The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Medium hebahan maklumat berkaitan SPIPA2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhamad Nazri Abdul Rahman, 2021-11-01 00:09:55

Buku Program SPIPA2021

Medium hebahan maklumat berkaitan SPIPA2021

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya Seminar
Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Afzan 2021 (SPIPA2021) dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan dan Jawatankuasa SPIPA2021 atas
usaha murni menganjurkan Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Afzan 2021.

Pembudayaan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga IPGKTAA adalah satu langkah yang patut dipuji dalam usaha
membina ketrampilan dan peningkatan ilmu. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua IPG untuk membudayakan
penyelidikan dan inovasi bagi melahirkan guru yang unggul, cemerlang dan berjiwa pendidik. Perkara ini selaras dengan
Transformasi IPGM dalam melahirkan warga pendidik berintegriti tinggi melalui pembudayaan penyelidikan. Sifat cintakan ilmu,
dahagakan pengetahuan dan pembelajaran sepanjang hayat merupakan sifat warga pendidik yang tulen dan kental dalam
perjalanan menggali lautan ilmu.

Akhir kata, saya berharap para peserta SPIPA2021 dapat menggunakan dapatan kajian yang dibincangkan ini bagi menambah
baik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Selain itu, diharap produk inovasi yang dihasilkan oleh setiap inovator
IPGKTAA dapat dimanfaatkan ke arah memupuk budaya kerja yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sekian.

Haji Abdullah bin Mohd Yusof, SMP.
PENGARAH
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

RASIONAL

Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Afzan ini merupakan satu usaha untuk memberi ruang dan peluang kepada
semua pensyarah dan staf IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dalam membudayakan aktiviti penyelidikan dan membuat
inovasi. Pembangunan penyelidikan merupakan salah satu daripada hala tuju dalam transformasi IPG. Bidang penyelidi-
kan diletakkan dalam Kluster 3 yang terkandung dalam Pelan Strategik IPGM 2016—2025. Justeru, IPGKTAA sebagai pusat
latihan guru mengambil inisiatif untuk menggerak dan mengembangkan daya kreatif dan inovatif pensyarah dengan
melaksanakan projek penyelidikan dan inovasi.

Penyelidikan merupakan sebahagian daripada budaya murni dalam proses pendidikan. Untuk itu kemahiran
melaksanakannya perlu ada dalam kalangan pensyarah dan staf. Oleh yang demikian, setiap pensyarah dan staf
digalakkan untuk menghasilkan penyelidikan, membuat rujukan ilmiah, menghasilkan inovasi dan berfikiran kreatif. Aktiviti
ini dapat memaparkan kreativiti seseorang individu dan boleh diterjemahkan dalam bentuk penulisan ilmiah bagi mening-
katkan kualiti diri masing-masing. Diharapkan melalui wadah SPIPA2021 ini akan dapat melahirkan lebih ramai pensyarah
yang kreatif, inovatif dan cemerlang serta mampu menjadi ejen “Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru”.

MATLAMAT

Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Afzan bertujuan menyediakan wadah kepada pensyarah dan staf IPGKTAA
untuk membentangkan hasil penulisan ilmiah serta mempamerkan produk inovasi yang telah dihasilkan bagi meningkat-
kan profesionalisme keguruan.

OBJEKTIF

 Memupuk sikap positif terhadap budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pensyarah dan staf untuk kecemer-
langan pendidikan.

 Mencetuskan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pensyarah dan staf bagi meningkatkan tahap profesional-
isme keguruan.

 Menggalakkan perkongsian dapatan dan amalan terbaik dalam penyelidikan dan inovasi.

ATUR CARA SEMINAR

MASA AKTIVITI BILIK (GM)

Pendaftaran peserta mengikut bilik bagi: Penyelidikan
8:00—8:30 pg i. Pembentangan kertas penyelidikan Bilik Benta, Bilik Penjom & Bilik Relong

ii. Pertandingan inovasi Inovasi:
Bilik Tempoyang

Semua peserta dan Panel Penilai SPIPA2021 Bilik Benta, Bilik Penjom & Bilik Relong
8:30—9:00 pg memasuki bilik pembentangan (GM) masing- Inovasi:

masing

9:00—10:20 pg Pembentangan Selari Penyelidikan & Inovasi Penyelidikan
Sesi 1 Bilik Benta, Bilik Penjom & Bilik Relong

Inovasi:
Bilik Tempoyang

10:20—11:00 pg Rehat

11:00—1:00 ptg Pembentangan Selari Penyelidikan & Inovasi Penyelidikan
Sesi 2 Bilik Benta, Bilik Penjom & Bilik Relong

Inovasi:
Bilik Tempoyang

1:00—2:30 ptg Solat / Rehat
2:30—4:30 ptg Majlis Penutupan
Bilik Utama (GM) & Youtube Live

ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN

2.30 Petang Pelajar dan pensyarah masuk ke pelantar GM dan Youtube Live
3.00 Petang
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Negeri Pahang
Nyanyian Lagu IPG

4.30 Petang Bacaan doa

Ucapan Aluan oleh
YBrs Dr. Suriati binti Sulaiman
Ketua Jabatan JPPI

Ucap Utama dan Perasmian Penutup
Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Yusof, SMP
Pengarah, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Tayangan Montaj

Pengumuman Pemenang

Bersurai

JADUAL PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN

MASA BILIK TEMPAT BILIK
BENTA RELONG
9.00—9.20 PG BILIK
Fauzi Hasan (PhD) PENJOM Roselita Ali@Yusof (PhD)
(BMT)
Pn. Siti Nurashiken Md Sabudin Muhamad Nazri Abdul
(Geogebra) Rahman (PhD)

9.20—9.40PG En. Zulquarnain Ali Mohd Faizal Hassan (PhD) Suriati Sulaiman (PhD)
9.40—10.00 PG Ahmad Ridwan Tn. Syed Zulkarnain bin Syed
En. Wan Kamarulzaman
Osman@ Hussin (PhD) Mahamud Wan Yusoff

10.00—10.20 PG Pn. Siti Nurashiken Md Sabudin En. Yusri Yusoff
(Google Classroom)

10.20—11.00 PG REHAT

11.00—11.20 PG En. Nik Zaidi Ismail En. Mohd Nazri Hassan Pn. Nurulaini binti Moshidi
En. Hamidi Abdul Aziz Mohd Faizal Hassan (PhD)
11.20—11.40 PG En. A. Jailani Che Abas Fauzi Hasan (PhD) En. Rhozisham Abd Rashid

11.40—12.00PG Wong Sien Biang (PhD) (Novel Terpilih) En. Suhaimi Shafie
12.00—12.20 TGH Pn. Hapaza binti Awang En. Fazli Mohd Bazin

JADUAL PEMBENTANGAN INOVASI

MASA TEMPAT

9.00—9.20 PG BILIK TEMPOYANG
9.20—9.40PG
9.40—10.00 PG Seiva Subramaniam a/l Ramiah (PhD)
10.00—10.20 PG En. Norshamsuri Sapiai@Shafie
10.20—10.40 PG En. Abd Jamil Sabdin
10.40—11.00 PG
11.00—11.20 PG Wan Azlan Wan Adnan@Wan Refol (PhD)
11.20—11.40 PG
11.40—12.00PG REHAT
12.00—12.20 TGH
12.20—12.40 TGH Muhamad Nazri Abdul Rahman (PhD)
12.40—1.00 PTG Tn. Hj. Dzulkarnain Mat

Abdul Jalil Mohamad (PhD)

En. Shaifudin Salleh
En. Redzuan Radzi
Pn. Siti Nurashiken Md Sabudin
Suriati Sulaiman (PhD)

SENARAI KERTAS PENYELIDIKAN

BIL TAJUK KAJIAN & NAMA PENGKAJI

IMPLICATION OF COVID-19 PANDEMIC ON TESL STUDENT ACADEMIC PERFORMANCE AT INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION MALAYSIA
1 Suriati Sulaiman, Yong Rofidah Salleh, Norhyisyamudin Kamil, Mohamad Razif Disa, Badariah Mohamed,

Khairul Nisak Ahmad

2 ANALISIS KEPERLUAN KERANGKA APLIKASI M-PEMBELAJARAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Wan Kamarulzaman Wan Yusoff, Sabiah Mohamed, Roziky Effendy Repin

PERSEPSI GURU PELATIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TERHADAP STRATEGI BELAJAR MELALUI BERMAIN DI PRASEKOLAH TERHADAP PERKEM-
3 BANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Roselita Ali@ Yusof, Roshdi Said, Redzuan Radzi

CORAK PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DAN PENILAIAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN TERHADAP PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AM-
4 PUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG

Rhozisham Abd Rashid, Mohd Sahardi Ismail, Che Mohd Sanusi Che Abdullah

5 TINJAUAN KETAHANAN DIRI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH
Nurulaini Moshidi, Roselita Ali @ Yusuf, Redzuan Radzi

6 FAKTOR MEMPENGARUHI SIKAP PELAJAR IPG TERHADAP PEMBELAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS
Mohd Nazri Hassan, Muhamad Nazri Abdul Rahman, Rafidah Wahab

7 FAKTOR MEMPENGARUHI MOTIVASI PENYELIDIKAN DALAM KALANGAN PENSYARAH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Muhamad Nazri Abdul Rahman, Suriati Sulaiman, Zamani Ibrahim

KEBERKESANAN PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA LEPASAN IJAZAH (PDPLI- KDC) AMBILAN NOVEMBER 2017 DAN
8 PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN MALAYSIA (PDPM) AMBILAN NOVEMBER 2018 KURSUS DALAM CUTI

Nik Zaidi Ismail, Sarudin Md Amin, Thirumagal Nakar Salapan

ANALISIS KEPERLUAN PEMBINAAN MODUL “NATUREGOGY” DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEKOLAH ORANG ASLI DI
9 MALAYSIA

Mohd Faizal Hassan, Aminuddin Mohamed, Norhyishamudin Kamil, Abd.Jamil Sabdin, Fauzi Hasan

10 TAHAP KOMPETENSI MELAGUKAN PUISI TRADISIONAL DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP MAJOR BAHASA MELAYU
A. Jailani Che Abas, Dzulkarnain Mat, Nor Asiah Ismail

11 A TAM-BASED STUDY OF THE ATTITUDE TOWARDS USE INTENTION OF GEOGEBRA AMONG ELECTIVE MATHEMATICS STUDENTS
Siti Nurashiken Md Sabudin, Mohd Nazri Hassan, Muhamad Nazri Abdul Rahman

12 PANDEMIK COVID-19 : PENGUKURAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA MENERUSI PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM
Siti Nurashiken Md Sabudin, Kamalmukhsar Mokhtar, Izan Hafiza Ab Llah

SENARAI KERTAS PENYELIDIKAN

BIL TAJUK KAJIAN & NAMA PENGKAJI

TAHAP KESEDIAAN DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH ORANG ASLI
13 NEGERI PAHANG

Mohd Faizal Hassan, Fauzi Hasan

14 KAJIAN TINDAKAN PDP PENDIDKAN JASMANI BBM KIT ZULKATHI UNTUK PEMBELAJARAN SET INDUKSI MURID TAHUN TIGA
Syed Zulkarnain Syed Mahamud, Kathiresan Moorthy

15 KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AKHIR MELALUI GOOGLE CLASSROOM DI IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Yusri Yusoff, Wan Azlan Wan Adnan, Rozilawaty Abdul Ghani

16 PENGAPLIKASIAN ALATAN DIGITAL DALAM KALANGAN GURU TS25 NEGERI PAHANG
Hamidi Abdul Aziz, Norshamsuri Sapiai@Shafie, Mohd Sahardi Ismail,, Zamani Ibrahim

17 PEMIKIRAN HAK ASASI MANUSIA DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH FAISAL TEHRANI
Fauzi Hasan, Shahnam Abd Rashid, Dzulkarnain Mat

18 TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP BIMBINGAN PENSYARAH PENYELIA
Fazli Mohd Bazin, Syamrul Nizam Abdul Malek, Mohd Zamani Mohd Nor Peah

19 PENGARUH MEDIA ELETRONIK TERHADAP TINGKAH LAKU REMAJA
Suhaimi Shafie, Hairulazam Ab.Rahman, Latifah Mohd Razali

KEMAHIRAN BERTUTUR PELAJAR ORANG ASLI DARIPADA ASPEK BAHASA MELAYU TINGGI, BERBUDAYA DAN SANTUN BERASASKAN KERANGKA
20 STANDARD BAHASA MELAYU (KSBM)

Fauzi Hasan, Mohd Asri Abd Razak, Mohd Nor Mohamed, A Jailani Che Abas

FAKTOR KEBIMBANGAN MATEMATIK DAN MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PENCAPAIAN
21 MATEMATIK TAMBAHAN

Hapaza Awang, Zolpatai Elias, Zuraidah Baharuldin

22 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU QAWA‘ID AL-FIQHIYAH BERBANTUKAN ALAT BERFIKIR CORT 1
Zulquarnain Ali,, Noorul Alimin Naziri, Jamaluddin Adam

23 PENGHAYATAN AMALAN BERSEDEKAH SISWA GURU IPG
Ahmad Ridwan Osman @ Hussin, Shafie Majid, Abdul Ghafar Jaafar

24 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA PUISI KANAK-KANAK- KAJIAN PELAJARAN PUISI “THE LAND OF COUNTERPANE”
Wong Sien Biang, Chun Mee Lee, Tan Kam Chai

SENARAI PENYERTAAN INOVASI

BIL TAJUK INOVASI & NAMA INOVATOR

TEMPLETE eRPH BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH
-UNIT PT IPGKTAA-

1

Dr.Seiva Subramaniam Ramiah, Dr Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan
Dr Duraimuthu Subramaniam, Dr Pramilah A/P Kuppusamy

TEMPLATE KERJA MINGGUAN

2

Dr. Abdul Jalil bin Mohamad, En. Mohd. Maznihan bin Mohamad Noor

MuLaSaTe
-PKPPK Mantap Jiwa -

3

Cr Abd Jamil bin Sabdin, Dr Aminuddin bin Mohamed, En. Norhyisyamudin bin Kamil,
Dr Faizal bin Hassan, Dr Fauzi bin Hassan

PELANGI JAWI
-JAPIM-

4

Dr. Wan Azlan bin Wan Adnan@Wan Refol, En. Noorul Alimin bin Naziri,
En. Jamaluddin bin Adam, En. Zulquarnain bin Ali, En. Suhaimi bin Shafie,

En. Hairulazam bin Ab Rahman

RIPub@Afzan
-JPPI-

5

Dr. Muhamad Nazri bin Abdul Rahman, Dr. Suriati binti Sulaiman, Dr. Zamani bin Ibrahim, Dr. Khairuddin bin Said,
Dr. Hj Sahardi bin Ismail, En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek

SENARAI PENYERTAAN INOVASI

BIL TAJUK INOVASI & NAMA INOVATOR

LiYangTun

6

Tn. Hj. Dzulkarnain bin Mat, Anis Nabila binti Reezal, Nor Azrin binti Saad, Nurfarha Nabila binti Saiful Bahrin
Manual Pengaplikasian `Blendspace’
-`de Perfect Cadence’ -

7

En. Norshamsuri bin Sapiai@Shafie, En. Hamidi bin Abdul Aziz,
Tn. Hj. Mazda@Mazdarudin bin Md Isa, Dr Zamani bin Ibrahim,
Dr. Hjh Rusini binti Kamaluddin, Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Yusof

MEDIC JACK
-UNIT KOKURIKULUM-

8

En. Shaifudin bin Salleh, En. Chew Chee Horng, Tn. Hj. Sarudin bin Md Amin, Abdul Ramit Sulaiman
Pn. Thirumagal A/P Nakar Salapan, Nik Zaidi Ismail
Pentaksiran Dalam Talian
-PENDATA-

9

En. Redzuan bin Radzi, Dr. Roselita binti Ali,@Yusof, Pn. Nurulaini binti Moshidi, Pn. Hjh. Salbiah binti Mohamed,
Tn. Syed Ahmad Ruslan bin Syed Abd Aziz
EASY WRITE
-TESTA-

10

Dr. Suriati binti Sulaiman, En. Norhyisyamudin bin Kamil, Badariah Mohamed,
Cik Hjh Yong Rofidah binti Salleh, Pn. Khairul Nisak binti Hj. Ahmad, Mohamad Razif Disa

GEOMETRIC THINKING LEARNING ENVIRONMENT (GTLE)
-saimath-

11

Pn. Siti Nurashiken binti Md Sabudin, En. Mohd Nazri bin Hassan, Dr. Muhamad Nazri bin Abdul Rahman

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

IMPLICATION OF COVID-19 PANDEMIC ON TESL STUDENT ACADEMIC
PERFORMANCE AT INSTITUE OF TEACHER EDUCATION MALAYSIA

Suriati Sulaiman, Yong Rofidah Salleh, Norhyisyamudin Kamil, Mohamad Razif Disa, Badariah Mohamed, Khairul Nisak
Ahmad

Corresponding author: [email protected]
Institute of Teacher Education Tengku Ampuan Afzan Campus, Kuala Lipis, Pahang

Abstrak
The educational institution closure due to the COVID-19 pandemic has resulted in a rapid shift from face-to-face to
online teaching and learning. This study aimed to investigate the academic performance of Teaching English as a Sec-
ond Language (TESL) students before and after the COVID-19 lockdown. The study essentially employed a quantitative
approach based on archival research (AR) method. The investigation involved Bachelor of Teaching (PISMP) students at
27 campuses in Institute of Teacher Education Malaysia (ITEM). Sample was selected based on cluster random sam-
pling. The academic outcomes of the two groups of students (220 face-to-face students and 220 online students) over
the past two years (January 2019 – December 2020) were collected. Comparison of scores, grades, GPAs and genders
was made between the groups, who completed the same courses. The quantitative data were analysed descriptively and
using T-test, Chi-square and Two-way ANOVA. The findings suggested that there is a significant difference in score,
grade distribution and GPA between face-to-face and online students. The learning mode and gender were found to
have a positive effect on academic performance. After all, there is improvement in students’ academic performance dur-
ing online learning mode. Hopefully, the findings would contribute to the current literature by providing a clear insight
about the effect of the disruption of face-to-face learning due to the pandemic and its implication on students’ academic
performance at ITEM. Eventually, further action could be taken by educational leaders and educators in integrating
online teaching and learning, as well as assessment in future education plans.

Kata kunci: academic performance, COVID-19, implication, teacher education, TESL

ANALISIS KEPERLUAN KERANGKA APLIKASI M-PEMBELAJARAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Wan Kamarulzaman Wan Yusoff, Sabiah Mohamed, Roziky Effendy Repin
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penerimaan guru prasekolah bagi memformulasikan kerangka aplikasi M-
Pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Secara
keseluruhannya, kajian ini menggunakan pendekatan kajian rekabentuk dan pembangunan yang melibatkan tiga fasa, iaitu
fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan penilaian. Pun begitu, dalam kajian ini hanya melibatkan fasa per-
tama sahaja. Fasa pertama ialah analisis keperluan melibatkan 51 guru prasekolah kelolaan KPM dengan menggunakan in-
strumen soal selidik berpandukan model UTAUT untuk menyiasat keperluan keinginan guru dalam menggunakan aplikasi M-
Pembelajaran. Model UTAUT mempunyai empat jangkaan utama iaitu jangkaan niat dan keinginan, prestasi, sikap serta
usaha. Data yang diperolehi dianalisa melalui statistik deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS. Interpretasi data ber-
dasarkan jadual pengukuran tahap skor min yang diadaptasi daripada Yusri (2010). Dapatan fasa analisis keperluan menun-
jukkan skor min yang tinggi iaitu sekitar 4.37 hingga 4.51 terhadap jangkaan prestasi, manakala skor min yang tinggi juga turut
diperolehi melalui jangkaan usaha (4.24 hingga 4.41), jangkaan sikap (4.35 hingga 4.47) serta jangkaan niat dan keinginan
(4.33 hingga 4.41). Keseluruhannya diharapkan kajian ini menyumbang pengetahuan baharu yang bernilai kepada guru pra-
sekolah, komuniti penyelidik, menjadi penanda aras yang kepada pendidik dan ibu bapa serta menjadi rujukan kepada pemain
industri aplikasi M-Pembelajaran.

Kata Kunci: Kerangka, Kemahiran Membaca, M-Pembelajaran, Prasekolah

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

PERSEPSI GURU PELATIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TERHADAP STRATEGI BELAJAR
MELALUI BERMAIN DI PRASEKOLAH TERHADAP PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Roselita Ali@ Yusof, Roshdi Said, Redzuan Radzi
Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru pelatih tentang ciri, nilai dan integrasi strategi
Belajar Melalui Bermain (BMB) terhadap perkembangan kogntif kanak-kanak prasekolah. Kajian ini dijal-
ankan menggunakan reka bentuk kaedah kualitatif dengan menggunakan soalan temubual berstrukur,
pemerhatian dan senarai semak strategi Belajar Melalui Bermain. Seramai 3 orang guru pelatih yang telah
menjalani praktikum dari bidang pengkhususan PAKK, Institut Pendidikan Guru menjadi sampel kajian ini.
Analisis data temubual dilakukan menggunakan kaedah hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks.
Dapatan kajian ini menunjukkan ketiga-tiga guru pelatih ini mengetahui tentang ciri, nilai dan integrasi
strategi (BMB) untuk dijalankan di prasekolah. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi memberi
maklumat yang holistik, spesifik pengesanan berdasarkan strategi (BMB) di prasekolah. Diharapkan juga
agar ianya dapat membantu pihak sekolah, PPD, JPN dan kementerian serta NGO dalam merancang sum-
bangan, kursus, program yang menarik, sesuai dan efisien kepada guru prasekolah, seterusnya hasilnya
juga kepada kanak-kanak.

Kata kunci: Belajar Melalui Bermain, guru pelatih, Pendidikan Awal Kanak -Kanak, prasekolah,
perkembangan kognitif

CORAK PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DAN PENILAIAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN
TERHADAP PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS PAHANG

Rhozisham Abd Rashid, Mohd Sahardi Ismail, Che Mohd Sanusi Che Abdullah
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk melihat corak penggunaan perkhidmatan dan penilaian kemudahan perpustakaan ter-
hadap pelajar di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan
instrumen berbentuk soal selidik skala likert lima mata. Kajian ini dilakukan ke atas 274 orang responden yang dipilih
secara persampelan rawak mudah. Ujian t dan kolerasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis dengan
menggunakan program SPSS 22.0 . Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara
penggunaan perkhidmatan perpustakaan IPGKTAA dengan jantina nilai t = 0.895 dan tahap signifikan p =
0.372 .Tahap signifikan ini lebih besar daripada(0.05) dan terdapat juga hubungan yang signifikan di antara
penilaian kemudahan perpustakaan dengan jantina pelajar di IPGKTAA nilai t= 1.023 dan tahap signifikan p=0.307
Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05 (p>0.05).. Keputuasan dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hub-
ungan yang signifikan di antara penggunaan perkhidmatan dan penilaian kemudahan yang disediakan oleh pihak
perpustakaan IPGKTAA dengan keputusan ujian korelasi Peason r (274) = 0.514 p>0.05 Maka hipotesis ke 3 juga
ditolak. Hubungan ini bersifat positif negatif dan mempunyai kolerasi perhubungan yang sederhana.

Kata kunci: perkhidmatan, kemudahanan, perpustakaan,kuantitatif soal selidik

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

TINJAUAN KETAHANAN DIRI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH
Nurulaini Moshidi, Roselita Ali @ Yusuf, Redzuan Radzi
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap ketahanan diri dalam konteks murid sekolah menengah di Malay-
sia. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik. Seramai 56 orang pelajar dipilih se-
bagai responden dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan mempunyai makna (meaning); ketaba-
han (perseverance) dan falsafah kesunyian tidak wujud (existential aloneness) memperoleh skor min tinggi
manakala skor min sederhana diperoleh bagi dimensi sikap kebergantungan kendiri (self-reliant) dan
ketenangan fikiran atau perasaan (equanimity). Dari aspek perbezaan jantina pula tidak terdapat perbezaan
signifikan antara murid lelaki dan murid perempuan. Dapatan ini menunjukkan tahap ketahanan diri wajar
diketahui agar ianya boleh dipupuk kerana aspek ini berupaya mempengaruhi emosi, kognitif dan sikap
murid.

Kata kunci: Ketahanan Diri Mempunyai makna Ketabahan Falsafah kesunyian Kebergantungan
kendiri Ketenangan fikiran atau perasaan

FAKTOR MEMPENGARUHI SIKAP PELAJAR IPG TERHADAP PEMBELAJARAN SAINS DALAM
BAHASA INGGERIS

Mohd Nazri Hassan, Muhamad Nazri Abdul Rahman, Rafidah Wahab
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran kursus teras dan elektif sains di Institut Pendidikan Guru
(IPG) seluruh Malaysia telah diwajibkan bermula pada 24 Februari 2021. Kajian ini telah dijalankan bagi
mengenal pasti faktor yang mempengaruhi sikap pelajar IPG terhadap pembelajaran sains dalam bahasa
Inggeris. Data telah dipungut menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian lepas ke
atas 178 orang pelajar IPG yang sedang dan telah mengikuti pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris di
beberapa IPG di seluruh Malaysia. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan SmartPLS
versi 3.0 telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan daripada analisis yang telah dijalankan menun-
jukkan bahawa faktor keyakinan (β=0.247, p0.05), tidak mempengaruhi sikap pelajar terhadap sains. Nilai R
2= 0.214 bermaksud faktor minat dan keyakinan menyumbang sebanyak 21.4% terhadap pengaruh sikap
pelajar terhadap sains. Faktor kesediaan tidak mempengaruhi sikap pelajar terhadap sains. Dapatan kajian
ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak bagi memperbaiki aspek sikap pelajar terhadap pembelajaran
Sains dalam bahasa Inggeris.

Kata kunci: Sikap pelajar terhadap sains minat keyakinan kesediaan TOSRA

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

FAKTOR MEMPENGARUHI MOTIVASI PENYELIDIKAN DALAM KALANGAN PENSYARAH DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU

Muhamad Nazri Abdul Rahman, Suriati Sulaiman, Zamani Ibrahim
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Motivasi untuk menjalankan penyelidikan dalam kalangan pensyarah merupakan isu penting yang perlu ditangani bagi
memastikan budaya penyelidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dapat disuburkan. Kajian ini dijalankan bagi
mengenal pasti faktor yang mempengaruhi motivasi penyelidikan dalam kalangan pensyarah di IPG. Kajian ini
menggunakan rekabentuk kajian korelasi yang melibatkan seramai 271 orang pensyarah di IPG. Pemilihan sampel dijal-
ankan secara rawak berkelompok. Data dipungut menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian le-
pas. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan SmartPLS versi 3.0 telah digunakan untuk menganalisis
data. Dapatan daripada analisis yang telah dijalankan menunjukkan bahawa faktor kepercayaan efikasi (β=0.312,
p<0.001) dan sokongan institusi (β=0.23, p<0.05) telah mempengaruhi motivasi intrinsik untuk menjalankan penyelidi-
kan. Sementara itu faktor kepercayaan efikasi (β=0.353, p<0.001) dan sokongan institusi (β=0.187, p<0.05) juga telah
mempengaruhi motivasi ekstrinsik untuk menjalankan penyelidikan secara langsung. Secara keseluruhan faktor-faktor
yang dikaji menjelaskan sebanyak 21.4% dan 21.8% varians dalam motivasi intrinsik dan ekstrinsik untuk menjalankan
penyelidikan dalam kalangan pensyarah di IPG. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak bagi mem-
perbaiki aspek peningkatan motivasi penyelidikan dalam kalangan pensyarah.

Kata kunci: Motivasi Penyelidikan, Efikasi Kendiri Penyelidikan, Sokongan Institusi, Motivasi Penyelidikan In-
trinsik, Motivasi Penyelidikan Ekstrinsik

KEBERKESANAN PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI PELAJAR PROGRAM DIPLOMA LEPASAN IJAZAH
(PDPLI- KDC) AMBILAN NOVEMBER 2017 DAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN MALAYSIA (PDPM)
AMBILAN NOVEMBER 2018 KURSUS DALAM CUTI
Nik Zaidi Ismail, Sarudin Md Amin, Thirumagal Nakar Salapan
Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program terkandung dalam Ringkasan Maklumat Kursus bagi Program Di-
ploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PDPLI-KDC) dan Maklumat Kursus bagi Program Diploma Pendidikan Malaysia
(PDPM) yang wajib diikuti oleh guru pelatih sebelum mereka menamatkan pengajian di IPG Kampus. Objektif program
ini adalah bertujuan memantapkan pembinaan jati diri, kerja berpasukan, proaktif, berdaya saing, berdaya tahan,
mempunyai nilai dan sikap profesinalisme insan guru melalui pengalaman serta memperlihatkan gaya kepemimpinan
dalam membuat keputusan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi yang genting
dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, program BIG bertujuan melahirkan guru yang
berdisiplin serta menepati masa dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas di sekolah. Dalam persekitaran
yang berbeza guru pelatih dapat mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. Oleh itu ke-
mahiran insaniah atau soft skill meliputi aspek personaliti individu dalam berkomunikasi, bersuai kenal, berdaya tahan
dan berinivatif agar selari dengan tuntutan dan cabaran semasa. Guru pelatih hendaklah menampilkan ciri-ciri keroha-
nian, nilai, etika dan akhlak keguruan dalam merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan yang aktif dalam kumpulan serta menunjukkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi.

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

ANALISIS KEPERLUAN PEMBINAAN MODUL “NATUREGOGY” DALAM
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEKOLAH ORANG ASLI DI MALAYSIA

Mohd Faizal Hassan, Aminuddin Mohamed, Norhyishamudin Kamil,
Abd.Jamil Sabdin, Fauzi Hasan

Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Penekanan terhadap menyamaratakan pendidikan di bandar dan luar bandar termasukkanlah murid orang asli sangat jelas
dinyatakan dalam Pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berdasarkan kepada beberapa kajian ter-
dahulu masih menunjukkan murid – murid orang asli masih lagi didapati terpinggir dan berada di belakang dari segi pen-
capaian pendidikan. Ini dikukuhkan lagi dengan kadar keciciran dalam kalangan mereka masih lagi tinggi. Justeru satu pen-
dekatan yang lebih dekat dan mesra dengan budaya serta adat resam mereka perlu dilakukan terutama dalam aspek peda-
gogi dan kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran khusus untuk murid-murid orang asli. Sistem pendidikan kini masih
lagi tidak mengambil kira perbezaan budaya yang wujud menyebabkan anak-anak Orang Asli ini mengalami tekanan apabila
berada dalam sistem pendidikan arus perdana. Dalam mendapatkan gambaran sebenar mengenai kajian ini, pasukan pengkaji
telah menggunakan pendekatan kuantitatif yang menjuruskan kepada kaedah kajian tinjauan. Bilangan sampel yang terlibat
adalah seramai 95 orang guru yang melibatkan guru-guru yang mengajar di sekolah orang asli diseluruh Malaysia. Bagi
mengumpul maklumat yang berkaitan, satu set soal selidik telah diubah suai daripada kajian lepas telah digunakan. Berdasar-
kan kepada hasil dapatan kajian ini, menunjukkan 98.9% bersetuju dengan keperluan penghasilan modul ini. Majoriti guru –
guru bersetuju iaitu 41.1% agar modul ini digunakan kepada murid tahun 1. Sebanyak 28.4% guru bersetuju modul ini
digunakan dalam mata pelajaran bahasa melayu. Bagi elemen – elemen dalam modul ini, majoriti bersetuju dengan elemen –
elemen yang telah dicadangkan dengan nilai peratus yang tinggi. Pembangunan modul “Naturegogy” ini menambahkan keya-
kinan serta meletakkan harapan yang lebih tinggi terhadap kemajuan masyarakat Orang Asli terutama menjadi penyumbang
kepada keberhasilan negara.

Kata kunci: Analisis keperluan, Modul Naturegogy, Sekolah orang asli

TAHAP KOMPETENSI MELAGUKAN PUISI TRADISIONAL DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP MA-
JOR BAHASA MELAYU

A. Jailani Che Abas, Dzulkarnain Mat, Nor Asiah Ismail
Corresponding Author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Tahap kompetensi melagukan puisi tradisional dalam kalangan pelajar PISMP major Bahasa Melayu perlu
dilihat dengan lebih teliti bagi meneruskan satu perjuangan memartabatkan bahasa itu sendiri. Sejumlah
kajian menunjukkan bahawa penguasaan melagukan puisi tradisional adalah cara untuk membantu mening-
katkan minat dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, tujuan utama penyelidi-
kan ini adalah untuk menentukan tahap pencapaian melagukan puisi tradisional Melayu dan mendapatkan
pendapat responden cara untuk meningkatkan penguasaan dalam kalangan pelajar PISMP yang sesuai
dengan era pendidikan terkini. Sampel 104 orang pelajar dari institut pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan
mengambil bahagian dalam kajian ini. Dalam kajian ini data dianalisis dengan menentukan nilai peratusan
untuk menentukan tahap pencapaian. Di samping itu, statistik deskriptif dalam kajian ini akan melibatkan
aspek-aspek seperti skor dan peratusan purata sahaja.

Kata Kunci : Kompetensi, Puisi Tradisional Melayu

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

A TAM-BASED STUDY OF THE ATTITUDE TOWARDS USE INTENTION OF
GEOGEBRA AMONG ELECTIVE MATHEMATICS STUDENTS

Siti Nurashiken Md Sabudin, Mohd Nazri Hassan, Muhamad Nazri Abdul Rahman
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstract
Dynamics multimedia teaching materials are most important while online teaching and are widely used in a mul-
ticity of disciplines. Many materials are available online to aid teaching and learning sessions. In the Geometry
course (MTES 3033), Geogebra Dynamics Software has been proposed as an aid for several topics as men-
tioned in the program learning outcomes. The tools furnish many prospects for lecturers to share Geogebra Ma-
terials as learning resources with students. In this study, the technology acceptance model (TAM) was utilized as
the fundamental model to take a look at the imprint of the information technology circumstances on the perceived
usefulness, perceived ease of use, and attitude towards using multimedia tools, and the relevance and influence
of these attitudes on behavioral intention. This survey was disseminated to elective mathematics students in
IPGM who have taken MTES3033E using clustered random sampling. The outcome will show the ease of use of
Geogebra Dynamic Software either enhance the intention to use or not. The hypothesis on the attitude toward
use will influence the intention to use was discussed in these findings.

Keyword: GeoGebra, acceptance model, technology acceptance model (TAM), perceived usefulness, perceived
ease of use

PANDEMIK COVID-19 : PENGUKURAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA MENERUSI
PENGGUNAAN GOOGLE CLASSROOM

Siti Nurashiken Md Sabudin, Kamalmukhsar Mokhtar, Izan Hafiza Ab Llah
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Selepas setahun menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) secara atas talian, satu kajian
untuk menilai persekitaran pembelajaran pelajar perlu dilakukan. Pengalaman pelajar mengikuti kelas
menerusi Google Classroom sangat berbeza berbanding mengikuti kelas secara fizikal. Kajian ini bertujuan
mengukur persekitaran pembelajaran dengan menggunakan instrumen EEAM untuk menilai persepsi ter-
hadap penggunaan Google Classroom sepanjang PdPR. Persekitaran pembelajaran ini diukur dari tiga el-
emen utama iaitu keberkesanan kursus, sokongan pelajar dan keselamatan serta kemudahan persekitaran
tersebut. Kajian ini disasarkan kepada pelajar IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk program PISMP
dan PPISMP. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran pembelajaran maya menerusi penggunaan Google
Classroom diterima dengan baik oleh pelajar dan kursus dapat diikuti dengan baik. Hasil kajian ini, pasti
menarik minat pendidikan sama ada untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara maya melalui
Google Classroom.

Keyword: Google Classroom, pengajaran dan pembelajaran di rumah, persekitaran pembelajaran,
pembelajaran maya, pandemik Covid-19

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

TAHAP KESEDIAAN DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU
DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH ORANG ASLI NEGERI PAHANG
Mohd Faizal Hassan, Fauzi Hasan
Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Peranan guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid sangat ditagih dalam memastikan usaha negara secara
umumnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya bagi melahirkan sebuah bangsa dan masyarakat yang
berfikiran kelas pertama. Ini sangat penting dalam merealisasikan Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013 hing-
ga 2025 yang ingin menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf global. Kajian ini telah dijalankan bagi melihat tahap
kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran norma baharu dalam kalangan guru di Sekolah
Orang Asli Negeri Pahang yang melibatkan seramai 239 orang guru. Bagi mengumpul maklumat tersebut, pendekatan
kuantitatif yang berbentuk kajian lapangan serta kaedah tinjauan serta keratan rentas (cross sectional) telah dipilih. Ia
dikumpul melalui satu set soal selidik yang telah diubah suai daripada kajian – kajian terdahulu. Antara tujuan utama
kajian ini adalah untuk melihat tahap kesediaan guru – guru dalam pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran norma
baharu khususnya guru – guru di sekolah orang asli di negeri Pahang. Hasil dapatan menunjukkan tahap kesediaan
guru adalah berada di tahap yang rendah (Min=2.40, sisihan piawai=0.58) termasuk dalam aspek pengetahuan
(Min=2.52, sisihan piawai=0.83) dan kemudahan (Min=2.84, sisihan piawai=0.66). Justeru, satu usaha jangka pendek
dan jangka panjang perlu dirancang dan dilaksanakan khususnya pihak KPM dalam menjamin proses trasformasi pen-
didikan dapat direalisasikan seperti yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

Kata kunci: Kesediaan guru, Pengetahuan, Kemudahan, Sekolah orang asli, Pahang

KAJIAN TINDAKAN PDP PENDIDKAN JASMANI BBM KIT ZULKATHI UNTUK PEMBELAJARAN SET INDUKSI MURID
TAHUN TIGA

Syed Zulkarnain Syed Mahamud, Kathiresan Moorthy
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang efektif dapat dilihat melalui sejauh mana kebolehan guru menjalankan P&P secara
berkesan. Guru yang kreatif dan inovatif dalam P&P boleh menjadi perantis kepada guru yang lain kerana kebolehan ia
menggunakan cara pengajaran yang terbaharu hasil daripada idea pemikiran sendiri dengan mengadaptasi Bahan Bantu
Mengajara (BBM). Pengajaran yang berkesan akan menjadikan murid unggul dalam pelbagai aspek. Permulaan pengajaran
set induksi Pendidikan Jasmani (PJ) yang guru jalankan seringkali membosankan murid menyebabkan mereka tidak menun-
jukkan minat untuk menjalankan aktiviti PJ. Kajian ini bertujuan menambah baik amalan pengajaran indksi set PJ murid Tahun
3 menggunakan Kit ZulKathi (KZK). Kajian ini dijalankan secara reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasa-
ran seramai 10 orang iaitu murid Tahun tiga SJK Tamil di daerah Raub, Pahang. Dapatan data dalam kajian ini adalah
menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik yang dianalisia secara diskriptif. Kajian mendapati Kit ZulKathi
yang yang digunakan dalam pengajaran set induksi PJ telah membantu pengkaji sebagai guru yang mengajar untuk menam-
bah baik amalan menggalak serta memotivasikan murid supaya berminat menjalankan aktiviti PJ. Kajian ini juga dapat mem-
bantu pengkaji sebagai guru dlam memahami proses pelaksanaan kajian tindakan untuk membaiki amalan mengajar. Kajian
ini diharapkan dapat meningkatkan minat murid terhadap aktiviti set induksi kelas PJ. Penggunaan KZK sebagai BBM mem-
bolehkan berfungsi guru sebagai pemudah cara untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran berpusatkan murid.

Kata kunci: Kit ZulKathi, BBM, Pendidikan Jasmani

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AKHIR MELALUI GOOGLE CLASSROOM DI IPG KAMPUS
TENGKU AMPUAN AFZAN

Yusri Yusoff, Wan Azlan Wan Adnan, Rozilawaty Abdul Ghani
Corresponding author: hjwanz@gmail. com

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan pentaksiran akhir melalui medium Google Classroom
di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kajian ini melibatkan seramai 70 orang responden dalam
kalangan pensyarah dan 402 responden dalam kalangan pelajar IPGKTAA. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti tahap keberkesanan, aspek kekuatan dan kelemahan serta mengenal pasti aspek penambahbaikan penggunaan
Google Classroom sebagai pelantar pentaksiran akhir. Kajian ini mengadaptasi Model penilaian CIPP (Context, Input,
Process & Product) oleh Stufflebeam (1971). Model CIPP mengandungi dimensi Konteks, Input, Proses dan Produk.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Window. Ana-
lisis kajian dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati para pensyarah dan pelajar
IPGKTAA bersetuju terhadap keberkesanan pelaksanaan pentaksiran akhir melalui medium Google Classroom. Ini
dilihat apabila skor min keseluruhan bagi keberkesanan konteks, keberkesanan input dan proses adalah tinggi dan
sangat tinggi iaitu antara 4.17 dan 4.34. Antara aspek penambahbaikan yang dicadangkan pula ialah ialah menambah
baik sistem/prosedur keselamatan, memberi tambahan masa bagi proses menjawab dan menghantar buku jawapan
serta menggunakan budi bicara berkaitan masalah capaian internet. Menambah baik alat (tools) bagi memudahkan
penandaan (marking) serta memudahkan prosedur penandaan luar talian (off line) kepada para pensyarah.

Kata kunci: Pentaksiran Akhir, Google Classroom, Keberkesanan, Pembelajaran atas talian, Model
Stufflebeam (CIPP)

PENGAPLIKASIAN ALATAN DIGITAL DALAM KALANGAN GURU TS25 NEGERI PAHANG
Hamidi Abdul Aziz, Norshamsuri Sapiai@Shafie, Mohd Sahardi Ismail,, Zamani Ibrahim
Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap pengaplikasian alatan digital dalam kalangan guru
sekolah-sekolah Program TS25 di negeri Pahang dan keaktifan murid menggunakan peralatan digital dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan menggunakan instrumen soal
selidik yang melibatkan 700 orang guru sebagai sampel kajian. Tahap pengaplikasian alatan digital guru diukur dari
aspek kemahiran dan pengetahuan guru menggunakan pelbagai alatan digital sebagai alat pengurusan pengajaran
dan pembelajaran. Kajian ini juga meninjau setakat mana guru-guru di sekolah Program TS25 mengintegrasikan
peralatan digital sebagai alat pembangunan pembelajaran dan persediaan pengajaran. Kajian ini mendapati pen-
gaplikasi alatan digital secara keseluruhan pada min=3.01. Aplikasi empat alatan digital Quizizz min=3.04, Google
Classroom min=2.68 , Padlet nilai min=2.43 dan Blendspace nilai min=2.28. Terdapat hubungan yang positif antara
pengaplikasian alatan digital dengan keaktifan murid dalam aktiviti bilik darjah dengan nilai (r=700, p=0.000) p<0.05 .
Secara keseluruhannya terdapat hubungan tinggi antara penggunaan alatan digital dengan keaktifan murid. Pen-
gaplikasian alatan digital merupakan perkara penting untuk dalam amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran di
sekolah Program TS25.

Kata kunci: alatan digital, pembelajaran aktif, program TS25,

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

PEMIKIRAN HAK ASASI MANUSIA DALAM NOVEL-NOVEL TERPILIH FAISAL TEHRANI
Fauzi Hasan, Shahnam Abd Rashid, Dzulkarnain Mat
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kehadiran Faisal Tehrani dalam ujana kesusasteraan Malaysia telah membawa kesan dan pengaruh tersendiri melalui
karya-karya yang dihasilkannya. Beliau antara pengarang yang begitu prolifik menghasilkan novel dan kini berjumlah 24
buah novel. Sepanjang berkarya, beliau telah memenangi pelbagai sayembara menulis yang dianjurkan oleh pihak ke-
rajaan dan swasta. Novel-novel yang dihasilkannya menunjukkan perubahan dan kelainan tersendiri, khususnya da-
ripada aspek tema, pemikiran, teknik penceritaan, gaya bahasa dan latarnya. Sehubungan dengan itu, penulisan ini
akan membincangkan aspek pemikiran daripada aspek hak asasi manusia dalam tiga buah novelnya, iaitu Bahlut,
Bagaimana Anyss Naik Ke Langit dan Profesor. Kajian ini akan dijalankan secara kualitatif, iaitu melibatkan pembacaan
teks secara mendalam dan menganalisis bahan-bahan bertulis. Kajian menunjukkan bahawa Faisal Tehrani menerap-
kan pemikiran hak asasi manusia untuk menjadi pedoman dan mesej kepada pembacanya. Melalui pemikiran yang
diungkapkan dapat membina imej dalam kepengarangan dalam novel-novel yang dihasilkannya.

Kata kunci: Pemikiran, hak asasi manusia, novel dan kepengarangan

KEMAHIRAN BERTUTUR PELAJAR ORANG ASLI DARIPADA ASPEK BAHASA MELAYU TINGGI, BERBUDAYA
DAN SANTUN BERASASKAN KERANGKA STANDARD BAHASA MELAYU (KSBM)
Fauzi Hasan, Mohd Asri Abd Razak, Mohd Nor Mohamed, A Jailani Che Abas
Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kemahiran berbahasa merupakan kemahiran yang penting dalam sebarang bahasa yang digunakan untuk berkomu-
nikasi, memahami makna dan sebagainya. Terdapat empat kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang, iaitu kema-
hiran mendengar, bertutur, membaca dan bertutur. Seseorang yang menguasai bahasa tertentu, belum pasti menguasai
semua kemahiran dalam bahasa. Antara kemahiran tersebut, kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran asas yang
perlu dikuasai dengan sebaiknya, khususnya oleh guru-guru. Oleh itu, salah satu aspek yang perlu diteliti dalam ka-
langan pelajar Orang Asli adalah aspek kemahiran berbahasa yang melibatkan kemahiran bertutur. Kemahiran bertutur
sangat penting sebagai asas perhubungan, menyampaikan sesuatu dan menjadi lambang kepada bangsa serta negara.
Dalam pertuturan lazimnya, penutur akan menggunakan bahasa campuran, iaitu bahasa seharian (pasar) dan bahasa
Melayu formal. Semasa bertutur akan memperlihatkan sikap, sifat dan pemikiran seseorang berdasarkan kata-kata yang
diungkapkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar
Orang Asli dengan melihat aspek bahasa Melayu Tinggi, Berbudaya dan Santun. Melalui kajian ini diharapkan dapat
melihat tahap penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu dengan berbudaya dan santun dalam kalangan pelajar
Orang Asli di Institusi Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang. Metodologi kajian ini ada-
lah secara kualitatif yang melibatkan temu bual dengan 20 orang pelajar Orang Asli yang sedang melanjutkan pengajian
dalam bidang keguruan di IPG. Data-data daripada temu bual akan dianalisis berdasarkan konsep bahasa Melayu
Tinggi, Berbudaya dan Santun. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar Orang Asli menunjukkan kemahiran bertutur
yang masih lancar, berbudaya dan santun.

Kata Kunci: Bahasa Melayu, pelajar-pelajar Orang Asli, kemahiran bertutur, berbudaya dan santun.

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

PENGARUH MEDIA ELETRONIK TERHADAP TINGKAH LAKU REMAJA
Suhaimi Shafie, Hairulazam Ab.Rahman, Latifah Mohd Razali

Fauzi Hasan, Mohd Asri Abdul Razak, Dzulkarnain Mat, Mohd Nor Mohamed
Corresponding author: [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh media massa kepada penampilan akhlak guru pelatih: Kajian di IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Objektifnya ialah untuk mengkaji dan menyelidiki Tujuan utama kajian ini dilakukan
adalah untuk mengkaji sejauh mana media massa dapat mempengaruhi penampilan akhlak guru pelatih Islam IPGKTAA.
Kajian ini akan dijalankan melalui kaedah kajian tinjauan yang merupakan kajian inferensi dengan menggunakan data
kuantitatif yang diperoleh melalui soal selidik. Data-data yang diperoleh dari sampel berfokus ini kemudiannya dianalisis dan
dipersembahkan dengan statistik deskriptif. Sampel kajian ialah persampelan tujuan yang merujuk kepada prosedur per-
sampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja yang dipilih sebagai responden kajian berdasar-
kan tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Sampel kajian terdiri daripada pelajar yang beragama Islam dari PISMP Semester
6, PISMP Semester 4, PISMP Semester 2 dan PPISMP Semester 2 Sampel ini hanya melibatkan guru-guru pelatih yang
beragama Islam yang terdiri daripada 189 orang pelajar lelaki dan perempuan Datanya diterangkan dalam lima bab untuk
menjelaskan kerangka teori dan latar belakang bagi menjawab keperluan permasalahan kajian. Dimulai dengan bab penda-
huluan, kemudian disusuli bab satu yang membincangkan mengenai kajian literatur dan teori serta model kajian . Se-
terusnya, menjelaskan tentang laporan penyelidikan dan analisis data. Kemudian, data-data soal selidik dianalisis melalui
Program Sistem Statistik Pukal Sains Sosial (Statistical Package For Social Science/SPSS) Versi 17.0. Pengkaji menetap-
kan minima sampel adalah seramai 127 orang berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan yang telah me-
nyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. Justeru, pada bab akhir pengkaji mengemukakan
rumusan dan cadangan bagi penambahbaikan kajian susulan. Hasil analisis yang diperolehi menunjukkan terdapat hub-
ungan yang signifikan antara tempoh peruntukkan masa penggunaan media elektronik dengan penampilan akhlak guru
pelatih Islam IPGKTAA

Kata kunci: Pengaruh Media, Tingkahlaku Remaja

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP BIMBINGAN PENSYARAH PENYELIA
Fazli Mohd Bazin, Syamrul Nizam Abdul Malek, Mohd Zamani Mohd Nor Peah
Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak

Praktikum merupakan salah satu komponen Amalan Profesional bagi guru pelatih yang mengikuti Program Ijazah Sar-
jana Muda Perguruan (PISMP). Bimbingan yang diberikan oleh pensyarah penyelia menjadi sarana utama menen-
tukan seseorang pelajar kompeten dalam melaksanakan praktikum. Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana pela-
jar berpuas hati terhadap bimbingan yang diterima. Maka satu kajian perlu dilakukan kerana bimbingan membantu
meningkatkan perkembangan potensi guru pelatih supaya mereka mempunyai daya tahan diri sebagai bakal guru
dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat tahap kepuasan pelajar terhadap
bimbingan pensyarah. Pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah kajian tinjauan digunakan. Seramai 105 respond-
en dilibatkan dalam kajian ini. Set soal selidik menggunakan google form telah digunakan sebagai intrumen mengum-
pul data. Dapatan kajian ini, menunjukkan majoriti pelajar amat berpuashati dengan bimbingan pensyarah berdasar-
kan item-item yang disoal. Konklusinya, mengikut persektif pelajar, bimbingan pensyarah dilaksanakan dengan amat
memuaskan

Kata kunci: Praktikum, Guru Pelatih, Bimbingan pensyarah

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

FAKTOR KEBIMBANGAN MATEMATIK DAN MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TERHADAP PENCAPAIAN
MATEMATIK TAMBAHAN

Hapaza Awang, Zolpatai Elias, Zuraidah Baharuldin
Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat dua konstruk utama iaitu faktor kebimbangan Matematik dan motivasi pelajar sekolah
menengah terhadap pencapaian Matematik Tambahan. Seramai 78 orang pelajar sekolah menengah terlibat dalam kajian ini
iaitu 24 orang pelajar terpilih sebagai sampel kajian rintis dan 54 orang pelajar sebagai sampel kajian sebenar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap kebimbangan pelajar terhadap Matematik Tambahan berada pada tahap yang sederhana dengan
nilai min 3.49 yang terletak antara julat 3.28-4.14 iaitu mewakili 57.40% daripada jumlah keseluruhan pelajar. Seterusnya ter-
dapat perbezaan tahap kebimbangan pelajar dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Pelajar lelaki mempunyai
tahap kebimbangan yang lebih tinggi dengan nilai min 1.79 walaupun majoriti pelajar perempuan yang mengambil Matematik
Tambahan. Analisis data juga menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang signifikan antara tahap kebimbangan pelajar
dengan motivasi pelajar terhadap pencapaian Matematik Tambahan dengan nilai r=.697. Kesimpulannya kajian ini menunjuk-
kan bahawa peranan guru amat penting dalam mempengaruhi tahap kebimbangan pelajar dan motivasi pelajar dalam pen-
capaian Matematik Tambahan. Peranan guru adalah sebagai pemangkin untuk mengatasi tahap kebimbangan pelajar serta
meningkatkan motivasi pelajar. Keperluan guru Matematik Tambahan berkemahiran tinggi diperlukan dalam sistem pendidikan
di Malaysia untuk menyelesaikan masalah kebimbangan pelajar, meningkatkan motivasi, memberi penerangan topik yang
jelas dan menarik serta mengurangkan tekanan kebimbangan ke atas pelajar lelaki dan perempuan.

Kata kunci: Kebimbangan Matematik, Motivasi, Pencapaian Matematik Tambahan
Pelajar Sekolah Menengah

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU QAWA‘ID AL-FIQHIYAH BERBANTUKAN ALAT BERFIKIR CORT 1
Zulquarnain Ali,, Noorul Alimin Naziri, Jamaluddin Adam

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak

Penguasaan ilmu kaedah fiqh (qawa’id fiqhiyah) merupakan sebahagian daripada tajuk yang terkandung dalam kursus
Pengajian Fiqh (PIMK3083) yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Unit
Pendidikan Islam Semester 4 (2020) di Institut Pendidikan Guru. Ilmu kaedah fiqh perlu dikuasai oleh pelajar yang mengikuti
Program PISMP Pendidikan Islam kerana mereka akan menjadi seorang ustaz atau ustazah yang bukan sahaja bertanggung-
jawab kepada anak-anak murid sekolah rendah, malah bertanggungjawab kepada rakan-rakan sejawat dan masyarakat dalam
isu-isu syariah. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pelajar menguasai ilmu kaedah fiqh.
Kajian ini dilaksanakan ke atas 20 orang pelajar PISMP Pendidikan Islam Sem 4 (2020) di IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Tinjauan awal telah dilakukan dan didapati mereka mempunyai penguasaan yang lemah dalam
ilmu kaedah fiqh. Penggunaan alat berfikir CoRT 1 digunakan dalam pembelajaran Pengajian Fiqh untuk membantu para pela-
jar mempertingkatkan kefahaman dan penguasaan ilmu kaedah fiqh. Alat berfikir ini telah memantapkan lagi penguasaan ilmu
kaedah fiqh dalam kalangan pelajar seterusnya mampu melengkapkan diri mereka untuk memahami kaedah menyelesaikan
permasalahan fiqh semasa. Instrumen kutipan data yang digunakan sepanjang penyelidikan ini adalah ujian pra, ujian pasca,
pemerhatian dan temubual. Perbezaan skor pelajar menunjukkan keberkesanan penggunaan alat berfikir CoRT 1 dapat
meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ilmu kaedah fiqh

Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran, Ilmu Qawa’id Al-Fiqhiyah, Alat berfikit

ABSTRAK KERTAS PENYELIDIKAN

PENGHAYATAN AMALAN BERSEDEKAH SISWA GURU IPG
Ahmad Ridwan Osman @ Hussin, Shafie Majid, Abdul Ghafar Jaafar

Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak

Konsep kerohanian dan kedermawanan merupakan antara aspek pelengkap yang termaktub di dalam Pelan Pem-
bangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Menghayati nilai-nilai dan amalan-amalan yang mulia ini dapat
membentuk generasi yang pemurah dan cakna terhadap insan lain berada di dalam kesusahan. Kajian ini bertujuan
melihat penghayatan amalan bersedekah dalam kalangan siswa guru IPG. Soal selidik diedarkan kepada 683 siswa
guru di empat buah kampus IPG Zon Timur melalui google form dan dianalisis menggunakan perisian Smart PLS 3.0.
Kajian berdasarkan objektif yang ingin dicapai mendapati pemboleh ubah- pemboleh ubah yang mewakili Teori Tingkah
Laku Terancang dan pemboleh ubah baharu iaitu Sosialisasi Agama Ibu Bapa (SAI) mendapati hubungan yang signif-
ikan kesemua pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar iaitu Niat bersedekah (NIAT). Sosialisasi Aga-
ma Ibu Bapa merupakan pemboleh ubah yang paling signifikan iaitu β= 0.284,p < 0.001. Justeru membuktikan bahawa
penerapan nilai-nilai agama semenjak dari kecil sangat signifikan bagi mencorakkan amalan bersedekah dalam siswa
IPG. Keseluruhan pemboleh ubah bebas juga menjelaskan 70% varian di dalam niat bersedekah dalam kalangan siswa
IPG.

Kata kunci: amalan sedekah, teori tingkah laku terancang, siswa IPG

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA PUISI KANAK-KANAK- KAJIAN PELAJARAN PUISI
“THE LAND OF COUNTERPANE”

Wong Sien Biang, Chun Mee Lee, Tan Kam Chai
Corresponding author: [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis

Abstrak
Kajian pelajaran ini berfokus kepada penerokaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca teks sastera, yang meli-
batkan 30 orang guru Bahasa Cina sekolah rendah sebagai ahli komuniti pembelajaran profesional (PLC), dua orang
pengajar, dua orang pakar rujuk, dua orang pengulas dan 93 orang penonton kelas terbuka. Kajian ini meneroka jenis penyoa-
lan yang baik demi peningkatan literasi membaca di kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini dijalankan dalam tempoh tiga
minggu secara berperingkat. Pada peringkat permulaan, perbincangan tentang tafsiran teks dan perancangan aktiviti pem-
belajaran dijalankan dalam kumpulan PLC. Selepas itu, rancangan pengajaran dan pembelajaran yang terpilih dilaksanakan
dalam dua kelas terbuka, diikuti dengan sesi refleksi oleh pengajar dan sesi soal jawab, serta sesi maklum balas daripada
hadirin kelas terbuka. Kaedah mengumpul data untuk kajian ini adalah pemerhatian dan analisis dokumen. Semua data diana-
lisis secara kualitatif. Analisis data menunjukkan bahawa soalan kefahaman seharusnya terdiri daripada soalan dari pelbagai
tahap kognitif dan tepat kepada titik kesukaran puisi demi pemikiran yang aktif dan penghayatan yang mendalam. Disamping
itu, soalan-soalan kefahaman haruslah berdasarkan interpretasi guru terhadap puisi, tetapi perlu disesuaikan dengan tahap
murid supaya interaksi aktif dapat berlaku. Soalan kefahaman yang baik amat perlu dititikberatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran puisi supaya tema yang tersirat atau konotasi dapat dihayati . Hasil daripada soalan kefahaman yang baik akan
meningkatkan daya pemikiran, tahap kemahiran membaca dan dorongan membaca demi peningkatan literasi membaca.

Kata kunci: kaedah penyoalan, genre puisi kanak -kanak, kemahiran membaca literasi membaca, pembelajaran orientasi
bahasa ibunda

SINOPSIS PROJEK INOVASI

TEMPLETE eRPH BAHASA TAMIL SEKOLAH RENDAH

Dr.Seiva Subramaniam Ramiah, Dr Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan
Dr Duraimuthu Subramaniam, Dr Pramilah A/P Kuppusamy

Sinopsis Projek
RPH (Rancangan Pengajaran Harian) merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. RPH ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan
lebih sistematik serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.
Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga
penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke
dalam kelas. Bidang pendidikan harus berkembang seiring dengan perkembangan dalam dunia teknologi. Lantas,
kemunculan Templete Erph yang dimuat naik dalam Google Drive yang mana menjadi satu kebiasaan bagi subjek-
subjek teras seperti Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan sebagainya khasnya di SK. Namun demikian, bagi SJKT
Templete Erph masih dalam peringkat awal bagaikan bayi yang baru cuba merangkak. Oleh yang demikian pengguba-
lan templete Templete Erph Bahasa Tamil bagi SJKT ini diharap dapat menjadi titik tolak dalam pembikinan Templete
Erph yang lebih mantap pada masa hadapan.

MuLaSaTe

Cr Abd Jamil bin Sabdin, Dr Aminuddin bin Mohamed, En. Norhyisyamudin bin Kamil,
Dr Faizal bin Hassan, Dr Fauzi bin Hassan

Sinopsis Projek
Inovasi MuLaSaTe adalah Multi Language Sajak at Telegram. Ianya adalah himpunan sajak-sajak dalam pelbagai ba-
hasa iaitu dalam Bahasa Melayu, Bahasa China, Bahasa Tamil dan beberapa bahasa suku kaum asli Malaysia. Ob-
jektif Inovasi ini adalah memperkenalkan sajak-sajak dalam pelbagai bahasa didalam satu aplikasi iaitu Telegram.
Semua sekolah di Malaysia berpeluang menggunakannya dengan mudah kerana sajak ini di himpunkan didalam ap-
likasi yang biasa di gunakan dan di deklamasikan dalam pelbagai bahasa. Inovasi ini terhasil apabila ada dalam ka-
langan guru yang begitu sukar untuk mengajar dan mendeklamasikan sajak lebih-lebih lagi disekolah SJKC, SJKT
dan di sekolah Murid Orang Asli. Kami mencipta inovasi ini bagi memudahkan guru dan ibu bapa yang ingin mengajar
serta mendeklamasikan sajak. Inovasi ini dapat di gunakan disemua sekolah termasuk SJKC, SJKT dan sekolah-
sekolah yang berada di pedalaman kerana ianya boleh di download dahulu untuk digunakan ditempat yang tiada
rangkaian talian telefon. Ianya juga sudah semestinya boleh digunakan secara langsung jika berada di kawasan yang
mempunyai capaian internet yang baik. Beberapa orang guru di kawasan pedalaman yang mengajar murid-murid asli
pun boleh menggunakannya kerana ada beberapa sajak yang di deklamasikan dalam bahasa ibunda mereka dan ian-
ya berjaya menarik minat mereka untuk belajar. Ramai guru-guru dalam kalangan orang asli yang telah mengajar di
sekolah murid orang asli telah menyatakan bahawa mereka dapat mengajar dalam suasana yang menyeronokkan
kerana ada beberapa sajak yang di deklamasikan menggunakan bahasa ibunda mereka. Pada masa akan datang,
kami amat yakin bahawa jumlah sajak yang ada dalam telegram MuLaSaTe akan bertambah dengan adanya karya-
karya dari pelajar-pelajar yang mendeklamasikan sajak yang akan di upload dan di kongsikan kedalam Telegram Mu-
LaSaTe.

SINOPSIS PROJEK INOVASI

PELANGI JAWI

Dr. Wan Azlan bin Wan Adnan@Wan Refol, En. Noorul Alimin bin Naziri,
En. Jamaluddin bin Adam, En. Zulquarnain bin Ali, En. Suhaimi bin Shafie,

En. Hairulazam bin Ab Rahman

Sinopsis projek
“PELANGI JAWI” adalah permainan yang mengambil konsep yang sama dengan permainan Roda Impian. Ia merupa-
kan bahan maujud yang boleh digunakan oleh guru sewaktu pengajaran atau digunakan oleh pelajar sewaktu di luar
waktu bilik darjah.

RIPub@Afzan

Dr. Muhamad Nazri bin Abdul Rahman, Dr. Suriati binti Sulaiman,
Dr. Zamani bin Ibrahim, Dr. Khairuddin bin Said, Dr. Hj Sahardi bin Ismail,

En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek

Sinopsis Projek
RIPub@Afzan adalah satu sistem pengurusan maklumat yang menggunakan open source software (OSS). Ia ber-
fungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) bagi pengguna mendapatkan maklumat berkaitan hasil penyelidikan,
inovasi dan penerbitan/penulisan institusi. RIP adalah singkatan bagi Research (R), Innovation (I), dan Publication (P).
Semua bahan dan dokumen yang terdapat di dalam repositori ini adalah dalam format digital dengan spesifikasi ter-
tentu bagi membolehkan ianya dimuatnaik dan disimpan dalam satu pangkalan data (database) yang khusus, se-
terusnya disusun dan diindeks agar ia dapat disebar serta diakses semula dengan lebih mudah, cepat dan tepat.

LiYangTun

Tn. Hj. Dzulkarnain bin Mat, Anis Nabila binti Reezal, Nor Azrin binti Saad,
Nurfarha Nabila binti Saiful Bahrin

Sinopsis Projek
LiYangTun merupakan satu inovasi penambahbaikan teknik dan bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan dari
peringkat sekolah rendah hingga institusi pengajian tinggi. Inovasi ini berfokuskan kepada inisiatif mengupayakan guru
pelatih dan murid mencipta pantun dengan gramatis melalui pembayang yang betul. Isu aspek binaan pantun tidak
ditegaskan dalam buku teks dan buku panduan guru mendorong penghasilan inovasi LiYangTun. Dalam ujian pra dan
pasca ke atas pelajar PISMP BM Ambilan Jun 2018 dan pelajar SK Limau Purut dan SK Kampong Keledek terbukti
murid dapat membina pembayang pantun secara peringkat, mampu menarik fokus guru pelatih dan murid serta men-
gubah persepsi negatif guru dan murid. Inovasi LiYangTun ini dilengkapi dengan penyediaan manual pengguna pada
bahan inovasi, pemilihan aras kesukaran mengikut pencapaian pengguna serta mudah muat turun dan diaplikasikan
oleh pelajar IPT hingga murid sekolah rendah. Aplikasi Powerpoint yang digunakan sesuai bagi tujuan Bahan Bantu
Belajar (BBB), Bahan Bantu Mengajar (BBM), bahan permainan interaktif, peminat pantun, pengkaji puisi dan inovator.
LiYangTun telah terbukti berkesan melalui penghasilan karya ‘Bupala Murka’ oleh para guru pelatih PISMP BM Ambi-
lan Jun 2018 semester 6 melalui PdPc kursus BMMB3103 Penulisan Kreatif Sastera Kanak-Kanak. Produk ini juga
telah teruji keberkesanannya dalam sesi praktikum Fasa 1 di SK Limau Purut dan SK Kampong Keledek.

SINOPSIS PROJEK INOVASI

Manual Pengaplikasian `Blendspace’

En. Norshamsuri bin Sapiai@Shafie, En. Hamidi bin Abdul Aziz,
Tn. Hj. Mazda@Mazdarudin bin Md Isa, Dr Zamani bin Ibrahim,
Dr. Hjh Rusini binti Kamaluddin, Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Yusof

Sinopsis Projek
Manual Pengoperasian Aplikasi Blendspace yang menampilkan ciri-ciri nilai tambah panduan dalam
penggunaan aplikasi Google Classroom, Padlet dan Quizziz. Jelasnya, aplikasi Blendspace berperanan se-
bagai hos dan ianya adalah platform kepada pembinaan bahan-bahan pembentangan yang diadaptasi
secara digital bagi membentuk satu modul pengajaran yang efektif. Pengguna bukan sahaja dapat menye-
diakan bahan pembentangan melalui manual ini, malahan melaksanakan aktiviti-aktiviti secara maya di atas
talian seperti menulis tugasan, mengadakan kuiz, bersoal jawab secara interaktif, dan sebagainya. Pem-
binaan manual Blendspace ini adalah disasarkan kepada pengguna yang sudah dan sedang menjadikan
aplikasi Blendspace sebagai kaedah PDPC dalam rutin harian mereka. Ia merupakan nilai tambah juga ter-
hadap pengetahuan sedia ada bagi melahirkan inovasi dalam mempertingkat isi kandungan modul pengaja-
ran masing-masing

MEDIC JACK

En. Shaifudin bin Salleh, En. Chew Chee Horng, Tn. Hj. Sarudin bin Md Amin,
Pn. Thirumagal A/P Nakar Salapan

Sinopsis Projek
Alat inovasi “Medic Jack” direka untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar yang mengikuti Kursus Bina
Insan Guru. Keselamatan merupakan aspek utama dalam mana-mana aktiviti yang melibatkan kecergasan
fizikal. Cetusan idea dalam mencipta “Medic Jack” adalah berkonsepkan mudah ubah iaitu alat inovasi yang
mudah dibawa, mudah diguna, mudah dikendali, ringan, tahan lasak, kos yang rendah serta berupaya
menahan tekanan persekitaran. Alat iniovasi ini sangat signifiken kepada semua pelajar yang mengambil
kursus Bina Insan Guru yang melibatkan aktiviti kembara (jungle tarcking). Penggunaan “Medic Jack” ini
dapat membantu mengurangkan kecederaan, mudah mengesan jarak antara pelajar semasa pergerakan
dan mampu menyimpan pelbagai alat pertolongan cemas dalam kuantiti yang banyak. Penggunaan “Medic
Jack” ini juga dapat menggantikan fungsi First Aid Kit yang bentuknya besar serta berat dibawa. Justeru,
“Medic Jack” dapat membantu pelajar meringankan beban yang bawa dan bantuan pertolongan cemas
dapat dilakukan dengan pantas jika berlaku sebarang kecederaan.

SINOPSIS PROJEK INOVASI

Pentaksiran Dalam Talian

En. Redzuan bin Radzi, Dr. Roselita binti Ali,@Yusof,
Pn. Nurulaini binti Moshidi, Pn. Hjh. Salbiah binti Mohamed,

Tn. Syed Ahmad Ruslan bin Syed Abd Aziz

Sinopsis Projek
Pendamik Covid-19 telah mencetuskan revolusi digital di seluruh dunia. Murid, guru dan ibu bapa telah terli-
bat secara langsung dalam penggunaan Web 3.0 dalam usaha kelangsungan pengajaran dan pembelaja-
ran dalam talian. Justeru, kerja buat pensyarah terhadap pentaksiran, khususnya penyediaan Borang
Pemarkahan Kerja Kursus. Inovasi Pentaksiran Dalam Talian (Pendata) akan memudahkan urusan penye-
diaan Borang Pemarkahan Kerja Kursus oleh pensyarah.

GEOMETRIC THINKING LEARNING ENVIRONMENT

Pn. Siti Nurashiken binti Md Sabudin, En. Mohd Nazri bin Hassan
Dr. Muhamad Nazri bin Abdul Rahman

Sinopsis Projek
Projek ini diperkenalkan sebagai "Geometric Thinking Learning Environmen" (GTLE) dan dibina berdasar-
kan pemikiran geometri dan teori pembelajaran berasaskan projek. Menurut teori pembelajaran berasaskan
projek ialah kaedah pengajaran di mana pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran dengan bekerja
untuk tempoh masa yang panjang untuk menyiasat dan menjawab soalan, masalah atau cabaran yang sa-
hih, menarik dan kompleks. Pemikiran Geometri yang dibangunkan oleh Van Hiele menerangkan bagaima-
na pelajar mempelajari geometri. Ia mempostulatkan lima peringkat pemikiran geometri yang dilabelkan vis-
ualisasi, analisis, abstraksi, deduksi formal dan ketegasan. Setiap peringkat menggunakan bahasa dan sim-
bolnya sendiri. Pelajar atau murid melepasi tahap “step by step”.

JAWATANKUASA SPIPA 2021

Penaung Jawatankuasa Induk
Penasihat
Pengerusi Tn. Hj. Abdullah bin Mohd Yusof, SMP
Timbalan Pengerusi Pengarah
Setiausaha Dr. Zamani bin Ibrahim
Penyelaras Timbalan Pengarah
En. Redzuan bin Radzi
JK Hadiah & Cenderamata Ketua Kluster 3
JK Buku Program Dr. Roselita binti Ali@Yusof
JK Penyertaan & Pendaftaran Penolong Ketua Kluster
JK Publisiti & Seranta Dr. Suriati binti Sulaiman
JK Perasmian & Sijil Ketua Jabatan JPPI
JK Media Dr. Muhamad Nazri bin Abdul Rahman
JK Teknikal KU Penyelidikan

Jawatankuasa Kerja

Dr. Suriati binti Sulaiman

Dr. Muhamad Nazri bin Abdul Rahman

Dr. Zamani bin Ibrahim

Dr. Hj. Mohd Sahardi bin Ismail

En. Syamrul Nizam bin Abdul Malek

Unit Pembangunan Latihan

Unit ICT

JAWATANKUASA SEMINAR PENYELIDIKAN & INOVASI
PENDIDIKAN AFZAN 2021 (SPIPA2021)

Merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada

Semua pihak yang telah memberi sokongan, komitmen,
kerjasama dan sumbangan ilmiah dalam menjayakan
Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Afzan

2021


Click to View FlipBook Version