SEKTOR PEMBELAJARAN
PERANCANGAN
1. Pemetaan semula kurikulum (curriculum remapping).
Kenalpasti semula standard kandungan dan standard pembelajaran yang boleh digabungkan
supaya proses pembelajaran murid dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan.
2. Semak semula strategi atau kaedah yang boleh digunapakai supaya sukatan pelajaran
dapat diselesaikan pada masanya. Pembelajaran berasaskan projek dan modular juga digalakkan.
3. Rancang semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
dan disesuaikan dengan pemetaan semula kurikulum dan strategi yang sesuai supaya selari
dengan baki minggu pembelajaran yang masih ada sehingga hujung tahun.
4. Penyediaan bahan pdpc yang sesuai melalui alat kolaboratif PLC, rujukan Internet dan kumpulan
Telegram (bahan murid boleh secara dalam talian dan yang tidak boleh). Pastikan bahan yang
diberikan adalah standard kandungan dan standard pembelajaran yang sama.
Objektif pembelajaran mungkin berbeza bagi yang secara dalam talian dan tidak.
5. Kenalpasti bilangan murid yang boleh dan tidak boleh mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Synchronous Learning (secara real time)
- Pembelajaran serentak pada sekumpulan murid pada waktu
yang sama iaitu real time.
- Contohnya, kelas virtual, pembentangan secara langsung,
chat secara langsung, permesejan segera atau audio langsung.
- Menggunakan platform Zoom, Cisco Webex, Google Meet,
Microsoft Teams, Whatsapp, Telegram, Google Sheet, Google
Docs, Padlet, FB Live dan Youtube.
Asynchronous Learning (secara rekod dahulu)
- Pembelajaran bukan pada tempat atau masa yang sama.
Sumber digunakan untuk membolehkan maklumat dikongsi
kepada murid.
- Contohnya: discussion boards, quizizz, polls, e-mel, dokumen
digital, PDF, rakaman video atau audio.
- Menggunakan rakaman video atau audio, PDF, slaid, Google
Form, link Youtube dan Blendspace.
1. Penulisan RPH adalah tertakluk kepada SPI Bil. 3/1999.
2. Penulisan di bahagian aktiviti untuk mencapai objektif mestilah merangkumi aktiviti
yang sesuai dengan proses pembelajaran (aktiviti pemula, aktiviti utama dan
penutup). Bukan hanya beri soalan atau latihan sahaja.
3. Aktiviti bagi murid yang boleh mengikuti secara dalam talian adalah berbeza dengan
murid yang mengambil bahan secara serahan tangan (serahan tangan hanya kepada
murid yang tidak dapat mengikuti proses pdpc secara dalam talian). Guru mata
pelajaran seharusnya telah mengenalpasti murid-murid mereka.
4. Impak atau refleksi juga perlu dicatatkan. Boleh dicatatkan pada hari yang berikutnya
sekiranya respon secara dalam talian lambat diterima (mungkin sebab ibubapa
bekerja dan berkongsi peranti) atau serahan semula bahan daripada murid lambat
diterima.
CONTOH RPH
(Cadangan penulisan aktivti murid)
CONTOH RPH (Synchronous Learning – real time) Google Meet/FB Live/Video Call
Kelas : Tahun 5
Masa : 8 – 9 pagi
Tajuk : Wang hingga RM1 000 000
Standard Kandungan : 10.1 (Penambahan nilai wang)
Standard Pembelajaran : i (Menambah hingga lima nilai wang melibatkan ringgit dan sen)
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pelajaran murid Tahun 5 dapat melakukan operasi tambah melibatkan ringgit dan sen pada lembaran
kerja sekurang-kurangnya 3 daripada 5 soalan dengan betul.
Aktiviti :
1. Murid melihat pada grafik/video/slaid yang ditunjukkan tentang cara menyusun nilai mata wang yang
melibatkan ringgit dan sen bagi operasi tambah.
2. Murid dibimbing untuk melakukan operasi tambah berdasarkan langkah pengiraan yang ditunjukkan oleh guru.
3. Murid menjawab soalan yang diberikan melalui link Google Form yang diberikan.
4. Murid bersoaljawab dengan guru berkaitan soalan yang telah diberikan.
5. Murid menonton video/grafik/nota sebagai pengukuhan.
Example of Daily Lesson Plan (Synchronous Learning – Real time) Google Meet & Quizziz
Date : 2nd July 2020 Day : Thursday
Class : 6B Duration : 1 hour
Topic : 8 (You Can be Entrepreneur) Theme : World of Stories
Content Standard : 5.1
Learning Standard : 5.1.2
Learning Objectives: By the end of the lesson, pupils will be able to fill in the blanks with the correct
reflective pronouns in Quizizz and get at least 15/20 correct answers.
Learning Activities :
1. Pupils use Google Meet to attend the lesson.
2. Pupils reads and listens to the teacher explaining about reflective pronouns from a Power Point Slide.
3. The pupils are asked randomly to check on their understanding about the topic.
4. Each pupil constructs a simple sentence using various reflective pronouns.
5. Pupils answer the questions given by the teacher using Quizizz.
6. Pupils discuss the 20 Quizziz questions and listen to the teacher’s explanations
CONTOH RPH (Asynchronous Learning – secara rekod dahulu) Whatsapp/Telegram/E-mel
Kelas : Tahun 5
Masa : 8 – 9 pagi
Tajuk : Wang hingga RM1 000 000
Standard Kandungan : 10.3 (Penambahan dan penolakan nilai wang)
Standard Pembelajaran : i (Menambah dan menolak mata wang melibatkan ringgit dan sen)
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pelajaran murid Tahun 5 dapat menjawab soalan penambahan dan penolakan yang
melibatkan ringgit dan sen pada lembaran kerja sekurang-kurangnya 3 daripada 5 soalan dengan betul.
Aktiviti :
1. Murid melihat pada video/grafik yang dibekalkan berkaitan dengan langkah pengiraan penambahan
penolakan nilai wang melibatkan ringgit dan sen.
2. Murid menjawab soalan yang diberikan melalui link Google Form/Quizizz/Kahoot yang diberikan.
3. Murid memberikan maklum balas kepada guru berkaitan jumlah soalan yang betul.
4. Murid menonton video/grafik/nota yang diberikan sebagai kesimpulan.
CONTOH RPH (Secara serahan tangan)
Kelas : Tingkatan 2
Masa : 8 – 9 pagi
Mata Pelajaran : Reka Bentuk dan Teknolgi
Tajuk : Penyelesaian Masalah Secara Inventif
Standard Kandungan : 1.1 (Pengenalpastian masalah)
Standard Pembelajaran :
1.1.1 (Mengenalpasti masalah bukan inventif dan inventif)
1.1.2 (Menerangkan proses penyelesaian masalah bukan inventif dan inventif)
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pelajaran murid Tingkatan 2 dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 masalah bukan inventif dan
inventif dengan betul serta dapat melengkapkan carta aliran yang diberikan.
Aktiviti :
1. Murid membaca cetakan grafik/nota yang diberikan
2. Murid menjawab soalan yang diberikan pada lembaran kerja/muka surat buku aktiviti/buku teks yang diberikan.
3. Murid melengkapkan carta aliran yang diberikan.
SEKIAN
TERIMA KASIH