The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Colorful Vintage Illustration Trendy History Theater Arts Reporting Education Presentation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by linfatira, 2022-10-19 02:23:41

BERUK TUNGGAL

Colorful Vintage Illustration Trendy History Theater Arts Reporting Education Presentation

BERUK
TUNGGAL

Pada zaman dahulu, ada sebuah
istana terletak di tebing sebatang
sungai.

Rajanya mempunyai lima orang
puteri.

Baginda amat sayang kepada
Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah
pondok buruk. Penghuninya seorang
perempuan setengah umur. Kerjanya
bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang
anak. Pada suatu hari, dia minum air di
sebuah tempurung. Selepas itu dia
mengandung lalu melahirkan seekor
beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong
ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi
tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal
menangkap semua tikus yang
menyerang padinya. Kemudian dia
mencari Raja Tikus. Apabila bertemu,
Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus
ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal
jelmaan seorang anak raja kayangan.

“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan
tuanku,” kata Raja Tikus.

“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan
kamu?” Tanya Beruk Tunggal.

“Hamba akan suruh rakyat hamba
mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.

“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata
Beruk Tunggal.

Kemudian, segala tikus itu datang membawa
butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk
Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang
puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja
terkejut mendengar permohonan perempuan
itu. Namun raja menyampaikan juga
permohonan itu kepada kelima-lima orang
puterinya.

“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung.
Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri
Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang
sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri
Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk
cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah
perempuan miskin itu tidak berdaya
menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada
ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu,
ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak
cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun
mempersembahkan cincin berlian yang
secupak itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin
yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri
Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk
Tunggal.

Selepas itu baginda tidak mahu mereka
tinggal di istana. Puteri Bongsu
mengikut Beruk Tunggal tinggal
dipondoknya. Pada malam pertama,
Puteri Bongsu menemui sarung beruk.
Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung
lagi. Dia bertukar menjadi seorang
pemuda yang kacak.

“Kekanda sebenarnya putera Raja
Kayangan. Bakarlah sarung beruk
itu. Taburkan sedikit debunya di luar
pondok. Pintalah sesuka hati
adinda,” kata putera Raja Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan
putera raja itu. Sebentar itu juga
pondoknya bertukar menjadi istana,
lengkap dengan taman yang indah.

PENGAJARAN

Jangan mencuri hak orang lain.
Jangan memandang hina
kepada orang miskin.

SENARAIKAN 5 SENARAIKAN 3
AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK

YANG YANG
TERDAPAT TERDAPAT
DALAM CERITA DALAM CERITA

SEKIAN,



TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version