The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadshafiq020726, 2022-10-11 10:02:46

SUMBANGAN IBNU BATUTAH (ori)

SUMBANGAN IBNU BATUTAH (ori)

SUMBANGAN IBNU
BATTUTAH

PENSYARAH : USTAZAH SHAHNUN BINTI HAJI MUSA

Ahli Kumpulan :
1. Muhammad Izzat Hafifi Bin Hasnan (20110983) (Ketua Kumpulan)
2. Muhammad Na’im Syakir Bin Mohamad Zainudin (20111005)
3. Muhammad Danial Bin Khairul Eruwan (20111009)
4. Luqman Hakim Bin Harith (20110977)
5. Muhammad Shafiq Bin Che Daud (20110984)

Biodata ibnu Catatan
battutah Ibnu

Sumbangan Ibnu Battutah
Battutah Dalam
Tamadun Islam Riwayat Hidup
Ibnu Battutah

Biodata Ibnu Battutah

❑ Nama sebenar : Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin
Ibrahim al-Lawati @ Ibnu Battutah

❑Dilahirkan di Tangier sebuah daerah di Maghribi pada tahun
703H/1304M

❑ Memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun
❑Hasil pelayarannya tercatat dalam sebuah buku yang bertajuk

Rihlah yang dianggap sebagai dokumen sejarah yang terkenal
untuk kajian sosial, ekonomi, politik dan budaya di dunia Islam
pada kurun ke-14 M.
❑ Beliau telah mengembara ke seluruh negara Islam seperti Mesir,
Arab, Iran, Iraq & India, Asia Timur seperti Anatolia dan China
❑ Keseluruhan pengembaraan 120 000 kilometer antara tahun
1325-1353 M.



Aktiviti Ibnu Battutah ( Ada Empat (4) Peringkat )

Peringkat Pertama:

o Melalui kota di Utara Afrika seperti Telemsan, Algeria dan Bongie
hingga sampai ke Hafaz.Kemudian beliau mengikut kafilah haji ke
Tripoli dan ke Iskandariah (pelabuhan penting di Mesir)

o Setelah tiba di Kaherah, beliau terus menjelajahi seluruh
Mesir.Beliau meneruskan perjalanannya melalui pesisir Laut Mesir
menuju ke Palestin melalui Sinai dan mengunjungi Baitul Maqdis

o Beliau terus ke utara untuk ke Syria.Kemudian beliau ke Damsyik
(di selatan)Seterusnya beliau menunaikan fardu haji ke Makkah.

PerPienrginkgaktaKt eKdeduuaa:

I. Dari kota Makkah, beliau menuju ke selatan Iraq.Kemudian
beliau ke selatan Parsi dan ke kota Baghdad.

II. Selepas itu beliau ke Tabriz, utara Mesopotamia dan kembali
semula ke Baghdad.Dari Baghdad beliau kembali semula ke
Makkah.

III. Dalam perjalanan dari Makkah menuju ke selatan Iraq, beliau
terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.Di kawasan selatan
Iraq, beliau menyeberangi Sungai Furat dan Sungai Dajlah
untuk pergi ke Parsi.

IV. Apabila sampai di Parsi, beliau mengunjungi bandar-bandar
seperti Syiraz dan Isfahan dan akhirnya sampai di
Baghdad.Setelah itu, beliau kembali semula ke Makkah dan
berada di sana selama kira-kira 2-3 tahun untuk mendalami
ilmu agama.

PePreirnignkgkaattKKeettiiga:

• Dari Makkah beliau menghala ke Yaman melalui Laut Merah
menuju ke pantai Timur Afrika dan menyusur pantai selatan
Semenanjung Arab hingga ke Oman dan Bahrain.

• Dari Teluk Parsi, beliau kembali semula ke Makkah untuk
menunaikan ibadat haji kali ketiga.Kemudian beliau belayar
menerusi Laut Merah menuju ke Sudan, Nubiah dan Mesir
Utara hingga sampai ke Kaherah.

• Seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Syria.Kemudian
beliau belayar ke pantai Turki pada 733M.Seterusnya beliau ke
pantai Boshoras, yang diperintah oleh Uzbek Khan.Beliau
berada lebih kurang sebulan di Constantinople.

PePreirninggkkaatt KKeemmppaatt

• Setelah menunaikan haji, Ibn Batuttah memulakan pengembaraan peringkat
keempatnya ke Turki, Asia Kecil, Bulgaria, selatan Rusia.Kemudian beliau ke
India melalui Bukhara, Samarkand, Balkh, Khurasan, Afganistan hingga ke
kawasan Sungai Indus.

• Dalam perjalanan ke China, beliau singgah di Sumatera dan Jawa. Di China,
beliau singgah di pelabuhan Zaitun dan melawat beberapa daerah termasuk
Peking (Beijing).Kemudian beliau pulang ke negeri asalnya,
Maghribi.Kemudian beliau pergi ke Tanjah dan terus ke Sepanyol.

• Beliau menyeberangi Laut Mediterranean menuju ke Andalusia dan
mengunjungi pelabuhan dan kota-kota besar di Andalusia.Kemudian beliau
belayar kembali ke Maghribi dan seterusnya ke Sudan melalui padang pasir
Sahara.Akhirnya beliau kembali semula ke Maghribi.

CATATAN IBNU BATTUTAH

Rihlah Tuhfat al-Nuzzar fil Gharaib
al-Amsar wa ‘Ajaib al-Asfar

❑“Rihlah” atau dalam bahasa Melayu bermaksud ‘perjalanan’ merujuk
kepada perjalanan dan kisah bertulis perjalanan itu, atau travelog.

❑Merupakan rekod pengembaraan Ibn Batuttah selama 28 tahun @ 29
tahun.

❑Kitab ini telah menarik perhatian sarjana sejarah di seluruh dunia.
❑Buku ini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris,

Perancis, Belanda, Jerman dll.
❑Cerita pengembaraannya telah direkodkan itu menjadi satu sumber

sejarah yang sangat tinggi nilainya hingga ke hari ini.

SUMBANGAN IBNU BATTUTAH DALAM
TAMADUN ISLAM

PertPaemrtabmahbaanhaInlmIlmu uGGeoeoggrraaffii

❑Ibn Batuttah berjaya mengembara hampir ke semua negara Islam
termasuk Mesir, Syria, Arabia, Iraq, Iran , India (semasa pemerintahan
Muhammad Ibn Tughluq), China dari Chuan Chou ke Peking, Kepulauan
Nusantara dan juga Constantinople.

❑Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325
hingga tahun 1353 Masihi.

PenPseenjasreajahraanhan

❑Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir (penasihat atau menteri
politik berjawatan tinggi) dan juga pegawai-pegawai tinggi yang
majoritinya boleh dipastikan dengan sumber2 lain.

❑Hubungannya dengan mereka tercatat dalam bukunya “Rihlah”
(Pengembaraan Ibn Battutah) yang boleh dianggap sebagai dokumen
sejarah.

❑Dalam buku itu aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati
terutamanya yang berkaitan dengan dunia Islam.

❑Banyak diketahui tentang Anatolia, India di bawah pemerintahan
Muhammad ibn Tughluq, Afrika Timur dan Barat dan Maldives.

PePrienrciniacniamn emnegnegneani atei kteskIsbnIbunBuaBtuatauhtah

❑“Rihlah” Ibnu Battutah dianggap sebagai sebuah karya klasik dan diakui
oleh dunia , memiliki mutu dan nilai tinggi sehingga nama beliau telah
disebut dalam majalah tersohor “National Geographic”. Pengiktirafan
tersebut telah membolehkan beliau dinobatkan sebagai , “The Prince of
Travelers" iaitu suatu penghormatan bagi seorang tokoh terkemuka dalam
sejarah.

❑Setelah menyempurnakan kembara sejauh 120,000 kilometer merentas
Afrika,Eropah dan Asia, Ibn Batutah pulang ke Fez, Maghribi pada tahun
1354 Masihi. Maulana Abu ‘Inan yang memerintah Maghribi masa itu
(1348-1358) menitahkan supaya catatan pengembaraan ibnu batutah
direkod. Hal ini amat penting supaya catatan pengembaraan ibnu batutah
dapat disimpan dalam bentuk penulisan.

❑Jurutulis tersebut adalah Muhammad Ibn Juzayy al-Kalbi (1321-1358)
,seorang penyair dan penulis muda di istana Sultan Abu ‘Inan yang berasal
dari Granada.

❑Karya ini mula-mulanya hanya berlegar di Afrika Utara sahaja sejak kurun yang
ke-14 ,tidak lama selepas itu karya ini terkenal ke dunia luar selepas dunia barat
menemuinya.

❑Buku tersebut ada dua judul , pertama “Rihlah Ibnu Batutah” dan kedua ”Tuhfat
al-Nuzzar fil Gharaib al-Amsar wa ‘Ajaib al-Asfar yang bermaksud “Persembahan
Kepada Para Pemerhati Tentang Keanehan Kota Raya Dan Keajaiban
Pengembaraan”.Pihak barat menterjemahkan karya ini ke bahasa Jerman ,
Perancis ,Inggeris dan Itali.Penterjemahan terus berkembang ke negara Asia dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi ,Cina ,Jepun dan Melayu.Penterjemahan ke
dalam bahasa Melayu amat penting supaya mereka yang tidak faham bahasa
Arab dapat memahami kitab ini dalam bahasa ibunda.

❑Dengan cetusan idea Tun Dr Mahathir Mohamad maka pihak (IKIM) Institut
Kefahaman Islam Malaysia berani menterjemah karya Ibnu Batutah dari bahasa
Arab ke Melayu pada tahun 1993.Karya penterjemahan dilakukan oleh dua orang
iaitu Syed Nurulakla Syed Abdullah dan Adi Setia Mohd Dom dari tahun 1993
hingga 2003.Akhirnya pada tahun 2003 , pihak (IKIM) menerbitkan edisi
terjemahan melayu yang berjudul “Pengembaraan Ibnu Batutah:Pengembara
Agung , karya terulung ,menyingkap wajah dunia”

RIWAYAT HIDUP IBNU BATTUTAH

1. Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-Lawati al-Tanji iaitu
dinisbahkan pada Lawatah, salah sebuah kabilah Barbar. Beliau dikenali ramai sebagai Ibnu Battutah
dan diberi gelaran sebagai Syamsuddin di negeri-negeri timur. Manakala tokoh orientalis Dozy,
menggelar beliau sebagai Pengembara Yang Jujur.

2. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga sarjana ahli hukum Islam Tangier, Maghribi pada 1304,
sewaktu di bawah kekuasaan Dinasti Marinid. Sebagai anak muda yang berminat mempelajari ilmu
hukum, beliau meninggalkan kota asalnya pada tahun 1325 untuk menunaikan haji di Mekah yang
mengambil masa selama satu setengah tahun perjalanan.

3. Sejak pertengahan abad ke-19 Ibn Battutah mulai terkenal di kalangan pakar bidang sejarah Islam
dan sejarah abad pertengahan selepas catatan dalam bahasa Arabnya, “Rihlah” diterjemahkan dalam
pelbagai bahasa, termasuk Sepanyol, Itali, Jerman, Rusia, Poland, Hungari, Parsi dan Jepun.

4. Menurut Dunn, Ibn Battutah memang kerap berkelana atau mengembara serta tempat-tempat yang
dikunjunginya jumlahnya jauh lebih banyak daripada yang dikunjungi Marco Polo.

5. Ibn Battuta memulakan pengembaraan dari Tangier ke Afrika Utara pada tahun 1325 menuju
Tlemcen(Algeria), kemudian sampai ke Tunis(Afrika Utara),seterusnya ke Iskandariyah(Mesir). Beliau
meneruskan perjalanan ke beberapa bandar di Syria sebelum ke Semenanjung Tanah Arab menuju
Mekah. Pada tahun 1326, beliau berjaya sampai di Kota Mekah dan melakukan ibadah haji.

6. Ibnu Battutah meneruskan perjalanannya ke Parsi dan Iraq. Dalam tempoh setahun beliau telah
melakukan perjalanan lebih 4,000 batu dengan mengunjungi kebanyakan kota besar di Parsi dan Iraq.
Beliau pernah singgah di Kepulauan Maladewa(Republik Maldives) yang terletak berhampiran Sri
Lanka dan India. Di kepulauan itulah beliau melangsungkan perkahwinan pertamanya dengan seorang
perempuan berstatus bangsawan dan membolehkannya menjadi orang yang sangat berkuasa untuk
beberapa ketika dan menjawat jawatan hakim.

7. Pengembaraan terakhir beliau ke Mali(Republik Mali), beliau menceritakan tentang kisah-kisah
bermain-main dengan ular, kisah sifat tawaduk dan kesopanan orang berkulit hitam terhadap sultan
dan kisah tentang perbuatan memakan daging manusia dan lain-lain.

8. Catatan pengembaraan Ibnu Battutah dicatat oleh Ibnu al-Juzayy. Ibnu Juzayy berbuat demikian atas
perintah Sultan Abu ‘Inan Beliau telah mengkodkan lafaz Ibnu Battutah tanpa mengubah asal lafaz
tersebut.

KESKIMEPSUIMLAPNULAN

Kesimpulan yang dapat disimpulkan di sini ialah kita dapat mengambil iktibar dari
kisah seorang tokoh yang hebat mengembara ke pelusuk dunia sambil menuntut ilmu
.Pengalaman beliau dalam pengembaraanya selama 28 tahun telah dibukukan dan
membuka minda masyarakat Eropah . Ia memberikan impak positif agar masyarakat
lebih gemar untuk mengembara beserta mencari dan menambah ilmu baru .
Walaupun sebahagian tokoh-tokoh orientalis mempertikaikan pengembaraan beliau.
Namun hingga masa kini, Kitab Rihlah Ibn Battutah adalah antara kitab yang
mendapat perhatian dalam bidang sejarah. Pengembaraan beliau telah menjangkau
Timur hingga ke China, mengunjungi daerah-daerah yang luasnya sama dengan luas
44 buah negara zaman moden, dan merentasi kawasan seluas kira-kira 7,000 batu.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi kitab pengembaraan Ibn Battuta
menjadi salah satu sumber rujukan utama mengenai sejarah Islam di dunia.

Rujukan

1) Nuraidil Zakaria ,(2019) ,Benarkah Marco Polo dan Ibnu Battutah
telah melawat Kelantan? , Malaysia , The Patriots

2) Zarifah Arsani, (tahun tidak dinyatakan) ,Manuskrip Ibnu Battutah
Tentang Alam Melayu ,Zarifah Arsani.

3) Cikgu Rashman ,(2009) ,Tamadun Islam:Tema 7- Sumbangan Ibn
Battutah ,Cikgu Rashman.

4) Nur A’thiroh Ma’syaail Tan Ai Pao ,(2008) ,Ulasan Kitab Rihalah Ibn
Al-battuta , Selangor , Universiti Kebangsaan Malaysia ,Nur A’thiroh
Ma’syaail Tan Ai Pao.

5) Google search , makna Rehlah , (2022)

6) Google search , lokasi Peking , (2022)

7) Google search , lokasi Tlemcen (2022)
8) Google search , lokasi Tunis (2022)


Click to View FlipBook Version