20 5.5 Stor Berpusat/Bahagian di SESB. Stor BT berpusat adalah stor yang digunakan bagi mengumpul dan melupus BT yang dihasilkan oleh dari bahagian teras SESB seperti Bahagian Penjanaan, Penghantaran dan Pembahagian. Jadual 5.2 Senarai stor BT berpusat di SESB yang dikendalikan oleh BPP atau BPK, SESB. Zon Nama Stor BT Zon Metro 1. Stor Jabatan Pengurusan Gudang & Logistik (JPGL) Zon Timur 2. Stor Sandakan 3. Stesen Janakuasa Sandakan 4. Stesen Janakuasa Telupid Zon Selatan 5. Stor Tawau 6. Stesen Janakuasa Tawau 7. Stesen Janakuasa Kubota 8. Stor Semporna Zon Tengah 9. Stor Kota Belud 10. Stesen Janakuasa Ranau 11. Stor Ranau 12. Stesen Janakuasa Melawa Zon Barat 13. Stor Beaufort Zon Pendalaman 14. Stor Keningau 15. Stor Tenom 16. Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi Zon W.P. Labuan 17. Stor Labuan 18. Stesen Janakuasa Patau-Patau Zon Tenggara 19. Stor Lahad Datu Zon Utara 20. Stor Kudat Zon Papar 21. Stor Papar
21 6.0 BAB 6 PEMILIHAN TAPAK & KRITERIA REKA BENTUK UNTUK PENSTORAN BUANGAN TERJADUAL PEMILIHAN TAPAK & KRITERIA REKA BENTUK UNTUK PENSTORAN BUANGAN TERJADUAL 6.1 Faktor Pemilihan Kawasan Penstoran a) Pemilihan tapak hendaklah dibuat mengikut kriteria dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). b) Kawasan yang ditetapkan di premis pengeluar buangan, berjauhan dari kawasan pembuatan/pemprosesan dan kawasan aktiviti pekerja. c) Kawasan simpanan hendaklah terletak berjauhan daripada sumber haba atau kawasan yang berpotensi menjadi punca kebakaran. d) Kawasan yang ditetapkan tidak boleh diletakkan di kawasan yang mempunyai potensi banjir atau berhampiran dengan tepi bukit/cerun. e) Kriteria pembinaan stor bahan buangan terjadual (BT) hendaklah mengikut Guideline for Packaging, Labelling and Storage of Scheduled Wastes in Malaysia 2014 yang telah dikeluarkan oleh JAS Malaysia. 6.2 Kriteria Reka Bentuk Stor Buangan Terjadual 6.2.1 Kapasiti Simpanan a) Menyediakan 25% kapasiti storan tambahan daripada jumlah maksimum BT yang dihasilkan. b) Tempoh simpanan tidak melebihi 180 hari atau sebanyak 20mT sebagaimana yang ditetapkan oleh JAS. c) Jika kapasiti melebihi perkara (a) dan (b), permohonan khas perlu dimohon daripada Ketua Pengarah JAS negeri.
22 6.2.2 Pembendung Sekunder a) Kawasan penyimpanan BT hendaklah direka bentuk, dibina dan dikendalikan secukupnya untuk mengelakkan tumpahan atau kebocoran. b) Tempat penyimpanan perlu dilindungi atau berbumbung atau ditutup dengan bahan penutup yang sesuai. c) Luas kawasan simpanan dan kawasan pemunggahan mesti dikonkrit atau bahan lapisan yang sesuai, bebas daripada retakan dan bukaan dan juga direka bentuk untuk mengawal tumpahan. d) Kawasan penyimpanan dikelilingi daik konkrit (concrete bunding) atau struktur yang bersesuaian lain yang direka untuk membendung apa-apa tumpahan dan tiada bukaan di daik. e) Kapasiti pembendungan haruslah 110% bekas terbesar yang disimpan di dalam kawasan penyimpanan. f) Kawasan daik konkrit hendaklah disalurkan kepada satu takungan (sump pit). g) Sebarang larian air permukaan harus disalurkan ke sistem saliran yang betul untuk mengelakkan air daripada memasuki kawasan penyimpanan. h) Kawasan penyimpanan hendaklah dilengkapi dengan sistem pengudaraan untuk buangan yang meruap (volatile). 6.2.3 Keselamatan a) Kawasan penyimpanan dipagar dan dianggap sebagai kawasan yang terhad. Papan tanda yang mencukupi harus dipaparkan dan dapat dilihat dengan jelas perkataan ‘BAHAYA’, ‘STOR BUANGAN TERJADUAL’, LARANGAN MEROKOK’, dan ‘RESTRICTED AREA, NO UNAUTHOTISED ENTRY’.
23 Rajah 6.1 Sampel papan-papan tanda keselamatan. b) Luas kawasan simpanan dan kawasan pemunggahan mesti dikonkirt atau bahan lapisan yang sesuai, bebas daripada retakan dan bukaan. c) Kawasan penyimpan hendaklah dilengkapi dengan alat pemadam kebakaran dan peralatan tindak balas kecemasan (emergency response equipment) lain serta kit tumpahan (spill kit) dan mematuhi sepenuhnya keperluan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. d) Kawasan simpanan hendaklah dilengkapi dengan laluan kecemasan. Rajah 6.2 Salah satu stor BT SESB.
24 Rajah 6.3 Contoh penyusunan barang di stor BT. (a) (b) Rajah 6.4 Kelengkapan kecemasan di stor BT seperti (a) eye wash dan (b) spill kit. Rajah 6.5 Contoh oil trap yang terdapat di Stor BT SESB.
25 6.3 Pengurusan Buangan Terjadual Bersaiz Besar (Bulky Item) a) Bulky item merupakan bahan BT/peralatan/aset yang bersaiz besar dengan tinggi melebihi 3m atau jumlah berat melebihi 5 tan metrik. Contoh bulky items adalah: i. Power Transformer Rating bersamaan atau lebih 250MVA ii. Minyak alatubah terpakai melebihi keseluruhan 2 tan metrik yang dihasilkan serentak. b) BT di bawah kategori ini boleh disimpan di tapak/premis di mana ianya dihasilkan. Contoh di Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pembahagi Utama (PPU) atau Stesen Janakuasa atau dihantar ke stor berpusat BT. c) Bagi bulky item yang disimpan di PMU atau Stesen Janakuasa yang menunggu kelulusan pelupusan, peralatan tersebut perlu dikendalikan mengikut keperluan berikut: i. Dilabelkan seperti prosedur bahagian 7.4 garis panduan ini dan direkodkan. ii. Disimpan dengan langkah pencegahan bersesuaian untuk mengawal dan membendung kebocoran/tumpahan minyak. iii. Pemeriksaan tapak penyimpanan secara berkala perlu dilakukan. d) Bagi alatubah, pengeluar BT tidak perlu mengeluarkan minyak sebelum peralatan tersebut dilupuskan di lokasi premis yang ditetapkan (PYDT). e) Bagi pelupusan BT bersaiz besar (bulky item) yang disimpan di PMU, PPU/PPU, inventori BT akan dikemaskini di stor BT SESB paling hampir dengan lokasi PMU, PPU/PPU yang menghasilkan BT tersebut di dalam kawasan yang sama. Berdasarkan Jadual 6.1 senarai stor untuk mengetahui stor yang paling hampir. f) Bagi melupuskan peralatan bulky item, pelupusan akan dilaksanakan terus daripada lokasi sumber BT dihasilkan ke premis yang ditetapkan (PYDT). Sila rujuk bahagian 8.1.2 garis panduan ini bagi tatacara pengangkutan pelupusan bulky item.
26 Jadual 6.1 Contoh pengemaskini sistem. Sumber BT Bulky Item e-SWIS inventori dikemaskini oleh CePSWaM PMU Penampang PMU Kolombong Stor Kolombong/Stor Bt. 7 Menggatal PMU Gayang PMU Sandakan Stesen Janakuasa Sandakan Stor Sandakan Stesen Janakuasa Telupid PMU Kubota Stor Tawau Stesen Janakuasa Tawau & Kubota PMU Semporna Stor Semporna PMU Kalumpang PMU Kota Belud Stor Kota Belud PMU Tuaran PMU Dungun Stesen Janakuasa Ranau Stesen Janakuasa Melawa PMU Beaufort Stor Beaufort PMU Papar PMU Langsat PMU Kimanis PMU Keningau Stor Keningau PMU Nabawan PMU Tenom PMU Tenom Pangi Stor Tenom Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi Stesen Janakuasa Patau-Patau Stor Labuan PMU Lahad Datu PMU Dam Road Stor Lahad datu PMU Kunak PMU Kudat Stor Kudat PMU Matunggung
27 7.0 BAB 7 PENGELASAN, PEMILIHAN BEKAS SIMPANAN & PELABELAN BUANGAN TERJADUAL PENGELASAN, PEMILIHAN BEKAS SIMPANAN & PELABELAN BUANGAN TERJADUAL 7.1 Pengelasan Buangan Terjadual Buangan terjadual (BT) perlu dikelaskan mengikut kod kategori seperti Jadual Pertama di bawah Peraturan 2 mengikut PPKAS, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pengelasan BT amat penting bagi membolehkan pelupusan, pengolahan dan pemerolehan kembali dilakukan mengikut kaedah yang selamat seperti yang ditetapkan. Kategori BT yang dikenalpasti boleh dirujuk di Lampiran 1. 7.1.1 Pengkategorian dan Pengenalpastian Buangan Terjadual Mengikut Kod a) Pensampelan dan analisis kandungan bahan (waste characterisation analysis). i. BT harus diambil dan dianalisis untuk mengenal-pasti bahaya dan jenis pencemar yang terdapat di dalam sisa. ii. Semasa pensampelan dan analisis BT, risalah data keselamatan (SDS) dan kad maklumat BT (waste card) hendaklah disertakan jika ia tersedia untuk mengetahui sifat bahaya seperti bahaya fizikal, bahaya kepada kesihatan manusia dan bahaya alam sekitar termasuk apa-apa keperluan perlindungan diri yang diperlukan. b) Pengenalpastian berdasarkan pengetahuan proses, atau sejarah. i. Secara amnya, BT yang dihasilkan dari suatu proses boleh mempamerkan ciri-ciri berbahaya yang serupa dengan bahan mentah, bahan kimia atau, bahan yang digunakan. Sebarang perubahan dalam aktiviti pemprosesan atau semasa proses pengeluaran boleh menyebabkan perubahan dan pengubahan komposisi buangan yang dihasilkan. Perubahan yang berlaku di dalam proses itu hendaklah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
28 7.1.2 Ciri-ciri Berbahaya yang Mungkin ada pada Buangan Terjadual Langkah berjaga-jaga yang mencukupi perlu diambil apabila mengendali BT yang mempunyai ciri-ciri berikut: • Bahan menghakis • Bahan-bahan pengoksidaan, • Bahan mudah meletup • Pepejal: mudah terbakar secara spontan • Bahan boleh berjangkit • Pepejal: berbahaya apabila basah • Cecair mudah terbakar • Bahan toksik • Pepejal boleh terbakar • Campuran pelbagai bahan berbahaya • Peroksida organik 7.2 Pemilihan Bekas Buangan Terjadual a) Sebuah bekas yang sesuai harus dipilih mengikut sifat fizikal BT untuk mencegah apa-apa tindak balas yang akan menjejaskan atau merosakkan bekas simpanan. b) Kuantiti dan jenis BT hendaklah diambil kira untuk menganggarkan saiz dan kekuatan bekas yang bersesuaian untuk mengelakkan tumpahan atau kerosakan/pecah pada bekas. c) Bekas yang digunakan hendaklah dalam keadaan baik (bebas daripada sebarang kerosakan seperti berlubang atau merekah). d) Penggunaan bekas khusus (specific container) untuk BT tertentu akan membolehkan bekas digunakan semula tanpa dibasuh. e) Bekas simpanan yang mengandungi bahan kimia atau BT yang berlainan jenis harus dibilas dengan betul sebelum digunakan. Sisa air buangan yang terhasil daripada aktiviti pembilasan hendaklah dikumpulkan dan dikelaskan sebelum rawatan atau pelupusan di tapak yang diluluskan oleh JAS. f) Pembungkusan yang dicadangkan mengikut jenis BT adalah sebagaimana digambarkan dalam Jadual 7.1.
29 Jadual 7.1 Jenis BT dan jenis pembungkusnya. Bil Jenis Bekas Jenis BT 1 Bunghole drum (keluli/plastik) • BT jenis sisa organik atau bukan organik. • Dram keluli tidak boleh digunakan untuk sisasisa menghakis seperti asid atau alkali. • Dram plastik serasi dengan kebanyakan pelarut. • Pelarut yang tidak sesuai dengan plastik harus disimpan dalam dram keluli. • Pastikan dram tidak berlubang, tidak kembung serta bebas dari lekuk dan hakisan. Contoh: Minyak pelincir terpakai (SW 305) Minyak hidraulik terpakai (SW 306) Emulsi minyak mineral-air terpakai (SW 307) Buangan minyak atau enapcemar berminyak (SW 311) 2 Open top drum with cover and clamp (keluli/plastik) • BT jenis sisa pepejal. • Dram keluli tidak boleh digunakan untuk sisa berasid atau alkali. • Pastikan dram tidak berlubang, tidak kembung serta bebas dari lekuk dan hakisan. Contoh: e-waste (SW 110) Sisa klinikal (SW 404) Sisa makmal (SW 409) Sarung tangan yang tercemar (SW410) 3 Intermediate bulk container (IBC Tank) • Digunakan untuk pelbagai sisa cecair seperti minyak, pelarut dan asid. • Pastikan bekas tiada lubang dan/atau retakan. Contoh: Minyak pelincir terpakai (SW 305) Minyak hidraulik terpakai (SW 306) 4 Jerrican / carboy • BT jenis sisa bukan organik atau organik cecair seperti sisa kimia, pelarut, dan sebagainya. • Pastikan bekas tiada lubang dan/atau retakan. Contoh: Bahan kimia yang terbuang atau tidak mengikut spesifikasi (SW 429) Bahan kimia makmal yang usang (SW 430).
30 Bil Jenis Bekas Jenis BT 5 Clinical waste container • BT jenis sisa klinikal/sisa patogenik (SW 403, SW 404). • Pastikan bekas tiada lubang dan/atau retakan. 6 Corrugated box / carton box • BT jenis sisa pepejal kering tanpa cecair bebas dihasilkan dalam kuantiti yang kecil. • Pastikan kotak tidak koyak dan/atau berlubang. Contoh: e-waste (SW 110) 7 Flexible Intermediate Bulk Containers (FIBCs)/ Jumbo Bags • BT jenis sisa pepejal kering tanpa cecair. • FICB sebaiknya diperbuat daripada high density poly ethylene (HDPE). • Bekas/bakul mestilah mempunyai dua (2) lapisan. • Bakul tidak boleh diisi lebih daripada >90% untuk pembungkusan yang selamat. Contoh: e-waste (SW 110) Enapcemar kering (SW 105) Habuk, slag, klinker (SW 406)
31 7.2.1 Kriteria Cara Penyimpanan Bekas Buangan Terjadual a) BT yang tidak serasi hendaklah diletakkan/diisi/dibungkus dalam bekas berasingan. BT yang tidak serasi apabila bercampur akan menghasilkan keadaan berbahaya seperti pengeluaran haba, tindak balas yang kuat, kebakaran, letupan atau pelepasan bahan toksik dan penjanaan gas hidrogen. b) BT daripada kategori berlainan yang tidak serasi hendaklah disimpan di dalam bekas yang berasingan. Bekas tersebut hendaklah diletakkan di kawasan pembendungan sekunder yang berasingan bagi mengelakkan berlaku percampuran bahan berbahaya yang keluar dari bekas. c) Bekas yang mengandungi BT hendaklah sentiasa ditutup pada setiap masa kecuali apabila perlu menambah atau melupus BT. d) Bekas yang mengandungi BT hendaklah diletakkan di atas palet dan perlu disimpan dalam keadaan seperti berikut (Rajah 7.1): i. Maksimum empat (4) dram atau satu (1) beg setiap standard palet, ii. Menyusun palet tanpa rak tidak melebih dua (2) lapis, iii. Penyusunan dengan penyimpanan dengan rak tidak melebih tiga (3) lapis, dan iv. Dram perlu disimpan secara menegak dan tidak secara mendatar. Rajah 7.1 Contoh kaedah penyimpanan palet untuk BT.
32 e) Contoh susun atur ruang penyimpanan yang menunjukkan penempatan bekas adalah seperti digambarkan di Rajah 7.2. Rajah 7.2 Contoh susun atur kawasan penyimpanan. *Nota: (1) Seluruh kawasan simpanan mesti dipagar, (2) - Tempat penyimpanan terlindung dengan bumbung atau ditutupi bahan pelindung yang sesuai dan dilengkapi dengan sistem pengudaraan untuk BT yang meruap (volatile), dan - Lantai stor ditutup dengan konkrit atau dengan bahan lapisan yang sesuai, bebas daripada retakan atau bukaan, (3) Laluan masuk/keluar kecemasan, (4) Ruang yang berasingan untuk BT yang tidak serasi, (5) Kawasan simpanan dikelilingi oleh tembok konkrit atau lain-lain struktur bersesuaian untuk mengawal tumpahan, (6) Beg jumbo yang mengandungi BT diletakkan di atas palet, (7) Empat (4) dram diletakkan di atas satu (1) palet, (8) Bekas simpanan disimpan dengan ruang lorong mencukupi di antara bekas simpanan yang lain, (9) Longkang aliran air/tumpahan (perimeter drain), dan (10)Kawasan takungan (sump pit) perlu disediakan. 2 1 3 4 5 6 7 8 8 9 10 3
33 f) Bekas yang akan dibawa ke premis lain yang ditetapkan untuk pemulihan atau pelupusan hendaklah (Rajah 7.3): i. Mempunyai ketahanan untuk diangkut dengan lori, ii. Semua dram atau beg mesti disusun di atas palet dengan baik iii. Dram hendaklah dibalut dengan pembalut plastik yang sesuai dan/atau pita plastik/keluli. Rajah 7.3 Pembungkusan dram untuk pengangkutan. 7.3 Pelabelan Bekas Buangan Terjadual a) Pelabelan bekas BT haruslah mematuhi Jadual Ketiga (Peraturan 10) PPKAS (Buangan Terjadual) 2005. b) Simbol bergambar ciri buangan haruslah berbentuk segi empat dan bersudut 45ᵒ. Dimensi label tidak boleh kurang daripada 10 cm x 10 cm kecuali jika saiz bekas atau bungkusan memerlukan label yang saiznya lebih kecil. Pastikan keterangan bahan buangan ditulis dengan jelas dan tepat. Sampel label ciri buangan adalah seperti Rajah 7.4 di bawah. Rajah 7.4 Contoh label ciri buangan. 10cm 10cm
34 c) Label hendaklah dibahagikan kepada dua (seperti Rajah 7.5), bahagian atas label hendaklah dikhaskan untuk simbol bergambar (label ciri) dan bahagian bawahnya untuk teks yang dicetak dalam huruf besar yang mengandungi maklumat berikut : i. Kod BT, ii. Nama BT, iii. Tarikh BT dikeluarkan, dan iv. Nama, alamat dan nombor telefon pengeluar. KOD BUANGAN NAMA BUANGAN TARIKH DIKELUARKAN NAMA PENGELUAR ALAMAT PENGELUAR NO TELEFON Rajah 7.5 Contoh label bagi bekas BT. d) Teks hendaklah dicetak dalam warna hitam pada semua label kecuali latar belakang label berwarna hitam, merah atau biru, teksnya hendaklah berwarna putih. e) Label mungkin dari jenis berikut: i. Pelekat, ii. Kepingan-kepingan logam, atau iii. Distensilkan atau dicetak di atas bekas atau bungkusan. f) Tiada sesiapa dibenarkan untuk mengubah sebarang maklumat pada label yang dilekatkan pada bekas atau bungkusan buangan.
35 g) Semua label hendaklah boleh menahan pendedahan kepada cuaca terbuka tanpa banyak menjejaskan keberkesanannya. h) Label hendaklah diletakkan pada tempat yang mempunyai latar belakang yang warnanya berbeza. i) Sekiranya BT boleh menyebabkan dua (2) atau lebih bahaya, segala bahaya itu hendaklah dikenalpasti dengan jelas dan buangan itu hendaklah dilabelkan dengan sewajarnya. 7.4 Pelabelan Peralatan yang Disimpan di Stor a) Peralatan/Aset yang sedang menanti ujian atau kelulusan Jawatankuasa Hapuskira perlu dilabelkan dan mengandungi maklumat berikut i. Tarikh penerimaan, ii. Lokasi pengeluar, iii. Nama pengeluar, iv. Unit pengeluar, v. Tarikh pengujian (akan dijalankan), vi. Keputusan ujian, dan vii. Tarikh akan dibentangkan di BPP/BPK b) Rajah 7.6 menunjukkan pelabelan pada peralatan di stor. Rajah 7.6 Pelabelan pada peralatan yang menunggu kelulusan. 100mm 100mm
36 i. Klasifikasi barang perlu dibuat oleh pihak pemula. ii. Pelabelan dibuat oleh pihak stor selepas penerimaan peralatan bersama dokumen yang lengkap. Pihak stor dibenarkan untuk menolak barang sekiranya dokumen tidak lengkap. 7.5 Inventori Bahan Buangan Terjadual a) Membuat notifikasi BT yang dikeluarkan di SESB melalui e-SWIS. Notifikasi perlu diisytihar kepada JAS jika terdapat BT yang belum pernah dikeluarkan sebelumnya. b) Mengemaskini inventori BT simpanan dan pelupusan secara bulanan melalui e-SWIS. Notifikasi dan inventori bulanan wajib dilaksanakan melalui e-SWIS. c) Bagi peralatan yang belum mendapat kelulusan BPK/BPP, data inventori perlu dibuat secara manual di dalam buku log yang tersedia di setiap stor BT. d) Data manual dalam buku log perlu selari dengan data di papan notis dan dikemaskini sepanjang masa mengikut kuantiti di tapak. e) Memaklum dan mendapat kelulusan daripada JAS negeri sekiranya BT yang disimpan melebihi kapasiti 20 tan metrik di atas sebab-sebab teknikal. Walaubagaimanapun, pelupusan perlu dilakukan dalam tempoh 180 hari. f) Menyediakan dan memberi salinan waste card (Lampiran 9) atau maklumat berkaitan dengan BT mengikut kategori berdasarkan Jadual Ketujuh kepada kontraktor pembawa BT untuk pelupusan di premis yang ditetapkan. 7.6 Nota Konsainan a) Pihak pengeluar bahan BT (waste generator) hendaklah menyediakan maklumat menurut Jadual Keenam mengikut carta yang diperuntukkan dalam PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 melalui sistem e-SWIS. b) Pengeluar bahan BT hendaklah memastikan salinan e-consignment note (e-CN) dicetak dan diserahkan kepada pembawa BT untuk dikemaskini oleh pihak pembawa.
37 c) BT yang dibawa oleh kontraktor berlesen perlu tiba di lokasi yang ditetapkan/tempat pelupusan dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima/dikeluarkan dari premis SESB. d) Penerima BT di lokasi pelupusan wajib mengemaskini sistem e-SWIS berdasarkan e-CN. e) Jika mana-mana pihak penerima BT gagal mengemaskini sistem e-SWIS dalam tempoh 30 hari, pihak pengeluar bahan BT perlu memberitahu/melapor kepada Ketua Jabatan dan Ketua Pengarah JAS dengan serta merta dan hendaklah menyiasat dan memaklumkan hasil penyiasatannya kepada Ketua Pengarah. f) Menyimpan rekod nota konsainan yang dilaporkan kepada JAS dan memastikan pelupusan dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan (tidak melebihi 180 hari atas maksimum 20 tan metrik) untuk tiga (3) tahun dari tarikh aktiviti dijalankan. 7.7 Maklumat Bahan Buangan/Waste Card a) Tiap-tiap pengeluar bahan BT (waste generator) hendaklah menyediakan maklumat mengikut Jadual Ketujuh berkenaan setiap kategori BT yang akan diserahkan kepada kontraktor dan hendaklah memberikan jadual itu kepada kontraktor itu apabila buangan itu diserahkan kepadanya. b) Pengeluar bahan BT hendaklah memaklumkan maksud dan kegunaan Jadual Ketujuh kepada kontraktor pembawa. c) Kontraktor itu hendaklah membawa bersama waste card yang disediakan oleh pengeluar bahan BT bagi setiap kategori BT yang diangkut dan hendaklah menuruti dan mematuhi arahan-arahan yang terkandung.
38 8.0 BAB 8 PENGANGKUTAN BAHAN BUANGAN TERJADUAL PENGANGKUTAN BAHAN BUANGAN TERJADUAL 8.1 Kaedah Pengurusan Pengangkutan Buangan Terjadual Secara umumnya, terdapat empat (4) jenis kaedah pengurusan pengangkutan buangan terjadual (BT) dalam SESB: a) Pengangkutan BT daripada sumber BT ke stor BT. b) Pengangkutan BT daripada sumber BT (Stesen Luar Bandar/Stesen Solar Hibrid/Hidro Mini) ke Major Station. c) Pengangkutan BT daripada sumber BT (Bulky Item) ke Premis yang Ditetapkan (PYDT). d) Pengangkutan BT daripada stor BT ke Premis yang Ditetapkan (PYDT). 8.1.1 Pengurusan Pengangkutan daripada Sumber BT ke Stor BT Untuk menguruskan pengangkutan BT daripada sumber BT (PMU/PPU/PE) ke stor BT di SESB, terdapat dua (2) kaedah untuk mengangkut BT daripada sumber ke stor BT. Syarat-syarat berikut perlu dipatuhi semasa pengangkutan: a) Membawa BT menggunakan kenderaan SESB. i. BT yang dihasilkan di tapak perlu diangkut ke stor BT berpusat yang terdekat. ii. Membawa nota kredit (credit note) atau waste card yang mengandungi maklumat BT yang dibawa ketika proses pengangkutan. iii. Kenderaan tersebut dilengkapi dengan alat kawalan tumpahan. iv. Memastikan bekas BT yang dibawa tidak mempunyai sebarang kebocoran atau berpotensi untuk mengalami kebocoran (kemik, rosak, berkarat dan tidak berpenutup). v. Melaporkan kepada pegawai SESB sekiranya berlaku sebarang insiden berkaitan pencemaran alam sekitar semasa proses pengangkutan.
39 atau; b) Membawa BT menggunakan kenderaan kontraktor JHT/Teknikal. i. BT yang dihasilkan di tapak perlu diangkut ke stor BT berpusat yang terdekat. ii. Membawa nota kredit (credit note) atau waste card yang mengandungi maklumat BT yang dibawa ketika proses pengangkutan. iii. Pengeluar buangan hendaklah memastikan pemandu kontraktor tersebut memiliki lesen memandu yang sah dan telah menghadiri sesi latihan kesedaran pengangkutan BT. iv. Kenderaan tersebut dilengkapi dengan alat kawalan tumpahan. v. Memastikan bekas BT yang dibawa tidak mempunyai sebarang kebocoran atau berpotensi untuk mengalami kebocoran (kemik, rosak, berkarat dan tidak berpenutup). vi. Menggunakan laluan yang selamat semasa memilih laluan perjalanan/pengangkutan, seboleh-bolehnya mengelak kawasan padat penduduk, kawasan tadahan air dan kawasan-kawasan lain yang sensitif dari segi alam sekeliling. vii.Melaporkan kepada pegawai SESB sekiranya berlaku sebarang insiden berkaitan pencemaran alam sekitar semasa proses pengangkutan. 8.1.2 Pengurusan Pengangkutan Buangan Terjadual daripada Sumber BT (Stesen Luar Bandar/Stesen Solar Hibrid/Hidro Mini) ke Stor BT Major Station. Untuk menguruskan pengangkutan BT daripada sumber BT (Stesen Luar Bandar/Stesen Solar Hibrid/Hidro Mini yang dikendalikan oleh SESB) ke Major Station di SESB, terdapat dua (2) kaedah untuk mengangkut BT daripada sumber ke stor Major Station. Pengangkutan ini juga termasuklah penghantaran BT oleh Pihak Kontrak Operasi & Penyelenggaraan. Syarat-syarat berikut perlu dipatuhi semasa pengangkutan:
40 a) Membawa BT menggunakan kenderaan SESB bagi pengangkutan darat. i. BT yang dihasilkan di tapak perlu diangkut ke stor BT Major Station yang terdekat. ii. Membawa nota kredit (credit note) atau waste card yang mengandungi maklumat BT yang dibawa ketika proses pengangkutan. iii. Kenderaan tersebut dilengkapi dengan alat kawalan tumpahan. iv. Pengeluar memastikan bekas BT yang dibawa tidak mempunyai sebarang kebocoran atau berpotensi untuk mengalami kebocoran (kemik, rosak, berkarat dan tidak berpenutup). v. Melaporkan kepada pegawai SESB sekiranya berlaku sebarang insiden berkaitan pencemaran alam sekitar semasa proses pengangkutan. atau; b) Membawa BT menggunakan bot sewa bagi pengangkutan laut. i. BT yang dihasilkan di tapak perlu diangkut ke stor BT Major Station yang terdekat. ii. Membawa waste card yang mengandungi maklumat BT yang dibawa ketika proses pengangkutan. iii. Pengeluar buangan hendaklah memastikan bot sewa tersebut memiliki lesen bot yang sah. iv. Bot tersebut dilengkapi dengan alat kawalan tumpahan. v. Pengeluar memastikan bekas BT yang dibawa tidak mempunyai sebarang kebocoran atau berpotensi untuk mengalami kebocoran (kemik, rosak, berkarat dan tidak berpenutup). vi. Menggunakan laluan yang selamat semasa memilih laluan perjalanan/pengangkutan. vii.Melaporkan kepada pegawai SESB sekiranya berlaku sebarang insiden berkaitan pencemaran alam sekitar semasa proses pengangkutan.
41 8.1.3 Pengurusan Pengangkutan Buangan Terjadual daripada Sumber BT (PMU/PPU) ke PYDT a) Pengurusan ini dijalankan bagi menjimatkan ruang penyimpanan BT daripada sumber BT bersaiz besar (bulky item) di stor BT. Di antara contoh lokasi penghasilan BT bulky item yang disenaraikan di bawah adalah Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pembahagi Utama (PPU), Pencawang Pembahagian Utama (PPU) dan Stesen Janakuasa. i. Power Transformer Rating bersamaan atau melebih 250MVA ii. Minyak alatubah terpakai melebihi keseluruhan lima (5) tan metrik yang dihasilkan serentak. b) Pengangkutan BT dibawa menggunakan kenderaan kontraktor dan syarat-syarat di bawah perlu dipatuhi: i. BT dibawa oleh kontraktor yang telah dilantik (berlesen dengan JAS) terus daripada lokasi PMU, PPU atau Stesen Janakuasa ke PYDT. ii. Pemandu tersebut memiliki lesen memandu yang sah dan telah dilatih berkenaan pengurusan BT. iii. Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut BT memiliki lesen pembawa (licensed transporter) yang ditetapkan oleh JAS. iv. Membawa salinan nota konsainan yang mengandungi maklumat BT yang dibawa. v. Membawa bersama-sama waste card ketika proses pengangkutan. vi. Kenderaan tersebut dilengkapi dengan alat kawalan tumpahan. vii. Memastikan bekas BT yang dibawa tidak mempunyai sebarang kebocoran atau berpotensi untuk mengalami kebocoran (kemik, rosak, berkarat dan tidak berpenutup). viii.Melaporkan kepada pegawai SESB sekiranya berlaku sebarang insiden berkaitan pencemaran alam sekitar semasa proses berkaitan pengangkutan.
42 8.1.4 Pengurusan Pengangkutan Buangan Terjadual daripada Stor BT ke PYDT Pengangkutan BT dibawa menggunakan kenderaan kontraktor dan syaratsyarat di bawah perlu dipatuhi: a) BT dibawa oleh kontraktor yang telah dilantik (berlesen dengan JAS) terus daripada stor Perolehan BT atau Jabatan Pengurusan Gudang dan Logistik (JPGL) ke PYDT. b) Pemandu tersebut memiliki lesen memandu yang sah dan telah dilatih berkenaan pengurusan BT. c) Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut BT memiliki lesen pembawa (licensed transporter) yang ditetapkan oleh JAS. d) Membawa salinan nota konsainan yang mengandungi maklumat BT yang dibawa. i. Membawa bersama-sama waste card ketika proses pengangkutan. ii. Kenderaan tersebut dilengkapi dengan alat kawalan tumpahan. e) Memastikan bekas BT yang dibawa tidak mempunyai sebarang kebocoran atau berpotensi untuk mengalami kebocoran (kemik, rosak, berkarat dan tidak berpenutup). f) Melaporkan kepada pegawai SESB sekiranya berlaku sebarang insiden berkaitan pencemaran alam sekitar semasa proses pengangkutan. .
43 9.0 BAB 9 PENGURUSAN KHAS BUANGAN TERJADUAL PENGURUSAN KHAS BUANGAN TERJADUAL 9.1 Pengurusan Khas bagi Alatubah/Alat suis a) Alatubah/Alat suis terpakai yang memerlukan saringan ujian kefungsian (pre-test) dan belum mendapat kelulusan BPK-Badan Penilai Kecil/BPP-Badan Penilai Pusat untuk pelupusan perlu dikendalikan terlebih dahulu (sekiranya boleh) mengikut hierarki pengurusan BT iaitu pengurangan buangan (waste reduction), guna semula/kitar semula (reuse/recycling) dan rawatan (treatment). Sekiranya ketigatiga kaedah ini tidak bersesuaian, maka boleh diteruskan untuk kaedah pelupusan (disposal). b) Alatubah tersebut perlu dilabel (seperti Rajah 7.6) mengikut status peralatan tersebut mengikut kategori samada menunggu saringan ujian kefungsian , kelulusan BPK/BPP atau untuk diguna semula. c) Setelah mendapat kelulusan untuk pelupusan, alatubah atau alat suis tersebut akan dikendalikan mengikut PPKAS, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
44 10.0 BAB 10 TANGGUNGJAWAB & PROSES PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DI SESB TANGGUNGJAWAB & PROSES PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DI SESB 10.1 Tanggungjawab Pengeluar Buangan Pengurusan buangan terjadual (BT) di SESB terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Kategori A dan Kategori B. a) Kategori A i. Pengeluar buangan membuat penilaian dari segi hierarki pengurusan BT seperti pengurangan buangan (waste reduction), guna semula/kitar semula (resue/recycling), rawatan (treatment) dan pelupusan (disposal). ii. Proses pelupusan (disposal) adalah melalui kontraktor yang telah dilantik yang mana proses ini dikendalikan oleh orang yang bertanggungjawab (PIC) di Bahagian/Jabatan/Unit masing-masing seperti Bahagian Penjanaan, Penghantaran dan Pembahagian. iii. Carta alir pengurusan ini boleh dirujuk di Lampiran 3. b) Kategori B i. Pengeluar buangan mengkreditkan aset-aset syarikat yang mana cadangan hapuskira telah diluluskan oleh BPK/BPP ke stor perolehan (JPGL) untuk pengendalian, penyimpanan dan pelupusan BT secara berpusat. ii. Proses pelupusan (disposal) adalah melalui kontraktor yang telah dilantik yang mana proses ini dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan Gudang & Logistik. iii. Carta alir pengurusan ini boleh dirujuk di Lampiran 4
45 10.2 Kategori A Tanggungjawab pihak di Kategori A adalah: 10.2.1 Tanggungjawab Ketua Bahagian/Ketua Jabatan a) Menyediakan fasiliti stor simpanan BT yang memenuhi spesifikasi keperluan penstoran seperti yang dinyatakan di dalam garis panduan ini termasuklah kawalan tumpahan yang sewajarnya mengikut kapasiti simpanan. b) Memaklumkan dan mendapat kelulusan daripada JAS sekiranya BT yang disimpan melebihi kapasiti 20 tan metrik di atas sebab-sebab teknikal. Walaubagaimanapun, pelupusan perlu dilakukan dalam tempoh 180 hari. c) Memastikan pekerja mendapat latihan yang sewajarnya dalam mengendalikan BT. 10.2.2 Tanggungjawab Orang yang Bertanggungjawab (PIC) a) Menerima dan menyimpan BT yang dihasilkan. b) Mengasingkan dan melabel BT mengikut kategori seperti Jadual Pertama di bawah Peraturan 2 mengikut PPKAS, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. c) Memastikan BT diletak dan disimpan dengan menggunakan bekas yang bersesuaian supaya tiada kebocoran atau tumpahan semasa penstoran dan spesifikasi yang ditetapkan JAS untuk tujuan pelupusan. d) Membuat notifikasi BT yang dikeluarkan di Bahagian/Jabatan melalui eSWIS. Notifikasi perlu dikemaskini atau dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui e-SWIS jika terdapat BT yang belum pernah dikeluarkan sebelumnya. e) Mengemaskini inventori BT simpanan dan pelupusan secara bulanan melalui e-SWIS. Notifikasi dan inventori bulanan wajib dilaksanakan melalui e-SWIS. f) Menyimpan rekod nota konsainan yang dilaporkan kepada JAS dan memastikan pelupusan dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan (tidak melebihi 180 hari atau maksimum 20 tan metrik). g) Memancang ke dalam sistem e-SWIS maklumat daripada nota konsainan yang diterima daripada kontraktor pada hari yang sama.
46 h) Memastikan kontraktor mempunyai lesen yang sah untuk mengangkut BT daripada stor BT ke premis yang ditetapkan (PYDT). Salinan lesen premis yang ditetapkan dan kontraktor untuk mengangkut BT perlu disimpan untuk rekod. i) Menyediakan dokumentasi Notice of Work (NOW) berkaitan untuk setiap BT yang akan diangkut dari premis SESB. j) Memastikan Penilaian Risiko Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar untuk aktiviti pengendalian BT dilaksanakan dan langkah kawalan yang dikenalpasti dipatuhi. k) Memastikan pekerja dan kontraktor yang dilantik (SW Handler) memakai peralatan perlindungan diri (PPD) semasa mengendalikan BT. l) Menyediakan alat kawalan tumpahan (spill kit) yang bersesuaian di tapak dan juga di dalam kenderaan yang digunakan semasa penghantaran seperti spill containment, absorbent boom, absorbent pad dan spill tray. m)Menyediakan dan memberi salinan waste card atau maklumat berkaitan setiap BT mengikut kategori berdasarkan Jadual Ketujuh kepada kontraktor pembawa BT untuk pelupusan di PYDT. n) Menyediakan kepakaran teknikal dan bantuan sokongan dalam apa-apa proses pembersihan sekiranya berlaku kejadian tumpahan semasa proses penghantaran BT oleh kontraktor ke PYDT. o) Mengurus dan memproses pembayaran kepada atau daripada pihak kontraktor. p) Menyediakan laporan bulanan dan menyerahkan salinan laporan tersebut kepada Eksekutif HSE Zon/Stesen/Wilayah. q) Menyimpan semua rekod berkaitan pengurusan BT ke dalam fail. r) Membincangkan isu berkaitan tentang masalah pengurusan dan penambahbaikan berkaitan pengurusan BT secara berkala untuk memastikan pematuhan kepada peraturan berkaitan BT dipenuhi sapenuhnya. s) Carta alir peranan dan tanggungjawab pengurusan BT untuk kategori A terdapat di Lampiran 3.
47 10.3 Kategori B Tanggungjawab pihak di Kategori B adalah: 10.3.1 Tanggungjawab Orang yang Bertanggungjawab (PIC) JPGL a) Menyediakan fasiliti stor simpanan BT yang memenuhi spesifikasi keperluan penstoran seperti yang dinyatakan di dalam garis panduan ini termasuklah kawalan tumpahan yang sewajarnya mengikut kapasiti simpanan. b) Menerima dan menyimpan BT yang dihasilkan sendiri dan oleh Kategori A. c) Mengasingkan dan melabel BT mengikut kategori seperti Jadual Pertama di bawah Peraturan 2 mengikut PPKAS, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. d) Memastikan BT diletak dan disimpan dengan menggunakan bekas yang bersesuaian supaya tiada kebocoran atau tumpahan semasa penstoran dan spesifikasi yang ditetapkan JAS untuk tujuan pelupusan. e) Membuat notifikasi BT yang dikeluarkan melalui e-SWIS. Notifikasi perlu dikemaskini atau dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui e-SWIS jika terdapat BT yang belum pernah dikeluarkan sebelumnya. f) Mengemaskini inventori BT simpanan dan pelupusan secara bulanan melalui e-SWIS. Inventori bulanan wajib dilaksanakan melalui e-SWIS. g) Menyimpan rekod nota konsainan yang dilaporkan kepada JAS dan memastikan pelupusan dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan (tidak melebihi 180 hari atau maksimum 20 tan metrik). h) Memancang ke dalam sistem e-SWIS maklumat daripada nota konsainan yang diterima daripada kontraktor pada hari yang sama. i) Memastikan kontraktor mempunyai lesen yang sah untuk mengangkut BT daripada stor BT ke premis yang ditetapkan (PYDT). Salinan lesen premis yang ditetapkan dan kontraktor untuk mengangkut BT perlu disimpan untuk rekod j) Menyediakan dokumentasi Notice of Work (NOW) berkaitan untuk setiap BT yang akan diangkut dari premis SESB.
48 k) Memastikan Penilaian Risiko Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar untuk aktiviti pengendalian BT dilaksanakan dan langkah kawalan yang dikenalpasti dipatuhi. l) Memastikan pekerja dan kontraktor yang dilantik memakai peralatan perlindungan diri (PPD) semasa mengendalikan BT. m)Menyediakan alat kawalan tumpahan (spill kit) yang bersesuaian di tapak dan juga di dalam kenderaan yang digunakan semasa penghantaran seperti spill containment, absorbent boom, absorbent pad dan spill tray. n) Menyediakan dan memberi salinan waste card atau maklumat berkaitan setiap BT mengikut kategori berdasarkan Jadual Ketujuh kepada kontraktor pembawa BT untuk pelupusan di PYDT. o) Menyediakan kepakaran teknikal dan bantuan sokongan dalam apa-apa proses pembersihan sekiranya berlaku kejadian tumpahan semasa proses penghantaran BT oleh kontraktor ke PYDT. p) Mengurus dan memproses pembayaran kepada atau daripada pihak kontraktor. q) Menyediakan laporan bulanan dan menyerahkan salinan laporan tersebut kepada Eksekutif HSE Zon/Stesen/Wilayah. r) Menyimpan semua rekod berkaitan pengurusan BT ke dalam fail. s) Membincangkan isu berkaitan tentang masalah pengurusan dan penambahbaikan berkaitan pengurusan BT secara berkala untuk memastikan pematuhan kepada peraturan berkaitan BT dipenuhi sapenuhnya. t) Carta alir peranan dan tanggungjawab pengurusan BT untuk kategori B terdapat di Lampiran 3. 10.4 Bahagian HSE a) Mengulangkaji keperluan undang-undang dari masa ke semasa dan mengemaskini garis panduan ini. b) Memberi khidmat nasihat teknikal berhubung BT di SESB termasuk memaklumkan kepada semua bahagian dan jabatan berkaitan perubahan terhadap keperluan undang-undang yang berkaitan.
49 c) Mengawal selia serta pengurusan bahan BT di semua bahagian dan jabatan mengikut keperluan undang-undang, garis panduan serta prosedur dalaman melalui pemeriksaan/audit dan lain-lain. d) Memantau keperluan orang kompeten (CP), keperluan latihan dan prosedur atau langkah kerja yang digunapakai mematuhi kehendak perundangan. e) Mengkoordinasi serta menghadiri mesyuarat atau engagement bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga pihak-pihak berkepentingan lain seperti kontraktor pelupusan BT yang dilantik. f) Melaksanakan audit atau pemeriksaan berkala di premis SESB serta premis kontraktor (prescribed premises) yang dilantik untuk memastikan pematuhan berkaitan pengurusan BT. g) Memastikan bilangan orang kompeten, ‘Certified Environmental Professional In Scheduled Waste Management’ (CePSWAM), untuk pengurusan BT memenuhi kuota yang dipersetujui oleh JAS h) Mengesahkan HIRARC untuk pengendalian BT yang dibangunkan oleh bahagian/jabatan bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan dan langkah kawalan yang dikenalpasti adalah mencukupi serta dipatuhi. 10.5 HSE Eksekutif Zon a) Melaksanakan pemantauan dan menasihati pengurusan BT termasuk pemeriksaan/audit berkaitan pengurusan BT di peringkat zon. b) Merekod dan mengemaskini setiap pelupusan BT yang dihasilkan Bahagian Penghantaran dan Pembahagian. c) Memastikan BT dikendalikan (rekod, inventori, penstoran, pelabelan, pembungkusan, dan pelupusan berdasarkan keperluan undang-undang, garis panduan dan prosedur) d) Pemancangan e-SWIS dilakukan mengikut maklumat dalam laporan bulanan yang diterima daripada PIC Bahagian Penghantaran dan Pembahagian pada setiap bulan minggu terakhir menggunakan akaun e-SWIS. e) Memancang ke dalam sistem e-SWIS maklumat daripada nota konsainan yang diterima daripada kontraktor pada hari yang sama mengikut tarikh pengambilan BT dibuat.
50 f) Memastikan nota konsainan yang telah dipancang ke dalam e-SWIS diterima oleh kontraktor mengikut jumlah yang sebenar dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemancangan dilakukan oleh HSE Eksekutif. g) Membuat penilaian keperluan latihan, bilangan orang kompeten bersama jabatan/stesen. h) Membangun dan mengemaskini langkah kerja (SOP) berkaitan pengurusan BT bersama-sama HSE HQ dan juga pihak lain yang berkaitan. i) Mengkoordinasi serta menjadi pihak pengantara diantara JAS & SESB. j) Membantu zon/stesen membangunkan/mengulangkaji HIRARC untuk pengendalian BT dan mengulangkaji tahap keberkesanan kawalan yang diambil dari masa ke semasa. k) Menyediakan laporan bulanan dan dimajukan kepada Bahagian HSE Ibu Pejabat. 10.6 Orang yang Berwibawa – Certified Environmental Professional in Scheduled Waste Management (CePSWaM) a) Mengenalpasti dan mengklasifikasikan kategori BT. Memberi khidmat nasihat kepada bahagian/jabatan dan anggota kerja di dalam memastikan keperluan PPKAS (Buangan Terjadual) 2005 dan undang-undang berkaitan alam sekitar yang berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi. b) Pemancangan e-SWIS dilakukan mengikut maklumat dalam laporan bulanan yang diterima daripada PIC Bahagian Penghantaran dan Pembahagian pada setiap bulan minggu terakhir menggunakan akaun e-SWIS. c) Mengawal selia pergerakan BT. d) Memberi panduan penyediaan kemudahan penyimpanan dan pembungkusan BT yang betul. e) Memastikan pelabelan BT memenuhi keperluan perundangan. f) Memastikan kontraktor yang dilantik memenuhi keperluan pelesenan untuk premis dan kemudahan yang ditetapkan BT serta lesen pengangkutan BT yang sah daripada JAS.
51 10.7 Anggota Kerja Memastikan semua barangan skrap di bawah kategori BT yang dihasilkan atau dikeluarkan daripada semua aktiviti kerja dikendalikan dan dilupuskan mengikut garis panduan ini.
52 11.0 BAB 11 PENGURUSAN KONTRAKTOR BUANGAN TERJADUAL PENGURUSAN KONTRAKTOR BUANGAN TERJADUAL 11.1 Bagi Pelupusan SESB a) SESB perlu melantik kontraktor atau syarikat yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai mana kehendak PPKAS, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. b) Syarat-syarat yang perlu dipenuhi: i. Syarikat tersebut memiliki lesen yang sah premis yang ditetapkan (PYDT) dengan JAS. ii. Syarikat tersebut memiliki kod buangan terjadual (BT) yang sah. Bahagian/jabatan/unit hendaklah melantik syarikat untuk melupus BT bersesuaian dengan BT yang ingin dilupuskan. iii. Pekerja yang mengendalikan BT perlu memiliki lesen memandu yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
53 12.0 BAB 12 PENGGUNAAN PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI SESB PENGGUNAAN PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI 12.1 Pengendalian Buangan Terjadual Semua pengendali buangan terjadual (BT) hendaklah menggunakan peralatan perlindungan diri yang bersesuaian seperti kasut keselamatan, sarung tangan, cermin mata keselamatan dan lain-lain peralatan semasa mengendali BT. 12.2 Peralatan Perlindungan Diri (PPD) yang Sesuai Peralatan perlindungan diri yang bersesuaian bermaksud: a) Sesuai dengan jenis kerja yang dijalankan, b) Padan dengan saiz badan pekerja, c) Tidak mendatangkan kesan buruk kepada pekerja, dan d) Bekalan yang mencukupi dan mudah diperolehi bila diperlukan. 12.3 PPD untuk Pengendalian Buangan Terjadual Penilaian risiko keselamatan dan kesihatan terhadap aktiviti kerja yang dilaksanakan perlu dilakukan menerusi kaedah hazard identification, risk assessment and determining control (HIRADC). Langkah kawalan yang dikenalpasti bagi mengawal risiko tersebut akan menentukan PPD yang sesuai digunakan. Antara PPD untuk pengendalian BT seperti di Jadual 12.1.
54 Jadual 12.1 Contoh PPD yang bersesuaian dengan bahagian terdedah dan risiko untuk mengendalikan BT. Bahagian Terdedah Risiko Contoh PPD Kepala Percikan, luka akibat pembakaran kimia, penyerapan kimia bahaya ke dalam kulit. Topi keselamatan, pelindung muka. Muka/Mata Luka akibat pembakaran kimia, percikan, kegatalan, penyerapan kimia bahaya ke dalam kulit atau mata. Pelindung muka, kaca mata gogal, kaca mata keselamatan. Sistem pernafasan Bernafas dalam keadaan udara tercemar, kegatalan sistem pernafasan, kelemasan. Alat pernafasan penulenan udara, alat pernafasan udara yang dibekalkan. Tubuh Badan Luka akibat pembakaran kimia, dermatitis, penyerapan kimia bahaya ke dalam kulit. Sut kimia berbahaya, apron, baju lengan panjang. Tangan Luka akibat pembakaran kimia, dermatitis, penyerapan kimia bahaya ke dalam kulit. Sarung tangan tahan kimia Kaki Luka akibat pembakaran kimia, dermatitis, penyerapan kimia bahaya ke dalam kulit. Kasut keselamatan, seluar panjang.
55 13.0 BAB 13 LATIHAN DAN PROGRAM KESEDARAN LATIHAN DAN PROGRAM KESEDARAN 13.1 Latihan Adalah kewajipan setiap ketua jabatan di semua bahagian/jabatan/unit untuk memastikan latihan diberikan kepada anggota kerja yang terlibat dalam pengurusan buangan terjadual (BT) dan direkod. Hal ini bagi memastikan pengurusan BT memenuhi kehendak PPKAS, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Peraturan 15. Peraturan 15 : (Perjalanan latihan) Tiap-tiap pengeluar buangan hendaklah memastikan semua pekerjanya yang terlibat dalam pengenalpastian, pengendalian, pelabelan, pengangkutan, penstoran dan tindak balas semasa tumpahan atau pelepasan buangan terjadual menghadiri program latihan. 13.2 Program Kesedaran Bagi menggalakkan kesedaran anggota kerja berkenaan pengurusan BT, antara contoh program kesedaran yang dilakukan adalah: a) Memastikan aktiviti penyelenggaraan stor/gudang BT mengikut jadual berkala yang ditetapkan. b) Memastikan pematuhan akta dan peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuh. c) Memperbanyakkan buletin atau hebahan maklumat berkenaan kesedaran alam sekitar berkait dengan pengurusan BT. d) Melaksanakan Hari Alam Sekitar di setiap premis.
56 14.0 BAB 14 PANDUAN KECEMASAN SEMASA MENGENDALI BUANGAN TERJADUAL PANDUAN KECEMASAN SEMASA MENGENDALI BUANAGAN TERJADUAL 14.1 Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Semasa Proses Pemindahan BT Sekiranya berlaku tumpahan buangan terjadual (BT) (contoh: minyak alatubah), perkara-perkara berikut perlulah diambil tindakan. a) Untuk tumpahan/pencemaran/kebakaran pada skala yang kecil (<100L), bahagian/jabatan/unit boleh menggunakan peralatan sedia ada untuk mengawal dan mengatasinya seperti: i. Spill kit (Lampiran 8) ii. Oil absorbent iii. Oil boom iv. Fire extinguisher b) Untuk tumpahan/pencemaran/kebakaran pada skala yang besar (>100L), tindakan kawalan perlu dilakukan mengikut keperluan melibatkan agensi berkaitan seperti BOMBA, dan polis serta perlu dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dan Bahagian HSE SESB dengan segera. c) Setiap jabatan perlu membangunkan Emergency Response Plan (ERP) bagi menangani sebarang bencana yang melibatkan BT seperti tumpahan, pencemaran atau kebakaran. d) Jika pertumpahan minyak atau bahan kimia berlaku semasa proses pemindahan BT ke stor BT di darat, contoh untuk pelan ERP boleh dirujuk pada Lampiran 7. e) Jika pertumpahan minyak atau bahan kimia berlaku semasa proses pemindahan BT ke stor BT di laut, contoh untuk pelan ERP boleh dirujuk pada Lampiran 8.
57 14.2 Tanggungjawab Pengeluar BT Semasa Proses Pemindahan BT Pengeluar BT haruslah mengambil langkah berikut bagi mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar. a) Pengurusan BT haruslah dipatuhi sepenuhnya seperti yang tertera pada garis panduan pengurusan BT SESB. b) Kawasan yang tercemar akibat dari tumpahan hendaklah dibersihkan sehingga tidak meninggalkan kesan pencemaran terhadap alam sekitar yang diuruskan sebaik mungkin. c) Meminimakan pendedahan terhadap anggota kerja yang mengendalikan BT. d) Memastikan anggota kerja dilatih dan bersedia menjalankan tanggungjawab dalam Pasukan Pelan Tindakan Kecemasan (ERT).
58 15.0 BAB 15 PEMERIKSAAN STOR BUANGAN TERJADUAL PEMERIKSAAN STOR BUANGAN TERJADUAL 15.1 Skop Pemeriksaan stor buangan terjadual (BT) perlu merangkumi skop berikut. a) Pemeriksaan bekas yang disimpan hendaklah dilakukan oleh pengeluar BT dan Bahagian HSE untuk mengelakkan sebarang insiden seperti kebocoran atau tumpahan. b) Pengeluar BT dan pengendali BT dikehendaki untuk menyediakan senarai semak pemeriksaan standard untuk tujuan pemeriksaan berkala, contohnya seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 6. c) Senarai semakan pemeriksaan hendaklah disimpan dan dikemaskini dari semasa ke semasa dan direkodkan dalam fail khas. d) Setelah pemeriksaan, tindakan pembetulan segera diambil jika ada. e) Pengeluar BT hendaklah menyediakan inventori yang tepat dan terkini untuk BT sebagaimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11 PPKAS, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. 15.2 Penemuan dan Tindakan Jadual 15.1 Antara penemuan dan tindakan BT. Penemuan Tindakan Label Serta merta Bekas disimpan melebih 180 hari Serta merta Jumlah buangan melebihi 20 tan metrik Serta merta Kebocoran/Kerosakan pada bekas simpanan Serta merta
59 16.0 BAB 16 PEMATUHAN KENDIRI TERPIMPIN PEMATUHAN KENDIRI TERPIMPIN 16.1 Pematuhan Kendiri Terpimpin (Guided Self-Regulation (GSR)) Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan satu inisiatif mengarusperdanakan agenda alam sekitar, ‘Environmental Mainstreaming Directive’, kepada semua industri untuk melaporkan status tahan kepatuhan kendiri pengurusan alam sekitar atau dikenali sebagai ‘Guided Self-Regulation’ (GSR). Berdasarkan penilaian kendiri (GSR) yang dilaksanakan di bahagian/jabatan, ia akan membantu dalam mengenalpastikan ruang untuk penambahbaikan dalam menguruskan pematuhan berkaitan alam sekitar. 16.2 Elemen Guided Self-Regulation Guided Self-Regulation adalah terdiri daripada elemen-elemen berikut. a) Polisi Alam Sekitar (EP) b) Bajet Alam Sekitar (EB) c) Jawatankuasa Pemantauan Alam Sekitar (EMC) d) Kemudahan Alam Sekitar (EF) e) Kompetensi Alam Sekitar (EC) f) Laporan Alam Sekitar dan Komunikasi (ERC) g) Ketelusan Alam Sekitar (ET) Ketua Bahagian/Jabatan perlu memastikan pelaporan GSR di bawah tanggungjawab masing-masing dilaksanakan. Oleh itu, Ketua Bahagian/Jabatan hendaklah mengenalpasti dan melaksanakan langkah penambahbaikan yang perlu dan mengambil tindakan susulan dengan sewajarnya.
60 17.0 BAB 17 JADUAL BUANGAN TERJADUAL JADUAL BUANGAN TERJADUAL 17.1 Jadual Pertama (Peraturan 2) – BT daripada Sumber Tidak Khusus JADUAL PERTAMA (Peraturan 2) AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 SW 1 Buangan logam dan buangan berasaskan logam SW 101 Buangan yang mengandungi arsenik atau sebatiannya SW 102 Buangan bateri asid plumbum dalam bentuk sempurna atau hancur SW 103 Buangan bateri yang mengandungi kadmium dan nikel atau raksa atau litium SW 104 Debu, sanga, dros atau abu yang mengandungi arsenik, raksa, plumbum, kadmium, kromium, nikel, kuprum, vanadium, berilium, antimoni, telurium, talium atau selenium tidak termasuk sanga daripada kilang besi dan keluli. SW 105 Enap cemar galvani SW 106 Sisa daripada pemerolehan kembali lakuer penjerukan asid SW 107 Sanga daripada pemprosesan kuprum bagi pemprosesan lanjut atau penapisan yang mengandungi arsenik, plumbum atau kadmium SW 108 Sisa larutan resap daripada pemprosesan zink dalam bentuk debu dan enap cemar SW 109 Buangan yang mengandungi raksa atau sebatiannya SW 110 Buangan daripada pemasangan elektrikal dan elektronik yang mengandungi komponen seperti akumulator, suis raksa, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif atau kapasitor bifenil terpoliklorin yang lain, atau yang dicemari dengan kadmium, raksa, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifenil terpoliklorin
61 SW 2 Buangan yang mengandungi terutamanya juzuk tidak organik yang mungkin mengandungi logam dan bahan organik SW 201 Buangan asbestos dalam bentuk enap cemar, debu atau gentian SW 202 Buangan mangkin SW 203 Buangan terjadual tidak boleh bergerak termasuk enap cemar yang ditetapkan secara kimia, dikapsulkan, dipejalkan atau distabilkan SW 204 Enap cemar yang mengandungi satu atau beberapa logam termasuklah kromium, kuprum, nikel, zink plumbum, kadmium, aluminium, timah, vanadium dan berilium SW 205 Buangan gipsum yang terhasil daripada proses industri kimia atau loji janakuasa SW 206 Asid tidak organik terpakai SW 207 Enap cemar yang mengandungi fluorida SW 3 Buangan yang mengandungi terutamanya juzuk organik yang mungkin mengandungi logam dan bahan tidak organik SW 301 Asid organik terpakai dengan pH yang kurang daripada atau sama dengan 2 yang menghakis atau berbahaya SW 302 Buangan fluks yang mengandungi campuran asid organik, pelarut atau sebatian ammonium klorida SW 303 Buangan pelekat atau glu yang mengandungi pelarut organik tidak termasuk bahan polimer pepejal SW 304 Kek tekan daripada prapengolahan lai sabun gliserol SW 305 Minyak pelincir terpakai SW 306 Minyak hidraulik terpakai SW 307 Emulsi minyak mineral-air terpakai SW 308 Enap cemar kapal tangki minyak SW 309 Campuran minyak-air seperti air balast SW 310 Enap cemar dari tangki penyimpanan minyak mineral SW 311 Buangan minyak atau enap cemar berminyak SW 312 Sisa berminyak dari bengkel automotif, stesen servis atau perangkap gris
62 SW 313 Tanah yang dicemari minyak daripada penapisan semula minyak pelincir terpakai SW 314 Minyak atau enap cemar daripada operasi penyenggaraan loji penapisan minyak SW 315 Tar atau sisa bertar dari loji penapisan minyak atau loji petrokimia SW 316 Enap cemar asid SW 317 Sebatian organologam terpakai termasuk plumbum tetraetil, plumbum tetrametil dan sebatian organotimah SW 318 Buangan, bahan dan artikel yang mengandungi atau yang dicemari dengan bifenil terpoliklorin (BFT) atau trifenil terpoliklorin (TFT) SW 319 Buangan fenol atau sebatian fenol termasuklah klorofenol dalam bentuk cecair atau enap cemar SW 320 Buangan yang mengandungi formaldehid SW 321 Buangan atau enap cemar getah atau lateks yang mengandungi pelarut organik atau logam berat SW 322 Buangan pelarut organik bukan terhalogen SW 323 Buangan pelarut terhalogen SW 324 Buangan sisa penyulingan tidak berair terhalogen atau bukan terhalogen yang terhasil daripada proses pemerolehan kembali pelarut organik SW 325 Buangan resin tidak matang yang mengandungi pelarut organik atau logam berat termasuklah resin epoksi dan resin fenolik SWS 326 Buangan sebatian fosforus organik SWS 327 Buangan cecair terma (pemindahan haba) seperti glikol etilena SW 4 Buangan yang mungkin mengandungi sama ada juzuk tidak organik atau organik SW 401 Alkali terpakai yang mengandungi logam berat SW 402 Alkali terpakai dengan pH yang lebih daripada atau sama dengan 11.5 yang menghakis atau berbahaya SW 403 Dadah terbuang yang mengandungi bahan psikotrofik atau yang mengandungi bahan yang bertoksik, berbahaya, karsinogenik, mutagenik atau teratogenik
63 SW 404 Buangan patogenik, buangan klinikal atau bahan yang dikuarantinkan SW 405 Buangan yang terhasil daripada penyediaan dan pengeluaran barangan farmaseutikal SW 406 Klinker, sanga dan abu dari penunu buangan terjadual SW 407 Buangan yang mengandungi dioksin atau furan SW 408 Tanah, puing atau bahan tercemar yang terhasil daripada pembersihan tumpahan bahan kimia, minyak mineral atau buangan terjadual SW 409 Bekas, beg atau kelengkapan yang dilupuskan yang dicemari dengan bahan kimia, racun makhluk perosak, minyak mineral atau buangan terjadual SW 410 Kain buruk, plastik, kertas atau turas yang dicemari degan buangan terjadual SW 411 Karbon teraktif yang terpakai tidak termasuk karbon daripada pengolahan air yang diminum dan proses industri makanan dan penghasilan vitamin SW 412 Enap cemar yang mengandungi sianida SW 413 Garam terpakai yang mengandungi sianida SW 414 Larutan alkai berair terpakai yang mengandungi sianida SW 415 Minyak pelindapan terpakai yang mengandungi sianida SW 416 Enap cemar dakwat, cat, pigmen, lakuer, pewarna atau varnis SW 417 Buangan dakwat, cat, pigmen, lakuer, pewarna atau varnis SW 418 Produk dakwat, cat, pigmen, lakuer, pewarna atau varnis yang terbuang atau yang tidak mengikut spesifikasi yang mengandungi pelarut organik SW 419 Diisosianat terpakai dan sisa sebatian isosianat yang tidak termasuk bahan berpolimer pepejal daripada proses pengilangan busa SW 420 Larutan resap dari tapak pelupusan buangan terjadual SW 421 Campuran bahan terjadual SW 422 Campuran buangan terjadual dan buangan tidak terjadual SW 423 Larutan pemprosesan terpakai, bahan kimia fotografi terbuang atau buangan fotografi terbuang SW 424 Agen pengoksidaan terpakai
64 SW 425 Buangan daripada pengeluaran formulasi, perdagangan atau penggunaan racun makhluk perosak, racun haba atau biosid SW 426 Produk yang tidak mengikut spesifikasi daripada pengeluaran, formulasi, perdagangan atau penggunaan racun makhluk perosak, racun herba atau biosid SW 427 Enap cemar mineral termasuklah enap cemar kalsium hidroksida, enap cemar pemfosfatan, enap cemar kalsium sulfit dan enap cemar karbonat SW 428 Buangan daripada operasi pengawetan kayu yang menggunakan garam tidak organik yang mengandungi kuprum, kromium atau arsenik daripada sebatian fluorida atau yang menggunakan sebatian yang mengandungi fenol berklorin atau kreosot SW 429 Bahan kimia yang terbuang atau tidak mengikut spesifikasi SW 430 Bahan kimia makmal yang usang SW 431 Buangan daripada pengilangan atau pemprosesan atau penggunaan bahan letup SW 432 Buangan yang mengandungi, yang terdiri daripada, atau yang dicemari dengan peroksida SW 5 Buangan lain SW 501 Apa-apa sisa daripada pengolahan atau pemerolehan kembali buangan terjadual
65 17.2 Jadual Kedua (Peraturan 3) – Pemberitahuan BT JADUAL KEDUA (Peraturan 3) AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 PEMBERITAHUAN BUANGAN TERJADUAL (melalui pautan e-SWIS yang disediakan oleh JAS) Rajah 17.1 Contoh lembaran data e-SWIS pemberitahuan (notification) BT.
66 17.3 Jadual Ketiga (Peraturan 10) – Kehendak Pelabelan BT JADUAL KETIGA (Peraturan 10) AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 KEHENDAK PELABELAN BAGI BUANGAN-BUANAGN TERJADUAL BAHAN LETUPAN (BUANGAN) CECAIR MUDAH TERBAKAR (BUANGAN) Simbol (bom meletup): hitam; Latar Belakang: jingga lembut Simbol (api): hitam atau putih; Latar Belakang: merah Label 1 Label 2 PEPEJAL MUDAH TERBAKAR PEPEJAL: BOLEH TERBAKAR SECARA SPONTAN (BUANGAN) Simbol (api): hitam; Latar Belakang: putih dengan jalur-jalur merah menegak Bahan-bahan boleh terbakar secara spontan Simbol (api): hitam; Latar Belakang: bahagian atas putih, bahagian bawah merah Label 3 Label 4
67 PEPEJAL: BERBAHAYA APABILA BASAH (BUANGAN) BAHAN PENGOKSIDAAN (BUANGAN) Bahan-bahan yang, jika bersentuh dengan air, mengeluarkan gas-gas yang mudah terbakar Simbol (api): hitam atau putih; Latar Belakang: biru Simbol (api di atas bulatan): hitam; Latar Belakang: kuning Label 5 Label 6 PENGOKSIDA ORGANIK (BUANGAN) BAHAN TOKSIK (BUANGAN) Simbol (api di atas bulatan): hitam; Latar Belakang: kuning Bahan-bahan beracun (toksik) Simbol (tengkorak di atas dua tulang yang bersilang): hitam; Latar Belakang: putih Label 7 Label 8
68 BAHAN BERJANGKIT (BUANGAN) BAHAN MENGAKIS (BUANGAN) Simbol (tiga bulan sabit disusun menindih di atas bulatan): hitam; Latar Belakang: putih Simbol (cecair tertumpah dari dua bekas kaca dan mengenai tangan dan logam): hitam; Latar Belakang: bahagian atas putih, bahagian bawah hitam Label 9 Label 10 BAHAN PELBAGAI BAHAN BERBAHAYA (BUANGAN) Simbol (nil); Latar belakang: putih dengan bahagian atas jalur-jalur hitam menegak Label 11
69 17.4 Jadual Keempat (Peraturan 2) – Buangan Terjadual dengan Potensi Ketakserasian JADUAL KEEMPAT (Peraturan 2) AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 BUANGAN TERJADUAL DENGAN POTENSI KETIDAKSERASIAN Pencampuran suatu buangan dalam Kumpulan A dengan suatu buangan di dalam Kumpulan B mungkin berpotensi mengakibatkan seperti berikut: Kumpulan 1-A Kumpulan 1-B • Cecair kaustik beralkali • Pencuci beralkali • Cecair mengakis beralkali • Air buangan kaustik • Enap cemar kapur dan alkali-alkali • Mengakis lain • Enap cemar asid • Pencuci kimia • Elektrolit, asid • Asid, cecair atau pelarut punaran • Likuor penjerukan dan asid mengakis lain • Asid terpakai • Asid campuran terpakai Berpotensi mengakibatkan: Penjanaan haba, tindak balas yang kuat. Kumpulan 2-A Kumpulan 2-B • Asbestos • Berilium • Bekas racun makhluk perosak yang tidak dibilas • Racun makhluk perosak • Pelarut • Bahan letupan • Petroleum • Minyak dan buangan mudah terbakar lain