The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhamad Nazri Abdul Rahman, 2020-10-30 23:53:44

Buku Program SPIP2020

Buku Program SPIP2020-ebook

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izin
dan limpah kurniaNya Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan 2020 dapat dilaksanakan
sebagaimana yang telah dirancang.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan dan Jawatankuasa SPIP 2020 atas usaha murni menganjurkan Seminar
Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan 2020.

Pembudayaan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga IPGKTAA adalah satu langkah yang
patut dipuji dalam usaha membina ketrampilan dan peningkatan ilmu. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab semua IPG untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi bagi melahirkan guru
yang unggul, cemerlang dan berjiwa pendidik. Perkara ini selaras dengan Transformasi IPGM
dalam melahirkan warga pendidik berintegriti tinggi melalui pembudayaan penyelidikan. Sifat
cintakan ilmu, dahagakan pengetahuan dan pembelajaran sepanjang hayat merupakan sifat war-
ga pendidik yang tulen dan kental dalam perjalanan menggali lautan ilmu.

Akhir kata, saya berharap para peserta SPIP2020 dapat menggunakan dapatan kajian yang
dibincangkan ini bagi menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain
itu, diharap produk inovasi yang dihasilkan oleh setiap inovator IPGKTAA dapat dimanfaatkan ke
arah memupuk budaya kerja yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sekian.

Haji Abdullah bin Mohd Yusof, SMP.
PENGARAH
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

RASIONAL

Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan ini merupakan satu usaha untuk memberi ruang
dan peluang kepada semua pensyarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dalam membu-
dayakan aktiviti penyelidikan dan membuat inovasi. Pembangunan penyelidikan merupakan
salah satu daripada hala tuju dalam transformasi IPG. Bidang penyelidikan diletakkan dalam
Kluster 3 yang terkandung dalam Pelan Strategi IPGM 2016—2025. Justeru, IPGKTAA sebagai
pusat latihan guru mengambil inisiatif untuk menggerak dan mengembangkan daya kreatif
dan inovatif pensyarah dengan melaksanakan projek penyelidikan dan inovasi.

Penyelidikan merupakan sebahagian daripada budaya murni dalam proses pendidikan. Untuk
itu kemahiran melaksanakannya perlu ada dalam kalangan pensyarah. Oleh yang demikian,
setiap pensyarah digalakkan untuk menghasilkan penyelidikan, membuat rujukan ilmiah,
menghasilkan inovasi dan berfikiran kreatif. Aktiviti ini dapat memaparkan kreativiti
seseorang individu dan boleh diterjemahkan dalam bentuk penulisan ilmiah bagi meningkatkan
kualiti diri masing-masing. Diharapkan melalui wadah SPIP2020 ini akan dapat melahirkan
lebih ramai pensyarah yang kreatif, inovatif dan cemerlang serta mampu menjadi ejen
“Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru”.

MATLAMAT

Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan bertujuan menyediakan wadah kepada pen-
syarah IPGKTAA untuk membentangkan hasil penulisan ilmiah serta mempamerkan produk
inovasi yang telah dihasilkan bagi meningkatkan profesionalisme keguruan.

OBJEKTIF

 Memupuk sikap positif terhadap budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pen-
syarah untuk kecemerlangan pendidikan.

 Mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pensyarah bagi meningkatkan
tahap profesionalisme keguruan.

 Menggalakkan perkongsian dapatan dan amalan terbaik dalam penyelidikan dan inovasi.

ATUR CARA SEMINAR

8:00—8.30 Pagi Pendaftaran peserta

9:00—10.00 Pagi Pembentangan Selari Sesi 1 & Pameran Inovasi

10.00—10.20 Pagi Rehat

10.20—1.00 Petang Pembentangan Selari Sesi 2 & Pameran Inovasi

1.00— 2.30 Petang Solat / Rehat

2.30—4.30 Petang Majlis Perasmian Penutup

ATUR CARA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

2.30 Petang Pelajar dan pensyarah masuk ke dewan

3.00 Petang Ketibaan para tetamu

Nyanyian Lagu Negeri Pahang
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan doa

Ucapan oleh
YBrs Dr. Suriati binti Sulaiman
Ketua Jabatan JPPI

Ucap Utama dan Perasmian Penutup
Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Yusof, SMP

Pengarah, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Penyampaian Cenderamata

4.30 Petang Bersurai

JADUAL PEMBENTANGAN

TEMPAT
MASA

DEWAN DARUL MAKMUR DEWAN IBNU SINA

9.00—9.20 PG Dr. KHAIRUDDIN BIN SAID EN. IDRUS SAAIDY MAAROF

9.20—9.40PG Dr. ABDUL JALIL BIN MOHAMAD EN. WAN AZLAN BIN WAN ADNAN @ WAN
9.40—10.00 PG REFOL
10.00—10.30 PG Dr. NOR ASIAH BINTI ISMAIL
-PLC- CIK CHUN MEE LEE

REHAT

10.30—10.50 PG Dr.SARASWATHY KUTHIRAKKAL KUNHIKAN- TN. HJ. ABDUL GHAFFAR BIN JAAFAR
10.50—11.10 PG NAN

Dr. FAUZI BIN HASAN EN. MOHD NAZRI BIN HASSAN
-PAK-21-

11.10—11.30 PG TN. HJ. NOORUL ALIMIN BIN NAZIRI TN. HJ. DZULKARNAIN BIN MAT

11.30—11.50PG EN. CHEW CHEE HORNG EN. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN @
HUSSIN

11.50—12.10 TGH TN. SYED AHMAD RUSLAN BIN SYED ABD AZIZ PN. ZURAIDA BINTI YUSOF

12.10—12.30 TGH EN. SHAFIE BIN MAJID Dr. FAUZI BIN HASAN
-Peribumi-

12.30—12.50 TGH EN. FAZLI BIN MOHD BAZIN

SENARAI KERTAS PENYELIDIKAN

BIL TAJUK KAJIAN & NAMA PENGKAJI

PELAKSANAAN PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI INSTITUT
1 PENDIDIKAN GURU: SEJAUHMANAKAH PELAKSANAANNYA

Khairuddin Said, Abdullah Mohd Yusof, Zamani Ibrahim, Syukri Mat Yaacob

2 PERSEPSI SISWA GURU TERHADAP PENILAIAN HOLISTIK DIKALANGAN PENSYARAH. SATU TINJAUAN AWAL
Mohd Sahardi Ismail, Rhozisham Abd Rashid

3 ANALISIS KEPERLUAN PEMBINAAN MODEL ASRAMA IPG LESTARI
Ahmad Ridwan Osman @ Hussin, Abdul Ghafar Jaafar, Shahnam Abdul Rashid

4 AMALAN KAUNSELING DALAM KALANGAN KAUNSELOR MUSLIM
Mohd Azhar Ab Rahman, Shafie Majid, Syed Ahmad Ruslan Syed Abdul Aziz

5 ANALISIS FUNGSI PENANDA WACANA DALAM PENULISAN KERJA KURSUS PELAJAR PPISMP BAHASA MELAYU
Nor Asiah Ismail, A. Jailani Che Abas, Dzulkarnain Mat

TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP KOMPETENSI GLOBAL (6C)
6 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Zuraida Yusof, Rusini Kamaluddin, Safinah binti Yaakob

TINJAUAN AWAL KESEDIAAN PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN PENSYARAH INSTITUT

7 PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS
Syed Ahmad Ruslan Bin Syed Abd Aziz, Mohd Faizal Bin Hassan

COVID 19: KECENDERUNGAN MENERUSKAN PENGGUNAAN PLATFORM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DALAM
8 KALANGAN GURU PRA PERKHIDMATAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Muhamad Nazri Abdul Rahman, Mohd Nazri Hassan, Siti Nurashiken Md Sabuddin

KAJIAN PEMANFAATAN KEMUDAHAN DIGITAL DEMI PEMBINAAN PENGETAHUAN DALAM PEMBELAJARAN

9 BERMAKNA: PADLET SEBAGAI CONTOH
Tan Kam Chai, Chun Mei Lee

PERSEPSI GURU TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN BENGKEL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH GURU-

10 GURU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan

SENARAI KERTAS PENYELIDIKAN

BIL TAJUK KAJIAN & NAMA PENGKAJI

APLIKASI KAEDAH FIQH TERHADAP AMALAN PENGURUSAN RISIKO DALAM PENGGUBALAN SOALAN
11 PEPERIKSAAN

Wan Azlan Wan Adnan @ Wan Repol, Mohd Azizul Adni, Mohd Yusri Yusof

AMALAN BACAAN AL-QURAN DAN KEFAHAMAN TENTANG HUKUM TAJWID DALAM KALANGAN PELAJAR PPISMP
12 UNIT PENDIDIKAN ISLAM IPGKTAA BAGI BACAAN RIWAYAT HAFS

Jamaluddin Adam, Khairuddin Said, Noorul Alimin Naziri

BUDAYA PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) DALAM KALANGAN GURU DAN PEMIMPIN
13 SMK KERAMBIT SEBAGAI SEKOLAH TS25

Nor Asiah Ismail, Tuan Syed Zulkarnain Syed Mahamud

AMALAN DAN PENGUPAYAAN PENGAJARAN ABAD 21 DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH-
14 SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA LIPIS, PAHANG

Fauzi Hasan, Mohd Asri Abdul Razak, Dzulkarnain Mat, Mohd Nor Mohamed

BIMBINGAN DAN PEMENTORAN RAKAN ELIT, SCHOOL LEADER TEAM (SLT) DAN MIDDLE LEADER TEAM (MLT)
15 MENURUT PERSPEKTIF GURU DIBIMBING

Mohd Azhar Ab Rahman, Idrus Saaidy Mohamad, Roziky Effendy Repin

KEUPAYAAN PENDIDIK DAN PEDAGOGI GURU AMBILAN KHAS PERIBUMI DI SEKOLAH MURID ORANG ASLI
16 Aminuddin Mohamed, Fauzi Hassan, Mohd Faizal Hassan, Muhamad Nazri Abdul Rahman,

Norhyishamuddin Kamil, Abd Jamil Sabdin, Mohd Zamani Mohd Nor Peah.

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG MENGINTEGRASIKAN
17 GEO GEBRA BAGI TOPIK BULATAN III

Abdul Ghaffar Jaafar, Khazali Ismail, Muhamad Nazri Abdul Rahman

TAHAP KESEDIAAN GURU DI SEKOLAH 2.0 TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) UNTUK MELAKSANAKAN
18 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PAK21

Abdul Jalil Mohamad, Mazda @ Mazdarudin Md Isa, Syed Ruslan Bin Syed Abdul Aziz

FAKTOR MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN MENERUSKAN PENGGUNAAN ALATAN ATAS TALIAN DALAM
19 KALANGAN GURU SEKOLAH (TS25) DI NEGERI PAHANG

Mohd Nazri Hassan, Muhamad Nazri Abdul Rahman, Johari Bapokutty

TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 5, DI
20 IPGKTAA TERHADAP PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH

Chew Chee Horng, Abdul Ramit Sulaiman, Saifudin Salleh

KOMPETENSI PENSYARAH PEMBIMBING ELEKTIF DI SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU DALAM
21 MELAKSANAKAN BIMBINGAN PRAKTIKUM

Fazli Mohd Bazin, Mohd Zamani Mohd Nor Peah,Izan Hafiza Abllah, Nur Akmar Mohd Yusof

SENARAI PENYERTAAN INOVASI

BIL TAJUK INOVASI & NAMA INOVATOR

e-RPM
-Kumpulan EdK-

1 1. Dr. Abdul Jalil bin Mohamad (Ketua)
2. En. Mohd Maznihan bin Mohamad Noor (Ahli)
3. Dr. Mohd Azhar bin Ab. Rahman (Ahli)
4. En. Wan Kamaruzaman bin Wan Yusoff (Ahli)
5. En. Idrus Saaidy bin Maarof (Ahli)

APLIKASI KIT PEMBELAJARAN KENDIRI INOPOLY SZM UNTUK PEMBELAJARAN
LAKUAN MOTOR DALAM PERGERAKAN ASAS

2

1. Tn. Syed Zulkarnain bin Syed Mahamud (Ketua)
2. En. Hamidi bin Abdul Aziz (Ahli)

e-SumSas (Modul e-Sumber Kesasteraan Bahasa Cina Sekolah Rendah) 易资源分享

-Kumpulan BCN-

3 1. Dr. Wong Sien Biang (Ketua)
2. Cik Chun Mei Lee (Ahli)
3. Cik Ng Phaik Hoon (Ahli)
4. En. Tan Kam Chai (Ahli)

KIT KeBuRa

4 1. Dr. Nor Asiah binti Ismail (Ketua)
2. Muhammad Norikmal bin Yusop (Ahli)

Easy ID Check

5 1. Siti Nurashiken Binti Md Sabudin
2. Borhan Bin Arifin
3. Khairuddin Bin Said

SENARAI PENYERTAAN INOVASI

BIL TAJUK INOVASI & NAMA INOVATOR

SISTEM KELUAR MASUK PELAJAR (SKEMAS)

1. Tn. Hj. Abdul Ghaffar bin Jaafar (Ketua)
2. En. Shafie bin Majid (Ahli)
6 3. En. Shahnam bin Abd. Rashid (Ahli)
4. Pn. Marlina binti Samat (Ahli)
5. En. Ahmad Ridwan Osman @ Hussin (Ahli)
6. En. A Zamri bin Abdul Rahim (Ahli)
7. En. Nordin bin Razman (Ahli)

TekTun (Teknik Membina Pembayang Pantun)

7

1. Tn. Hj Dzulkarnain Mat (Ketua)
2. Sugganya a/p Supermany(Ahli)

KAD PERMAINAN JAWI

1. Tn. Hj. Noorul Alimin bin Naziri (Ketua)
8 2. Tn. Hj. Jamaluddin bin Adam(Ahli)

3. Tn. Hj. Zulquarnain bin Ali (Ahli)
4. Pn. Latifah binti Mohd Razali (Ahli)
5. En. Suhaimi bin Shafie (Ahli)
6. En. Hairul Azam bin Ab Rahman (Ahli)

ePameran

1. Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah
9 2. Johan bin Kadis

3. Shaiful Bahari bin Bachik
4. Syamrul Nizam bin Abdul Malek
5. Fazli bin Mohd Bazin

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

COVID 19: KECENDERUNGAN MENERUSKAN PENGGUNAAN PLATFORM
PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DALAM KALANGAN GURU PRA PERKHIDMATAN

SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Muhamad Nazri Abdul Rahman, Mohd Nazri Hassan, Siti Nurashiken Md Sabuddin

Corresponding author: [email protected]
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Kecenderungan untuk meneruskan penggunaan platform pembelajaran atas talian
(PPAT) dalam kalangan guru pra perkhidmatan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) merupakan isu penting yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin.
Kajian ini telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kecender-
ungan meneruskan penggunaan PPAT dalam kalangan guru pra perkhidmatan di Institut
Pendidikan Guru (IPG). Data telah dipungut menggunakan borang soal selidik yang di-
adaptasi daripada kajian lepas ke atas 349 orang guru pra perkhidmatan di IPG. Perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) dan SmartPLS versi 3.0 telah digunakan
untuk menganalisis data. Dapatan daripada analisis yang telah dijalankan menunjukkan
bahawa faktor tanggapan kebergunaan (β=0.372, p<0.001), kepuasan (β=0.228,
p<0.001) dan tanggapan mudah digunakan (β=0.147, p<0.001) telah mempengaruhi ke-
cenderungan meneruskan penggunaan PPAT secara langsung. Secara keseluruhan
faktor-faktor yang dikaji menjelaskan sebanyak 57.6% varians dalam kecenderungan
meneruskan penggunaan PPAT. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai
pihak bagi memperbaiki aspek amalan penggunaan PPAT dalam kalangan guru pra
perkhidmatan.
Kata kunci: kecenderungan meneruskan, tanggapan kebergunaan, Covid-19, pembelaja-
ran dalam talian, guru pra perkhidmatan.

PERSEPSI SISWA GURU TERHADAP PENILAIAN HOLISTIK DIKALANGAN PEN-
SYARAH. SATU TINJAUAN AWAL

1Mohd Sahardi Ismail, 2Rhozisham Abd Rashid
Email :[email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis
Abstrak

Kajian ini telah dilaksanakan bagi mendapatkan persepsi siswa guru mengenai penilaian
holistik oleh pensyarah dan hubungan dengan pencapaian dalam menilai kerja kursus
siswa guru. Responden kajian ini terdiri daripada siswa guru PPISMP dan PISMP di Insti-
tut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Seramai 150 siswa
guru dipilih secara rawak dari program PPISMP dan PISMP. Soal selidik telah digunakan
sebagai instrumen utama kajian. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan
penilaian holistik pensyarah dari aspek pemantauan , sokongan dalam memberi markah
kerja kursus berada di tahap yang tinggi. Manakala pencapaian akademiknya pula be-
rada pada tahap sederhana. Data yang dianalisis menunjukan terdapat hubungan yang
kuat, signifikan dan positif antara penilaian, pemantauan dan sokongan pensyarah. Na-
mun begitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penilaian pensyarah
dengan pencapaian akademik siswa guru.
Kata Kunci: Penilaian, Pemantauan, sokongan, Pencapaian akademik, Pensyarah

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

ANALISIS KEPERLUAN PEMBINAAN MODEL ASRAMA IPG LESTARI
Ahmad Ridwan Osman @ Hussin, Abdul Ghafar Jaafar, Shahnam Abdul Rashid

Corresponding author: [email protected]

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Kajian ini ialah analisis keperluan kepada pembinaan Model Asrama IPG Lestari.
Seramai 10 orang pengawai dan warden asrama terlibat menjawab soalan analisis
keperluan model yang mengandungi tujuh item, manakala 114 siswa IPG menjawab soal
selidik berkaitan keselesaan asrama yang mengandungi 10 item berkaitan keselesaan
bilik asrama dan 8 item berkaitan kepuasan terhadap kemudahan dan perkhidmatan
asrama IPG yang dapat menjustifikasikan pembinaan model ini. Soal selidik disebarkan
secara atas menggunakan google form. Dapatan kajian di analisa menggunakan
perisian IBM SPSS 23. Fasa analisis keperluan ini merupakan proses permulaan kepada
Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). Tinjauan terhadap keperluan model da-
lam kalangan pegawai dan warden asrama mendapati persetujuan di antara 60 peratus
sehingga 90 peratus terhadap item-item yang terdapat di dalam soal selidik yang dija-
wab. Dapatan daripada soal seldidk keselesaan asrama dalam kalangan siswa pula men-
catatkan respon yang sederhana pada item susun atur bilik dan almari pakaian manakala
43 peratus siswa merasakan tidak selesa dengan kemudahan tandas. Dapatan kajian ini
mewajarkan keperluan terhadap pembinaan Model Asrama IPG Lestari.
Kata kunci: Analisis Keperluan, DDR, Asrama Lestari

AMALAN KAUNSELING DALAM KALANGAN KAUNSELOR MUSLIM
Mohd Azhar Ab Rahman, Shafie Majid, Syed Ahmad Ruslan Syed Abdul Aziz

Corresponding author: [email protected]
IPGK Dato’ Razali Ismail, IPGK Tengku Ampuan Afzan

Abstrak
Penerapan elemen spritual dalam kaunseling merupakan satu keperluan yang diiktiraf secara
meluas oleh pengamal-pengamal kaunseling pada masa kini. Ini kerana pelbagai masalah
yang dihadapi oleh manusia bukan sahaja berpunca dari aspek lahiriah tetapi juga berpunca
dari aspek spritual seperti soal hati dan emosi. Justeru itu kajian ini menfokuskan kepada ama-
lan pendekatan Islam yang diaplikaskan oleh Kaunselor Muslim. Reka bentuk kajian ini ada-
lah kuantitatif iaitu berbentuk tinjauan terhadap amalan kaunseling Islam dalam kalngan Kaun-
selor Muslim. Sampel kajian adalah purposif sampelling iaitu seramai 31 orang kaunselor mus-
lim yang dipilih secara rawak yang terdiri daripada kaunselor IPG, Kaunselor PPD, Kaunselor
sekolah dan Kaunselor Universiti/ kolej. Analisis data kajian ini adalah berbentuk analisis
deskriptif iaitu melihat kepada peratus dan min menggunakan analisis data SPSS v.22. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pendekatan Islam telah dilaksanakan oleh
Kaunselor Muslim adalah di tahap yang tinggi. Seterusnya, dapatan kajian mendapati bahawa
program-program berbentuk spritual seperti ceramah agama, ceramah pencegahan seperti
Anti Merokok, HIV dan Aids, kursus jati diri dan kepimpinan telah dilaksanakan dengan jayan-
ya di sekolah. Selain itu, Kajian ini juga mendapati terdapat beberapa cabaran yang perlu
dilalui oleh Kaunselor Muslim dalam mengaplikasikan kaunseling Islam ini iaitu kekurangan
pengetahuan agama sama ada kaunselor mahupun klien, memerlukan masa yang agak pan-
jang untuk mengintegrasikan kefahaman agama dalam sesi dan kecenderungan meletakkan
nilai kepada klien apabila menggunakan unsur agama dalam kaunseling. Diharapkan dapatan
kajian ini memberi gambaran umum berkaitan pelaksanaan pendekatan Islam dalam Kaunse-
lor Muslim.

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

ANALISIS FUNGSI PENANDA WACANA DALAM PENULISAN KERJA
KURSUS PELAJAR PPISMP BAHASA MELAYU

Nor Asiah Ismail, A. Jailani Che Abas, Dzulkarnain Mat

Abstrak
Kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis fungsi penanda wacana dalam penulisan kerja kursus
pelajar PPISMP Bahasa Melayu. Penanda wacana didefinisikan dalam kajian ini sebagai bentuk
kata hubung, rujukan, dan penggantian frasa yang digunakan dalam penulisan kerja kursus bagi
menyampaikan maklumat dengan utuh. Model Fungsi Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002)
digunakan dalam kajian ini bagi melihat fungsi penanda wacana dari tiga aspek utama, iaitu tautan
penghubung ayat, tautan perulangan dan tautan kolokasi. Kajian ini perlu dijalankan berdasarkan
semakan rawak sepuluh buah penulisan kerja kursus pelajar PPISMP ambilan Jun 2019, yang
didapati bermasalah dalam penggunaan penanda wacana kerana tidak memenuhi ciri-ciri sebenar.
Tambahan pula terdapat kajian lepas oleh Norhayati Alias (2019) yang menkaji kata iaitu dan esto
es kerana mempunyai fungsi sama sebagai penerang idea. Hal ini bermakna penanda wacana perlu
digunakan dengan tepat supaya pelajar tidak menyalahgunakan fungsi wacana yang dianggap
mereka sebagai tidak memberi apa-apa makna. Oleh itu,kajian ini reka bentuk kajian ini ialah kuali-
tatif dengan menggunakan kaedah menganalisis dokumen kerja kursus pelajar PPISMP. Sampel
kajian yang digunakan adalah sebanayak 10 skrip kerja kursus bagi subjek BMM1064 Sintaksis
Bahasa Melayu. Pemilihan sampel menggunakan rawak bertujuan iaitu dalam kalangan pelajar yang
mendapat markah cemerlang (A). Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semak penulisan
kerja kursus. Analisis semakan berdasarkan model Fungsi Tautan Pindaan Sanat Md. Nasir (2002).
Dapatan kajian menunjukkan fungsi penanda wacana yang paling kerap digunakan oleh pelajar
PPISMP ialah tautan penghubung ayat dan tautan perulangan. Berdasarkan data yang diperoleh ini
disimpulkan bahawa pelajar PPISMP mempunyai pengalaman peringkat sekolah menengah yang
kukuh dan memberi perhatian dengan penggunaan penanda wacana dalam penulisan. Rumusnya,
pelajar yang dipilih dan melepasi temu duga lisan kemasukan ke IPG tidak perlu disangkal kewi-
bawaan mereka dari aspek penulisan penanda wacana. Namun begitu, pelajar ini perlu diberi
pendedahan dalam bentuk kursus dan bengkel untuk memberi pengukuhan yang lebih mantap da-
lam penggunaan tautan kolokasi yang jarang digunakan. Jadi, kajian ini memberi maklumat kepada
pensyarah dan guru untuk memberi perhaitan aspek penanda wacana dalam penulisan ilmiah.
Kata kunci: penanda wacana, koheren, kohesi, penulisan, kerja kursus

PELAKSANAAN PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH KA-
WALAN PERGERAKAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU: SEJAUHMANAKAH
PELAKSANAANNYA
Khairuddin Said, Abdullah Mohd Yusof, Zamani Ibrahim, Syukri Mat Yaacob
Unit Khidmat Pengurusan IPGK
Abstrak

Kajian tinjauan ini dijalankan dalam kalangan ahli akademik Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Tujuan utama kajian ini adalah untuk
mengenal pasti tahap pelaksanaan pengajaran dalam talian dalam kalangan ahli akade-
mik yangmelaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran. Data kuantitatif dikumpul
melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 61 responden. Model Penerimaan
Teknologi (TAM) dijadikan asas hanya untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan
pengajaran dalam talian. Hasil kajian mendapati pelaksanaan responden terhadap
pengajaran dan pembelajaran atas talian adalah tinggi.. Secara keseluruhan, responden
menerimasecara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembela-
jaran dan pengajaran.

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP KOMPETENSI GLOBAL (6C)
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Zuraida Yusof, Rusini Kamaluddin, Safinah binti Yaakob
Corresponding author: [email protected]
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap pemahaman pelajar di Institut Pendidikan
Guru (IPG) terhadap teras Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Pen-
dekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan dalam kajian ini.
Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang dihantar melalui google form. Seramai
369 responden yang terdiri dari pelajar di tiga buah IPG terlibat dalam kajian ini, iaitu
IPGK Dato Razali Ismail, IPGK Tengku Ampuan Afzan dan IPGK Ipoh. Item-item soal
selidik mengandungi enam konstruk Kompetensi Global (6C), iaitu sahsiah, kewarga-
negaraan, kolaboratif, komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis. Data yang diperoleh
dianalisis menggunakan SPSS versi 23 untuk mendapatkan Cronbach Alpha dan Min.
Dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman pelajar terhadap kompetensi global 6C
adalah tinggi, iaitu 3.91. Secara keseluruhan kompetensi global 6C dapat dikuasai dan
difahami oleh pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru dan diharap mereka dapat men-
gaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk mencipta pengetahuan ba-
haru bagi kegunaan dalam profesion keguruan.
Kata kunci: Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, Kompetensi Global 6C,
pemahaman dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

TINJAUAN AWAL KESEDIAAN PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM
KALANGAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS

Syed Ahmad Ruslan Bin Syed Abd Aziz, Mohd Faizal Bin Hassan
Corresponding author: [email protected]
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Kajian ini merupakan satu tinjauan awal bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan pen-
syarah-pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis
di negeri Pahang Darul Makmur dalam menerapkan Kemahiran Insaniah dalam pengaja-
ran dan pembelajaran (PdP) dari konstruk kemahiran, sikap dan komitmen. Persampelan
kajian terdiri daripada 64 orang pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Am-
puan Afzan, Kuala Lipis. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik iaitu Soal Selidik
Penerapan Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Kalangan Pelajar Dalam PdP, Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk mengenal pasti kesediaan pensyarah dalam menerapkan
Kemahiran Insaniah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Soal selidik telah diana-
lisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) versi
21.0 dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai. Kajian ini juga menyarank-
an beberapa cadangan iaitu menjalankan kajian lanjutan bagi mengetahui keperluan pen-
syarah dalam menerapkan kemahiran insaniah dalam PdP dan pihak pengurusan perlu
mengadakan latihan (inhouse training) untuk meningkatkan kemahiran pensyarah.
Kata kunci: Tahap kesediaan penerapan kemahiran insaniah, kemahiran, sikap,
komitmen,

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

KAJIAN PEMANFAATAN KEMUDAHAN DIGITAL DEMI PEMBINAAN PENGE-
TAHUAN DALAM PEMBELAJARAN BERMAKNA: PADLET SEBAGAI CONTOH

Tan Kam Chai, Chun Mei Lee
Corresponding author: [email protected]

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Kemudahan digital sebagai elemen yang penting dalam pembelajaran zaman moden
haruslah dibebaskan daripada kongkongan tradisional. Ia tidak harus digunakan un-
tuk pemindahan ilmu sahaja. Kajian ini berfokus kepada tiga kursus yang diajar oleh
dua orang pensyarah di Institut Pendidikan Guru. Data kajian terdiri daripada hasil
aktivititi pembelajaran segerak di laman sesawang “Padlet”. Analisis data menunjuk-
kan bahawa fungsi muat naik dan memberi komen sahaja telah mencukupi untuk
menjayakan aktiviti kolaborasi dan mencapai tahap pemanfaatan digital yang tinggi.
Dalam proses pembelajaran bermakna, pelajar membina pengetahuan dengan ban-
tuan teknologi, dimana aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah analisis data, men-
imba sumber, berkolaborasi dengan rakan sebaya dan menghasilkan persembahan
multimedia. Analisis data juga menunjukkan bahawa pelbagai amalan intervensi
yang diguna boleh menghasilkan rasa kehadiran dan mendorong proses pembelaja-
ran. Kajian ini mendapati bahawa pemanfaatan kemudahan digital yang utama ada-
lah penyediaan suatu pelantar di mana pembinaan pengetahuan boleh berlaku me-
lalui aktiviti interaktif.

PERSEPSI GURU TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN BENGKEL
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH GURU-GURU SEKOLAH JENIS
KEBANGSAAN TAMIL
Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan
Corresponding Author: [email protected]
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru terhadap keberkesanan pelaksa-
naan bengkel pentaksiran bilik darjah (PBD) kepada guru-guru SJKT Daerah Gom-
bak dan Daerah Hulu Selangor, Selangor. PBD merupakan satu pentaksiran yang
bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diperkenalkan oleh KPM pada
tahun 2017. Seramai 37 orang guru dari pelbagai opsyen pengajian menjadi re-
sponden kajian. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Data statistik
deskriptif dianalisis dengan google form. Dapatan kajian menunjukkan bahawa re-
sponden kajian menunjukkan persepsi positif dimana 97.3% guru-guru SJKT Daerah
Gombak dan Hulu Selangor menyatakan mereka memperolehi manfaat dengan
menghadiri bengkel selama sehari. Mereka bersedia untuk melaksanakan PBD di
sekolah masing-masing walaupun pelaksanaan PBD merupakan sesuatu yang ba-
haru bagi mereka.

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

APLIKASI KAEDAH FIQH TERHADAP AMALAN PENGURUSAN RISIKO DALAM
PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN

Wan Azlan Wan Adnan @ Wan Repol, Mohd Azizul Adni, Mohd Yusri Yusof
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Pengurusan risiko adalah proses mengenal pasti, menganalisis dan menilai apa-apa sahaja
perkara yang boleh memberi ancaman atau peluang kepada organisasi. MS ISO 31000:2018
meletakkan risk identification sebagai proses pertama sebelum risk analysis dan risk evalua-
tion. Terdapat pelbagai kaedah & teori yang dikemukakan dalam pengurusan risiko secara
konvensional bagi mengenalpasti risiko. Ia juga bergantung kepada gaya pengurusan dan
amalan biasa yang diamalkan oleh sesebuah organisasi mahupun individu. Kajian ini ber-
tujuan melihat sejauh mana aplikasi kaedah fiqh boleh memberikan pilihan kaedah dalam
mengenalpasti dan mengklasifikasikan risiko khususnya dalam penggubalan soalan peperik-
saan. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu pertama, meneliti konsep kaedah fiqh dan
aplikasinya dalam pengurusan risiko. Kedua, mengenalpasti bentuk-bentuk amalan penguru-
san risiko dalam penggubalan soalan peperiksaan. Ketiga, mencadangkan bentuk aplikasi
kaedah fiqh terhadap pengurusan risiko dalam penggubalan peperiksaan. Metodologi kajian ini
lebih kepada kajian perpustakaan (library research) yang disokong dengan dapatan soal
selidik, temu bual dan semakan dokumen. Kajian ini menunjukkan menunjukkan bahawa
kaedah fiqh bukan sekadar sesuai diaplikasikan utk perbincangan hukum hakam fiqh sahaja.
Namun kebolehgunaannya sesuai untuk diteroka dalam aspek-aspek pengurusan yang lain.
Keyword : kaedah fiqh, pengurusan risiko

AMALAN BACAAN AL-QURAN DAN KEFAHAMAN TENTANG HUKUM TAJWID DALAM
KALANGAN PELAJAR PPISMP UNIT PENDIDIKAN ISLAM IPGKTAA BAGI BACAAN RI-

WAYAT HAFS
Jamaluddin Adam, Khairuddin Said, Noorul Alimin Naziri

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Bacaan al-Quran secara mengikut bacaan Riwayat Hafs melalui aliran Shathibiyyah merupa-
kan satu aliran daripada aliran-aliran bacaan yang mutawatir. Bacaan al-Quran ini sudah
dikenali dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Kajian ini cuba merungkai amalan dan
kefahaman hukum tajwid bagi bacaan al-Quran yang berkaitan dengan riwayat Imam Hafs.
Kajian ini juga akan membuat analisis amalan bacaan al-Quran dan kefahaman tentang
hukum tajwid dalam kalangan pelajar PPISMP pendidikan Islam di IPG kampus Tengku Am-
puan Afzan mengikut bacaan riwayat Imam Hafs. Pembacaan al-Quran di atas aliran yang
betul amat penting bagi memelihara keaslian bacaan al-Quran itu sendiri untuk terus berada di
landasan yang tepat serta berkesinambungan sampai kepada Rasulullah S.A.W.

KOMPETENSI PENSYARAH PEMBIMBING ELEKTIF DI SEBUAH INSTITUT PENDIDIKAN
GURU DALAM MELAKSANAKAN BIMBINGAN PRAKTIKUM

Fazli Mohd Bazin, Mohd Zamani Mohd Nor Peah,Izan Hafiza Abllah, Nur Akmar Mohd Yusof
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Bimbingan pensyarah dalam pelaksanaan praktikum merupakan elemen penting bagi mem-
bantu guru pelatih membina kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam konteks
bilik darjah sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi Pensyarah
Pembimbing Elektif dalam' membimbing guru pelatih. Data diperolehi melalui soal selidik
Google Form terhadap 153 responden. Data dianalisis menggunakan peratus. Dapatan
menunjukkan bahawa kompetensi Pensyarah Pembimbing Elektif memenuhi keperluan ama-
lan praktikum yang dikehendaki oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia.

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

KEUPAYAAN PENDIDIK DAN PEDAGOGI GURU AMBILAN KHAS PERIBUMI DI
SEKOLAH MURID ORANG ASLI

Aminuddin Mohamed, Fauzi Hassan, Mohd Faizal Hassan, Muhamad Nazri Abdul Rah-
man, Norhyishamuddin Kamil, Abd Jamil Sabdin, Mohd Zamani Mohd Nor Peah.
Pusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan
Abstrak

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau persepktif keupayaan guru serta pedagogi
guru-guru ambilan khas Peribumi, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah murid Orang Asli di seluruh negara.
Metadologi yang digunakan adalah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Pengutipan data
dilakukan terhadap 82 orang guru-guru Peribumi yang sedang berkhidmat di sekolah-
sekolah murid Orang Asli mulai tahun 2015. Pengutipan data ini dilakukan secara temu-
bual secara rawak dengan pentadbir sekolah guru ambilan khas ditempatkan serta soal
selidik melalui google form yang diedarkan kepada semua guru ambilan khas peribumi.
Dapatan kajian menunjukkan guru-guru ambilan peribumi yang sedang berkhidmat di
sekolah-sekolah Murid Orang Asli mempunyai keupayaan kendiri dalam menyesuaikan
diri dengan persekitaran budaya serta menguasai pedagogi yang berkaitan perspektif
masyarakat Orang Asli. Kajian ini juga menunjukkan guru-guru peribumi yang sedang
berkhidmat bersedia dari segi fizikal dan mental untuk berkhidmat di sekolah murid
Orang Asli. Persiapan yang dilakukan dengan memahami dan mengkaji suku kaum
setempat, bahasa yang digunakan serta berusaha untuk meningkatkan pengetahuan
dalam memahami pedagogi yang bersesuaian dengan murid-murid Orang Asli. Kuriku-
lum yang diterima semasa berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan disesuaikan dengan situasi setempat. Amalan terbaik dari segi kekuatan diri, pen-
guasaan pedagogi terutamanya dalam pengaplikasian pengajaran dilaksanakan
sekaligus berupaya menarik minat murid Orang Asli untuk belajar sekaligus meningkat-
kan kehadiran murid-murid ke sekolah. Kajian ini memberi implikasi bahawa guru ambi-
lan khas peribumi sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan baru berkaitan
pedagogi peribumi dengan usaha yang lebih transformatif
Kata kunci: Pengupayaan, Pedagogi, amalan terbaik, transformatif

TAHAP KESEDIAAN GURU DI SEKOLAH 2.0 TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25)
UNTUK MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PAK21

Abdul Jalil Mohamad, Mazda @ Mazdarudin Md Isa, Syed Ruslan Bin Syed Abdul Aziz
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis
Abstrak

Program Transformasi sekolah 2025 (TS25) merupakan salah satu usaha kerajaan un-
tuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti tahap kesediaan dalam kalangan guru di sekolah 2.0 program transfor-
masi sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran PAK21. Responden
kajian adalah terdiri daripada 250 orang guru di 20 buah sekolah yang terlibat dengan
program transformasi sekolah 2.0. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuanti-
tatif. Analisis deskriptif dan peratusan digunakan. Instrumen kajian ini menggunakan
borang soal selidik empat mata skala likert yang berfokus kepada 3 komponen utama
iaitu fizikal, sosiobudaya dan pengetahuan. Kebolehpercayaan instrumen kajian ini ada-
lah tinggi iaitu pada Cronbach’s Alpha 0.929.

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
YANG MENGINTEGRASIKAN GEO GEBRA BAGI TOPIK BULATAN III
Haji Abdul Ghaffar Jaafar, Khazali Ismail, Muhamad Nazri Abdul Rahman
Corresponding author: [email protected]
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar berasaskan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran ma-
tematik. Kajian ini telah membina satu bahan bantu mengajar yang mengintegrasikan
perisian Geo Gebra untuk topik Bulatan III dan untuk mengenal pasti penerimaan pelajar
terhadap bahan bantu mengajar yang dibina serta mendapatkan pandangan pelajar ter-
hadap bahan bantu mengajar yang dibina dari aspek reka bentuk dan kandungannya
dalam mempelajari tajuk Bulatan III. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah
tinjauan berbentuk soal selidik. Seramai 54 orang pelajar tingkatan empat terlibat sebagai
responden kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2016 untuk
mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat kesan positif terhadap penerimaan dan persepsi pelajar terhadap bahan bantu
mengajar yang dibina bagi topik Bulatan III. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa
bahan bantu mengajar berasaskan teknologi dapat meningkatkan minat pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan
teknologi seperti penggunaan perisian multimedia dalam sistem pembelajaran adalah
berguna sebagai satu alternatif dalam pengajaran.
Kata kunci: Persepsi pelajar, penggunaan bahan bantu mengajar, mengintegrasi-
kan Geo Gebra, Topik Bulatan III

FAKTOR MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN MENERUSKAN PENGGUNAAN ALATAN
ATAS TALIAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH (TS25)
DI NEGERI PAHANG

Mohd Nazri Hassan, Muhamad Nazri Abdul Rahman, Johari Bapokutty
Corresponding author: [email protected]
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Kecenderungan untuk meneruskan penggunaan alatan atas talian dalam kalangan guru meru-
pakan isu penting yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Kajian ini telah dijalankan bagi
mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kecenderungan meneruskan penggunaan alatan
atas talian dalam kalangan guru sekolah TS25. Data telah dipungut menggunakan borang soal
selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas ke atas 1886 orang guru yang sedang berkhid-
mat di sekolah TS 25 sekitar negeri Pahang. Perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) dan SmartPLS versi 3.0 telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan daripada
analisis yang telah dijalankan menunjukkan bahawa faktor kepuasan (β=0.397, p<0.001),
tanggapan kebergunaan (β=0.333, p<0.001), dan tanggapan mudah digunakan (β=0.162,
p<0.001) telah mempengaruhi kecenderungan meneruskan penggunaan alatan atas talian
secara langsung. Secara keseluruhan faktor-faktor yang dikaji menjelaskan sebanyak 67.4%
varians dalam kecenderungan meneruskan penggunaan alatan atas talian. Dapatan kajian ini
boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak bagi memperbaiki aspek amalan penggunaan alatan
atas talian dalam kalangan guru.
Kata kunci: kecenderungan meneruskan, tanggapan kebergunaan, alatan atas talian, TS25.

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

BUDAYA PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) DALAM
KALANGAN GURU DAN PEMIMPIN SMK KERAMBIT
SEBAGAI SEKOLAH TS25
Nor Asiah Ismail, Tuan Syed Zulkarnain Syed Mahamud
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Kajian ini cuba menyingkap amalan budaya Professional Learning Community (PLC) dalam ka-
langan guru di SMK Kerambit,Kuala Lipis, Pahang. Budaya PLC diterapkan secara maksimum di
SMK Kerambit lantaran terdapat sembilan orang guru yang mempunyai pengalaman mengajar ku-
rang daripada lima tahun dan bukan opsyen dalam mata pelajaran Fizik, Matematik Tambahan,
Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Melayu, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Asas Seni Kreatif
(ASK). Pembudayaan PLC merujuk kepada amalan guru yang komited, bekerja secara kolaboratif
serta berterusan dalam membuat inkuiri dan kajian tindakan untuk meningkatkan pencapaian murid.
Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan tiga objektif iaitu mengenal pasti program PLC
yang dapat memupuk budaya perkongsian intelektual antara guru di SMK Kerambit, menerangkan
proses PLC yang dilaksanakan oleh guru-guru di SMK Kerambit dan menghuraikan strategi PLC
yang diamalkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di SMK Kerambit. Bagi men-
jawab objektif kajian, maka kajian bentuk kualitatif dilaksanakan dengan menggunakan sampel yang
mencukupi, iaitu sebanyak enam orang guru yang mempunyai pengalaman mengajar kurang da-
ripada lima tahun. Enam orang sampel kajian ini diberikan enam soalan temu bual setiap orang bagi
menjawab objektif satu. Bagi menjawab objektif kedua pula, borang senarai semak dibuat untuk
melihat proses pelaksanaan PLC. Objektif ketiga pula dilaksanakan melalui semakan brosur dan
pelan strategi TS25 sekolah. Analisis data kajian digunakan untuk menjawab semua objektif kajian.
Objektif satu menunjukkan setiap panitia menetapkan program PLC secara CPD diadakan dua kali
sebulan bagi membincangkan masalah PdP dan meningkatkan kualiti guru. Bagi objektif kedua pula,
empat proses pelaksanaan PLC iaitu peringkat perancangan, pelaksanaan, penilaian dan tindakan
direalisasi dengan tepat oleh semua guru mata pelajaran. Objektif ketiga menunjukkan setrategi
yang menjadi budaya semua guru ialah learning walks, bimbingan rakan sebaya, dan lesson study.
Sesungguhnya, sebagai sebuah sekolah contoh TS25 daerah Lipis 2020, memang tidak dinafikan
bahawa budaya PLC menjadi amalan yang cemerlang dalam kalangan guru SMK Kerambit. Oleh itu,
SMK Kerambit wajar menjadi contoh kepada sekolah lain untuk mencapai kecemerlangan dan se-
terusnya meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum daerah Lipis.
Kata kunci: PLC, TS25, proses PLC, strategi PLC

Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester
2, di IPGKTAA Terhadap Pelaksanaan Kursus MPU3401 Permainan
Chew Chee Horng, Abdul Ramit Sulaiman, Shaifudin Salleh
Unit Kokurikulum, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Pengetahuan bidang kokurikulum penting dalam menjayakan matlamat merupakan sebahagian
daripada golongan pendukung yang melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat Wawasan 2020..
Aspek kokurikulum telah dijadikan salah satu unsur penting dalam sistem pendidikan perguruan
di Malaysia. Justeru, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkem-
bangkan potensi individu secara menyeluruh serta melahirkan guru yang sihat dan berkeupayaan
melalui konsep 'Malaysia Cergas'. Menurut Thorndike,1932 kesediaan merupakan suatu tahap yang
mesti dicapai oleh seseorang guru untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugas yang berke-
san. Keadaan ini bergantung kepada kematangan dan pengalaman.Kesediaan juga merupakan satu
kaedah atau situasi yang wujud untuk memungkinkan peluang menjalankan sesuatu aktiviti atau
gerak kerja dengan baik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru pelatih
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sekolah rendah untuk mengajar subjek kokuriku-
lum permainan di sekolah rendah. Tahap dalam kajian ini dikaji melalui aspek pengetahuan bidang
permainan dalam kalangan guru pelatih. Hasil kajian ini untuk menjawab persoalan ”adakah guru-
guru mempunyai tahap pengetahuan terhadap pelaksanaan permainan di sekolah nanti?

Kata kunci: Pengetahuan,aspek kokurikulum,PISMP dan guru pelatih

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

AMALAN DAN PENGUPAYAAN PENGAJARAN ABAD 21 DALAM KALANGAN GURU BAHASA
MELAYU DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
DI DAERAH KUALA LIPIS, PAHANG

Fauzi Hasan, Mohd Asri Abdul Razak, Dzulkarnain Mat, Mohd Nor Mohamed
Jabatan Pengajian Melayu, IPGK Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang
Subjek Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang paling penting dalam pendidikan sama ada
di sekolah rendah dan menengah. Lantaran itu, guru yang mengajar bahasa Melayu perlu mempu-
nyai pengetahuan luas dalam bahasa Melayu dan kemahiran pedagogi bagi menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan. Dalam meniti abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru
perlu memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan
kemahiran hidup. Diperingkat amalan pula, sekolah yang berjaya merealisasikan pembelajaran abad
ke-21 adalah disebabkan wujudnya pengupayaan dan autonomi guru untuk mencipta pembelajaran
yang lebih inovatif dan kreatif (Roebuck, 2011; Cranston, 2002). Pengupayaan guru harus diterap-
kan dalam organisasi sekolah supaya guru dapat mengembangkan kecekapan untuk meningkatkan
pengembangan profesional mereka dan dapat menyelesaikan masalah dalam amalan harian mere-
ka terutamanya dalam proses PdPc. Hal ini membolehkan guru merasakan mereka menerima au-
tonomi ke atas tugas mereka dan sekali gus menentang kawalan yang mengganggu kerja mereka
sendiri (Kimwarey, Chirure & Omondi, 2014). Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui
tahap amalan, masalah dan pengupayaan pengajaran abad 21 dalam kalangan guru bahasa Melayu
di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuala Lipis. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan
kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual dengan guru-guru bahasa Mela-
yu yang terpilih. Dapatan kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk membantu guru-guru
bahasa Melayu melaksanakan pengajaran abad 21 dengan lebih berkesan dan berterusan bagi
meningkatkan prestasi bahasa Melayu.
Kata kunci: Bahasa Melayu, pengajaran abad 21, pedagogi, pengupayaan dan autonomi.

BIMBINGAN DAN PEMENTORAN RAKAN ELIT, SCHOOL LEADER TEAM (SLT) DAN
MIDDLE LEADER TEAM (MLT) MENURUT PERSPEKTIF GURU DIBIMBING
Mohd Azhar Ab Rahman, Idrus Saaidy Mohamad, Roziky Effendy Repin
Corresponding Author: [email protected]
IPG Kampus Dato Razali Ismail, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Abstrak

Kajian berbentuk deskriptif ini dilakukan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas guru-
guru yang terlibat dengan bimbingan dan pementoran di sebuah sekolah menengah
TS25 cohort 4 dan sebuah sekolah rendah TS25 cohort 3 dalam negeri Pahang, untuk
mencapai objektif-objektif yang dinyatakan. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau
bimbingan dan pementoran Rakan Elit, SLT dan MLT dalam Program Transformasi
Sekolah dari perspektif GDB. Seramai 68 orang guru telah menjadi responden kajian ini
dengan menjawab borang soal selidik yang telah disediakan. Data dikumpul secara
kuantitatif dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Pack-
age for Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
perspektif GDB terhadap profesionalisme Rakan Elit, SLT dan MLT adalah positf dan
terdapat hubungan yang signifikan antara perspektif guru dibimbing dengan amalan
bimbingan Rakan Elit, SLT atau MLT. Dapatan ini jelas menunjukkan program bimbingan
dan pementoran SLT atau MLT telah diterima baik oleh guru dibimbing di sekolah. Kajian
lanjutan yang lebih terperinci boleh dilakukan oleh penyelidik terhadap pelaksanaan
bimbingan dan mentoring di sekolah bagi melihat keberkesanan program tersebut dalam
mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kata Kunci: Bimbingan, Pementoran, Perspektif Guru Dibimbing, Rakan Elit, SLT, MLT

SINOPSIS PROJEK INOVASI

e-RPM
Abdul Jalil bin Mohamad
Mohd Maznihan bin Mohamad Noor
Mohd Azhar bin Ab. Rahman
Wan Kamaruzaman bin Wan Yusoff
Idrus Saaidy bin Maarof

Sinopsis Projek
Penyediaan RPM ini adalah wajib kepada setiap pensyarah yang mengajar
kerana RPM ini sebagai panduan untuk mengajar - menyatakan apa yang hen-
dak diajar, apa yang hendak dicapai dan bagaimana ia dicapainya dalam tem-
poh masa yang telah ditetapkan. Dalam era kini, penggunaan RPM secara man-
ual dilihat kurang efisien kerana melibatkan kos percetakan dan memerlukan
ruang penyimpanan yang besar. Cadangan penggunaan Rancangan Pengaja-
ran Mingguan Elektronik (e-RPM) merupakan solusi ke arah pengurusan pen-
didikan yang berkesan dan berdaya saing serta memanfaatkan keupayaan
teknologi semasa. e-RPM adalah Rancangan Pembelajaran Mingguan yang
dibuat secara salinan lembut (soft copy) dan boleh diakses secara atas talian.
Tujuannya adalah supaya boleh diakses di mana-mana sahaja dan pada bila-
bila masa. e-RPM memanfaatkan aplikasi Google for Education (GFE) Kemen-
terian Pendidikan Malaysia, iaitu menggabungkan aplikasi Google Sheets
dengan Google Classroom. e-RPM memberi keselesaan kepada pensyarah dan
ketua jabatan kerana penghantaran dibuat secara dalam talian pada bila-bila
masa dan di mana-mana sahaja melalui pelbagai jenis peranti.

Aplikasi Kit Pembelajaran Kendiri INOPOLY SZM Untuk Pembelajaran Lakuan
Motor Dalam Pergerakan Asas

Syed Zulkarnain bin Syed Mahamud
Hamidi bin Abdul Aziz
Sinopsis Projek

Inovasi Inovasi kit pembelajaran kendiri INOPOLY SZM dicetuskan bertujuan mem-
beri idea kepada siswa guru menghasilkan alat bantu mengajar (ABM) yang menarik
dan berkesan (Teaching Games for Fun Learning) dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) pergerakan asas kemahiran lakuan motor Pendidikan Jas-
mani abad ke-21. Hal ini dapat memudahkan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah
(PBD) dalam PdP Pendidikan Jasmani. Malahan dapat melaksanakan PdP secara
terarah kendiri dengan mengadaptasi strategi pengajaran masteri dalam Pendidikan
Jasmani. Inovasi ini juga dapat mencetuskan idea utama sebagai inisiatif Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC) dalam Transformasi Pendidikan 2025 (TS25) bagi
memastikan pelaksanaan pembelajaran siswa guru, budaya kolaboratif dan fokus
kepada pencapaian dalam Pendidikan Jasmani.

SINOPSIS PROJEK INOVASI

e-SumSas (Modul e-Sumber Kesasteraan Bahasa Cina Sekolah Rendah) 易资源分享
Wong Sien Biang
Cik Chun Mei Lee
Cik Ng Phaik Hoon
En. Tan Kam Chai
Sinopsis projek

Menjelang era R.I. 4.0, pengajaran dan pembelajaran atas talian semakin popular. Ba-
han pembelajaran berbentuk tulisan dan cetakan perlu dialih kepada digital sebelum ian-
ya dapat diguna. Dalam proses ini, kemahiran perisian digital diperlu. Walaupun lebih
masa dan tenaga diperlu dalam proses penyediaan, akan tetapi setelah sumber ini
dihasil, ianya mudah dialih semula dan tidak terhad bilangan penggunaannya. Tamba-
han pula jika bahan digital ini dimuat naik ke internet, ia dapat digunakan oleh orang
ramai secara meluas. Justeru para pendidik perlu menyediakan tapak khusus untuk
mengumpulkan bahan pengajaran digital ini sebagai sumber pengajaran. “e-SumSas”
merupakan modul yang mengumpul sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh
diguna pakai oleh guru, ibu bapa dan pelajar. Modul ini dibina bukan sahaja dapat
memudahkan pengguna untuk mencari sumber mengikut keperluan mereka, bahkan juga
bermanfaat bagi guru-guru untuk berkongsi sumber. Guru boleh menggunakan sumber
ini dalam kelas Bahasa Cina bersemuka atau tidak bersemuka, merangkumi kemahiran
membaca, mendengar, bertutur dan menulis. Pelajar dan ibu bapa juga dapat
menggunakan sumber ini sebagai aktiviti pembelajaran kendiri. Data menunjukkan baha-
wa modul e-SumSas digunakan secara meluas dalam tempoh 5 bulan Perintah Kawalan
Pergerakan dikuatkuasa (bermula 18 Mac hingga 31 Ogos 2020). Model "Saya Suka
Membaca”, telah mengumpul sebanyak 285 bahan pengajaran dan pembelajaran
dengan kira-kira 57,000 kali layaran dengan purata 200 kali setiap bahan bacaan. Model
"Pembacaan Lantang" pula telah mengumpul sebanyak 68 bahan pengajaran dan pem-
belajaran dengan kira-kira 34,000 kali layaran dengan purata 500 kali setiap bahan.

KIT KeBuRa
Nor Asiah binti Ismail (Ketua)
Muhammad Norikmal bin Yusop (Ahli)

Sinopsis Projek
Kit KeBuRa merupakan satu organisasi alat bantuan pembelajaran bagi murid
untuk membantu murid menulis karangan dengan lebih efektif. KeBuRa merupa-
kan akronim kepada Kelopak Bunga Raya yang menjadi tema utama dalam Kit
KeBuRa ini dengan menggunakan elemen-elemen dalam bunga raya untuk di-
jadikan sebagai bahan bantu kepada penulisan karangan tersebut. Kit ini meng-
gabungkan beberapa perkara iaitu persoalan umum penulisan (megikut ca-
dangan Lawren Starkeys, 2015: 5Ws), unsur patriotisme iaitu bunga kebang-
saan (bunga raya) dan unsur teknologi (Kod QR).

SINOPSIS PROJEK INOVASI

SISTEM KELUAR MASUK PELAJAR (SKEMAS)
Abdul Ghaffar bin Jaafar
Shafie bin Majid
Shahnam bin Abd. Rashid
Marlina binti Samat

Ahmad Ridwan Osman @ Hussin
A Zamri bin Abdul Rahim
Nordin bin Razman
Sinopsis Projek

Pada hari ini banyak organisasi mempunyai sistem untuk mengurus pelawat
yang keluar masuk ke premis mereka. Sistem ini boleh diubahsuai untuk
merekod keluar masuk pelajar dari kawasan kolej kediaman. Sistem yang
digunakan kini adalah dengan meninggalkan kad asrama atau buku kuning (jika
bermalam di luar). Sistem ini mempunyai kelemahan seperti kehilangan kad
atau buku kuning pelajar yang lain. Dengan itu, situasi ini mencetuskan idea
kepada kami untuk membangunkan suatu sistem elektronik yang dinamakan
SISTEM KELUAR MASUK PELAJAR IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
untuk menggantikan sistem sedia ada. Sistem ini membolehkan data pelajar
diambil dari tlefon pintark dan disimpan di dalam pengkalan data Google Form.

TekTun (Teknik Membina Pembayang Pantun)
Dzulkarnain Mat

Sugganya a/p Supermany
Sinopsis Projek

Inovasi ini berdasarkan kajian ini dijalankan untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah membina pembayang pantun yang betul dan sesuai.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bahawa kaedah “TEKTUN’ boleh
membantu murid-murid menghadapi masalah tersebut. Sepanjang musim prak-
tikum, beberapa orang murid telah dikenal pasti mengalami masalah dalam
membina pembayang pantun yang betul dan sesuai. Kajian ini di sebuah
sekolah di daerah Kuala Lipis, Pahang. Pemerhatian, temu bual dan latihan pen-
gukuhan digunakan untuk menganalisis latar belakang dan pemahaman murid
sebagai maklumat kajian. Selain itu, ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk
menentukan prestasi murid sebelum dan selepas sesi rawatan menggunakan
kaedah yang pengkaji cipta. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan
penguasaan kemahiran membina pembayang pantun yang betul dan sesuai
dalam kalangan peserta kajian. Kajian ini telah memberikan pendedahan kepa-
da bakal guru di Institut Pendidikan Guru tentang pentingnya budaya penyelidi-
kan dan fungsinya untuk memartabatkan profesional keguruan.

SINOPSIS PROJEK INOVASI

KAD PERMAINAN JAWI
Noorul Alimin bin Naziri
Jamaluddin bin Adam

Zulquarnain bin Ali
Latifah binti Mohd Razali

Suhaimi bin Shafie
Hairul Azam bin Ab Rahman

Sinopsis Projek
Kaedah dan teknik yang betul dalam melaksanakan pembelajaran dan pemu-
dahcaraan (PdPc) adalah sangat penting untuk melihat sejauhmana
keberkesanan topik yang diajar dalam pendidikan Islam. Daya tarikan yang kre-
atif dan menarik perhatian murid diperlukan oleh seseorang guru untuk mem-
bantu pelajar lemah mengenali huruf-huruf Jawi. Ini kerana terdapat hampir
keseluruhan murid-murid dikategorikan lemah dalam bidang Jawi kerana
beranggapan bahawa tulisan Jawi itu tidak begitu penting dan tidak akan diuji
dalam peperiksaan awam seperti PPSR bagi peringkat sekolah rendah. Oleh itu,
guru perlu mengetahui dan mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 yang
menjadi satu medium pengajaran pada masa kini termasuklah melaksanakan
permainan dalam pendidikan Islam khususnya bidang Jawi. “JAWI” adalah per-
mainan yang mengambil konsep yang sama dengan permainan UNO dan Sa-
hibba yang dikombinasikan. Ia merupakan bahan maujud yang boleh digunakan
oleh guru sewaktu pdpc atau digunakan oleh pelajar sewaktu diluar waktu bilik
darjah. Permainan ini direka sesuai dengan tahap pencapaian murid-murid
sekolah ini.

SINOPSIS PROJEK INOVASI

ePameran
Mohd Zamani bin Mohd Nor Peah

Johan bin Kadis
Shaiful Bahari bin Bachik
Syamrul Nizam bin Abdul Malek

Fazli bin Mohd Bazin
Sinopsis Projek

ePameran merupakan inovasi kaedah pameran dalam talian yang bertujuan un-
tuk mengatasi masalah perlaksanaan pameran secara fizikal dan terbuka seperti
yang biasa diamalkan. Pameran dalam talian sesuai dilaksanakan terutamanya
ketika seluruh dunia berhadapan dengan masalah wabak Covid 19. Aktiviti
pameran dilaksanakan untuk mempamerkan hasil kerja dan karya pelajar bagi
tatapan umum. Pelajar kursus teras Pendidikan Seni Visual didedahkan dengan
kepentingan melaksanakan pameran berdasarkan RMK bagi mempamerkan
hasil karya yang telah dihasilkan sepanjang pembelajaran sesuatu kursus.
ePameran dilaksanakan dengan menggunakan platform media sosial iaitu Insta-
gram. Platform ini mempunyai grid yang memudahkan audien melihat hasil kar-
ya pelajar satu persatu mengikut susunan dan sub susunan yang telah dise-
diakan. Instagram juga mempunyai kemudahan siaran langsung (Live) yang
membolehkan pengkarya berinteraksi dengan pengunjung pada waktu yang
ditetapkan. Kelebihan pameran secara dalam talian berbanding pameran fizikal
membolehkan penjimatan perbelanjaan yang besar dibuat terutamanya untuk
proses perlaksanaan dari aspek penyediaan alat dan bahan yang berkaitan.
Proses pameran secara dalam talian juga dapat diselenggarakan dengan baik
dan lebih tersusun kerana platform media sosial menyediakan ruang yang boleh
digunakan untuk pameran. Selaras dengan saranan kerajaan untuk
melaksanakan penjarakan fizikal, ePameran lebih terjamin kerana keseluruhan
proses perlaksanaan dijalankan dalam talian menggunakan platform yang ber-
sesuaian tanpa melibatkan pertemuan secara fizikal. Penggunaan media sosial
yang popular untuk mempamerkan hasil karya juga menarik minat pelajar untuk
berkarya dan mengalakkan kedatangan pengunjung. ePameran juga dapat
disebarkan dengan secara meluas kepada pengunjung bukan hanya di Malaysia
tetapi di seluruh dunia. Diharapkan kaedah ini dapat mengalakkan perlaksanaan
pameran secara dalam talian dengan menggunakan platform dalam talian dalam
kalangan pensyarah dan pelajar-pelajar IPGM.

SINOPSIS PROJEK INOVASI

Easy ID Check
Siti Nurashiken Binti Md Sabudin

Borhan Bin Arifin
Khairuddin Bin Said
Sinopsis Projek
Inovasi Easy ID Check (EIC) merupakan satu platform penting untuk semua staf
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan dan menyimpan
maklumat ID emel peribadi. EIC dibangunkan dengan menggunakan aplikasi
dari google iaitu Google Form, Google Sheet, Document Studio dan Google
Doc. Inovasi ini menjadi mudah untuk digunakan oleh pengguna sasaran kerana
aplikasi yang dekat dengan mereka. Semua proses bermula dengan pengum-
pulan maklumat sehingga kepada penghantaran emel tentang maklumat emel
masing-masing hanya memakan masa kurang dari 10 minit. Selain dari kepanta-
san, IEC dibangunkan untuk melindungi maklumat peribadi pengguna serta
pengguna boleh menyimpan maklumat emel ID yang diperolehi dengan baik.
IEC bukan sahaja membantu pengguna akhir tetap memberi kemudahan kepa-
da penyelaras ICT kampus untuk menyusun dan menyebarkan maklumat emel
semua staf dan pegawai. IEC telah digunakan secara rintis semasa mengedar-
kan emel ID DELIMA yang disediakan oleh pihak KPM. Platform ini telah dipan-
jangkan untuk menyebarkan emel ID epembelajaran untuk pensyarah dan juga
staf.

JAWATANKUASA
SEMINAR PENYELIDIKAN & INOVASI PENDIDIKAN 2020

Pengerusi Jawatankuasa Induk
Timbalan Pengerusi 1
Timbalan Pengerusi 2 Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Yusof, SMP
Setiausaha Pengarah
Bendahari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Penyelaras
Dr. Kharuddin bin Said
Pengerusi Timbalan Pengarah
Timbalan Pengerusi 1 IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Timbalan Pengerusi 2
Setiausaha Dr. Roselita binti Ali @ Yusof
Penolong Ketua Kluster 3

Dr. Suriati binti Sulaiman
Ketua Jabatan
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi

En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi

Dr. Muhamad Nazri bin Abdul Rahman
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi

Jawatankuasa Kerja

Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Yusof, SMP
Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Dr. Kharuddin bin Said
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Dr. Roselita binti Ali @ Yusof
Penolong Ketua Kluster 3

Dr. Suriati binti Sulaiman
Ketua Jabatan
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi

JAWATANKUASA
SEMINAR PENYELIDIKAN & INOVASI PENDIDIKAN 2020

JK Hadiah & Cenderamata Dr. Suriati binti Sulaiman

JK Pensijilan & Dr. Muhamad Nazri bin Abdul Rahman
Buku Program

JK Penyertaan & Dr. Zamani bin Ibrahim
Pendaftaran Dr. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail

JK Persiapan Tempat &
Peralatan

Publisiti, Seranta, En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek

Perasmian, Gimik, Rakaman,

Siar raya & Dokumentasi

Sederap merealisasikan visi

1 Pensyarah 1 Penyelidikan 1 Inovasi

Warga IPGKTAA Komited Membudayakan Penyelidikan & Inovasi

JAWATANKUASA SEMINAR PENYELIDIKAN & INOVASI
PENDIDIKAN 2020

Merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada

Semua pihak yang telah memberi sokongan, komitmen,
kerjasama dan sumbangan ilmiah dalam menjayakan

Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan

2020


Click to View FlipBook Version