The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosyidamirudin, 2021-11-24 18:20:55

17 NABI ISA

17 NABI ISA

SDN BELIK

kisah nabi
isa as

Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Isa.
Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum

al-Qur'an.

Di dalam al-Qur'an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera
Maryam, putera Mariam, dan al-Masih.

Ibunya seorang yang sangat
dimuliakan Allah. Dia memilihnya di
atas semua perempuan di semua
alam. Firman-Nya, "Dan ketika
malaikat-malaikat berkata, 'Wahai
Mariam, Allah memilih kamu, dan
membersihkan kamu, dan Dia
memilih kamu di atas semua
perempuan di semua alam'" (3:42).

Maryam, ibu Nabi Isa, telah
menempuh satu ujian yang
amat berat daripada Allah.
Dia dipilih untuk melahirkan

seorang Nabi dengan
tanpa disentuh oleh
seseorang lelaki. Dia
adalah seorang perempuan

yang suci.

Kelahiran Nabi Isa

Kelahiran Nabi Isa merupakan
suatu mukjizat kerana dilahirkan

tanpa bapa. Kisahnya
diceritakan di dalam al-Qur'an.
Di sini, ceritanya bermula dari

kunjungan malaikat kepada
Mariam atas perintah Allah.
Ketika itu, malaikat menyerupai
manusia dengan tanpa cacat.
Kemunculan malaikat membuat
Mariam menjadi takut lalu

berkata,

"Aku berlindung pada Yang
Pemurah daripada kamu, jika
kamu bertakwa (takut kepada

Tuhan)!'
Dia (malaikat) berkata, 'Aku
hanyalah seorang rasul yang
datang daripada Pemelihara
kamu, untuk memberi kamu
seorang anak lelaki yang suci.'"

(19:18-19)

Pada ayat yang lain, diceritakan
bahawa malaikat yang datang itu

telah memberi nama kepada
putera yang bakal dilahirkan.
Nama itu diberi oleh Allah, dan dia
(Isa) akan menjadi terhormat di

dunia dan akhirat sambil
berkedudukan dekat dengan

Tuhan.

Ayatnya berbunyi:



"Wahai Mariam, Allah menyampaikan
kepada kamu berita gembira dengan

satu Kata daripada-Nya, yang
namanya al-Masih, Isa putera Mariam,

terhormat di dunia dan di akhirat,
daripada orang-orang yang
didekatkan." (3:45)

Kemudian Mariam bertanya,



"Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada
seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang

jalang?" (19:20)
Malaikat menjawab,

"Dia (Allah) berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah
berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia
satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada

Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:21).
Maka lahirlah Isa putera Mariam

Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus
tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah
membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda)

bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan
kebesaran-Nya (23:50).

Allah juga menyatakan bahawa Nabi
Isa adalah seperti Adam, walaupun

Adam diwujudkan tanpa ibu dan
bapa. Kesamaan mereka berdua
adalah pada ciptaan. Kedua-duanya
dicipta daripada tanah (3:59). Itu
menunjukkan mereka adalah manusia

biasa, kerana manusia dicipta
daripada tanah.


Click to View FlipBook Version