk meningkatkan kecemerlangan anak-
anak.
Tindakan : Makluman semua
2
1.7 Pengetua memaklumkan tentang bayaran sumbangan PIBG dikekalkan seperti
tahun sebelumnya dan dipersetujui sebulat suara. (Rujuk lampiran 1). Manakala
kutipan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan(BBTP) daripada ibu bapa /
penjaga Murid Bukan Warganegara akan dikenakan sebanyak RM33.50 setahun
bagi seorang murid sekolah menengah sebagaimana kadar dalam Jadual 9, SPK
yang berkaitan seperti di bawah:
Kadar Seorang Murid Setahun
Bil Kategori Belanja (RM)
Prasekolah Rendah Menengah
1. Kokurikulum - 3.00 6.00
2. Kertas Ujian Dalaman - 6.00 10.00
3. Sukan Tahunan Sekolah - 6.00 6.00
4. Kegiatan pendidikan - 6.00 6.00
Islam atau Pendidikan
Moral
5. Yuran Majlis Sukan - 2.00 4.00
Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM)
6. Insurans Takaful 1.50 1.50 1.50
Jumlah 1.50 24.50 33.50
Jadual SPK Bilangan 8 Tahun 2012
Kadar Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan
2.0 Ucapan YDP PIBG ( Encik Yahya bin Yusof)
2.1 En Yahya bin Yusof mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan semua ibu bapa
dalam mesyuarat agung kali ini.
Tindakan : Makluman semua
2.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir.
Tindakan : Makluman semua
2.3 Beliau selaku wakil AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid.
Tindakan : Makluman semua
2.4 Beliau juga berharap dalam pertemuan ini, kita dapat bersama-sama
menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.
Tindakan : Makluman semua
2.5 Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
3
semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak
sekolah dalam pelbagai program.
Tindakan : Makluman Semua
2.6 Beliau berharap majlis hari ini diharapkan menjadi wadah untuk kita mencapai
kata sepakat untuk memastikan kecemerlangan anak-anak dan masyarakat kita
dalam pelbagai bidang.
Tindakan : Makluman Semua
3.0 Ucapan Perasmi (Tn. Hj. Abdul Malek bin Haron, Pegawai PPD Alor Gajah)
3.1 Tuan Pegawai mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
sudi menjemputnya bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 ini.
Tindakan : Makluman semua
3.2 Beliau berkata bahawa kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat ini
menggambarkan sokongan ibu bapa kepada pihak sekolah.
Tindakan : Makluman semua
3.3 Beliau menambah lagi bahawa Mesyuarat PIBG merupakan wadah
perbincangan antara ibu bapa dengan pihak sekolah untuk meningkatkan
kemenjadian murid serta mencari resolusi terbaik untuk setiap permasalahan
yang timbul.
Tindakan : Makluman semua
3.4 Beliau turut menyentuh tentang isu kesihatan global yang melanda dunia
sekarang ini iaitu COVID-19. Penyakit ini merupakan pandemik. Beliau
menasihati ibu bapa yang bercadang untuk bercuti ke luar negara supaya
menangguhkan dahulu perjalanan. Beliau turut mengingatkan semua orang
supaya segera mendapatkan rawatan jika tidak sihat di klinik berdekatan.
Tindakan : Makluman Semua
3.5 Beliau menegaskan supaya semua orang tidak menyertai sebarang
perhimpunan yang menghimpunkan lebih 250 orang peserta yang boleh
menyebabkan penularan virus berbahaya ini.
Tindakan : Makluman Semua
4
3.6 Beliau turut mengucapkan tahniah atas kecemerlangan SPM 2019. Beliau
berharap agar kecemerlangan tahun 2020 nanti dapat ditingkatkan lagi.
Tindakan : Makluman Semua
3.7 Beliau berkata lagi bahawa sebagai anggota PIBG, ibu bapa telah memberi
pelbagai sumbangan seperti wang ringgit dan idea yang membawa pelbagai
kebaikan berganda-ganda dan memberi makna yang besar kepada pihak
sekolah.
Tindakan : Makluman Semua
3.8 Beliau berharap SMK Durian Tunggal menjadi sekolah yang mempunyai identiti
tersendiri dan menjadi penanda aras kepada sekolah lain di Daerah Alor Gajah
di bawah pimpinan Puan Paridah binti Omar.
Tindakan : Makluman Semua
3.9 Beliau telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37 SMK Durian Tunggal.
Tindakan : Makluman Semua
4.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
4.1 En. Abdul Halim bin Dahalan mencadangkan untuk mengesahkan minit
mesyuarat.
4.2 En. Zaihasraf bin Zakaria menyokong cadangan tersebut.
Tindakan : Makluman semua
5.0 Bangkitan Minit
5.1 Tiada bangkitan minit.
Tindakan : Makluman semua
6.0 Laporan Kewangan
6.1 Puan Zanariah binti Kusaari membentangkan laporan kewangan PIBG. Dalam
laporan tersebut beliau telah mengasingkan setiap perbelanjaan secara
terperinci. Laporan tersebut telah dicadangkan oleh En. Mohd. Shahidan bin
Che Hasim dan disahkan oleh Pn. Rafidah binti Muzakki.
5
Tindakan : Makluman semua
6.2 En. Yahya mengumumkan jumlah kutipan sumbangan PIBG setakat bulan Mac
2020 sebanyak RM 79 000.
Tindakan : Makluman Semua
7.0 Membentangkan Usul
7.1 Tiada usul untuk dibincangkan.
Tindakan : Makluman semua
8.0 Pelantikan AJK PIBG 2020
8.1 Pn. Sahreah mencadangkan ahli jawatankuasa 2019 dilantik dwitahunan.
Cadangan disokong oleh pengetua.
Tindakan : Makluman semua
8.2 En. Chan Chin Ho bersetuju cadangan lantikan secara dwitahunan. Ahli
jawatankuasa yang tidak hadir hari ini digugurkan dan melantik ahli
jawatankuasa yang baharu.
Tindakan : Makluman semua
8.3 Senarai AJK PIBG 2020/2021
1. EN. YAHYA BIN YUSOF (YDP)
2. EN. S. L. DAUD BIN MATLIZA (NYDP)
3. EN. ZAIHASRAF BIN ZAKARIA
4. PN. NORMEGAWATI BINTI YAACOB
5. PN. RAFIDAH BINTI MUZAKKI
6. EN. ABDUL HALIM BIN DAHALAN
7. PN. LELA A/P SUNDARAM
8. EN. CHONG YOON KIONG
9. PN. PURWANINGSIH
10. PN. RAMZIAH BINTI OTHMAN (BAHARU)
11. EN. RAZALI BIN JAHARI (BAHARU)
12. EN. HAZHAR BIN MOHD HASNAN (BAHARU)
13. PN. CHEW SIEW CHOON (BAHARU)
9.0 Hal-hal Lain
9.1 Telefon Bimbit
En. Shahidan mencadangkan untuk mengenakan bayaran RM10 untuk setiap
tuntutan telefon yang dirampas yang dibawa oleh murid ke sekolah tanpa
kebenaran.
6
En. Shahidan mencadangkan akan menyimpan telefon yang dirampas sehingga
akhir tahun persekolahan. Jika rosak, sekolah tidak akan bertanggungjawab.
Pn. Mas Julia bersetuju dengan cadangan untuk menyimpan telefon yang
dirampas sehingga akhir tahun persekolahan.
Pengetua bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh kedua-dua
pencadang.
Ibu bapa yang hadir juga turut menyokong dengan keputusan ini.
Tindakan : Makluman semua
9.2 Fesyen Rambut
En. Shahidan meminta kebenaran ibu bapa yang hadir untuk memotong rambut
murid yang suka membuat garisan di tepi kepala menggunakan mesin nombor
2.
Ibu bapa yang hadir bersetuju.
Tindakan: Makluman semua
9.3 Seluar Sukan Dutass
Pn. Jamilah bertanya tentang penguatkuasaan pemakaian seluar sukan Dutass.
Pengetua melanjutkan lagi tarikh penguatkuasaan . Walau bagaimanapun,
pengetua berharap semua murid dapat memakai seluar sukan Dutass.
Tindakan: Makluman semua
9.4 Sumbangan Hari Raya untuk Pengawal Keselamatan
En. Shahul memohon sedikit sumbangan untuk pengawal keselamatan dan
pekerja pembersihan sempena Hari Raya.
Pengerusi akan berbincang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa nanti dan
mempertimbangkan permohonan ini.
Tindakan: Makluman semua
10.0 Ucapan Penangguhan
10.1 Pengerusi merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa atas
kepercayaan dalam lantikan AJK PIBG 2019.
7
Tindakan : Makluman semua
10.2 Tahniah kepada 4 orang lantikan AJK ibu bapa yang baharu.
Tindakan : Makluman semua
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat PIBG kali ke-
37.
Tindakan : Makluman semua
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(PN NOR SHAANINI BINTI MAMAT) (EN YAHYA BIN YUSOF)
Naib Setiausaha PIBG 2019/2020 Yang Dipertua PIBG
SMKDT SMKDT
LAMPIRAN 1 8